Spin Mop Dari Lazada

8:00 PG

Assalamualaikum

Spin Mop Dari Lazada | Memang berkenan sejak 2, 3 bulan lepas. Masa tu harganya dalam RM50-60. Ini gara-gara terjebak dengan GoShop, harga seratus lebih gitu. Yelah berpadanan dengan kualitinya kan..

Masih berlangsung sales di Lazada sempena Riang Ria Raya. Rugi tak grab sales 90% tau! Memandangkan mop kat rumah pun dah lama, saya belilah baru. Untuk mop lantai rumah sendiri juga.

Harga spin mop ni hanya RM29.90 sahaja dan saya memilih cash on delivery. Penghantaran Lazada memang terbaik. Barang sampai tepat seperti yang dijanjikan.

Inilah rupa spin mop sebelum dipasang. Lengkap semuanya. Barang bersesuaian dengan harganya yang mampu milik. Memang tak expect tinggi macam kat GoShop lah.

Warna ungu menjadi pilihan sebab macam banyak barang warna ungu di rumah, so saya macam nak lengkapkan dengan warna ungu je, senang.


Setelah berjaya dipasang, seperti biasalah bos kecik ni rasmikan dulu. Selagi tak puas buat main, selagi tu dia tak lepaskan. Benda baru kan. Apa yang best dibuat main pun saya tak tahu.


Saiznya sangat bersesuaian pada saya. Meskipun review pembeli ada yang kurang berpuas hati sebab saiznya kecil, tapi pada saya, saya suka saiznya. Tak besar, tak kecil pada saya. Bukan saya nak mop rumah banglo 4 tingkat pun. Heheh..

Saya sudah guna beberapa hari spin mop ni dan saya berpuas hati menggunakannya.


Letak dalam bilik air tak mengganggu pun sebab saiznya yang comel dan lebar.

You Might Also Like

10 comments

  1. senanglah nak mengemop lepas ni mar

    BalasPadam
  2. wah..murahla....dh lama berkenan ni...

    BalasPadam
  3. Memang tengah mencari mop yang best ni. Boleh lah tengok-tengok mop ni nanti 😄

    BalasPadam
  4. kat rumah ada satu.. warna pun sama la sis.. hihihihi...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mar...best juga ni...senang n mudah itu yg pentingnya kn...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  6. macam best jek mar spin mop ni..

    BalasPadam
  7. Wahhh...nih yg buat nak terjebak belu jugak nih

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.