Ayam Goreng McD

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum


Ayam Goreng McD | Viral koooooooooo. Korang dah makan belum ayam goreng ni? Last saya makan, dalam 3 bulan lepas kot. Setelah diviralkan, beratur panjanglah kat kaunter mcD semata-mata nak beli ayam goreng ni.

Sebelum ni, selalu je set ayam goreng mcD by drive thru'. Tapi, bila dah ada anak ni, kurang sikit beli sebab anak-anak kecil mana boleh makan pedas sangat. Ayam goreng mcD ni boleh tahan tahap kepedasannya. Tu yang biasa beli KFC je untuk anak-anak.

Oleh kerana ntah berapa juta kali tengok iklan Abam Bocey & the gang ratah ayam goreng mcD, luntur jugalah iman saya. Nak ayam goreng.. Nak ayam goreng..

Maka, berdrive thru lah kami ke mekdi terdekat. Keciwa sebab ayam goreng habis. Ok, takpe. Penangan viral kan. Benda dah berkurun pun jadi fofuler sekelip mata.

Padahal, menu ni kegemaran kami masa zaman bercinta 6 tahun lepas. Zaman bercinta makan kat mekdi Pandan, sebelah Smart, dekat dengan carrefour (dulu carrefour, sekarang Aeon Big).

Hari ahad lepas, en.suami beria singgah mcD. Dapatlah kami ayam goreng mcD sebanyak 5 ketul. En.suami 2 ketul, saya 3 ketul. Eh??



  • Share:

You Might Also Like

33 comments

  1. Sy kurang gemar mkn ayamm mekdi, kurang dgn selera..nak ayam kfc juga haha..penangan iklan ko haha

    BalasPadam
  2. Akak hari tu drive thru juga untuk beli ayam goreng McD ni..
    Tapi dah habis kena tunggu 20 minit katanya..
    Sebenarnya najeeha yg hendak..
    Penyudahnya beli burger ajer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa drive thru cakap habis tu, kami ke burger king pula

      Padam
  3. Saya dapat beki hari tu.
    Dua kali beli dua kali dapat

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan ayam goreng mc D...Lapa terus bile tgk gambar nih..huhu

    BalasPadam
  5. Sudah rasa...sekali drive thru je dpt nasib kot...tp ada sedikit rasa kelainan dgn ayam ni la...hmmm maybe cawangan tersebut kot

    BalasPadam
  6. huu.. sedapnyaa.. tapi tak boleh makan ayam.. huwaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedihnya tak boleh makan ayam..kenapa tu?

      Padam
  7. Yang kelakar, ada yang tak tahu mekdi ada ayam! Hahahhaa ! Dari segi rempah, auni lebih suka kepci, tapi kalau level kepedasan, memang suka mekdi lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah ramai tak tahu akan kewujudan ayam goreng di mekdi

      Padam
  8. aritu penah rasa pastu cari2 sampai takde stok...

    ni msh teringin lg... suke ayam mcd yg spicy tuh... dia punya pedas tu mmg meleleh air mata air hidung hehhehe...
    dpt lah rasa lain dr ayam kfc yg kite biasa rasa kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. laki bini suka ayam goreng mekdi..serasi di situ

      Padam
  9. xperna makan lg ayam mcd viral ni =) jarang makan mknn mcd, rasanya boleh di hitung dgn jari, tahun lepas hnya sekali ke mcd =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa drive thru mekdi sebab nak ayam goreng je

      Padam
  10. sedap sangat ke ayam mcd nie... sy xpernah mkn pun biasa kalau pergi mcd makan burger dengan kentang je

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada saya sedap sebab jadi menu utama masa zaman dating2

      Padam
  11. assalamualaikum mar...sedapnya ayam mcd...cucu mama ari tu pun sibuk nak mkn ayam ni..kuat pengaruh iklan kat tv..
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  12. Tual...haritu kat Sunway, dioragn beratur smpai keluar kedai semata2 nak beli ayam goreng..terus terbatal niat nak makan ayam mcd

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kalau dapat makan ayam goreng mekdi sambil mandi manda kan..hihi

      Padam
  13. hah,,kalau tengok iklan...lagi2 bunyi kruk.krungg..kruk,krungg..macam sedap..hehe

    BalasPadam
  14. Itu yang tak faham. Saya pun lama dulu dah gian makan ayam goreng McD ni tapi lepas viral ni asal nak order aje, dah habis. Penangan keluar masuk advertisement lah ni!

    BalasPadam
  15. tu lah penangan viral ek..pdhal dah berzaman..ahad lepas pun sempat beli 5pcs tu..nyum3..

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam
  16. Itulah pengaruh iklan.
    Jadi viral walau pun biasa2 aje.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.