Karipap Putar Ai Fiza

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Karipap Putar Ai Fiza | Biasa lah tekak ni ngada-ngada sikit bila tengok makanan lalu-lalang. Dah buka group delivery makanan dah kenapa? Memanglah semua jenis makanan nak dimakannya. Tekad ajelah order kali ni, delivery charge berapa pun tak kisah pun. Review ikhlas di sini sebab rasa berbaloi beli. Sedap tauuuuuu..


Saya order karipap putar inti kentang + daging dan karipap putar inti kentang + telur puyuh.

Karipap putar inti kentang + daging = RM5/10 pcs
Karipap putar inti kentang + telur puyuh = RM6/10 pcs

Kalau nak inti lain pun dia ada buat. Korang pm la sendiri di FB Ai Fiza. Penghantaran ke seluruh pasir gudang, masai dan JB. Cas penghantaran dikenakan mengikut kawasan.

Bila dah ada stok frozen dalam peti, apa lagi, lajulah meng'ting'nya. So far, air fryer tanpa jenama saya ni banyak membantu. Mudah kerja, tak kotor baju meskipun dah sarung blouse untuk ke tempat kerja.

Sebelum.

Mudah sangat dengan air fryer ni, hanya set 180०c dan set juga timer selama 10 minit, dah boleh tinggal dah dengan senang hati. Sambil-sambil tunggu karipap masak, boleh la buat apa yang patut.

Selepas.

Sedap betul la karipap putar puter pusing puan Ai Fiza ni. Next time, in sha Allah boleh repeat order. Sedap bangettt..



Nota Hati : Dah lama tak uli karipap. Tapi saya tak pandai uli karipap pusing.



  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Kita pun ada kawan yang jual karipap pusar ni, comel je karipap dia jual..
    Memang selalu beli gan kawan tu je..
    Yang ni mesti sedap juga kannn..

    BalasPadam
  2. sedapnya lahaiiii. terliur yg ada telur puyuh tu

    BalasPadam
  3. Sy peminat karipap putarrrr...huhu

    BalasPadam
  4. bestnyaaa nengok kak mar guna air fryerrr tuhhhhh....

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.