Contest

Lazada Malaysia Big Baby Fair

8:00 PG

Assalamualaikum


Lazada Malaysia Big Baby Fair | Sakan betul bershopping di Lazada ni kan. Memang berbaloi-baloi. Macam-macam sales ada. Pendek kata bershopping di Lazada sangat mudah. Cepat pula tu barang sampai. 

Baru beberapa hari berlalunya 5th Lazada's Birthday. Sekarang, hebah pula dengan Big Baby Fair! Haih,,,seronok aihh hari-hari shopping.

Big Baby Fair menawarkan diskaun sehingga 85% bermula 27 Mac 2017 sehingga 2 April 2017. Cepat ui..cepat, kalau tak melepas. Kalau nak tahu, baby fair ni adalah sales yang saya tunggu-tunggu. Almaklumlah, anak yang kecil bergelar baby lagi.



Lazada Big Baby Fair Blogger Contest

Bersemant betul kali ni sertai contest anjuran Lazada. Contest lepas-lepas tak pernah menang lagi. Siapa tahu, kali ni ada rezeki anak-anak di sini. Apa-apa pun, kita jawab dahulu soalan-soalan dari Lazada.
a. What favourite brand of diapers for yor baby (or future baby)?

Saya jatuh cinta dengan diaper jenama Tesco Baby Love sejak pertama kali mencubanya. Ketika itu, Alif  berusia 4 bulan dan masih memakai saiz S. Sekarang pun Alif masih memakai jenama ini cuma sudah memakai sais L. Saya suka sangat dengan jenama ini sebab ianya sangat berbaloi. Selain faktor anak serasi, yang membuatkan saya setia dengan jenama ini sebab tidur malam pun tidak tembus atau bocor.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)?
Ini merupakan susu formula yang Alif minum sejak bayi. Sekarang, Alif sudah minum susu Dutch Lady Curious 1-2. Alif tiada masalah sama ada minum yang plain atau perisa Madu. Tapi, saya lebih gemar beri dia yang berperisa Madu. Selama minum susu formula jenama ini, tiada masalah dengan Alif. Alif bertambah bijak dari sehari ke sehari, semakin lasak mungkin sebab dia anak lelaki dan tidak mudah demam. Alhamdulillah.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Oleh kerana saya ada 2 orang anak. Seorang anak perempuan berusia 5 tahun, dan seorang anak lelaki berusia setahun 7 bulan yang sangat lasak mengalahkan budak lelaki umur 2 tahun. Sebab tu saya nak sangat Kid Indoor Outdoor slide Purple Green ni. Slide ni sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak macam diorang.

Tambah pula ada net untuk diorang main bola. Siap dapat bola dan pam percuma tu! Selain dapat berjimba-jimba dalam pool penuh bola plastik, pool juga boleh di isi dengan air.

Bestnya, kalau dapat slide ni. 

❤❤❤❤❤❤❤

Jom kawan-kawan join contest ni. Contest berlangsung dari 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017 (11.59pm). Layari Lazada Blogger Contest untuk maklumat lanjut.


Marilah kita bershopping. Klik banner untuk shopping dan dapatkan diskaun sehingga 85% sekarang. Sementara stok masih ada.




Contest

Lazada Birthday Blogger Contest

8:00 PG

Assalamualaikum


Lazada Birthday Blogger ContestLazada Birthday Sale (http://www.lazada.com.my/birthday-sale/)  berlangsung dari 22 - 24 Mac 2017 di mana diskaun hingga 90%! Malah mungkin korang antara 30 blogger bertuah untuk menang dalam Lazada Birthday Anniversary sale giveaway


Lazada sudah tidak perlu diperkenalkan lagi sebab ia merupakan web shopping online yang terkenal dan agak trending di Malaysia, Philipina, Indonesis, Vietnam, Singapore dan lain negara juga.


Kenapa Suka Shopping Di Lazada?

 Sepanjang pengalaman bersama Lazada ni, harga tidak pernah mengecewakan sebab ada diskaun, lebih-lebih lagi bila sales.
- Sentiasa up to date.
- Sentiasa menawarkan harga yang berpatutan, malah sentiasa ada sales!
- Cara shopping online yang sangat mudah dengan hanya perlu klik-klik barang yang kita mahu.
- Servis yang efisyen dan pantas. Sentiasa di update melalui emel atau SMS.
- Penghantaran juga pantas. Biasanya tidak kurang 3 hari barang sudah selamat terima.


My 3 Wishlist ❤❤❤

Berkira-kira untuk beli untuk pembelajaran Cik Aisyah. Lagi pula ia nampak agak kukuh dan boleh di adjust samada nak tinggi, nak rendah. 




Impian ni tau. Ntah apa berkenan dengan hnadphone ni. Tapi yang pasti sebab design dia dan ada pilihan warna merah jambu!


Memandangkan jam tangan murah yang selalu saya pakai cepat habis bateri. Gatal pula tangan ni nak pakai jam tangan mahal. Ni kalau dipanjangkan ke en.suami mau juga dia termenung-menung memikirkan. Berkenan pula dengan jam tangan ni. Smart kan.



What do you think Lazada Malaysia can Improve?
Lazada sentiasa update dari segi improvement memandangkan ianya merupakan website shopping online nombor 1.

Harapn saya,
Moga Lazada beri perhatian kepada seller sebab ada seller yang menjual barang yang tidak berbaloi dengan harganya. Memandangkan pelanggan tidak dapat membelek barang mereka di depan mata, kadang-kadang barang yang diterima tidak seindah gambar paparan di website. Pihak lazada perlu meneliti review pelanggan terhadap seller.

- Pihak Lazada juga perlu memastikan khidmat penghantaran barang tepat pada masanya. Pilihan syarikat servis penghantaran juga perlu dititikberatkan.

What is Your Birthday Wish for Lazada Malaysia?
Semoga dengan menginjak usia 5 tahun, Lazada akan terus sukses disamping mengekalkan prestasi perkhidmatannya. Teruskan melihat komplen pelanggan sebagai satu tunggak kejayaan.
Terus  berikan perkhidmata yang terbaik dan kenali pelanggan setia anda.

 Untuk sertai, boleh layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/
Terdapat banyak hadiah menarik untuk pemenang. Mana tahu ada rezeki untuk menang kan...


Prizes – More Participants More Winners 

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners: 

1. Less than 50 Participants (10 winners) 

1st  Prize: 1 x RM300 Lazada Shopping Voucher
2nd Prize: 3 x RM200 Lazada Shopping Voucher
3rd Prize: 6 x RM100 Lazada Shopping Voucher

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners) 

1st Prize: 1 x RM500 Lazada Shopping Voucher
2nd Prize: 7 x RM250 Lazada Shopping Voucher
3rd Prize: 12 x RM125 Lazada Shopping Voucher

3. More than 100 Participants (30 winners)    

1st Prize : 1 x RM800 Lazada Shopping Voucher
2nd Prize : 12 x RM300 Lazada Shopping Voucher
3rd Prize :17 x RM150 Lazada Shopping Voucher


Contest berlangsung dari 1 Mac hingga 23 Mac 2017 (11.59pm). Jangan berlengah untuk sertai peraduan ni. Lebih ramai yang sertai, lebih meriah tau!




Contest

Kekal Sihat Dengan Milagro Coffee

10:00 PG

Assalamualaikum
 Kekal Sihat Dengan Milagro Coffee | MILAGRO adalah Kopi Patawali yang dapat membantu, merawat, mencegah dan mengawal pelbagai penyakit termasuklah kencing manis, darah tinggi, sakit sendi, kanser, keradangan, alahan, batuk dan juga malaria. 



MILAGRO diambil dari perkataan dari 3 bahasa iaitu :

Melayu - Ajaib
English - Miracle
Spain - Milagro

MILAGRO adalah singkatan dari :

MIL - singkatan dari million herba yang dicipta Allah swt di muka bumi , dan
AGRO - bermaksud asli dalam ciptaan Allah swt 



MILAGRO diasaskan oleh Salmah Hayan, iaitu Pengarah Urusan dari Aqid Aqila Resources Sdn Bhd. Produk beliau iaitu MILAGRO COFFEE telah dirasmikan oleh MATRADE. 


Kelebihan dan kebaikan MILAGRO
Membantu merawat, mencegah dan mengawal,
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Sakit sendi
- Kanser
- Cergas badan
- Bertenaga
- Hilang penyakit gatal-gatal
- Keradangan
- Alahan
- Batuk
- Demam malaria
- Menguatkan tenaga batin
- Awet muda
- Tinggi anti oksidan
- Menguatkan saraf dan sistem imun
- Mengembalikan tenaga dengan segara



Testimoni


.

Produk ini sudah  2 tahun di pasaran dan telah mendapat sambutan menggalakan. Minuman ni sesuai bagi semua kategori usia.

MILAGRO COFFEE dalam MEDIA

Produk minuman MILAGRO COFFEE pernah disiarkan di Harian Metro. MILAGRO ini juga bakal diperkenalkan melalui Billboard , selain itu produk ini juga akan diviralkan di media sosial. Terbaru  MILAGRO COFFE akan dibantu di radio IKIM.FM. 


==============================

Milagro Coffee agak berlainan rasanya bagi saya. Rasanya penuh kejutan. Dengan ekstrak patawali atau juga dikenali sebagai akar serutun, memang telah diketahui mengandungi pelbagai khasiat.

Minuman ini mampu menyegarkan badan dan menghilangkan rasa mengantuk. Sepanjang meminumnya, sistem pembuangan terasa lawas.

Saya sarankan untuk meminum ketika masih suam-suam sebab rasanya lebih enak ketika masih suam. Sudah saya katakan, rasa penuh kejutan, memang hilang mengantuk lah lepas minum.



Bagi yang berminat nak cuba, boleh pm saya atau boleh direct contact whatsapp di talian 012 - 3702676. Harga sekotak hanya berharga RM55!

===============================

CONTEST MILAGRO COFFEE

Nak bagitau ni, Milagro ada buat contest sekarang ni. Jemput join beramai-ramai.

Syarat Peraduan:

- Setiap penyertaan hendaklah dapatkan 1 Kotak “MILAGRO COFFEE”, iaitu wajib beli produk
“MILAGRO COFFE” sekurang-kurangnya 1 kotak. 

- Selfie bersama produk /  gambar produk . 

- Buat blogpost di blog, tajuk blog WAJIB ada perkataan “MILAGRO COFFEE”

- Lakonkan dan bina satu video minum “MILAGRO COFFEE” 

- Penyertaan yang mempunyai LIKE & SHARE yang paling banyak dikira pemenang. 

Hadiah Peraduan:

Tempat Pertama : 
CASH MONEY BERNILAI RM1500 + 1 KOTAK MINUMAN MILAGRO COFFEE + MUG

Tempat Ke2 : 
CASH MONEY BERNILAI RM1000 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Tempat Ke3 : 
CASH MONEY BERNILAI RM500 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG 

Saguhati : 
CASH MONEY BERNILAI RM250 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG



FACEBOOK 

INSTAGRAM




Contest

#MyTravelokaEscapade : Destinasi Romantik Idaman

9:00 PG

Assalamualaikum


Percutian menjadi satu idaman setiap orang. Kalau boleh setiap bulan nak bercuti, melancong. Bercuti merupakan salah satu cara untuk release tension. Selain dapat menenangkan fikiran, sudah pasti percutian akan menjadi lebih seronok bila kita berada di tempat yang kita idam-idamkan! 

Untuk bercuti, yang penting poket cun. Poket tak cun, tak seronok gak. Yang paling best, percutian yang ditaja. Uhuuuuiiii, memang menjadi idaman.

Trevaloka, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan harga penerbangan murah, menyediakan khidmat hotel terbaik selain kadar yang berpatutan. Kita juga boleh buat perbandingan harga di laman web Trevaloka. 

Kalau nak tahu, Traveloka, telah menganjurkan contest You Need A Holiday Lah! Caranya agak santai. Hanya perlu pilih satu destinasi dari 10 pilihan yang ada.


Ini adalah 10 destinasi yang ditawarkan. Apa pilihan saya??



Dek kerana sejak kebelakangan ini terbit keterujaan menonton drama korea, keinginan untuk ke Korea Selatan tu agak tebal. Teringin nak ke sana, tapi tak nak pergi masa musim sejuk. Nak pergi masa musim bunga. Fefeeling romantik. Dan yang paling penting, bercuti bersama keluarga tercinta.

Ini antara tempat yang ingin saya tuju. Semestinya destinasi-destinasi romantis.


1. Bomun Pavilion Gyeongju

Terletak di Bomun Lake Resort di Sinpyeing-dong, Gyengju-si. Kota ini menjadi ibukota kerajaan Dinasti Silla. Ia merupakan sebuah gazebo kayu kecil yang terletak di pinggir danau. Apa yang istimewa adalah keindahan pavilion dan sekitarnya yang berubah 4 kali dala setahun, mengikut 4 musim.

 Masa ni terbayang dah drama Moon Lover. Ahaiii... Drama yang memberi impact kuat pada diri saya, hingga terbanyang-bayang jalan ceritanya.

Saya tak dapat bayangkan bagaimana terujanya saya kalau sampai ke sini. Seriously, saya memang sukakan tasik, lebih-lebih lagi dikelilingi bunga sakura. Silap haribulan boleh sampai ke malam duduk sini je.



2. Jeju Island

Dengarnya Pulau Jeju seronok dilawati pada musim bunga di Korea sebab ada festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festival. Dinamakan sempena bunga Canola yang berwarna kekuningan.
Kredit to fieza.net

Selain itu, air lautnya yang cantik membiru pasti menenangkan fikiran. Lautnya juga masih cantik terpelihara dan merupakan salah satu pulau yang cantik di dunia. Sebab tu ianya menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu. Juga menjadi pilihan saya.


3. Nami Island

Orang kata, tak lengkap percutian ke Korea Selatan kalau tak ke Pulau Nami. Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.

Pemandangan di pulau ini sangat indah dan romantik. Udaranya segar dan tiada kenderaan masuk ke sini. Lebih mengujakan, pulau ini masih dipenuhi flora dan fauna.

Kredit to christinberlina

Tetap mendambakan musim bunga untuk ke sini sebab kawasan ini bakal dipenuhi bunga tulip pelbagai warna. Lebih mengujakan katanya Cherry Blossom atau sakura muncul pada waktu tertentu dan singkat. Rasanya, taknak lepaskan peluang macam ni. Betapa terujanya hidup dengan bunga. Ahaiii..


4. Namsan Tower

Dah kata nak romantik kan. Tak naklah ketinggalan nak lock hati kita di sini. Katanya lambang cinta abadi, sejati, sehati sejiwa. Dan lebih tepat, sebenarnya teruja nak tengok berjuta-juta padlock dengan pelbagai warna dan design di sini.

Kredit to weheartit.com


5. Gyeongbokgung Palace

Bila dah ke negara orang, tak kan tak nak melawat tempat bersejarah mereka kan? Eh, mestilah nak. Mengingati era kegemilangan Dinasti mereka.

Gyeongbokgung, yang bermaksud “yang diberkati syurga” merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan. Istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi.

Kredit to myfir2u

Saya merupakan seorang yang cintakan sejarah. Memang teruja sangat nak melawat istana yang gah ni. Khabarnya, istana ni sangat besar. Di sini boleh mengenakan pakaian pengawal Korea pada zaman dahulu secara percuma. Apa yang mengujakan, saya mahu melihat lakonan upacara dan istiadat diraja Korea pada zaman dahulu. Kuat betul pengaruh Moon Lover dalam diri saya ni.


Apa jua berkenaan Korea Selatan, membuatkan saya teringat akan drama ni. "Cinta tak semestinya bersatu"..


6. Banpo Moonlight Rainbow Bridge

Banpo Moonlight Rainbow Bridge ini terletak di tengah Kota Seoul, di sungai Han. Ia juga merupakan jambatan double decker pertama di Korea Selatan. Telah siap dibina pada Julai 1982.

Kredit to ceritakorea.com

Menjadi salah satu pilihan kerana telah diperakui Guinness Book of Records selain memang terang-terang ianya sangat romantik. Boleh selfie banyak kali sebab effect yang cantik!



Terlalu banyak tempat yang saya nak tuju di Korea Selatan ini. Mungkin kena pergi banyak kali baru puas hati. Kalau nak disenaraikan destinasi untuk dituju ni terlalu banyak. Tapi yang utama memang nak rasa berada di Bomun Pavilion Gyeongju.

Teruja tak dengan percutian bersama Treveloka? Bagi kaki travel memang disarankan untuk ada aplikasi ini. Bagi mereka yang baru merancang percutian, Treveloka adalah pilihan terbaik untuk anda. Taip #MyTravelokaEscapade, semua maklumat ada.