Roti Canai Segera Habeb

By Mar Mansor - 1:00 PTG

Assalamualaikum
Roti Canai Segera Habeb | Tempohari saja mencuba roti canai segera ni. Maklumlah bulan lepas kan banyak sangat cuti am dan cuti bersambung. Tu kena ada stok frozen dalam peti ais. Anak-anak sedang membesar, kuat makan kan. Tapi, Kak Aisyah kategori cerewet. Makanan yang dia suka makan je dia akan makan.
Kakak kawasan perumahan saya ada open order roti canai segera ni. Keluaran Habeb. Belilah satu untuk permulaan. RM7.50/8 pcs. Aduh..boleh tahan harganya.


Datang dari jauh, patut takde ready stock. Kena kumpul order dulu.


Tapi, kalau nak tahu, roti canai ni memang terbaik. Sedap sesangatttttt. Meskipun saiznya agak kecil, tapi berbaloi sebab sedap!

Pagi-pagi sebelum ke sekolah pun Kak Aisyah sempat menuntut roti canai Habeb ni lagi. Sebab dia tahu ada baki sekeping saya simpan malam sebelumnya sebab masing-masing dah kenyang lepas pekena 7 keping. Cicah pula dengan sardin. Bertambah selera dia.

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. adui dugaan ni...febret zaman dulu kala...hahaha

    BalasPadam
  2. senang nak buat..jimat amsa sesuai klo nak cepat g keje kan

    BalasPadam
  3. tiba tiba teringin roti canai pulak aduh

    BalasPadam
  4. wahh harga dia boleh tahan jugak
    dulu sllu gak beli roti canai segera buat stok..la ni dah malas hihi

    BalasPadam
  5. kat rumah pun ada stok roti segera macam ni...

    BalasPadam
  6. nampak kak aisyah suka sangat tu makan roti canai..mestilah sedap kan

    BalasPadam
  7. Belum pernah beli, nanti boleh cuba..Kat Mamasado tu macam-macam ada gak nampak prata...

    BalasPadam
  8. kalau dh dpt yg sedap, harga mahal sikit pun kite akan beli lagi...
    lagi2 bila anak n suami suka

    BalasPadam
  9. mudah kan nak makan roti canai sekarang.

    BalasPadam
  10. Adoi, akak klu ada mknn frozen kat umah, smpi jadi kayu tak dimasak

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.