Cara Selesaikan Pinjaman PTPTN Melalui KWSP

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Cara Selesaikan Pinjaman PTPTN Melalui KWSP | Kalau sebut PTPTN, banyak betul kisah yang saya nak coretkan sebenarnya. Tapi tak perlulah saya cerita secara details di sini. 

2017, syarat untuk buat apa-apa pinjaman dengan bank semakin ketat. Peminjam yang ada membuat pinjaman belajar iaitu PTPTN, sila take noteJika peminjam tidak membayar langsung pinjaman, tidak membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual pembayaran, pinjaman ada tunggakan, emm,,, berhati-hatilah sebab korang tidak akan berjaya membuat apa-apa juga pinjaman yang melibatkan bank.
Macam kes saya, loan rumah ke-2 saya tak lulus gara-gara tunggakan PTPTN saya. Ha amik kauu. Tulah bayar tak cantik. Akaun bayar balik PTPTN saya bermula tahun 2008. Kemudian, saya tukar ke sistem Ujrah pada tahun 2011 di mana kos pentadbiran dikurangkan dari 3% ke 1%. Memang berbaloi, sebab ada nampak pengurangan jumlah pinjaman di situ.
Untuk itu, perlulah saya selesaikan tunggakan atau bayar habis terus pinjaman saya itu. Pilihan saya, bayar habis pinjaman PTPTN sebanyak 12K lagi tu menggunakan KWSP akaun 2.
❤❤❤❤❤
Untuk Selesaikan Baki Pinjaman PTPTN;
PERTAMA
Untuk proses pengeluran KWSP ini, korang WAJIB ada I-akaun KWSP. Kalau korang takde I-Akaun, sila buat terlebih dahulu ye. Mudah je untuk buat I-Akaun KWSP, korang hanya perlu pergi ke kiosk KWSP,masukkan kad pengenalan, thumbprint seperi biasa dan pilih dapatkan nombor pin I-Akaun. 
Kemudian, daftar di laman web KWSP segera.
KEDUA
Ke pejabat PTPTN terdekat.
26.02.2017 - Saya ke Pejabat PTPTN terdekat. Nyatakan tujuan saya dan dapatkan nombor giliran di mesin nombor. Bila nombor naik, segera ke kaunter tersebut. Macam saya, tujuan saya adalah untuk menyelesaikan semua pinjaman yang ada melalui KWSP akaun 2.
Pegawai akan tanya, ada I-Akaun KWSP?
Ya
Pegawai akan minta tuliskan username dan password I-Akaun untuk dia login.
Pegawai akan semak bagi akaun 2 samada jumlah mencukup atau tidak. Jika cukup,pegawai akan bertanya samaada mahu bayar keseluruhan pinjaman atau tunggakan sahaja.
Jika akaun 2 korang tidak mencukupi, korang boleh berbincang dengan pegawai tersebut.
Proses sekejap sahaja, dalam 15 minit tu selesai. Semuanya menggunakan sistem online.
27.02.2017 - Saya sudah menerima mesej pesanan ringkas dari KWSP.

KETIGA
Setelah menerima SMS, boleh la ke pejabat KWSP pula. Bawa sekali kad pengenalan serta sijil atau transkrip original, copy IC dan copy sijil atau transkrip.

05.03.2017 - Ke pejabat KWSP la kiteeee. Saya ada kongsikan di entri sebelum ini.

 >>> Bebas Hutang PTPTN <<<



Cepat betul prosesnya kan. 06.03.2017, permohonan saya sudah diluluskan, cuma surat sampai lambat lah. Suka sangat dalam hati bila hutang yang amat digeruni abad ini selesai. Alhamdulillah.. 

❤❤❤❤❤

Untuk makluman semua, jika korang dapat bayar balik semua jumlah pinjaman sebelum 31 Disember 2017, korang akan dapat diskaun 15%. Kalau korang nak bayar separuh pun boleh, dapat diskaun 10%.



28.03.2017 - Saya semak sekali lagi akaun saya. Dah clear habis, sebelum ni ada kos pentadbiran lagi tau, RM 13 ringgit macam tu lah, tapi saya dah bayar. Saya lebih suka bayar melalui FPX sebab bila refresh, saya boleh semak terus penolakan yang dia buat.

Tahniah buat diri sendiri sebab telah menyelesaikan PTPTN meskipun hati berbolak balik, sampai nangis tepi buju katil sebab akaun 2 tinggal 2K je. Untuk lebihan bayaran selepas diskaun 15%, PTPTN akan pulangkan semula ke akaun 2 KWSP saya dalam tempoh 1- 2 bulan.

Semuanya di hujung jari sekarang. Semakan boleh dibuat di www.ptptn.gov.my atau;

.







  • Share:

You Might Also Like

23 comments

  1. wah..bagusnya mar,senanglah kan kalau duit dlm kwsp bole buat selesaikan hutang PTPTN

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
    Balasan
    1. memudahkan peminjam untuk bayar balik.

      Padam
    2. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

      Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

      saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

      Pembayaran yang fleksibel,
      Suku bunga rendah,
      Layanan berkualitas,
      Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

      Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

      Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

      Padam
  2. saya pun masih duk bayar ptptn setiap bulan, potong gaji. Lambat betoi nak habis ><

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau potong gaji, pejam celik je habis nanti

      Padam
  3. Alhamdulillah..
    Dah selesai hutang ye Mar..
    Akak pun suka buat macam tu janji hutang piutang selesai..
    Sekarang tinggal hutang kereta dan rumah jer itu sebab amaun yg besarkan..
    Kalau boleh mmg nak sangat tak nak berhutang..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mar...senang hatikan dah settel pinjaman...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  5. Fuhh seb bek tak pernah buat pinjaman PTPTN.. Kalau tak masak nak membayarnye.. adehh

    BalasPadam
  6. alhamdulillah seleai juga..sama kes nangis tpi bucu katil dulu sebelum nak langsaikan hutang sbb loan x approve :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah..kena langsaikan untuk buat loan lain.

      Padam
  7. bagi peminjam ptptn yg nak bayar melalui kwsp, boleh baca info ni. sebab ramai juga kawan2 sy yg blank cara pembayaran ptptn ni

    BalasPadam
  8. Yeya ! Mek pun buat cm ni jgk Kak Mar. Tkpela balance akaun dua tinggal sikit asalkan ccris tkde hutang dgn ptptn :)

    BalasPadam
  9. terima kasih untuk info ni. nak beritau suami. saya tak ada ptptn, belajar sampai STPM je.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.