Anak-anak

Minat Setiap Anak Berbeza

8:00 PG

Assalamualaikum

Minat Setiap Anak Berbeza | Baru ada dua anak belum 3, 4, 5 lagi. Itu pun dah pening. Sorang nak itu, sorang lagi nak ini. Sekejap baik, bermain bersama-sama. 5 minit kemudian, bergaduh pula.

Alif suka betul dengan Didi & Friends. Pantang nampak tab, mesti suruh buka Didi. Sampaikan saya sorok tab tu. So far, penggunaan tab pada anak-anak masih dalam kawalan.

Betapa kusyuknya dia dapat tengok Didi & Friends, sampai baring-baring. Pernah en.suami cakap, "siapalah yang cipta kartun ni sampai budak asyik nak tengok je.."


Kalau tab saya sorak, Alif suka main bola atau basikal. Memang terserlah kejantanannya. Part paling selalu buat saya hijau, dia suka punggah bekas plastik makanan kat dapur. Apa ntah yang dia rasa tak best kalau tengok benda-benda tu kemas, mesti nak dipunggah dan diselerakkannya.

Anak dara yang sorang pula suka main anak patung. Disikatlah, diikatlah rambut anak patung tu. Dipegang, dibelai-belai. Berangan macam puteri.


Lagi satu minat CIk Aisyah yang memang jelas nampak sekarang, dia suka melukis. Kalau bagi buku tu, penuhlah buku dengan lukisan. Imaginasinya.


Gambar ini Aisyah kata, ibu dalam kapal angkasa.







Anak-anak

Sejauh Mana Kool Fever Membantu Meredakan Demam Anak?

8:00 PG

Assalamualaikum
Sejauh Mana Kool Fever Membantu Meredakan Demam Anak? | Bila bergelar ibubapa, secara tidak langsung banyak perkara akan kita belajar, samada dari pengalaman dan juga nasihat doktor dan pakar kanak-kanak.
Kool Fever adalah antara benda penting yang mesti ada di rumah. Secara amnya, ia bertujuan untuk stanby. Seperti yang kita tahu, kool fever membantu meredakan panas bayi/ kanak-kanak/ orang dewasa ketika demam. Ia merupakan jeli yang bertindak menyerap haba panas dari badan.
Baca dahulu;
Anak pertama dulu jarang gunakan meskipun dia kerap demam.
Sebab?
Dia rela dijelum/ dilap badannya dengan air tanpa menangis.
Anak kedua perlu ada stok meskipun jarang demam.
Sebab?
Tiap kali dijelum/ dilap badannya dia menangis tak mahu.
Penyelesaian saya jika anak ke dua saya demam;
Saya tetap lap badannya bermula dari kaki bawa ke kepala.
Meskipun dia merengek tak mahu dilap, siap mengamuk buang kain lap tersebut, saya tetap lap perlahan-lahan.
Kemudian, baru tampalkan kool fever di tempat yang panas secara berkala.
Cth, dibelakang badan, kemudian di dahi pula. Tidak hanya 1 tempat untuk mengelakkan sawan (seperti yang pernah digempar gempurkan di FB sebelum ini)

Anak-anak

Klon Kinder Joy Elak Poket Rabak

8:00 PG

Assalamualaikum

Klon Kinder Joy Elak Poket Rabak | Kalau korang ada anak kecil, mesti koranga akan mnegalami keseraman bila anak korang tunjuk nak kinder joy. Harga seketol menda alah tu RM5 tau, RM5! Tambah duit sikit, dapat beli nasi ayam.

Tapi, apakan daya. Budak-budak bukan tahu erti jimat cermat. Yang dia tahu, dia nak,,nak,,nak. Bila tak dapat, akan merajuk. Selagi tak dapat apa yang dia nak, berdiri tegak lah dia seperti tiang bendera.

Hari tu ternampak jajan ni. Bentuk ala-ala kinder joy. Beli 2, untuk si kakak dan si adik. RM2.50 seketol. Jimatlah kan.


Rupa dah cantik dah tu. Coklet dalamnya macam ni. Takdelah coklet 2 ketol macam kinder joy tu.


Tapi, Cik Aisyah mahukan coklet kinder joy 2 ketol tu bukan nak coklet ni. Maka berhuhu lah ibu dia makan bebola biskut bersama coklet ini.


Nota Hati : Coklet kinder bueno memang sedap.



Anak-anak

Jalan-jalan di Giant Plentong

8:00 PG

Assalamualaikum

Jalan-jalan di Giant Plentong | Aktiviti hujung minggu bagi keluarga kecil kami hanyalah berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru. Giant Plentong ni dekat je dengan rumah tapi agak jarang ke sini.


Benda paling Aisyah suka di sini adalah akuarium ikan di tengah pasaraya tersebut. Biasalah budak-budak. Masa giant ni opening selepas renovation, ikan tak berapa banyak tapi sekarang dah banyak dah. Macam-macam kaler. Yang paling jelas, warna kuning.

Budak comel tengah tidur.


Sebenarnya masuk Giant Plentong sebab nak makan memandangkan sudah masuk waktu makan tengahari. Masuklah KFC sebab anak-anak suka. Saya order lunch treat yang aad 3 ketul ayam bersama nasi ayam. Untuk en.suami pula saya orderkan set jimat box, yang ada mushroom soup.


Tak sangka pula Alif boleh kongker nasi ayam tu sorang-sorang. Dia suap je tanpa henti. Belum termasuk menyuap ayam. Laju sungguh budak kecik ni makan ayam. Seketul tu sekejap je licin.

Ada suku lagi nasi dalam bekas di tangan Alif sewaktu gambar ini diambil. Alif masih mahu menyuap meskipun dia sudah kenyang. Sambil menanti Alif makan, kami sempat bergambar.

Ayah dan Aisyah


Lokasi Giant Plentong : SINI


Alif Ziyad

Bila Anak Mula Menconteng

4:00 PTG

Assalamualaikum


Bila Anak Mula Menconteng | Setiap anak dilahirkan berbeza perwatakan, perangai dan keletah. Bab  menconteng, kedua anak saya adalah sama. Tiba-tiba saya perasan dinding rumah sudah berseni. Kecik bessar kecik besar je tengok budak-budak ni. Sudah la menconteng, buat muka comel lak tu, dengan harapan usaha mereka dihargai.

Sekali dua dinding diconteng mungkin masih boleh bertahan. Kalau dah banyak kali, mau jadi hijau gak. Mak ko hijau.

Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak sudah mula menconteng?

- Sediakan buku tulis.
- Sediakan kertas lukisan.
Jika saiz tidak mencukup, dan kemahuan menconteng membuak-buak,
- Sediakan kertas majung dan tampak di dinding rumah.

Inisiatif saya, berikan anak kertas atau buku untuk dia menulis dan menconteng. Otak sedang berkembang, biarkan bakatnya diasah. Alif ok lagi, tidak menconteng sangat berbanding kakaknya, Cik Aisyah dahulu. Kesan contengannya memaksa kami untuk mengecat seluruh dinding rumah!


Tiba-tiba ada seni di dinding dan si pelaku adalah budak comel ini. Muka tak bersalah. Tapi, masih boleh dikawal sebab dia lebih menconteng di buku berbanding dinding. Harapnya terus begitu.


Aisyah Humaira

Tulisan Cik Aisyah

8:00 PTG

Assalamualaikum
Tulisan Cik Aisyah | Cik Aisyah saya ni memang lain macam sikit. Ibu suruh tulis ikut garisan, dia tulis melintang. 
Ibu : Kakak, ikutlah garisan. Ikut ibu tulis atas tu.

Kakak : Takpe, kakak pandai.


>>> Mari Menulis <<<

Tulisan dia nampak kemas dan cantik tapi tulah hanya dia yang faham apa yang dia tulis.
=========================
Cikgu ada mengadu pada saya yang Aisyah ni agak keras sikit. Dia lebih suka buat apa yang dia suka. Walaupun dia pandai menulis tapi dia kurang mendengar arahan.
Ibu : Kenapa kakak tak dengar cakap cikgu? Cikgu suruh tulis kan?

Aisyah : Saya taknak tulis. Saya bosan la..



Nota Hati : Menguji kesabaran sungguh


Anak-anak

Biskut Koala Keluaran Lotte

3:00 PTG

Assalamualaikum


Biskut Koala Keluaran Lotte | Cik Aisyah beria-ria nak biskut ni. Tengok harga, boleh tahan uiiii. Leh rabak poket kalau hari-hari minta. Bila kakak mahu, si adik pun mahu juga. Nak tak nak, beli juga lah. 1 kotak ni cecah RM5. Emmm..


Sedap rupanya biskut ni. Patutlah Cik Aisyah beria nak sangat. Kalau beli yang timbang tu tak berapa sedap tau. Budak-budak zaman sekarang, tekak dah pelbagai. Tau dah mana sedap, mana tak.

Anak Ke2

Alif & Basikal Baru

8:00 PG

Assalamualaikum


Alif & Basikal Baru | Minat benar Alif dengan benda roda dua ni. Kalau dia dah nampak, memang tak sah kalau dia tak dapat capai. Sebolehnya, dia akan tolak sepenuh tenaga. Tak dapat naik tak mengapa, asalkan dapat tolak.

Jika di rumah, saban hari berebut dengan kakaknya. Dek kerana kesian, saya belikan sebuah basikal untuk dia. Biar dia tunggang sepuasnya.

Mula-mula survey dahulu, kedai basikal yang ada. Mana yang murah, mana yang kondisi bagus, mana yang sesuai dengan si bujang. Kali pertama ke kedai basikal di Masai, biarkan dia naik, dia ok je. Ayahnya dukung dia masuk kereta, pun dia ok je.

Kemudian ke Today Mart pula, survey basikal RM79.90. Basikalnya murah tapi ada kekurangan sedikit. Pilihan pun tak banyak. Maka, kami berpatah balik ke kedai basikal mula-mula pergi tadi. Kali ni, Alif tak mahu turun dah. Melekat.

Memang bercadang beli di sini. RM90. Alhamdulillah, rezeki Alif. Duit hasil berblog. Tengoklah dalam kereta pun nak tunggang juga. Punyalah excited.


Seorang satu sudah memiliki basikal. Tak mahu gaduh-gaduh lagi ye. Main sama-sama, kayuh sama-sama, bertembung sama-sama.


Spiderman comel melekat di basikal barunya. Tak boleh sentuh basikal tu tau. Dia usaha sendiri naik. Dia usaha sendiri nak kayuh. Basikal tak gerak, nangis. Huhu..


>>> Alif & Basikal <<<

Excited dapat naik basikal baru








Anak-anak

Bebas Hutang PTPTN

9:00 PG

Assalamualaikum


Bebas Hutang PTPTN | Sudah bertahun saya merasa perit untuk membayar hutang. Sudah pinjam, wajiblah selesaikan, ye dak? Saya tamat Diploma saya pada tahun 2006 dan jadual bayar balik pinjaman saya bermula pada tahun 2008. Tamat belajar, saya terus bekerja sebagai Maintenance Coordinator di sebuah resort di Skudai, Johor. Tapi, tak lama sebab tak kena dengan jiwa saya.

Menganggur hampir setahun, bukan sebab tak dapat kerja tetapi terpaksa menolak tawaran kerja kerana saya takde transport! Menjadi satu masalah besar bila berkerja di Johor ni, kebanyakan syarikat tidak menyediakan transportation. Semua sdn bhd.

Bila mula bekerja pada tahun 2008, gaji tidak lah besar mana dan bidang pekerjaan juga sudah lari. Terima sahajalah meskipun gaji sekadar cukup-cukup makan. Bayar balik PTPTN sesekali je bayar.
2009, pindah ke kompeni sekarang bekerja dan hingga saat menaip entri ini, masih bekerja di sini, dapatlah bayar sikit-sikit walaupun tak konsisten. Haru!

2011 memohon untuk penukaran Ujrah. Baru ada kan masa tu, cepat-cepat mohon sebab mahukan kos pentadbiran 1%. Ruginya dan betapa teruknya PTPTN mengenakan kos pentadbiran 3% terhadap peminjam yang meminjam untuk tujuan pembelajaran. Ye, pembelajaran ye. Kena faham konsep di situ.

Dan sekarang dah berjaya clearkan hutang dengan PTPTN dan boleh tersenyum lebar. Untuk PTPTN, saya tetap membuka akaun SSPN untuk anak saya. Adalah masuk sikit tiap bulan. Demi anak.


5.3.2017 - Selesai urusan dengan KWSP. Urusan tak sampai 5 minit. Selesai!! Bahagianya rasa bila satu beban hutang telah selesai. Alhamdulillah...moga urusanku dipermudahkanNya.. Amin..

Nanti saya kongsikan cara selesaikan PTPTN dengan KWSP ye.



Anak Ke2

Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba

12:11 PTG

Assalamualaikum


Apabila Anak Demam Dengan Tiba-Tiba |  Bila ada anak kecil, perkara yang sering merisaukan kita sebagai ibu bapa adalah tahap kesihatan mereka. Tahan imunisasi anak kecil tidak kuat dan mereka mudah dihinggapi penyakit.

Alif, agak jarang demam. Tak silap saya, 6 bulan yang lepas dia ada demam. Dia kalau dah demam memang melepek je. Diam, terus tak aktif. Makan tak lalu, minum susu pun sikit je sebab haus.
Petang khamis, sewaktu jemput dia balik, pengasuh terus bagitahu yang Alif demam. Tiba-tiba menangis dalam buaian. Melepek lah dia bila tak sihat.


Terus saya EL hari jumaat tu sebab risau dengan keadaan dia yang jarang demam. Alif ni jenis melekat bila tak sihat. Tak boleh lepas langsung. Hatta, nak masak pun sempat tak sempat dah.

Hari pertama dia deman, hari kedua demam, saya pantau betul-betul. Maklumlah, demam zaman sekarang ni bukan boleh dibuat main.

Apa yang penting,
- Beri anak ubat mengikut dos dan aturan yang disarankan oleh doktor.
- Kerap lap badan anak, agar suhu badannya turun. Lap dengan air paip sahaja.
- Pantau suhu anak, pastikan termometer sentiasa ada di dalam rumah.
- Beri dia makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur nasi / bubur ayam.
- Beri anak air masak secukupnya.
- Usap dan urut lembut badannya, mungkin badannya sakit-sakit.
- Bagi anak rehat secukupnya.
- Manjakan dia jika dia menangis bagi meredakan hatinya.


 Nota Hati : Sampai hari ni, Alif manja sangaaaatttt dengan saya.. Terrima kasih pada yang mendoakan Alif.. untuk pengetahuan semua, Alif dah sihat dah... dari hari Sabtu minggu lepas


Aisyah Humaira

Mari Menulis

9:00 PG

Assalamualaikum


Mari Menulis | Sejak Aisyah sudah mula bersekolah, saban hari saya perlu periksa beg sekolah dia, sama ada ada kerja sekolah atau tidak. Kadang-kadang, cikgu cuma tulis "buat semula" di dalam buku. Itu tandanya, ibu bapa perlu memantau kerja sekolah anak masing-masing di rumah.

Saya jarang memantau Aisyah menyiapkan kerja sekolah, sebaliknya tugas itu biasa disandang oleh ayahnya. Sebab saya spesis rimauuu. Rimau-rimau pun, anak-anak payah mendengar kata saya. Kalau dengan ayah diorang, sekali je ayah dia bersuara, cepat je diorang dengar. Nape ek??

Alif sibuk nak ikut masuk bilik tengah bila terdengar suara ayah dan kakaknya. Bila dapat masuk, dia mulalah mengacau Kak Aisyah. Dek risau dikacau macam tu, saya beri buku dan pensel untuk Alif menconteng ikut suka hati dia.


Tengoklah tu bersemangat sungguh si bujang dapat buku dan pensel. Muncung tu yang mahal. Penuh tekun.


Penatlah duduk, baring lagi best.


Hish, penat lah baring. Eh, kakak duduk kat kerusi macam best je.


Kakak, tepi sikit. Adik nak duduk.

Kak Aisyah terpaksa mengalah.


Dah, dah, kakak gi sana. Alif nak tulis ni.

Sekali lagi Kak Aisyah terpaksa mengalah.




Nota Kaki : Bila si bujang berkuasa..





Aktiviti

Review : Hotel Milano

9:00 PG

Assalamualaikum


Review : Hotel Milano | Tempahan dibuat untuk menempatkan en.suami dan anak-anak sementara saya bersama ahli kumpulan lain menyelesaikan aktiviti kami. Kesian kat diorang, penat kalau ikut saya.

Tempahan online melalui Agoda. Memang cepat dan pantas. Baik dari segi tempahan, mahupun bayaran. Memang mudah sangat.

Check in jam 2 petang. Selesai registration dan deposit, dapat kunci je terus bergegas ke bilik. Saya agak tergesa-gesa mengejar masa. Team yang lain dah tunggu tu dalam kereta.


Saya balik hotel lebih kurang jam 5.30 petang. Tiga beranak tengah syok tidur.

Standard King


Tiada penambahan katil sebab katil muat untuk kami berempat. Saiz bilik pada saya agak kecil. Dapat pula tingkat 3. Yelah kan time pack. Hotel tiada lif, naik tangga.


Bila si bujang mula aktif, telefon terpaksa dicabut dan simpan dalam drawer


Ada disediakan meja, kerusi satu dan almari yang terbuka. Bantal ada 4 biji. Lembut tapi tinggi, sakit leher. Kelengkapan lain, seperti biasa, ada hanger dan safety box

Siaran televisyen so far ok. Ada siaran yang boleh ditonton, tidak lah membosankan. Ada jug heater, saya cuci bersih-bersih sebelum guna. Sebab air panas budak-budak dalam termos tidak mencukupi. Tawakal jelah lepas tu.




Tandas memang luas. Lengkap semua. Yang pasti bersih dan cantik. Sangat selesa.




Lantai bahagian ini agak licin. Ruang mandi menggunakan mozek yang berbeza. Sangat selesa.






Pandangan hadapan Hotel Milano.


8,10,12, Jalan Dato Rauf, Kluang, 86000, Malaysia
07-773 6555.





Anak-anak

Double A

4:34 PTG

Assalamualaikum


Double A | Sibuk sikit since November 2016. Rasa tak jejak lagi 2017 dengan kerja-kerja yang ada. Tapi, takkan kubiarkan blog ku bersawang. Nyah dari sini wahai sawang-sawangan.

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-3 di bulan Januari 2017. Tak lama lagi cuti CNY. Tu yang tidak menang tangan dibuatnya.

Sekadar mencuri masa untuk berkongsi gambar dua orang comel kesayangan kami.


"Ibu, amik gambar kakak. Kakak senyum ni.."


Yang si bujang pula memang terserlah sifat kejantanannya. Celik mata terus cari basikal. Bosan dengan basikal, cari kereta. Bosan juga, ajak ibu ayah main ball.

"Ball,,,,"

Kadang-kadang kami faham dia sebut GOLLL..

Tu sibuk pomen lori pula..

"Vromm..vromm.."








Aisyah Humaira

Tadika KEMAS AL-Falah Taman Rinting

2:01 PTG

Assalamualaikum


Tadika KEMAS AL-Falah Taman Rinting | 1.1.2017 - Anak sulung, Cik Aisyah saya sudah masuk 5 tahun. Sudah mula bersekolah. Pertama kali anak ke sekolah, ibu dia teruja lebih. Dalam hati, tertanya-tanya juga, macamanalah dia kat sekolah nanti.

Hari pertama cuma untuk pendaftaran murid dan sedikit taklimat ibubapa. Murid tak ramai, ada satu kelas sahaja. 20 orang. Pendaftaran sebanyak RM110. Oleh kerana RM10 telah dijelas ketika menghantar borang tempoh hari, maka hanya perlu membayar sebanyak RM90.



Mengikut jadual yang diberi,

Ahad & Selasa -  Baju uniform kemas (biru)
Isnin & Rabu - Baju sukan ( baju putih kolar putih dan seluar tracksuit biru tua)
Khamis - Baju batik (ditentukan oleh cikgu masing-masing).

Murid wajib memakai kasut putih dan berstokin. Wajib hadir setiap hari agar proses pembelajaran tidak terlepas. Sesi persekolahan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Ibu bapa/ penjaga perlu menghantar anak masing-masing hingga ke muka pintu dan perlu menandatangani rekod masuk. Begitu juga ketika mengambil anak, ibu bapa/ penjaga perlu ambil anak di muka pintu kelas. Rekod keluar perlu ditandatangani sebelum mengambil anak.

Bayaran bulanan hanya RM25 sebulan. Perlu dijelaskan di awal bulan.


Hari pertama, Cik Aisyah menangis-nangis. Siap berteriak dan berlari, cakap tak nak sekolah. Nak dengan ibu. Hahahaha,, malu tak malulah muka ni. Tebal muka uiii..



2.1.2017 - Hari ke2, dia nampak lebih tenang. Diam je. Melihat kawan-kawan, dia pun cuba menyesuaikan diri. Tidak ada tanda-tanda nak nangis. Hati saya lega, terasa lapang. Dapat bekerja dengan senang hati walaupun sesekali teringat juga. Entah apa cerita dia di sekolah.

11.50 pagi - Lagi 10 minit kelas tamat, saya sudah sampai di perkarangan sekolah. Ada juga beberapa ibu murid lain yang sedang menanti untuk mengambil anak mereka. Saya jenguj-jenguk juga ke dalam kelas, melihat murid di dalam. Sudah siap duduk dan beratur.

"Itu ibu saya..." Jelas suara Aisyah.

Itu tanda dia OK! Lega hati dia. Seronok dia di sekolah. Tudung putih dan baju dah comot. Alahai...

"Ibu, tadi cikgu marah saya"

"Kenapa?"

"Saya tumpahkan air"


Saya senyum jela. Nak gelak.

Belanja sikit gambar anak dara dah masuk tadika.


Murid tidak ramai di tadika ini. Hanya 20 orang murid diambil untuk tahun 2017. Tapi, macam tak sampai jumlah tu je. Tak pe Aisyah. Yang penting, Aisyah nak ke sekolah. Belajar, bermain dan berseronok.




Alif Ziyad

Alif & Basikal

9:11 PG

Assalamualaikum


Alif baru berusia setahun 3 bulan. Dasar anak jantan, lasak gaya jantanlah! Tak main dah panjat sofa. Kacang sangat.

Sejak pandai bertatih dia meman rajin tolak basikal. Tolak je. Itulah aktiviti harian dia. Seronok sangat bila dapat tolak basikal.

Dapat naik basikal, walaupun kaki belum sampai nak kayuh, dia tetap gigih nak kayuh. Dengan mulut bising bunyi "vrooomm".."vrooomm", menyembur-nyembur air liur.

Minta kakak pegang adik, tapi lain pula yang kakak buat.


Ini welfie bertiga tapi ibu dia menyorok belakang anak-anak. 


Budak-budak mana tahu penat. Ibu dia je penat sebab tu turunkan Alif dari basikal. Tapi, dia mengaruk nak naik lagi. Seronok la tu. Ok, naik lagi kita pusing 3, 4 round dalam rumah.

Ok cukup. Ibu dah penat. Turun dua-dua, kita tengok tv.

Astro seperti biasa, ulangan tayangan. Tukar channel apa pun, semua tidak kena. Akhirnya, tengok rakaman  Maleficent. Seronok melayan Cik Aisyah berbual, tak sedar Alif mula memanjat basikal. Tidak sempat aku melontarkan laungan, dia sudah "gedebuk".


Budak nakal tengah duduk diam meratapi nasib diri.

Kelopak mata bergarit, alhamdulillah tidak kena mata. Dan dahi "bertelur". Dalam saat ini minyak kelapa dara sangat membantu memulih luka. Memang serasi, cepat berkesan. In sha Allah dengan izinNya.






Aktiviti

Gunting & Tampal | Merangsang Kreativiti Anak

9:00 PG

Assalamualaikum


Tak semestinya perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menggembirakan hati anak-anak. Tak semestinya perlu beli permainan untuk bermain. Dengan sedikit modal, guna apa yang ada, hanya guna barang yang ada di sekeliling kita, kita boleh buat dia tersenyum. Disamping merangsang kreativiti dan mengasah bakat yang ada pada mereka.
Macam Aisyah, dia cenderung pada melukis. Lebih gemar menconteng kertas dan melukis. Dia sering melukis ibu, ayah, dia dan adik. Adalah rupanya juga, orang lidi berkepala besar.
Sesekali, ubah sedikit aktiviti dengan membimbing dia melakar dan menggunting bentuk. Memang lantai akan bersepah-sepah tapi hasilnya nanti lebih penting

Aku ajar dia melorek bulatan menggunakan pengasah pensel berbentuk bulat. Dia belum pandai lagi, sering kali lorekan tersasar. Permulaan, begitulah. Pancing minatnya dengan menyediakan kertas pelbagai warna.

Kemudian, tunjukkan pula cara menggunting dengan betul. Bila dia cuba menggunting, beginilah jadinya. Cenderung menggunting ikut sesuka hati dari menggunting lorekan bulatan tadi.


Aku gunting bulatan-bulatan tadi, kemudian menyusuh dia menampal pula. Tambah sedikit benda lain seperti benang untuk jadikan tali belon.


Ini adalah hasil kerja kami, lebih kepada aku.


Aisyah lebih suka menampal ikut kesukaannya. Dan kemudian, aku suruh dia tampal kemas-kemas dan jadilah sekuntum bunga yang sedang mekar.



Untuk pengetahuan semua, gam tu dah habis. Aisyah kata, gam patah, terus dia buang dalam tong sampah. 


Anak-anak

Aku Sering Sendiri

9:00 PG

Assalamualaikum


Aku bukan PJJ. Aku sebumbung dengan suamiku. Aku berjumpa suamiku saban hari. Tidur sebantal saban malam. Suamiku ada di rumah bila habis waktu kerja hingga anak-anakku tidak boleh berenggang dengan ayah mereka.

Tapi, kenapa aku sering sendiri?

Sering sendiri ke KK bawa anak check-up.

Suamiku bukan senang nak keluar dari tempat kerja. Kerjanya tidak boleh ditangguh, tak macam aku. Boleh tinggal sekejap, minta kawan cover. Dapat pula kawan yang baik-baik, bos yang baik. Aku nak keluar bila-bila masa pun boleh.

Aku sering sendiri bawa anak check-up.

Bukan kerana aku terlalu kuat. Aku wanita biasa-biasa sahaja. Keluar rumah awal pagi, hantar anak ke rumah pengasuh, kemudian terus menandu ke tempat kerja. Tak tuk tak tuk tekan papan kekunci. Siap, save, print, check, minta bos-bos sign, scan, re-name file, send email, check for delivery, sambung buat report lagi. Kadang kala ada gangguan, minta bawa file ke bilik meeting.

Bila bosan, tengok keliling kosong, sambung semula hadap PC, buka pula blog sekejap, baca entri kawan-kawan, drop komen 3,4 blog. Log out. Sambung siapkan report, check email.

Aku sering disapa ketika di KK, "sorang je?" Aku sekadar mengiakan dengna senyuman. Kadang-kadang si kakak ikut, dengan mulut becoknya, dengan aktifnya. Rasa nak jentik-jentik juga. Si adik pula adakalanya mengaruk. Kepanasan, nak menyusu, nak tidur. Tahu sajalah, menanti giliran bukan seminit dua, cecah berjam-jam lamanya.

Mungkin ada yang pandang sinis pada suamiku.

Tapi, tidak pada aku. Aku tidak pernah terfikir nak merajuk ke apa ke. Tak pernah. Aku biasa je. Tak sempat rasa nak merungut. Ini kan anak-anak aku, nak merungut kenapa. Dia kan suami aku. Cari rezeki buat kami, biarlah dia. Aku masih berdaya. Sedikit pun aku tak terbeban.


Pinjam dari Google