Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramadhan Care Untuk Ibu Tunggal & Anak Yatim

Assalamualaikum

Ramadhan Care Untuk Ibu Tunggal & Anak Yatim | Sedikit hebahan buat rakan blogger, di mana Kelab Susu Ibu Johor sedang menganjurkan satu projek amal.

❤❤❤
Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.


Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.
Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :
Pakej A – sekampit beras 5kg atau 10kg bagi 1 famili,
Pakej B – satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,
Pakej C –  sepasang telekung wanita dewasa atau telekung kanak-kanak yang baharu,
Pakej D – wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.
Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan kombinasi pakej yang tertera.
Bagi Pakej D (tunai), sumbangan perlulah dibuat secara online ke akaun Maybank Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru 5511 3750 7754.
Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada Puan Zulhaya Marzuki di talian 013-765 2551
Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.
Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkansebelum 17 Mei 2017. Dan serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017.
Kami juga amat mengalu-alukan sponsorship daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam Ramadhan Care tahun ini.
Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih.
❤❤❤
Moga projek ini mendapat sambutan. Inilah peluang bagi kita untuk membuat amal. Sama-samalah kita meringankan beban mereka.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code