Berbuka Puasa Bersama GF

8:00 PG

Assalamualaikum
Berbuka Puasa Bersama GF | Tempat kerja kami takdelah jauh sangat tapi masa dan aktiviti harian kami berbeza. Apa tidaknya, masing-masing ada kehidupan masing-masing. Sibuk dengan keluarga masing-masing.

Hari tu saja ajak dia berbuka bersama sebab lama tak jumpa dia. Tapi, dia perlu jemput dan hantar aku balik rumah sebab suami aku perlu guna kereta untuk ambil anak-anak dari rumah pengasuh.
Kami berbuka dia Aeon Permas je sebab dekat dengan rumah aku. Waktu petang macam tu jalan memang jammed dan nak mencari tempat makan pun satu halnya. Hampir semua tempat makan full. Akhirnya, terpaksalah makan di Kopitiam.


Aku minum air honey lemon panas, dia minum cappuccino kot.


Roti kaya kawin ni aku saja order buat kudap-kudap. Biasa je. Dia order bihun goreng taucu. Sedap tapi sedikit masin.


Yang tak bestnya, makanan aku sampai lambat giler. Semua meja dah habis makan dan keluar, baru diorang hantar makanan aku. Sebab? Aku rasa diorang salah buat menu aku tu.

Mula-mula pelayan dah hantar ke meja kami, kemudian bila dia lihat resit, tanpa berkata apa-apa dia bawa kembali makanan aku tu ke dapur. Memang dia salah buat..

Tapi, kalau dia ada cakap kat kami salah buat pun, aku terima je sebab aku tak kisah. Tapi oleh sebab dia tak berkata apa-apa..emm..makanan tak sampai ke meja pelanggan pun tak perasan. Lebih-lebih lagi waktu berbuka macam tu, pelanggan penuh.


Nak sangat rasa mee ramen konon. Takde rasa apa pada aku. Aku cuma rasa lapar, makan dan cepat-cepat nak balik.


To my GF, kita jumpa raya nanti ye..

You Might Also Like

1 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.