Aisyah Humaira

Sesi Berjubah Tabika KEMAS Al-Falah 2017

8:00 PG

Assalamualaikum

Sesi Berjubah Tabika KEMAS Al-Falah 2017 | Sekarang ni musim graduasi kan? Penuh wallfeed FB dengan gambar mereka yang sedang berkonvo.

Tidak ketinggalan, Cik Aisyah pun berkonvokesyen. Sudah hampir hujung tahun ni, Cik Aisyah bawa balik gambar dia berjubah memegang skrol.


Banyak juga gambar yang dia bawa pulang. Satu tu siap frame.




Terharu hati saat menatap gambar-gambar Cik Aisyah. Siapa sangka anak saya sudah berusia 5 tahun. Tahun depan dia sudah 6 tahun dan akan ke Tadika lain.



Aisyah Humaira

Lawatan ke Thomas Town

8:00 PG

Assalamualaikum
Lawatan ke Thomas Town | 15.10.2017 - Tabika Kemas Al-Falah mengadakan lawatan ke Thomas Town yang terletak di Puteri Harbour. Kami ibu bapa tidak ikut, hanya murid sahaja.
Thomas Town amat sesuai untuk kanak-kanak bersekolah Tabika, lingkungan umur 4 hingga 6 tahun ni. Banyak aktiviti yang menyeronokkan disediakan di sini.


Gambar yang cikgu whataps. Cik Aisyah tak begitu minat bermain yang lasak-lasak ni. Memang begitu pun dia.


Antara gambar beramai-ramai. Cik Aisyah lari bila Barney datang. Sampai menangis-nangis pula tu. Apa dia ingat Barney ni raksasa ke?






Aisyah Humaira

Alif Dan Kucing

8:00 PG

Assalamualaikum

Alif Dan Kucing | Alif suka haiwan bernama kucing ni. Mungkin sebab ia comel. Kalau nampak kucing, dari jauh dia dah geram. Di kampung, sepupu mereka yang bela kucing ni. Papa dia (adik saya) yang buatkan reban.

Aisyah & Alif melawat kucing.

Sudah puas memanggil kucing dari luar reban, dibuka pula selak reban tersebut. Meluru kucing tu keluar.


Rupa-rupanya kucing-kucing ni kehausan dan kelaparan. Makanan dia dalam bekas dalam reban sudah habis. Tuan dia pula balik kampung sebelah mama dia di Jerantut.


Bukan main suka Alif dapat pegang kucing. Kucing tu dah la berat. Berusaha dia suruh kucing minum.




Aisyah Humaira

Jamuan Hari Raya Tabika Kemas Al Falah

8:14 PG

Assalamualaikum

Jamuan Hari Raya Tabika Kemas Al Falah | 23 Julai 2017 - Jamuan Hari Raya Tabika KEMAS Al Falah Taman Rinting. Ibu bapa dijemput hadir bersama anak-anak. Majlis bermula 8.30 hingga 11.30 pagi. Murid-murid diminta bawa kuih raya.
Barisan murid. Comel je kan diorang ni.

Aisyan bersama Alif.

Saya sudah gosok baju melayu untuk Alif tapi baju ini juga yang dia mahu pakai. Suka hati lah nak oi. Puting tak tinggal pula kali ni. Huhu..


Cikgu Syira memberi sedikit ucapan sebelum majlis bermula.


Antara juadah yang dihidangkan. Nasi impit, lodeh, sambal tumis bilis, rendang ayam dan roti jala.


Ini pula antara juadah yang ibu bapa bawa. Saya bawa kuih raya dan kek buah kukus je. Kek buah kukus tu sedap tau.


Seperti biasa, menu pilihan Aisyah dan Alif ialah nasi impit dan lodeh.



Selesai makan, anak-anak sudah mula berlarj ke sana sini. Untuk elak anak-abak terus berlari, Cikgu Syira mula memberi arahan, siapa nakal tak dapat duit raya.

Pandai pula beratur kan bila nak duit raya.



Kami pulang awal dalam jam 10.30 pagi sebab Alif sudah mula mengaruk mahu balik.


Aisyah Humaira

Sepit Rambut Comel

9:00 PG

Assalamualaikum

Sepit Rambut Comel | Kalau masuk kedai aksesori rambut, mesti rambang mata nak pilih sepit rambut. Padahal Cik Aisyah dah besar, dah patut pakai tudung.


Sepit rambut sekarang mahal juga ye. 2 pek macamni dah RM10. Tapi, sebab ianya comel. Haruslah beli.


Aisyah Humaira

Mari Belajar Mengira

8:30 PG

Assalamualaikum

Mari Belajar Mengira | Cik Aisyah ni adakalanya rajin sangat nak menulis. Adakalanya tak nak buat homework langsung. Cikgu pernah mengadu sebelum ni, dia asyik nak main je. Biasalah budak-budak.

Bila di rumah, Adik Alif suka pula mnegacau. Apa yang kakaknya pegang, dia pun nak pegang. 


Ini gambar minggu lepas. Cik Aisyah menulis nombor 15, 16, 17. Kemudian saya ajar cara mengira yang betul. Kira, bulatkan dan padankan.

Seronok sungguh dia mengira sampai dah taknak tutup buku.




Aisyah Humaira

Sambutan Birthday Cik Aisyah

8:00 PG

Assalamualaikum

Sambutan Birthday Cik Aisyah | Hampir setiap tahun kami menyambut hari jadi Aisyah pada 1hb 5 atau lebih awal. Dan 2 tahun kebelakang, sudah 2 kali sambut di kampung.

Memandangkan Aisyah sudah bersekolah tadika, jadi saya sambut di sekolah je.

>>> Ulang Tahun Ke-5 <<<

29.4.017 - Pulang ke kampung halaman. Nenek Aisyah dah tempah kek untuk Aisyah. Malam tu Aisyah potong kek dengan dimulai bacaan doa dari atok.
Kek yang ditempah

Birthday girl tak sabar dah nak potong kek.

Kek ditempah dengan orang kampung. Selain kek, nenek turut menempah cream puff mini.



Maka, makan lah kek coklet malam itu. Terima kasih nenek sebab belikan Aisyah kek.



Aisyah Humaira

Hari Ulang Tahun Ke-5 Cik Aisyah

8:00 PG

Assalamualaikum

Hari Ulang Tahun Ke-5 Cik Aisyah | 2.5.17 - Genaplah usia Cik Aisyah 5 tahun. Oleh kerana Aisyah sudah bersekolah tadika, saya mahu buat sambutan hari jadi untuk dia. Buat kenangan agar dia ingat meskipun dia sudah besar nanti.

Goodies beg ni saya letak mineral water cup dan roti pizza je. Kemudian stapler je gambar Aisyah. Murid tak ramai sangat, hanya 18 orang, seorang guru dan seorang pembantu tadika. Jumlah, hanya 20 pax.

Saya pek pagi tu juga, sebelum ke sekolah Aisyah.

Brownies

Kek hari jadi Aisyah

Jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian Selamat Hari Jadi. Diikuti bacaan doa dari semua anak-anak. Cikgu siap dah tulis dan lukis belon di whiteboard.



Selesai bacaan doa, kita potong kek dan bahagi-bahagiakan pada anak-anak.


Cikgu tolong potong & berikan kek pada anak-anak.

Emak Aisyah (BS), Alif , Qaseh (Cucu BS) & Aisyah.


Si comel Alif sibuk nak minta kek juga.

Maka, makanlah mereka bertiga di situ. Alif taknak kalah. Tak mahu kongsi pinggan dengan kakaknya.

Aisyah bersama Cikgu Shira.


Semoga Aisyah membesar menjadi insan yang berjaya,
Hormati ibu bapa,
Hormati guru,
Hormati orang tua..

Moga Aisyah membesar dengan sihat tanpa sakit, tanpa cacat cela..
Amin..





Aisyah Humaira

Tulisan Cik Aisyah

8:00 PTG

Assalamualaikum
Tulisan Cik Aisyah | Cik Aisyah saya ni memang lain macam sikit. Ibu suruh tulis ikut garisan, dia tulis melintang. 
Ibu : Kakak, ikutlah garisan. Ikut ibu tulis atas tu.

Kakak : Takpe, kakak pandai.


>>> Mari Menulis <<<

Tulisan dia nampak kemas dan cantik tapi tulah hanya dia yang faham apa yang dia tulis.
=========================
Cikgu ada mengadu pada saya yang Aisyah ni agak keras sikit. Dia lebih suka buat apa yang dia suka. Walaupun dia pandai menulis tapi dia kurang mendengar arahan.
Ibu : Kenapa kakak tak dengar cakap cikgu? Cikgu suruh tulis kan?

Aisyah : Saya taknak tulis. Saya bosan la..



Nota Hati : Menguji kesabaran sungguh


Aisyah Humaira

Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online

8:00 PG

Assalamualaikum


Daftar Persekolahan Anak 2019 Secara Online | Saya rasa ibubapa pasti sudah tahu akan hebahan ini. Rata-rata sudah mula mendaftar anak masing-masing. Saya tidak terkecuali. 



Dek kerana perlu isi rekod imunisasi anak, saya terus masukka buku rekod kesihatan Cik Aisyah ke dalam beg tangan saya bila teringat. Jadi, bila buka beg, akan nampak buku rekod ni dan saya tidak lupa untuk mendaftar secara online.


Pendaftaran tidak lah serumit mana. Hanya perlu isi maklumat yang diperlukan. 10 minit dah selesai.

Untuk pendaftaran, boleh ke laman sesawang,


Alhamdulillah, permohonan Cik Aisyah untuk kemasukan tahun 2019 telah selesai. In sha Allah, dapatlah sekolah yang dipilih nanti. Sekolah pilihan mestilah dekat dengan rumah sendiri dan rumah pengasuh untuk memudahkan semua.






Aisyah Humaira

Asah Bakat Melukis Anak

8:00 PG

Assalamualaikum


Asah Bakat Melukis Anak | Apabila anak sudah mula bersekolah tadika, dia akan mula serap suasana pembelajaran di sekolah. Ada cikgu, ada kawan, ada meja, ada kerusi. Kita sebagai ibu bapa sebolehnya akan menyediakan satu sudut pembelajaran seakan suasan sekolah. Sikit pun jadilah.

Cik Aisyah lebih minat melukis dari menulis. Bila suruh tulis nama di buku kotak, berjayalah tulis nama sebaris dua, selebihnya melukis.

Baru 5 tahun kan. Tak kan nak halang. Buku penuh dengan lukisan.


Penuh helaian dengan gambar bunga.




Ini adalah 3 ekor doraemon.


Ini pula lukisan keluarga kecil kami.

Ayah, kakak, ibu, adik.

================================

Bila anak sekecil itu sudah memperlihatkan minat untuk melukis, biarkan dia. Support minat dia dengan belikan pensel, kaler warna atau boleh juga beri dia gunakan warna air sesekali sekala.

Selain mengasah bakat, aktiviti seperti ini juga mampu menguatkan otot.



Aisyah Humaira

Mari Menulis

9:00 PG

Assalamualaikum


Mari Menulis | Sejak Aisyah sudah mula bersekolah, saban hari saya perlu periksa beg sekolah dia, sama ada ada kerja sekolah atau tidak. Kadang-kadang, cikgu cuma tulis "buat semula" di dalam buku. Itu tandanya, ibu bapa perlu memantau kerja sekolah anak masing-masing di rumah.

Saya jarang memantau Aisyah menyiapkan kerja sekolah, sebaliknya tugas itu biasa disandang oleh ayahnya. Sebab saya spesis rimauuu. Rimau-rimau pun, anak-anak payah mendengar kata saya. Kalau dengan ayah diorang, sekali je ayah dia bersuara, cepat je diorang dengar. Nape ek??

Alif sibuk nak ikut masuk bilik tengah bila terdengar suara ayah dan kakaknya. Bila dapat masuk, dia mulalah mengacau Kak Aisyah. Dek risau dikacau macam tu, saya beri buku dan pensel untuk Alif menconteng ikut suka hati dia.


Tengoklah tu bersemangat sungguh si bujang dapat buku dan pensel. Muncung tu yang mahal. Penuh tekun.


Penatlah duduk, baring lagi best.


Hish, penat lah baring. Eh, kakak duduk kat kerusi macam best je.


Kakak, tepi sikit. Adik nak duduk.

Kak Aisyah terpaksa mengalah.


Dah, dah, kakak gi sana. Alif nak tulis ni.

Sekali lagi Kak Aisyah terpaksa mengalah.




Nota Kaki : Bila si bujang berkuasa..