Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Jemu Makan Lekor Laris

Assalamualaikum

Tak Jemu Makan Lekor Laris | Ini kisah sebelum ramadan. Biasalah ada anak kecil ni stok makanan mesti kena ada. Tambah pula anak-anak memang suka keropok lekor.

Dah suka makan kan meh kita kenali keropok lekor sikit. Keropok lekor ni memang terkenal di semenanjung Malaysia khususnya di Terengganu. Kalau nak tahu, perkataan 'lekor' tu bermaksud 'lingkar' dalam bahasa melayu Terengganu yang menggantikan ejaan 'ar' kepada 'or' di akhir suku kata. Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar.

Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan dan campuran sagu dan sedikit garam. Ada juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali sebelum direbus di dalam air panas. Warnanya berwarna kelabu dan berbau ikan.

Kalau nak tahu keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat atau digoreng dengan dicicah sos cili atau apa jua yang kita sukai.



Lekor Laris merupakan produk makanan sejuk beku keluaran 100% bumiputera. Lekor frozen ori dari ganu ni merupakan produk edaran syarikat Timmy's Kitchen yang bertempat di Gombak, Selangor. Sepaket Lekor Laris mengandungi 15 batang lekor dan disertakan dengan sepaket sos pencicah.


Serius memang sedap lekor laris ni. Tak rugi beli. Dengan slogan 'Rangup di luar tapi lembut di dalam' ternyata ianya memang benar! Memang rangup di luar tapi lembut isi dalamnya.


Kalau kat rumah ni sekejap je tau habis lepas dihidangkan. Sos dia pun mantap. Memang kena betul lekor laris ni dicicah dengan pencicah tu.







Lekor Laris hendaklah disimpan di tempat sejuk beku jika tidak dimasak. Cara menggorengnya cukup mudah. Hanya perlu difross kemudian goreng deep fry. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam air fryer untuk lebih mudah.


Berminat dengan Lekor Laris?
Boleh tekan link ni untuk order.


Delivery kawasan Johor Bahru, Masai dan sekitarnya.









Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. dulu-dulu masa akak belajar di uitm jengka, jakun bila nampak orang makan kopok lekor tanpa goreng hehehe... jakun masa tu sekarang da biasa dah, mil akak pun kalau beli kopok leko yang panas-panas lagi dia cicah terus dengan sos tanpa goreng

    BalasPadam
  2. lekor ni memang digemari semua peringkat umur, tak kira anak-anak atau dewasa. Sedapkan.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum
    Salam Ramadhan

    kena cuba ni

    BalasPadam
  4. oh.. baru tau maksud lekor tu... hehehe... fav anak² kakmim ni kepok lekor

    BalasPadam
  5. Sedap.. memang tak jemu. makan panas2 lagi syokkk

    BalasPadam
  6. nampak sedap keropok lekor tu. ada jual di pasar raya tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada jual di pasar raya puan😍 jika berminat boleh cari agent lekor laris atau boleh hubungi no telefin yg tertera 😉

      Padam
    2. saya dah update entri. boleh la wassap nombor yang tertera.

      Padam
  7. Kalau dah sedap, memang non stop makan..huhu

    BalasPadam
  8. kalau dah hadap ni sekejap je habis berebut makan

    BalasPadam
  9. Sedapnya.. kena dengan sos pencicah baru la best.. layan tahu2 tak cukup

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code