Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

E-Book Anak Anugerah Dan Ujian: Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

Assalamualaikum
E-Book Anak Anugerah Dan Ujian: Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)Salam. Sempena Bulan Kesedaran Autism bulan ini, Mak nak berkongsi bersama pembaca tentang e-Book penulisan seorang ibu tunggal dan anaknya yang betajuk Anak Anugerah Dan Ujian: Mengesan Kelainan Dan Rawatan Anak :)

Panduan Buku Anak Anugerah Dan Ujian
"Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi. Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada  umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini,"- Emycakes Lovette

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Betapa tabah serta kuatnya ibu tunggal ini membesarkan anak kecil dan pada masa yang mencari rezeki. When someone introduced her to me (on Facebook) and ask me to share bout her eBook. I said; why not? Bukan sahaja buku ini dapat membantu ibubapa yang mempunyai anak yang pnya kelainan yang sama, malah frankly speaking, masyarakat kita masih kurang kesedaran dan kefahaman tentang perkara ini (autism dan sebagainya). Dengan adanya penulisan seperti ini, barulah ada penerimaan serta penghargaan betapa bertuahnya anak-anak syurga ini.

Based on the isi kandungan below, buku ini boleh dikatakan kitab 101; menjawab segala soalan pembaca; siapa, apa, dimana, bila, dan bagaimana, lengkap dengan solusi.


Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)
  1. Dari hati
  2. Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
  3. Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
    • 7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
    • Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
    • Teknik mengesan kelainan anak
  4. Punca anak kelainan upaya
  5. Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
  6. Pendidikan anak Istimewa
    • Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
    • Pendidikan pra-sekolah
  7. Rawatan
    • Rawatan Moden
      • Pakar Perkembangan Kanak-kanak
      • Occupational Therapy
      • Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
      • Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
      • Jenis-jenis Terapi lain
        • Terapi Visual
        • Terapi bercakap & bahasa
        • Terapi Fizikal
        • Terapi Mendengar
        • Terapi Nutrisi
        • Terapi Perceptual motor
    • Rawatan Syifa
      • Amalan doa
      • Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
      • Terapi menghafaz Al-Quran
    • Rawatan Tambahan Di Rumah
      • Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
      • Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
    • Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
  8. Rumusan & Penutup
Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Boleh dapatkan E-book yang berharga RM50 di SINI atau pm penulis di Facebook beliau.



Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code