Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum
Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers | Kebiasaan dalam peti ais memang ada stok ayam sebab anak-anak suka makan ayam goreng tepung bestari. Kali ini terasa nak buat kelainan pula. Tiba-tiba terbayang ayam kenny rogers. Mulalah merungut, kenapalah tak terfikir awal sebab dah beli ayam siap minta potong kecil. Senang nak masak kalau potong kecil ni.

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan :
- Ayam (ikut suka nak seekor atau nak potong 4 atau potong kecil).
- 1 biji Bawang besar*
- 3 ulas Bawang putih*
- 1 inci Halia*
- 2/3 sudu Sos lada hitam*
- Sos tiram*
- 1 sudu kecil Lada hitam*
- Kiub ayam*
- Mixed herb*
- Garam*
- Gula*

Cara-cara :
- Blend semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
- Lumur bahan kisar tadi pada ayam.
- Simpan dalam bekas tertutup atau balur dengan plastik di bahagian chiller sekurang-kurang 1/2 jam. Lebih lama perap lebih sedap.
- Selepas tu boleh la bakar ayam.


- Bakar dengan suhu 200 darjah selama 60 minit.


- Saya tambah sayur potong sebab malas nak masak sayur.
- Hidangan sedia dimakan.





  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Yummss yumsss..time puasa nanti bole cuba, memang suka resepi bakar-bakar time berbuka..

    BalasPadam
  2. alamak lama dah tak buat..hero kecik baru request semalam..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.