Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Susu Fernleaf Lazat Berkrim 100%Mmmmm

Assalamualaikum

Susu Fernleaf Lazat Berkrim 100%Mmmmm | Ramai yang mengakui akan keenakan susu fernleaf yang sememangnya dipercayai sejak dulu lagi.  Kalau dulu biasanya susu fernleaf dalam bentuk susu tepung, tapi sekarang, susu fernleaf 100%Mmmmm sudah ada dalam UHT. Yang bagusnya, ada pek kotak yang mudah diminum dan dibawa! Bestkan?

Tapi, adakah korang mengetahui rahsia disebalik keenakkan susu yang dihasilkan 100% susu dari New Zealand ni?

Di New Zealand, pakar tenusu yang berpengalaman lebih 140 tahun mengusahakan ladang secara semulajadi di mana mereka memberikan 90% masa kepada lembu untuk meragut rumput segar yang berkualiti tinggi di padang rumput yang subur. Malah lembu tenusu meragut rumput secara bebas.


Dengan tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan New Zealand satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.


Maka, terhasillah susu yang semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain itu, terbukti ia mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.


Kini susu fernleaf UHT 100%Mmmmm mengeluarkan produk terbaru iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate. Ia tersedia dalam pek 1 liter dan 200ml. Sesuai diminum oleh dewasa dan kanak-kanak lebih 12 tahun. Sehidangan susu mengandungi nutrien lengkap seperti protein, vitamin A, vitamin D dan kalsium


Dapatkan segera di pasaraya dan kedai berdekatan dan rasakan sendiri keenakan fernleaf UHT 100%Mmmmm ni. Yang pasti susu UHT ni sesuai untuk seisi keluarga.

200ml setiap pek Rm5.70/4 pek.
1 liter RM6.70/pek.


Untuk lebih lanjut boleh layari;




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Cantik straw....wahhhh..Boleh try nnt... =)

    BalasPadam
  2. amboi...ibu dia pun kemain menyedut ek...hehehehe

    BalasPadam
  3. BEST MINUM SUSU DENGA STRAW YANG UNIK TU.. SUAMI CIK ASH PALING HAPPY HAHHAA

    BalasPadam
  4. excited tgk mummy minum pakai straw hipster

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code