Kepentingan Waterproof Bed Sheet

9:00 PG

Assalamualaikum

Kepentingan Waterproof Bed Sheet | Aku survey waterproof bedsheet ni dah lama. Sejak dari potty training Cik Aisyah dulu. Sekarang pun dia dah nak masuk 6 tahun. Tapi, lama kelamaan rasa tak perlu dah beli. Tapi, aku silap. Kami masih perlukannya.

Proses Cerai Lampin
Bila cuaca sejuk, Cik Aisyah boleh pula 'membeser' cakap jawa. Adalah berapa kali dia terlepas sebab cuaca sejuk. Bila aku kejut dia terkebil-kebil, agaknya mimpi main air kat waterfall.

Lagipun bed sheet ni boleh digunakan untuk Alif. Planning untuk potty training dia. Kenan corak ni. Baca review pun banyak yang memuaskan. Harga pun mampu milik, RM44.90. Mana aku beli? Shopee!!


Tu dia Yanasen waterproof sheet.


Kisah disebalik kenapa beria-ria sangat nak beli waterproof bed sheet ini?

En.suami baru beli tilam foam 9". Beli di kedai berdekatan je sebab kebetulan survey tilam di Lazada, tak sangka pula seller dekat dengan rumah. 

Yang mencari tilam, bolehlah survey di kedai perabut I-Home di Taman Rinting. Iye, kedai ni dekat sangat dengan rumah saya kan..


Harga tilam foam 9" ni RM480. Jaminan 5 tahun. Bukan re-bond. Foam biasa. Lapisan atas tu foam jenis baik sikit. Lebih lembut. Kalau korang nak cari tilam yang lagi bagus, ada je yang mahal- mahal.

Tilam lama kita pindah ke bilik nombor 2.

Waterproof sheet ni sekeping je macam ni. Tapi boleh lipat la bawah tilam. Ada bersertakan getah. Bila dah pasang, nampak cantik macam gambar kan.


Apa yang penting Waterproof Bed Sheet ni?

Penting bagi mengelakkan air kencing terkena tilam. Hanya perlu cuci bedsheet sahaja. Ini bukan sekadar untuk Aisyah yang sudah besar yang sesekali terlepas. Untuk yang adik, Alif pun berguna juga sebab kadang terlupa diapers dia belum tukar sebelum tidur, sedar-sedar ada lelehan sebab diapers dah penuh. Walaupun sedikit tetap kena cuci kan.

Lagi satu, corak dia cantik. Ada pelbagai jenis corak yang menarik. Tidak perlu sarungkan cadar dah. Sebab dah cantik.

Kainnya tak panas. Sejuk je sebab cotton. Memang berbaloi beli.



You Might Also Like

20 comments

  1. cantik jugak waterproof bed sheet ni..cam cadar biasa tu jer..nti boleh try beli..anak yg kecik tu sllu sgt terlajak huhu

    BalasPadam
  2. tq share ... nak cari satu juga waterproof sheet ni, kat shoppee kan, nnt nak survey ...

    BalasPadam
  3. boleh jugak cari ni sebab kadang kita ni selalu bocor

    BalasPadam
  4. bagus jugak ni mar.. dilah penah beli waterproof jugak tp still tembus kat tilam.. boleh try cari yg mcm ni la.. ada mcm2 corak ye?

    BalasPadam
  5. Sesuai untuk yang ada anak2 kecik tu.. xpayah susah2 nak basuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye sangat sesuai jika ada anak kecil.

      Padam
  6. cantik cadarnya , makin berseri-seri la nanti bilik tidur , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik kan coraknya.terima kasih sudi singgah.

      Padam
  7. Selama pgi sabtu sis mar, tapi waterproof ni serap peluh dan juga panas tak masa pakai nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam malam ahad..hehe..iye serap peluh.tak panas sebab cotton.cuma ada bunyik cam pijak plastik sikit.

      Padam
  8. Kalau dah beli tilam mahal mahal lepas tu anak melompat lompat atas tu, belu masuk kotor kena makanan.

    Memang mengamuk kita. Elok ada cadar macam ni

    BalasPadam
  9. Elok sangat ni. Tak semestinya nak elak air kencing, nak elak tilam berbau pun ya juga. Budak-budak lelaki ni bau dia lain macam sikit. Jimat Febreeze.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kan. sebab cuma perlu cuci bedsheet aje.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.