Lazada Malaysia Big Baby Fair

8:00 PG

Assalamualaikum


Lazada Malaysia Big Baby Fair | Sakan betul bershopping di Lazada ni kan. Memang berbaloi-baloi. Macam-macam sales ada. Pendek kata bershopping di Lazada sangat mudah. Cepat pula tu barang sampai. 

Baru beberapa hari berlalunya 5th Lazada's Birthday. Sekarang, hebah pula dengan Big Baby Fair! Haih,,,seronok aihh hari-hari shopping.

Big Baby Fair menawarkan diskaun sehingga 85% bermula 27 Mac 2017 sehingga 2 April 2017. Cepat ui..cepat, kalau tak melepas. Kalau nak tahu, baby fair ni adalah sales yang saya tunggu-tunggu. Almaklumlah, anak yang kecil bergelar baby lagi.



Lazada Big Baby Fair Blogger Contest

Bersemant betul kali ni sertai contest anjuran Lazada. Contest lepas-lepas tak pernah menang lagi. Siapa tahu, kali ni ada rezeki anak-anak di sini. Apa-apa pun, kita jawab dahulu soalan-soalan dari Lazada.
a. What favourite brand of diapers for yor baby (or future baby)?

Saya jatuh cinta dengan diaper jenama Tesco Baby Love sejak pertama kali mencubanya. Ketika itu, Alif  berusia 4 bulan dan masih memakai saiz S. Sekarang pun Alif masih memakai jenama ini cuma sudah memakai sais L. Saya suka sangat dengan jenama ini sebab ianya sangat berbaloi. Selain faktor anak serasi, yang membuatkan saya setia dengan jenama ini sebab tidur malam pun tidak tembus atau bocor.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
Ini merupakan susu formula yang Alif minum sejak bayi. Sekarang, Alif sudah minum susu Dutch Lady Curious 1-2. Alif tiada masalah sama ada minum yang plain atau perisa Madu. Tapi, saya lebih gemar beri dia yang berperisa Madu. Selama minum susu formula jenama ini, tiada masalah dengan Alif. Alif bertambah bijak dari sehari ke sehari, semakin lasak mungkin sebab dia anak lelaki dan tidak mudah demam. Alhamdulillah.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Oleh kerana saya ada 2 orang anak. Seorang anak perempuan berusia 5 tahun, dan seorang anak lelaki berusia setahun 7 bulan yang sangat lasak mengalahkan budak lelaki umur 2 tahun. Sebab tu saya nak sangat Kid Indoor Outdoor slide Purple Green ni. Slide ni sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak macam diorang.

Tambah pula ada net untuk diorang main bola. Siap dapat bola dan pam percuma tu! Selain dapat berjimba-jimba dalam pool penuh bola plastik, pool juga boleh di isi dengan air.

Bestnya, kalau dapat slide ni. 

❤❤❤❤❤❤❤

Jom kawan-kawan join contest ni. Contest berlangsung dari 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017 (11.59pm). Layari Lazada Blogger Contest untuk maklumat lanjut.


Marilah kita bershopping. Klik banner untuk shopping dan dapatkan diskaun sehingga 85% sekarang. Sementara stok masih ada.




You Might Also Like

12 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.