Aisyah Humaira

Sepit Rambut Comel

9:00 PG

Assalamualaikum

Sepit Rambut Comel | Kalau masuk kedai aksesori rambut, mesti rambang mata nak pilih sepit rambut. Padahal Cik Aisyah dah besar, dah patut pakai tudung.


Sepit rambut sekarang mahal juga ye. 2 pek macamni dah RM10. Tapi, sebab ianya comel. Haruslah beli.


Aisyah Humaira

Mari Belajar Mengira

8:30 PG

Assalamualaikum

Mari Belajar Mengira | Cik Aisyah ni adakalanya rajin sangat nak menulis. Adakalanya tak nak buat homework langsung. Cikgu pernah mengadu sebelum ni, dia asyik nak main je. Biasalah budak-budak.

Bila di rumah, Adik Alif suka pula mnegacau. Apa yang kakaknya pegang, dia pun nak pegang. 


Ini gambar minggu lepas. Cik Aisyah menulis nombor 15, 16, 17. Kemudian saya ajar cara mengira yang betul. Kira, bulatkan dan padankan.

Seronok sungguh dia mengira sampai dah taknak tutup buku.




Aisyah Humaira

Sambutan Birthday Cik Aisyah

8:00 PG

Assalamualaikum

Sambutan Birthday Cik Aisyah | Hampir setiap tahun kami menyambut hari jadi Aisyah pada 1hb 5 atau lebih awal. Dan 2 tahun kebelakang, sudah 2 kali sambut di kampung.

Memandangkan Aisyah sudah bersekolah tadika, jadi saya sambut di sekolah je.

>>> Ulang Tahun Ke-5 <<<

29.4.017 - Pulang ke kampung halaman. Nenek Aisyah dah tempah kek untuk Aisyah. Malam tu Aisyah potong kek dengan dimulai bacaan doa dari atok.
Kek yang ditempah

Birthday girl tak sabar dah nak potong kek.

Kek ditempah dengan orang kampung. Selain kek, nenek turut menempah cream puff mini.



Maka, makan lah kek coklet malam itu. Terima kasih nenek sebab belikan Aisyah kek.



Aisyah Humaira

Hari Ulang Tahun Ke-5 Cik Aisyah

8:00 PG

Assalamualaikum

Hari Ulang Tahun Ke-5 Cik Aisyah | 2.5.17 - Genaplah usia Cik Aisyah 5 tahun. Oleh kerana Aisyah sudah bersekolah tadika, saya mahu buat sambutan hari jadi untuk dia. Buat kenangan agar dia ingat meskipun dia sudah besar nanti.

Goodies beg ni saya letak mineral water cup dan roti pizza je. Kemudian stapler je gambar Aisyah. Murid tak ramai sangat, hanya 18 orang, seorang guru dan seorang pembantu tadika. Jumlah, hanya 20 pax.

Saya pek pagi tu juga, sebelum ke sekolah Aisyah.

Brownies

Kek hari jadi Aisyah

Jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian Selamat Hari Jadi. Diikuti bacaan doa dari semua anak-anak. Cikgu siap dah tulis dan lukis belon di whiteboard.



Selesai bacaan doa, kita potong kek dan bahagi-bahagiakan pada anak-anak.


Cikgu tolong potong & berikan kek pada anak-anak.

Emak Aisyah (BS), Alif , Qaseh (Cucu BS) & Aisyah.


Si comel Alif sibuk nak minta kek juga.

Maka, makanlah mereka bertiga di situ. Alif taknak kalah. Tak mahu kongsi pinggan dengan kakaknya.

Aisyah bersama Cikgu Shira.


Semoga Aisyah membesar menjadi insan yang berjaya,
Hormati ibu bapa,
Hormati guru,
Hormati orang tua..

Moga Aisyah membesar dengan sihat tanpa sakit, tanpa cacat cela..
Amin..





Aisyah Humaira

Tulisan Cik Aisyah

8:00 PTG

Assalamualaikum
Tulisan Cik Aisyah | Cik Aisyah saya ni memang lain macam sikit. Ibu suruh tulis ikut garisan, dia tulis melintang. 
Ibu : Kakak, ikutlah garisan. Ikut ibu tulis atas tu.

Kakak : Takpe, kakak pandai.


>>> Mari Menulis <<<

Tulisan dia nampak kemas dan cantik tapi tulah hanya dia yang faham apa yang dia tulis.
=========================
Cikgu ada mengadu pada saya yang Aisyah ni agak keras sikit. Dia lebih suka buat apa yang dia suka. Walaupun dia pandai menulis tapi dia kurang mendengar arahan.
Ibu : Kenapa kakak tak dengar cakap cikgu? Cikgu suruh tulis kan?

Aisyah : Saya taknak tulis. Saya bosan la..



Nota Hati : Menguji kesabaran sungguh


Aisyah Humaira

Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online

8:00 PG

Assalamualaikum


Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online | Saya rasa ibubapa pasti sudah tahu akan hebahan ini. Rata-rata sudah mula mendaftar anak masing-masing. Saya tidak terkecuali. 



Dek kerana perlu isi rekod imunisasi anak, saya terus masukka buku rekod kesihatan Cik Aisyah ke dalam beg tangan saya bila teringat. Jadi, bila buka beg, akan nampak buku rekod ni dan saya tidak lupa untuk mendaftar secara online.


Pendaftaran tidak lah serumit mana. Hanya perlu isi maklumat yang diperlukan. 10 minit dah selesai.

Untuk pendaftaran, boleh ke laman sesawang,


Alhamdulillah, permohonan Cik Aisyah untuk kemasukan tahun 2019 telah selesai. In sha Allah, dapatlah sekolah yang dipilih nanti. Sekolah pilihan mestilah dekat dengan rumah sendiri dan rumah pengasuh untuk memudahkan semua.






Aisyah Humaira

Asah Bakat Melukis Anak

8:00 PG

Assalamualaikum


Asah Bakat Melukis Anak | Apabila anak sudah mula bersekolah tadika, dia akan mula serap suasana pembelajaran di sekolah. Ada cikgu, ada kawan, ada meja, ada kerusi. Kita sebagai ibu bapa sebolehnya akan menyediakan satu sudut pembelajaran seakan suasan sekolah. Sikit pun jadilah.

Cik Aisyah lebih minat melukis dari menulis. Bila suruh tulis nama di buku kotak, berjayalah tulis nama sebaris dua, selebihnya melukis.

Baru 5 tahun kan. Tak kan nak halang. Buku penuh dengan lukisan.


Penuh helaian dengan gambar bunga.




Ini adalah 3 ekor doraemon.


Ini pula lukisan keluarga kecil kami.

Ayah, kakak, ibu, adik.

================================

Bila anak sekecil itu sudah memperlihatkan minat untuk melukis, biarkan dia. Support minat dia dengan belikan pensel, kaler warna atau boleh juga beri dia gunakan warna air sesekali sekala.

Selain mengasah bakat, aktiviti seperti ini juga mampu menguatkan otot.



Aisyah Humaira

Mari Menulis

9:00 PG

Assalamualaikum


Mari Menulis | Sejak Aisyah sudah mula bersekolah, saban hari saya perlu periksa beg sekolah dia, sama ada ada kerja sekolah atau tidak. Kadang-kadang, cikgu cuma tulis "buat semula" di dalam buku. Itu tandanya, ibu bapa perlu memantau kerja sekolah anak masing-masing di rumah.

Saya jarang memantau Aisyah menyiapkan kerja sekolah, sebaliknya tugas itu biasa disandang oleh ayahnya. Sebab saya spesis rimauuu. Rimau-rimau pun, anak-anak payah mendengar kata saya. Kalau dengan ayah diorang, sekali je ayah dia bersuara, cepat je diorang dengar. Nape ek??

Alif sibuk nak ikut masuk bilik tengah bila terdengar suara ayah dan kakaknya. Bila dapat masuk, dia mulalah mengacau Kak Aisyah. Dek risau dikacau macam tu, saya beri buku dan pensel untuk Alif menconteng ikut suka hati dia.


Tengoklah tu bersemangat sungguh si bujang dapat buku dan pensel. Muncung tu yang mahal. Penuh tekun.


Penatlah duduk, baring lagi best.


Hish, penat lah baring. Eh, kakak duduk kat kerusi macam best je.


Kakak, tepi sikit. Adik nak duduk.

Kak Aisyah terpaksa mengalah.


Dah, dah, kakak gi sana. Alif nak tulis ni.

Sekali lagi Kak Aisyah terpaksa mengalah.




Nota Kaki : Bila si bujang berkuasa..





Aisyah Humaira

Perlukah Bawa Peralatan Sekolah Ke Tadika

11:00 PG

Assalamualaikum


Perlukah Bawa Peralatan Sekolah Ke Tadika | Bila anak sudah sekolah, bermacam persediaan perlu dibuat. Di tadika Kemas tempat Aisyah sekolah cikgu ada bagitahu peralatan disediakan. Tinggal di sekolah, tak boleh bawa balik. Buku-buku pun sama. Bila ada homework je baru bawa balik.

Kasut sekolah adalah benda pertama kami beli untuk Aisyah. Kaki comel. Saiz 7. Dah dapat kasut, baru beli stokin dan lain-lain.



Syukur tidak perlu membeli sangat. Ini adalah lambakan peralatan yang dipos oleh Cik Umie Aisyah. Siap lengkap beg. Sekotak pensel warna (tiada dalam gambar) telah hilang beberapa batang dalam masa 3 hari bersekolah. 

T___T



Beg sekolah gambar Frozen dihadiahkan oleh neneknya. Alhamdulillah, rezeki anak. Itulah yang dipikul dari Ahad hingga Jumaat.

Hari pertama di sekolah, inilah hasil yang dibawa pulang.

Apakah??

Krik..krik..






Aisyah Humaira

Tadika KEMAS AL-Falah Taman Rinting

2:01 PTG

Assalamualaikum


Tadika KEMAS AL-Falah Taman Rinting | 1.1.2017 - Anak sulung, Cik Aisyah saya sudah masuk 5 tahun. Sudah mula bersekolah. Pertama kali anak ke sekolah, ibu dia teruja lebih. Dalam hati, tertanya-tanya juga, macamanalah dia kat sekolah nanti.

Hari pertama cuma untuk pendaftaran murid dan sedikit taklimat ibubapa. Murid tak ramai, ada satu kelas sahaja. 20 orang. Pendaftaran sebanyak RM110. Oleh kerana RM10 telah dijelas ketika menghantar borang tempoh hari, maka hanya perlu membayar sebanyak RM90.



Mengikut jadual yang diberi,

Ahad & Selasa -  Baju uniform kemas (biru)
Isnin & Rabu - Baju sukan ( baju putih kolar putih dan seluar tracksuit biru tua)
Khamis - Baju batik (ditentukan oleh cikgu masing-masing).

Murid wajib memakai kasut putih dan berstokin. Wajib hadir setiap hari agar proses pembelajaran tidak terlepas. Sesi persekolahan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Ibu bapa/ penjaga perlu menghantar anak masing-masing hingga ke muka pintu dan perlu menandatangani rekod masuk. Begitu juga ketika mengambil anak, ibu bapa/ penjaga perlu ambil anak di muka pintu kelas. Rekod keluar perlu ditandatangani sebelum mengambil anak.

Bayaran bulanan hanya RM25 sebulan. Perlu dijelaskan di awal bulan.


Hari pertama, Cik Aisyah menangis-nangis. Siap berteriak dan berlari, cakap tak nak sekolah. Nak dengan ibu. Hahahaha,, malu tak malulah muka ni. Tebal muka uiii..



2.1.2017 - Hari ke2, dia nampak lebih tenang. Diam je. Melihat kawan-kawan, dia pun cuba menyesuaikan diri. Tidak ada tanda-tanda nak nangis. Hati saya lega, terasa lapang. Dapat bekerja dengan senang hati walaupun sesekali teringat juga. Entah apa cerita dia di sekolah.

11.50 pagi - Lagi 10 minit kelas tamat, saya sudah sampai di perkarangan sekolah. Ada juga beberapa ibu murid lain yang sedang menanti untuk mengambil anak mereka. Saya jenguj-jenguk juga ke dalam kelas, melihat murid di dalam. Sudah siap duduk dan beratur.

"Itu ibu saya..." Jelas suara Aisyah.

Itu tanda dia OK! Lega hati dia. Seronok dia di sekolah. Tudung putih dan baju dah comot. Alahai...

"Ibu, tadi cikgu marah saya"

"Kenapa?"

"Saya tumpahkan air"


Saya senyum jela. Nak gelak.

Belanja sikit gambar anak dara dah masuk tadika.


Murid tidak ramai di tadika ini. Hanya 20 orang murid diambil untuk tahun 2017. Tapi, macam tak sampai jumlah tu je. Tak pe Aisyah. Yang penting, Aisyah nak ke sekolah. Belajar, bermain dan berseronok.




Aisyah Humaira

Si Pemalu

9:00 PG

Assalamualaikum


Dia malu bila diminta bergambar. Tersipu-sipu. Siap tutup muka. Biasanya, dia lari. Lari dari kamera. Tapi, ada masanya, ok pula.

Dua minggu lepas, bawa dia ke kedai untuk buat gambar saiz passport. Tahun depan dah sekolah kan. Hantar borang perlu sertakan 2 keping gambar passport size.

Agak lama untuk dapatkan gambar yang cantik. Dia malu, suruh senyum, dia senyum tapi tutup muka. Ntah berapa kali budak cina tu snap gambar dia. Ada yang senyum tapi mata pandang lain. Ada gambar serius. Ada gambar malu-malu.

Tambah pula dia sudah mengantuk. Mood nak bergambar lama-lama hilang. 

Ini gambar terbaru, hari ahad hari tu.




Aisyah Humaira

Ulang Tahun Ke-4 Cik Aisyah

9:00 PG

Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas pinjamanMu ini. Cepat benar masa berlalu, tup-tup si cantik manis sudah menginjak usia 4 tahun. 2 Mei 2016, genaplah dia 4 tahun.

Seperti tahun lalu, kami menempah kek di Dessert Queen. Kek indulgence. Bertemakan Sofia the First. Kali ini DQ telah dibuka di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tidak perlu ke Air Biru lagi. Lebih dekat dari rumah.


Kek import dari PG. Agak lembik sebab jauh perjalanan.


1 Mei 2016 - Dek kerana ketidaksabaran masing-masing lebih-lebih lagi masing-masing berpakaian cantik-cantik sebab baru balik dari majlis perkahwinan, termasuk saya. Potong sajalah keknya.

Kami adik beradik


Rehatkan kek dalam setengah jam sebelum dipotong. Itu pun masih lembik. Birthday girl pakai baju cantik sikit. Ala-ala sofia gitu.





Sebelum potong kek, baca doa dahulu. Tiada babak meniup lilin sebab tidak mahu diajar begitu. 


Doa dibacakan oleh atuknya. Diaminkan oleh semua.


Ok, potong!! Macam ayah dia je terlebih excited.


 Kami


Anakanda Aisyah Humaira,

Ibu doakan semoga Aisyah membesar menjadi muslimah solehah.
Menjadi anak yang berguna dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah.
Hormati orang-orang lebih tua darimu, jaga tutur bahasamu dan jaga adabmu.

Ibu doakan semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik. Moga membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang cacat cela.

Amin Ya Rabbal Alamin



Nota Hati : Hanya Allah Yang Mahu Mengetahui..