Birthday

Kejadian Selepas Hari Jadi

10:00 PG

Assalamualaikum


Kejadian Selepas Hari Jadi | Hari Ulang Tahun Qaseh yang ke-2. Qaseh ni cucu BS. Duduk pun sebelah rumah nenek dia je. Qaseh sebaya Alif.

Sambutan hari jadi dibuat pada hari Ahad lalu. Saya dah pesan awal-awal pada Aisyah, malam nanti nak pergi rumah Qaseh, nak tengok Qaseh potong kek. Tapi Aisyah asyik main dan tengok video cerita Puteri, tak tidur pun petang tu. Penyudahnya, dia terlelap dah petang dan bila maghrib dikejut tak mahu bangun.

Jam dah lebih 8 malam, Aisyah tak bangun juga. Saya minta izin suami ke kedai sensei berdekatan untuk beli susu Qaseh (sebagai hadiah) dan susu Alif sekali.

Pergilah saya ke kedai dan terus ke rumah Qaseh dengan ditemani Alif sahaja. Parking atas bukit. Kemudian, jalan sedikit ke rumah Qaseh. Orang dah siap makan pun. Kami dua beranak baru berlenggang-lenggang.



Sempatlah makan semangkuk mi kari. Itu pun perut dah rasa kenyang. Berbual-buat sekejap. jam 9.30 malam saya balik. Dibekalkan berbungkus-bungkus makanan. Terima kasih banyak-banyak tuan rumah.

Yang saya nak ceritakan ni, kejadia yang saya tak sedari langsung setelah sampai rumah. Sedar bila tergesa-gesa nak ke Today Market dalam jam 3 petang keesokan harinya.

Masa tu berderau darah bila  tengok purse kecil ni hanya tinggal note merah dan biru (singgit). Eh?? Mana kada dalam ni? Mana? Mana?

Memang tak de! Ah sudah. Mana ni? Mana?

Fikiran dah mula tak keruan. Bersiap pun macam separuh siap dek kerana fikiran tak menentu. Ada benda penting dalam purse kecil tu yang hilang! Rasa nak meraung tapi sabar.


En.suami : Macamana ada beg besar, pastu ada beg kecik pulak. Eh pelik-pelik orang perempuan ni.

Hahaha..

Terus ke tempat parking malam tadi. Alhamdulillah, barang tu tercicir di celah-celah rumput. Takde siapa yang ambil. Syukur sangat-sangat.


Ini lah barang penting tu.



Nota Kaki : Jangan cuai seperti saya ye..








Birthday

Happy Belated Birthday!

9:00 PG

Assalamualaikum


Selamat hari ulang tahun buat saya! Belated ok, lupa buat entri untuk diri sendiri. Hari jadi saya jatuh pada 13 Nov. Tahun 2016 ni, genaplah saya berusia 32 tahun. Takyah selindung-selindunglah, hakikat sebenar yang saya semakin berusia..

Bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi pagi. Hehe... Masuk dapur sediakan sarapan, makan tengahari, buat aiskrim sumi. Malam-malam masing-masing berebut makan aiskrim sumi.

No celebration, no surprise, no cake, no gift. Just a wishes. Kids sang a birthday song.

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selanmat hari jadi untuk IBU,,
Selamat hari jadi.."


Takde apa nak wish sangat, cuma berharap dan terus berharap kebahagian yang sedang dikecapi akan kekal hingga mata ini tertutup.

Pinjam dari Google sebab takde gambar nak share..





Alif Ziyad

Alif Genap Setahun

12:00 PG

Assalamualaikum


30 Ogos 2016 - Genaplah setahun usia anak bujang saya. Masih terbayang di dalam ingatan saya ke HSA untuk melahirkan dia. Hishh...lagi beberapa jam nak masuk 31 Ogos tau. Ini pun kira awal 2 minggu
.
Tarikh yang sama juga, Alif perlu ke KK Masai untuk check-up setahun dan mendapatkan suntikan MMR.

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 <--- Klik untuk baca


Dalam setiap doa saya, saya sentiasa memohon agar dipermudahkan urusan. Tak kaya takpe, yang penting segala urusan yang saya hadapi dipermudahkan. Itu juga satu rezeki. Seperti membawa si bujang check-up ni. Moga dipermudahkan. Sebab saya selalu bawa anak sendiri.

Berat Alif masuk dah masuk line kuning. Ala, Alif ni, makan banyak tapi membuang pun banyak. Kalau dia 3 kali makan, 3 kali juga lah membuang. Pastu, bukan sikit-sikit. Kadang sampai membuak. Dah la ucuk..

Oleh kerana graf berat badannya tidak cantik, maka Alif perlu hadir untuk pemeriksaan berikutnya selang 2 bulan akan datang. Bulan Oktober nanti.

Dah habis mendapatkan khidmat nasihat dari nurse, kami menunggu pula ke bilik suntikan. Tak lama menunggu. Alif memang hero ibu. Kena inject tak nangis pun. Sengih-sengih je. Suntikan ni tidak menyebabkan demam. Alhamdulillah, Alif sihat-sihat sahaja hingga hari ini.



31 Ogos 2016 - Cuti sempena merdeka! Budak bangun awal ni pagi-pagi memang dah lapar. Nasi panas dan lauk ikan untuk dia pun dah ready. Sementara untuk kami yang dah besar ni, sarapan karipap jelah.

Alif menolak nasi dan tangannya tangkas mencapai seketul karipap. Bila ditegah, dia menangis. Emm..suka hati awak lah nak..

Ibu tak beli kek untuk awak. Makan jelah karipap ye nak. Seketul tu dia makan sampai habis! Sedap le tuww. Hehehe

Dah pandai mintak kek nanti baru ibu belikan.


Perut dah kenyang, kita round-round JB. Pergi melawat Giant Plentong dahulu. Kan dah berwajah baru. Uii..manusia penuh. Sesak! Maklumlan sempena Merdeka day, macam-macam promosi kan. Secret recipe tu pun ada promosi. Sepotong kek hanya RM5.90! Niat di hati memang nak terjahlah. Tapi, panjang pulak barisan. Tak sanggup nak beratur.

Pastu..pastu..pastu..

Rasa ngantuk, nak tidur.. Balik rumah, masing-masing tisur sampai petang. Wakakaka,,



Aisyah Humaira

Ulang Tahun Ke-4 Cik Aisyah

9:00 PG

Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas pinjamanMu ini. Cepat benar masa berlalu, tup-tup si cantik manis sudah menginjak usia 4 tahun. 2 Mei 2016, genaplah dia 4 tahun.

Seperti tahun lalu, kami menempah kek di Dessert Queen. Kek indulgence. Bertemakan Sofia the First. Kali ini DQ telah dibuka di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Tidak perlu ke Air Biru lagi. Lebih dekat dari rumah.


Kek import dari PG. Agak lembik sebab jauh perjalanan.


1 Mei 2016 - Dek kerana ketidaksabaran masing-masing lebih-lebih lagi masing-masing berpakaian cantik-cantik sebab baru balik dari majlis perkahwinan, termasuk saya. Potong sajalah keknya.

Kami adik beradik


Rehatkan kek dalam setengah jam sebelum dipotong. Itu pun masih lembik. Birthday girl pakai baju cantik sikit. Ala-ala sofia gitu.





Sebelum potong kek, baca doa dahulu. Tiada babak meniup lilin sebab tidak mahu diajar begitu. 


Doa dibacakan oleh atuknya. Diaminkan oleh semua.


Ok, potong!! Macam ayah dia je terlebih excited.


 Kami


Anakanda Aisyah Humaira,

Ibu doakan semoga Aisyah membesar menjadi muslimah solehah.
Menjadi anak yang berguna dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah.
Hormati orang-orang lebih tua darimu, jaga tutur bahasamu dan jaga adabmu.

Ibu doakan semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik. Moga membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan tanpa sebarang cacat cela.

Amin Ya Rabbal Alamin



Nota Hati : Hanya Allah Yang Mahu Mengetahui.. 

Aisyah Humaira

Majlis 3 Dalam 1

8:30 PG


Eh masih berkisar "Hari Raya". Tak habis-habis cerita raya ke?? Undangan dari seorang kawan lama. Majlis hari jadi, aqiqah merangkap open house.

Lokasi di flat LPG air biru, pasir gudang. Kami singgah sekejap saja sebab sudah lewat petang. Tapi, tetaplah makan juga. Saya makan mi rebus dan ratah daging kambing masak manis.

Untunglah birthday hero-hero dalam 1 bulan, sambut sekaligus je. Yang sulung berumur 3 tahun, manakala yang ke-2 berumur setahun.



Sebelah khemah, ada taman permainan. Cik Aisyah hanya pandang dari jauh melihat kanak-kanak lain bermain permulaannya. Enjin belum panas. Habis juga suku mangkuk mi kuning dia makan. Kemudian, minta air. Bila kanak-kanak lain sudah beransur, dia tarik tangan ayah, ajak main gelongsor.

Dia jarang bermain di taman permainan. Mana kan tidak, ibu dia balik kerja sudah jam 6 petang. Memang tak dan bawa dia bermain sebab dalam kepala dok ligat fikir menu apa nak masak untuk juadah makan malam.

Walaupun sudah 3 tahun lebih, dia tetap perlu berteman ketika bermain.





Birthday

Selamat Hari Ulang Tahun, Sayang

1:00 PTG


27 Julai 2015 - Genap umur suami saya yang ke-32 tahun. Semakin bertambah usianya dan moga semakin bertambah rezeki untuk kami juga.

Umur dah 32 tahun, anak baru umur 3 tahun lebih. Hehe. Gitulah. Rezeki masing-masing kan. Tidak ada apa yang saya ingin luahkan di sini sekadar berkongsi tarikh bahagia en.suami.

Nak mengarang panjang lebar, malaslah. Baik saya cakap depan dia je sebab saya tahu suami saya tu tak baca blog saya ni. Keh..keh...tu yang boleh mengarut dalam blog. I lap you, sayang..




Nota Kaki : Mood kebizian..

Aisyah Humaira

Throwback #4 : Aisyah Humaira Turn to 3

10:21 PG


Sudah lama kami merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk Aisyah. Tidaklah besar-besaran, cukup sekadarnya sebab Aisyah sudah pandai meminta kek harijadi dan belon.

Ulang tahun kelahiran Aisyah jatuh pada 2 Mei setiap tahun dan tidak pernah kami sambut pada 2 Mei. Kami akan sambut awal sehari iaitu pada 1 Mei sebab masa tu cuti!

1 Mei 2015 - Seawal 7 pagi kami sudah gerak pulang ke kampung. Kek sudah kami tempah di Dessert Queen awal-awal lagi dan menjadi rahsia buat Aisyah.

Sesi meniup belon dan menggunting huruf kami lakukan tanpa perancangan khas. Janji ada belon bagi memeriahkan suasana. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya merealisasikan impian dan angan-angan Aisyah.


Sambutan kecil-kecilan di rumah atok dan nenek.


Kek mini chocolate indulgence bertemakan frozen
~ No. 3 tu saya ubah suai sebab saya tersebut 2 ketika menempah.


Sebuah basikal dari atok untuk Aisyah. Terima kasih atok!


Cik Umie menghadiahkan sehelai gaun yang cantik. Ibu dan ayah? Hahaha..tak sempat cari hadiah untuk Aisyah lagi. Mana tidaknya. Selepas kejadian yang menggembirakan ini, Aisyah demam dan diikuti pula saya.




Nota Kaki : Aisyah sudah sihat setelah 6 hari tidak sihat..alhamdulillah..



Birthday

Selamat Hari Lahir, Kawan

8:00 PG


Hari ini, 16 Disember 2014, merupakan hari lahir kawan baik saya yang ke 31. Dia dekat je dengan saya walaupun tidak bekerja di bawah satu kilang. Dekat-dekat pun tetap tidak selalu berjumpa. Selalu chatting jelah.




Dia tidak mempunyai blog mahu pun facebook tapi saya tahu dia merupakan silent reader blog saya. Hehehe.. Atas sebab itu, saya coretkan sebaris dua ayat untuk dia.

Saya mendoakan agar dia cepat-cepat menimang cahaya mata, bahagia bersama suami tercinta hingga akhirnya, menjadi muslimah solehah dan terus kuat menerima apa jua rintangan mendatang.

Pendek sangat ucapan tu ekk.. Takpelah yang penting ikhlas menuturkannya. Ayat-ayat ucapan lain tak terfikir pula saat jari ini menaip.




Nota Kaki : Malas sampai nak taip entry pun malas..





Birthday

Sambutan Suka-Suka

8:00 PG



Terharu!!

Kalau yang buat surprise tu adalah emak saya, of course saya akan menangis tersedu sedan. Every single thing that related with my lovely mom, always make me cry..

Sempena hari ulang tahun saya semalam, dua orang rakan sekerja saja buat surprise kan. Sangat terkejut! Terima kasih banyak-banyak korang. Make me smile...again and again..


Saya tidak mengharapkan apa-apa. Bila umur sudah menginjak 30, tidak teruja untuk meniup lilin, memotong kek. Yelah, 30 kot! Alahai dah tua kak nonnn.

Bila wujud kek secara tiba-tiba, memanglah saya suka. Siap ada tulisan, lilin seketul lagi ha. Main tiup-tiup lilin perasan macam diri muda belia. Ohoiii... kenangan terindah ni. Suami saya pun belum tentu akan buat surprise macam ni. Wish pun tidak. Hahaha.. Ada pula saya kisah sebab saya hati kering, hati batu. Setakat tak wish tu, hekeleh..tak rock lah nak merajuk.


Saya, Yana dan Adibah.
Terima kasih korang sebab sudi belikan saya sepotong kek yang sedap!


Ucapan buat mereka.



Nota Kaki : Tiada apa yang membuatkan kita tersenyum selain perasaan BAHAGIA. Fikirkan ke arah itu, positifkan diri, bahagialah kita kecapi.


Birthday

Hari Ini Birthday Saya!!

10:30 PG


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnianya. Memberi saya kesempatan untuk terus menghirup udara segar di bumi bertuah, di sisi insan-insan tercinta. Suami dan anak perempuan tunggal saya.

Hari ini, 13 November 2014, genaplah 30 tahun usia saya. Welcome to 3 series girl!

Pinjam dari Google
~maaf ye tuan empunya gambar,
saya pinjam sebab saya sangat tertarik dengan gambar ni.
(gambar kek untuk diri sendiri tak dok)


Umur kian menginjak, seolah tidak percaya saya masih lagi bernafas dan menyambut hari kelahiran yang ke 30. Saya bertambah berusia, dan sudah tentu emak dan abah saya juga semakin berusia.

Saya tidak tertumpu pada diri sendiri, saya lebih terkenangkan emak dan abah yang jauh di kampung. Tidaklah jauh sangat, 2 jam perjalanan sudah sampai. Di saat ini, saya ingin memeluk mereka. Saya ingin mereka ada si sisi. Mereka yang banyak berkorban untuk saya selaku anak mereka.

Kasih sayang yang mereka berikan. Perit jerih yang mereka lalui. Pengorbanan mereka terlalu besar bagi saya hingga di hari ulang tahun ke-30 saya ini, saya amat merindui mereka.

Terharu sangat-sangat bila pagi-pagi sudah dapat SMS dari emak dan abah, mengucapkan selamat hari ulang tahun.

Selamat hari lahir semoga panjang umur.
murah rezeki.
bahagia hingga akhir hayat.

Birthday

Selamat Hari Ulang Tahun Buat Emak & Adik

3:00 PTG


Bulan Mei bulan yang padat dengan hari bersejarah. Kalau berkumpul, confirm poket rabak.

2 Mei - Ulang Tahun Aisyah Humaira yang ke-2 (anakanda tercinta)

11 Mei - Hari Ibu (buat emak, emak mertua dan diri sendiri)

16 Mei - Hari Guru (buat semua warga pendidik terutama kakak dan suaminya)

18 Mei - Ulang tahun Emak yang ke-55 (bonda tercinta) --->hari ni!!

19 Mei - Ulang tahun adik yang ke-26 (adinda tercinta)


Dalam bulatan : Wajah mereka yang perlu diraikan bulan ini..



Nota Kaki : Jangan ditanya mengenai lembaga hitam itu. Bukan lembaga yang menakutkan ye..


Aisyah Humaira

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-2 Aisyah Humaira

11:30 PG



Seperti kisah menyambut hari ulang tahun pertamanya, begitu juga sambutan pada usinya 2 tahun. Kami sambut awal sehari kerana 1 Mei adalah cuti Hari Buruh. Memandangkan kami bekerja pada hari ini (2 Mei), kami sambut lah awal sehari. Ala..kita yang plan kan. Suka hati kita lah..

Aisyah Humaira lahir pada 2 Mei 2012 jam 2.30 petang di HSA. Hari ini, genaplah buah hati pengarang jantung ibu ini 2 tahun.


Beli di Mr.DIY


Sepotong kek Vanilla Strawberry SR.


Petang semalam, selepas Asar, kami ke Tesco Extra sahaja. Ke kedai Mr.DIY mencari serba sedikit barang dan Aisyah pula buat perangai, mahukan sesuatu. Adeiii.. malu ibu. Siap turun dari dokongan ibu dan berjalan sendiri mengambil permainan itu. Bila sudah di dalam tangannya, senyum dan berceloteh entah apa-apa dengan ayah. Kononnya ibu tidak kasi dia ambil. Memang lah anak ku sayang.. ini kedai, bukan rumah kita..

Kemudian, singgah di Giant Plentong ke kedai kek Secret Recipe, niat untuk membelikan sepotong kek untuk Aisyah. Alah, kecil lagi, bukan pandai makan kek sangat. Paling-paling kuat, ibu dan ayah yang makan.




Dasar tidak menyabar, di dalam kereta, kek sudah dikuisnya. Pandai dia makan. Siap pilih buah strawberi dan makan sambil senyum-senyum dan laju melempar kembali jika terkena yang masam. Krim kek sudah bertompok-tompok dimukanya. Jenuh ibu mengelap takut kereta bersemut. Alahai anak...



Sudah bertukar baju dengan muka agak serabai kerana rambut basah. Pertama comot kerana kek. Kedua, comot kerana makan nasi beriani kambing pemberian jiran sempena akikah anaknya.

Ketika gambar ini diambil, Aisyah sedang kusyuk menonton Timmy Time.



Anakku Aisyah Humaira,

Ibu doakan Aisyah membesar dengan sihat..
Menjadi seorang musliah yang solehah..

Perjalanan hidupmu masih jauh dan ibu tahu Aisyah belum tahu apa-apa..
Hanya tahu buat sepah, main, minta itu ini, minta susu..

Aisyahlah permata hati ibu dan ayah..
Jangan nakal-nakal ye sayang..




Nota Kaki : Senyum sampai telinga..