Aktiviti

Main Susun Barang

8:00 PG

Assalamualaikum
Main Susun Barang | Permainan dan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Ditambah pula daya imaginasi mereka yang tinggi, apa pun boleh. Kadang-kadang tu anak-anak lebih kerap bermain dengan pekakas di dapur berbanding permainan yang dibeli di kedai mainan.

Seperti aktiviti ini, ia ditiru dari aksi kakanya sendiri, Cik Aisyah. Aisyah memang gemar main hidang-hidang makanan, kononnya situasi di kedai makan dan restoran. Kemudian, aksinya dilihat dan ditiru oleh adiknya pula. 

Alif menyusun permainan kemudian berikan kepada saya. Kononnya, makanan dan minuman.

Kemudian, di bawa pula ke tempat lain. Kononnya, makanan telah habis dimakan.


Permainan-permainan tadi disusun pula atas iron board. Lihat, iron board pun boleh menjadi tempat permainan kank-kanak. Kononnya, sinki, tempat cuci pinggan mangkuk.


Terpegun seketika melihat kata-kata di belakang baju yang dipakai oleh Alif. Baju ini dibeli oleh pengasuh.
"Orang tuaku adalah pahlawan bagiku"




Alif Ziyad

Bila Anak Mula Menconteng

4:00 PTG

Assalamualaikum


Bila Anak Mula Menconteng | Setiap anak dilahirkan berbeza perwatakan, perangai dan keletah. Bab  menconteng, kedua anak saya adalah sama. Tiba-tiba saya perasan dinding rumah sudah berseni. Kecik bessar kecik besar je tengok budak-budak ni. Sudah la menconteng, buat muka comel lak tu, dengan harapan usaha mereka dihargai.

Sekali dua dinding diconteng mungkin masih boleh bertahan. Kalau dah banyak kali, mau jadi hijau gak. Mak ko hijau.

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak sudah mula menconteng?

- Sediakan buku tulis.
- Sediakan kertas lukisan.
Jika saiz tidak mencukup, dan kemahuan menconteng membuak-buak,
- Sediakan kertas majung dan tampak di dinding rumah.

Inisiatif saya, berikan anak kertas atau buku untuk dia menulis dan menconteng. Otak sedang berkembang, biarkan bakatnya diasah. Alif ok lagi, tidak menconteng sangat berbanding kakaknya, Cik Aisyah dahulu. Kesan contengannya memaksa kami untuk mengecat seluruh dinding rumah!


Tiba-tiba ada seni di dinding dan si pelaku adalah budak comel ini. Muka tak bersalah. Tapi, masih boleh dikawal sebab dia lebih menconteng di buku berbanding dinding. Harapnya terus begitu.


Alif Ziyad

Driver Cilik

8:00 PTG

Assalamualaikum


Driver Cilik | Dia memang pantang dapat stereng. Minat betul dia memulas-mulas stereng seolah-olah memandu. Belum tiba-tiba dia tekan hon kemudian tepuk tangan. Bingit! Biasanya buka tutup lampu kereta, on wiper kereta. Alahaiii..

Dasar anak lelaki kan, lasak. Ada je idea nakalnya. Penghibur hati kami, meskipun maknya jadi hijau juga.











Anak Ke2

Alif & Basikal Baru

8:00 PG

Assalamualaikum


Alif & Basikal Baru | Minat benar Alif dengan benda roda dua ni. Kalau dia dah nampak, memang tak sah kalau dia tak dapat capai. Sebolehnya, dia akan tolak sepenuh tenaga. Tak dapat naik tak mengapa, asalkan dapat tolak.

Jika di rumah, saban hari berebut dengan kakaknya. Dek kerana kesian, saya belikan sebuah basikal untuk dia. Biar dia tunggang sepuasnya.

Mula-mula survey dahulu, kedai basikal yang ada. Mana yang murah, mana yang kondisi bagus, mana yang sesuai dengan si bujang. Kali pertama ke kedai basikal di Masai, biarkan dia naik, dia ok je. Ayahnya dukung dia masuk kereta, pun dia ok je.

Kemudian ke Today Mart pula, survey basikal RM79.90. Basikalnya murah tapi ada kekurangan sedikit. Pilihan pun tak banyak. Maka, kami berpatah balik ke kedai basikal mula-mula pergi tadi. Kali ni, Alif tak mahu turun dah. Melekat.

Memang bercadang beli di sini. RM90. Alhamdulillah, rezeki Alif. Duit hasil berblog. Tengoklah dalam kereta pun nak tunggang juga. Punyalah excited.


Seorang satu sudah memiliki basikal. Tak mahu gaduh-gaduh lagi ye. Main sama-sama, kayuh sama-sama, bertembung sama-sama.


Spiderman comel melekat di basikal barunya. Tak boleh sentuh basikal tu tau. Dia usaha sendiri naik. Dia usaha sendiri nak kayuh. Basikal tak gerak, nangis. Huhu..


>>> Alif & Basikal <<<

Excited dapat naik basikal baru








Anak Ke2

Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba

12:11 PTG

Assalamualaikum


Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba |  Bila ada anak kecil, perkara yang sering merisaukan kita sebagai ibu bapa adalah tahap kesihatan mereka. Tahan imunisasi anak kecil tidak kuat dan mereka mudah dihinggapi penyakit.

Alif, agak jarang demam. Tak silap saya, 6 bulan yang lepas dia ada demam. Dia kalau dah demam memang melepek je. Diam, terus tak aktif. Makan tak lalu, minum susu pun sikit je sebab haus.
Petang khamis, sewaktu jemput dia balik, pengasuh terus bagitahu yang Alif demam. Tiba-tiba menangis dalam buaian. Melepek lah dia bila tak sihat.


Terus saya EL hari jumaat tu sebab risau dengan keadaan dia yang jarang demam. Alif ni jenis melekat bila tak sihat. Tak boleh lepas langsung. Hatta, nak masak pun sempat tak sempat dah.

Hari pertama dia deman, hari kedua demam, saya pantau betul-betul. Maklumlah, demam zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main.

Apa yang penting,
- Beri anak ubat mengikut dos dan aturan yang disarankan oleh doktor.
- Kerap lap badan anak, agar suhu badannya turun. Lap dengan air paip sahaja.
- Pantau suhu anak, pastikan termometer sentiasa ada di dalam rumah.
- Beri dia makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur nasi / bubur ayam.
- Beri anak air masak secukupnya.
- Usap dan urut lembut badannya, mungkin badannya sakit-sakit.
- Bagi anak rehat secukupnya.
- Manjakan dia jika dia menangis bagi meredakan hatinya.


 Nota Hati : Sampai hari ni, Alif manja sangaaaatttt dengan saya.. Terrima kasih pada yang mendoakan Alif.. untuk pengetahuan semua, Alif dah sihat dah... dari hari Sabtu minggu lepas


Alif Ziyad

Bersama Alif | 1 Tahun 2 Bulan

9:00 PG

Assalamualaikum


Lama tak kongsi kisah si budak bujang ni. Sekarang umurnya sudah 1 tahun 2 bulan. Bulan lepas ada bawa dia check-up di KK Masai, ditemani Cik Aisyah. Untuk timbang je. Badan nampak semangat tapi kuyus je rupanya. Spesis kecil molek kan. Yang penting, Alif membesar dengan sihat. Alhamdulillah.


Sudah pandai berwelpie dengan ibu. Sangat manja. Kalau merajuk, tergolek-golek (ibu mula risau di situ). Kuat makan, sangat suka makanan.

Sudah pandai pandai pegang botol air berstraw. Tangan kanan pegang makanan, tangan kiri pegang botol air.


Muka bengang kena pakai cap. Kain lap dan puting masih menjadi teman setia dek air liur yang masih meleleh-leleh. Puting pula sangat berguna saat kecemasan. Merajuk berguling-guling, ubatnya puting. Aduihh,, memang tak cukup kuat nak pisahkan puting lagi.

Pertama kali merasa naik kereta muzik goyang-goyang pakai token ni. Tapi, tak letak token pun sebab mainan ni rosak. Ini pun dah buat dia teruja sangat-sangat. Hari-hari asyik tengok ibu pegang stereng je, dia pun nak rasa juga.

Tak mau lepas dah..


Alif dah pandai jalan. Masih bertatih-tatih. Belum laju lagi. Bila penat, dia kembali merangkak. Alif sukakan basikal. Basikal tu hadiah ulang tahun ke-3 Cik Aisyah. Mainan kegemaran Alif. Hari-hari dia tolak basikal tu. Dah pandai tekan-tekan loceng. Sikit hari pandai kayuh pula.

Sering terkejut bila dengar orang bersin. Muka terkejut yang bukan dibuat-buat. Kemudian, ketawa bila orang melihatnya.

"Cum..." sepatah kata dari Alif.



Alif belum pandai cakap. Sebutir apa pun belum lagi. Butir-butir bahasa alien tu adalah..
Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat ye..








Anak Ke2

Review | Lampin Pakai Buang Diapex

9:00 PG

Assalamualaikum


Murah dan berkualiti! Pasti akan menjadi rebutan. Tambah pula zaman viral ni. Baru 1 minit post, berduyun-duyun like. 1 jam lepas tu, habis!

Inilah yang saya alami sekarang. Sejak ramai yang memperkatakan tentang kelebihan diapers ni, memang agak payah untuk jumpa saiz Alif sekarang. Bila pergi je, rak kosong. Kalau ada pun, nasib-nasib je. Tinggal 1 atau 2 pek sahaja. Selebihnya, saiz besar.

Tesco Love Baby

Saya agak berpuas hati dengan diapers ni. Luarnya cotton lembut bukan plastik. Tebal, penyerapan bagus dan yang penting kulit Alif tiada alahan.


Bila rak dah kosong, mulalah susah hati. Nak beli diapers apa ni? Rata-rata harga diapers mahal. Petpet ok lagi tapi saya tak berapa suka sebab cepat benar melendut. Lagi-lagi harga kat Tesco ni, kalau takde promosi, harganya uhuiii tak berbaloi nak beli rasanya.

Jalan-jalan ke Giant, berkira-kira mahu cuba diapers jenama Giant je. Dengar-dengar bagus juga. Belek punya belek, tak berkenan pula. Nampak dari packaging luar macam plastik atau campuran plastik. Saya tak mahu. Macam tak setanding jenama Tesco Love Baby.

Tapi, banyak pilihan diapers kat Giant ni. Lama juga saya memilih tapi tak boleh lama sebab dah maghrib. Pilihan saya, Diapex. Walaupun baru-baru ni saya aad baca luahan pengguna Diapex yang mengatakan diapers ni dah nipis (kes macam Drypers).



Jatuh cinta pula dengan designnya. Cute sangat. Aisyah pun suka siap minta belikan untuk dia. Hahaha..ini lawak.

Saya dah cuba pakaikan pada Alif. Ok sangat-sangat. Sekurang-kurangnya, saya tahu jenama apa yang sesuai dengan anak saya bila jenama Tesco Love Baby kosong dirak!









Alif Ziyad

Alif Genap Setahun

12:00 PG

Assalamualaikum


30 Ogos 2016 - Genaplah setahun usia anak bujang saya. Masih terbayang di dalam ingatan saya ke HSA untuk melahirkan dia. Hishh...lagi beberapa jam nak masuk 31 Ogos tau. Ini pun kira awal 2 minggu
.
Tarikh yang sama juga, Alif perlu ke KK Masai untuk check-up setahun dan mendapatkan suntikan MMR.

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 <--- Klik untuk baca


Dalam setiap doa saya, saya sentiasa memohon agar dipermudahkan urusan. Tak kaya takpe, yang penting segala urusan yang saya hadapi dipermudahkan. Itu juga satu rezeki. Seperti membawa si bujang check-up ni. Moga dipermudahkan. Sebab saya selalu bawa anak sendiri.

Berat Alif masuk dah masuk line kuning. Ala, Alif ni, makan banyak tapi membuang pun banyak. Kalau dia 3 kali makan, 3 kali juga lah membuang. Pastu, bukan sikit-sikit. Kadang sampai membuak. Dah la ucuk..

Oleh kerana graf berat badannya tidak cantik, maka Alif perlu hadir untuk pemeriksaan berikutnya selang 2 bulan akan datang. Bulan Oktober nanti.

Dah habis mendapatkan khidmat nasihat dari nurse, kami menunggu pula ke bilik suntikan. Tak lama menunggu. Alif memang hero ibu. Kena inject tak nangis pun. Sengih-sengih je. Suntikan ni tidak menyebabkan demam. Alhamdulillah, Alif sihat-sihat sahaja hingga hari ini.



31 Ogos 2016 - Cuti sempena merdeka! Budak bangun awal ni pagi-pagi memang dah lapar. Nasi panas dan lauk ikan untuk dia pun dah ready. Sementara untuk kami yang dah besar ni, sarapan karipap jelah.

Alif menolak nasi dan tangannya tangkas mencapai seketul karipap. Bila ditegah, dia menangis. Emm..suka hati awak lah nak..

Ibu tak beli kek untuk awak. Makan jelah karipap ye nak. Seketul tu dia makan sampai habis! Sedap le tuww. Hehehe

Dah pandai mintak kek nanti baru ibu belikan.


Perut dah kenyang, kita round-round JB. Pergi melawat Giant Plentong dahulu. Kan dah berwajah baru. Uii..manusia penuh. Sesak! Maklumlan sempena Merdeka day, macam-macam promosi kan. Secret recipe tu pun ada promosi. Sepotong kek hanya RM5.90! Niat di hati memang nak terjahlah. Tapi, panjang pulak barisan. Tak sanggup nak beratur.

Pastu..pastu..pastu..

Rasa ngantuk, nak tidur.. Balik rumah, masing-masing tisur sampai petang. Wakakaka,,



Alif Ziyad

Siapa Cakap Layanan Klinik Kerajaan Teruk?

11:15 PG

Assalamualaikum


Rasa lama pula tak jenguk blog. Cuti raya katakan. Tapi, kenapa cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu kita beraya kan.

=======

Dari mengandungkan anak pertama hingga ke dua, check-up di klinik kerajaan. Anak demam, anak sakit, dari anak satu, sekarang dah ada dua, pun tetap gigih ke klinik kerajaan. Kalau klinik tutup, kami ke hospital bahagian kecemasan.

Sebab apa? Sebab tak perlu keluar belanja. Lagi sekarang, bil perubatan mahal. Kalau pergi klinik biasa, sekali buat rawatan berserta ubat lebih RM50.

Tapi, ini bukan tanda kami berkira. Tak! Cuma, kami perlu berjimat. Bukan kami tak pernah bawa anak-anak ke klinik swasta, banyak kali. Tapi, kebanyakkannya tak kebah, lebih lagi Cik Aisyah kami tu
.
Alhamdulillah, anak-anak serasi dengan ubat kerajaan.

Kenapa anak ke klinik kerajaan, ibunya ke klinik swasta? Saya? Sebab saya bekerja dan tempat kerja saya ada sediakan klinik panel. Rugi la tak gunakan. Tapi, 2016 ni saya tak pernah MC lagi. MC masih full, 22 hari. Ermmm...

========
Semalam, ambil EL. Boboi demam teruk semalam. Sebenarnya, kami dah balik dari kampung dari hari ahad lagi. Hari isnin memang ambil cuti untuk berehat dan mengemas rumah. Tapi, hari Isnin tu Alif dah demam. Tapi, masih melasak lagi. Ubat pun dah bagi.

Bermula dari malam itu badannya kejap-kejap panas. Tak tidurlah mata ni semalaman lap badan dia dan sentiasa pantau suhu badan dia. Setiap kali check suhu, check sampai 3 kali. Semua lebih 38 darjah.


Pagi-pagi bersiap ke klinik. Ikutkan hati, bawa ke swasta terus, cepat sikit. Tapi, en.suami ajak ke KK Majidi pula. Sebab dia asal sana, suka ke sana lah dia.

Saya turutkan. Sampai sana, agak ramai orang, cari parking pun melilau. Park jelah kat stesen minyak petron. Maka, jalan kakilah kami anak beranak.

Sampai di kaunter, serahkan buku laporan Alif dan tunggu hingga namanya dipanggil. Dah panggil, tunggu lagi. Duduk. Masa duduk tu tak perasan apa-apa pun. Feel biasa je.




Rupa-rupanya kes bayi macam Alif ni special. Dia letak perkhidmatan EXPRESS. Wah, terbaik klinik ni. Patutlah orang lain ada yang masih menunggu nombor lagi. Adalah dalam tak sampai 1 jam menunggu, Alif dah jumpa doktor. Dalam 10 minit pemeriksaan, ambil ubat pula.

Suhu masih tinggi walaupun dah makan ubat pagi tu. Siap dimandikan lagi sebelum ke klinik.


Ubat yang dibekalkan


Ubat banyak tu kalau di klinik biasa, RM50 perlu disediakan. Di klinik kerajaan, free untuk bayi. Alhamdulillah.

Doktor syorkan cari ubat ni di farmasi. Sebab bayi tak boleh makan ubat selesema. Doktor kata, ada gambar dolphin. Baiklah!

 Jangan lupa minta surat akuan rawatan dari doktor. Kalau tak minta, memang tak dapat. Tapi, ini bukan MC. Ini surat akuan rawatan je. Sekurang-kurangnya, ada bukti kukuh bila apply cuti ( walaupun kompeni saya senang nak minta cuti).


Keluar dari KK Majidi, kami singgah kedai makan dulu. Lapar uii.. Kemudian, terus ke farmasi cari ubat tu.

Inilah dia. Untuk mengeringkan hingus bayi. Sekurang-kurangnya dia rasa selesa dan tidak merengek bila hidung tersumbat.

=========

Nasihat saya kepada semua di luar sana, walau siapa pun kita, walau kita rasa tak suka, ikhlaskan hati kita, fikir yang baik-baik. Kalau masih ada perkara tak baik berlaku pada kita, anggap itu ujian buat kita. Ye, UJIAN.

Ramai yang saya lihat, seringkali menyalahkan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Ye, saya tau tak semua tempat bagus. Tak semua tempat juga teruk!
Perspeksi ramai, menganggap, jika masuk ke klinik/ hospital kerajaan je, mereka rasa cuak, rasa takut. Takut layanan teruk.

Terkejut saya bila ada yang sanggup berhutang semata-mata nak dapatkan layanan yang bagus di swasta. Sentiasa ingat, rezeki masing-masing. Tapi, nasihat saya tidak perlu sampai berhutang. Hutang itu satu BEBAN.

Nasihat saya lagi pada semua, anggap sahaja kalau nurse/ doktor marah, itu tanda mereka sayang kat kita. Mereka care pada kita. Sebab mereka yang menanggung risiko.
Kita pula, jangan cepat melenting bila ditegur. Hingga ada yang cakap, "mak aku pun tak pernah marah aku macam ni". Mungkin suara mereka agak tinggi, tapi anggap sahaja itu teguran yang baik.

SENYUM dan jangan lupa ucapkan terima kasih setiap kali nurse/ doktor/ staff melaksanakan tugas mereka. Jangan berat mulut ucapkan terima kasih. Walaupun kita tahu itu kerja mereka, tapi ucapan TERIMA KASIH itu amat besar nilainya. Boleh memadamkan ketidak senangan.

Lagi satu sebelum saya lupa, sentiasa BERDOA agar dipermudahkan urusan kita. Ingatlah, dipermudahkan urusan juga satu REZEKI.

Tak semua orang dapat rasa. Mungkin kita tak kaya dari segi harta, tapi urusan kita dipermudahkan, itu patut kita syukuri. Contoh, kita ke klinik kerajaan, ikhlaskan hati, ikut sahaja arahan mereka, anggap mereka semua baik, senyum, in sha Allah orang pun akan suka.

Ikhlaskan hati, redhakan hati.

Alif Ziyad

Apa Perlu Dilakukan Bila Anak Demam

9:00 PG

Assalamualaikum
Bila anak demam, ada masanya dia merengek minta perhatian dan belaian. Bila anak demam, seeloknya ibu yang berkerja ambil cuti dan beri perhatian sepenuhnya kepadanya.

Anak lebih cepat baik apabila ibunya sendiri yang menjaganya. Malah, dia rasa sangat selesa berdamping dengan ibunya.

Beri ubat dengan dos yang doktor syorkan. Selain itu, beri makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur ayam.

Kerap lap badan anak untuk elakkan suhu badannya naik. Sentiasa pantau suhu anak. Suhu badan panas melampau boleh menyebabkan sawan.



Lap badan anak bermula dari kaki. Bawa ke perut, belakang badan dan kemudian terus naik ke atas dan akhirnya kepala.

Penggunaan cool fever bagi membantu mengurangkan panas badan dan membantu menyerap panas. Cool fever boleh dilekatkan di dahi anak usai lap satu badannya.

Jika demam anak tidak kebah selepas 3 hari, bawa jumpa doktor dengan segera. Biasanya, darah akan diambil untuk memastikan darah bersih tanpa jangkitan kuman.


Seperti kes Alif, darahnya bersih tapi dikhuatiri demam denggi. Suspek denggi. Maka, doktor menyuruh kami datang lagi esok hari untuk menguji darah Alif.


Dua hari berulang alik ke KK, bagi memastikan darah Alif bebas kuman dan sebarang jangkitan. Alhamdulillah, Alif baik-baik sahaja. Lepas balik KK, cukup masa untuk makan ubat, dia dah kebah. Lega sangat.


Bujang ni manja terlebih berbanding Kak Aisyah.


Laju je dia memapah sekarang. Belum bab memanjat. Pantang sungguh bila nampak ibu dia letak makanan atas meja jepun. Hui,,,laju dia memanjat meja.

Orang kata, demam nak pandai. Nak pandai jalan kot. Merangkak la dulu dik oi..

Alif Ziyad

Kenapa Pilih Tesco Love Baby

9:00 PG

Assalamualaikum


Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ya, tanyalah siapa sahaja, takde yang jawab tak.

Dek kerana kos yang semakin meningkat hari demi hari, sampaikan harga adakalanya tak masuk dek akal. Perlu sentiasa aad alternatif positif untuk berjimat.

Alif..

Si bujang yang tidak memilih. Bermacam jenis diapers saya telah cuba, semua tiada masalah baginya. Dan, akhirnya, saya memilih untuk terus menggunakan diaper jenama Tesco Love Baby.

Semuanya bermula, dari page FB Ibu Hamil Berpantang Menyusu. Dapat info dari situ. Ramai yang cakap, diaper ini berkualiti. Apa lagi, saya cubalah!


Pek Tesco Love Baby

Penyerapan yang bagus

Keadaan dalamnya


Mungkin tak setanding jenama terkenal yang lain. Tapi, selama berbulan-bulan menjadi pengguna tegar jenama ini, saya sangat berpuas hati.

Kualiti bagus, kuantiti pun banyak. Corak pun comel. Luarnya bukan plastik. Tape juga bagus. Pendek kata diaper ni ala-ala Drypers cuma nama je berbeza.

Biasa beli ketika promosi, RM26.90. Kalau harga biasa, RM29.90. Jarang beli masa takde promosi.

Si cilik berdiaper sahaja dek cuaca panas sekarang.



Alif Ziyad

Perjalanan : 9 Bulan

9:00 PG

Assalamualaikum


30 Mei 2016 - Saya ambil leave satu hari untuk bawa Alif ke KK Masai, check-up 9 bulan berserta injection vaccine. Bayi yang lahir selepas Jun 2015 perlu cucuk vaksin MMR di usia 9 bulan. Kalau sebelum ni, memang takde.



Tak sangka bujang saya ni cepatnya membesar. Diam tak diam, 9 bulan dah dia.

Pagi tu saya buat aiskrim sumi. Aiskrim kegemaran Kak Aisyah. Bukan dia je suka, saya pun suka. Alif, makan bubur dengan susu je eh. No aiskrim. Setakat calit tu boleh la.

Lepas ikat, kena kebas,, lepas ikat kena kebas. Ada tu sampai bocor.


Seperti selalu, temujanji jam 2 petang. Agaknya kebetulan terkena waktu ramai orang. Agak lama kami menunggu kali ni. Jam 3.30 petang baru keluar dari klinik.

Cucuk kali ni, bayi tak demam, makanya tidak perlu menunggu pula di bahagian farmasi. Terus balik.


Budak lapar lepas kena inject


8 Jun 2016 - Berusia 9 bulan, apa yang Alif dah pandai?

Emm,,, dia dah pandai duduk. Tapi, tak merangkak lagi. Tapi, dia dah mula memapah. Kaki dah kuat berdiri meskipun masih jatuh-jatuh lagi.


Encem tak kitewww?


Sekarang dah pandai merajuk kalau barang yang dia pegang diambil orang. Merajuk menonggeng-nonggeng. Masih lagi manja dengan ibu berbanding ayah. Mujur Kak Aisyah rapat dengan ayahnya. Taklah ibunya penat sangat.

Masih suka mengekor ibu ke dapur. Nak selongkar bawang dan segala harta di dapur. Makanya, ibu bagilah bekas makanan plastik yang berwarna warni buat dia main.

Pantang tengok orang makan, laju je dia nak turut serta. Kalau tak dapat, dia panjat meja jepun dan capai pinggan mangkuk yang ada. Yang selalu jadi mangsa, Kak Aisyah dia lah.

Dia dah pandai memanjat! Aduh ni sangat merisaukan. Boleh panjat kotak dengan selamba dan buat muka tak bersalah. Bergerak laju kemain.


Saya selalu buat ibu terkejut. Sebelum ibu masuk bilik air, saya tidur. Bila ibu keluar bilik air, saya dah diri tunggu ibu. Pastu, saya ketawa mengekek sebab ibu terkejut dan dengar ibu membebel ntah apa-apa.


Inilah lasak seorang anak lelaki.