Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulang Tahun Aisyah Humaira Ke-9

Assalamualaikum

Ulang Tahun Aisyah Humaira Ke-9 | Sudah genap 9 tahun anak dara saya ni. Seakan tangan ini baru je mengendong dia selepas dilahirkan. Saya tak ingat pun hari jadi dia sebenarnya. Lepas dah sampai JB, baru saya teringat yang hari ni hari jadi dia itu pun bila terpandang tarikh di handphone. Terus kami menuju kedai kek di Bukt Dahlia. Kedai kek apa tu? Apa lagi kalau bukan Desser Queen.

Kami ke sini sebab di kedai bakeri ni terdapat ready stock pelbagai pilihan kek. Serik nak tempah kek dari baker sebelum ni sebab banyak krim dari keknya. Pastu anak-anak pun tak berapa nak makan kek tu. Tu yang beli ajelah kek di DQ.

Memandangkan kek pilihan Aisyah dah habis, Aisyah memilih kek unicorn ni sahaja. Saya pun cukup berkenan dengan dekorasi kek ni. Cantik sangat. Krim luar kek ni pun tak tebal sangat. Keknya pun sedap. Dalamnya kek coklet moist.


Comel je kek ni. Sesuai untuk di makan anak beranak. Itu pun selepas 2 hari kek masih ada lagi dalam peti ais tu. Maklumlah bulan puasa kan. Kek comel ni berharga hanya RM42. Berbaloi sangat.


Hadiah dah dapat kan bulan lepas? Birthday gift in advance boleh baca sini

Doa untuk Aisyah,, Semoga Aisyah membesar dengan sihat dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Moga Aisyah diterangkan hatinya dalam pelajaran. Semoga anak ibu ni berjaya di dunia dan akhirat. Amin.





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. selamat hari jadi kak aisyah..Yeah akak suka kek DQ sebab kecik.Memang sesuailah dengan keluarga kecil kami.

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir aisyah! Semoga menjadi anak yang solehah dan taat kepada Allah dan ibu bapa :)

    BalasPadam
  3. Happy birthday, Aisyah...Semoga menjadi anak yang solehah.
    Comey kek.. Selamat berpuasa ye..

    BalasPadam
  4. omooooo the cake is so cute ! imma big fan of unicorn

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code