Cuti

Hari Keputeraan Sultan Johor 2017

8:00 PG

Assalamualaikum


Hari Keputeraan Sultan Johor 2017| Cuti umum yang jatuh pada hari khamis. Confirm ramai sambung cuti esok. Cuti bersambung macam ni jarang orang lepaskan peluang, tambah pula cuti sekolah.


Saya, tak tahulah akan kemana. Tak kemana-mana la kot. Banyak betul kerja dalam rumah ni, ada je, tak kan habis.



Cuti

Ambil Mood

1:24 PTG

Assalamualaikum


Selamat kembali bekerja. Entri suka suki hari ni. Setelah bercuti selama 4 hari. Hari ini moh le kembali bekerja. Apa aktiviti selama 4 hari? Akan update nanti.

Mood bercuti masih bersisa, itu yang masih terasa kemalasan. Memang takde makna nak sambung cuti. Cuti simpan untuk hal lain-lain dan cuti raya kita lah nanti. Nak tiba-tiba MC atau cuti tu, emmm sesekali buat ok lah. Kalau selalu tu orang lain rasa menyampah. Ko nak keje ke nak apa sebenarnya?

So hari ni, kita ambil mood dulu.

Teaser



Cuti

Happy CNY 2017 - Tahun Ayam

10:00 PG

Assalamualaikum


Happy CNY 2017 - Tahun Ayam | CNY kali ini jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Kilang kami shutdown dari 27/1/17 hingga 30/1/17. Selasa dah naik kerja semula ye.
Pinjam dari Google


Planning asal, kalau cuti lama memang nak balik kampung halaman. Bila lagi dapat cuti lama macam ni. Beberapa hari ni cuaca mendung dan hujan yang agak lama. Berita mula menyiarkan tempat-tempat yang dilanjir.

Rumah mak abah di kampung belum dinaiki air, masih selamat untuk diduduki. Hari tu air sudah hampir masuk rumah dan masing-masing bergegas mengemas barang apa yang perlu. Memang sentiasa dilanda kerisauan.


Dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan. Semoga apa yang korang lakukan selama bercuti berjalan dengan lancar. Moga berjumpa lagi bila naik cuti nanti..

Da...


Cuti

Kenangan AidilAdha 1437H

9:00 PG

Assalamualaikum


Hari Raya jatuh pada hari isnin. Cuti bersambung, maksudnya Sabtu, Ahad dan Isnin. Kalau cuti macam ni, memang kami akan pulang ke kampung. Bila lagi kan.. Kalau Raya Haji jatuh pada pertengahan minggu, macam hari selasa ke rabu ke, memang tak ke mana lah. Masak je kat rumah, kemudian, ke rumah mertua dia Majidi. Ala, 20 minit je.

10.09.2016 - Seawal 5 pagi dah bangun untuk masak satar. Ada tempahan dari kawan-kawan kampung. Masak untuk sekilo ikan je. Sambil reneh di dapur, sambil tu mengemas, memasak sarapan dan mengemas lagi.

Lepas subuh, ngadap tv, sambil menunggu satar kering sedikit, bersarapanlah nasi lemak sambal tumis sotong. Nyum..nyum..

Jam 10.00 pagi, singgah Majidi sekejap, ambilkan cermin mata abah. Singgah petron, isi minyak, topup TNG, beli air kotak (taksah sebab Aisyah minta), gerak. Jalan jammed. Dari tol kempas dah ada aura jammed. Lepas je tol Skudai, smart tag bunyi titit.. emm terus tempuh jammed.

Hampir jam 3 petang baru kami sampai rumah emak abah di kampung. Laparrr,, dalam kereta makan roti je sekadar mengalas perut.

Lepas asar, emak dan adik pergi ambil ayam tempahan (belakang rumah je), cucu-cucu yang dua orang sibuk lah nak ikut.


Aisyah : Ibu, saya nak ikut nenek tengok 'bunuh' ayam.

Ibu : Apa dia kak?

Aisyah : Saya nak ikut nenek tengok 'bunuh' ayam.

Ibu : Bukan 'bunuh' ayam. Sembelih ayam..

Aisyah : Oooo... Saya nak ikut nenek tengok sembelih ayam. 


4 ekor ayam pencen dan 2 ekor ayam daging. Ayam pencen untuk masak kari. Ayam daging pula diperap, untuk BBQ, malam esok.


Aisyah dan Alif bila ramai orang memang payahlah nak tidur. Seronok. Alif, tahan mata sebab nak main je.

3 orang tukang selerak


14.09.2016 - Jam 3 pagi, Alif bangun minta susu. Selasai Alif minum susu, saya terus berjaga untuk menyiapkan tempahan kawan-kawan. Adalah 6 pek. Selebihnya, untuk emak, kakak dan adik. Buat diorang makan-makan.


Lepas Zohor, mula sibuk menyiapkan juadah hari raya. Emak, nak mengunjung. Tak sempat nak balas ngunjung jiran-jiran lagi. Bila, kami balik ni, emak rajin sikitlah nak masak banyak-banyak sebab ramai assistant.

Sebelah malam, BBQ sikit. Main bako-bako. Ayam dan daging je. Banyak-banyak nanti tak habis pula.


 Rumah emak abah yang serba hijau.


Alif seronok sangat malam tu. Join sekali makan ayam bakar. Seketul dia makan sorang je. Ibu dia lambat suapkan, laju je dia tarik tangan ibu dia.

Budak tak nak tidur.


12.09.2016 - Mandi raya di pagi hari sebelum takbir berkumandang. Alif, tidur lambat tapi pagi-pagi dah bangun. Excited nak pakai baju raya kot.

Gara-gara bangun awal, dia tidur pula ketika sesi bergambar.



OK, gerak ke Kulai, rumah Maklang. Melawat nenek semenatara dia ada..




Nota Hati : Moga setiap pengorbanan yang kita lakukan dibalas kemanisan..



Alif Ziyad

Alif Genap Setahun

12:00 PG

Assalamualaikum


30 Ogos 2016 - Genaplah setahun usia anak bujang saya. Masih terbayang di dalam ingatan saya ke HSA untuk melahirkan dia. Hishh...lagi beberapa jam nak masuk 31 Ogos tau. Ini pun kira awal 2 minggu
.
Tarikh yang sama juga, Alif perlu ke KK Masai untuk check-up setahun dan mendapatkan suntikan MMR.

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2 <--- Klik untuk baca


Dalam setiap doa saya, saya sentiasa memohon agar dipermudahkan urusan. Tak kaya takpe, yang penting segala urusan yang saya hadapi dipermudahkan. Itu juga satu rezeki. Seperti membawa si bujang check-up ni. Moga dipermudahkan. Sebab saya selalu bawa anak sendiri.

Berat Alif masuk dah masuk line kuning. Ala, Alif ni, makan banyak tapi membuang pun banyak. Kalau dia 3 kali makan, 3 kali juga lah membuang. Pastu, bukan sikit-sikit. Kadang sampai membuak. Dah la ucuk..

Oleh kerana graf berat badannya tidak cantik, maka Alif perlu hadir untuk pemeriksaan berikutnya selang 2 bulan akan datang. Bulan Oktober nanti.

Dah habis mendapatkan khidmat nasihat dari nurse, kami menunggu pula ke bilik suntikan. Tak lama menunggu. Alif memang hero ibu. Kena inject tak nangis pun. Sengih-sengih je. Suntikan ni tidak menyebabkan demam. Alhamdulillah, Alif sihat-sihat sahaja hingga hari ini.



31 Ogos 2016 - Cuti sempena merdeka! Budak bangun awal ni pagi-pagi memang dah lapar. Nasi panas dan lauk ikan untuk dia pun dah ready. Sementara untuk kami yang dah besar ni, sarapan karipap jelah.

Alif menolak nasi dan tangannya tangkas mencapai seketul karipap. Bila ditegah, dia menangis. Emm..suka hati awak lah nak..

Ibu tak beli kek untuk awak. Makan jelah karipap ye nak. Seketul tu dia makan sampai habis! Sedap le tuww. Hehehe

Dah pandai mintak kek nanti baru ibu belikan.


Perut dah kenyang, kita round-round JB. Pergi melawat Giant Plentong dahulu. Kan dah berwajah baru. Uii..manusia penuh. Sesak! Maklumlan sempena Merdeka day, macam-macam promosi kan. Secret recipe tu pun ada promosi. Sepotong kek hanya RM5.90! Niat di hati memang nak terjahlah. Tapi, panjang pulak barisan. Tak sanggup nak beratur.

Pastu..pastu..pastu..

Rasa ngantuk, nak tidur.. Balik rumah, masing-masing tisur sampai petang. Wakakaka,,



Cuti

Zakat & Cuti Raya

9:00 PG

Assalamualaikum


Alhamdulillah, selesai bab pembayaran zakat. Tahun ini, keluarga kecil kami dah bertambah sorang. Dah 4 orang. Di Johor, bayaran ada 2, RM6 dan RM8. Mana-mana pun boleh je.



Kalau dilihat pada kalender, 1 Syawal jatuh pada hari Rabu. Kompeni saya bagi 3 hari cuti iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat.

Hari selasa diberi perlepasan awal, Half day paid leave. Dan hari jumaat tu compulsory leave. Worker yang berkerja hari sabtu, perlu mula kerja hari Sabtu.

Macam saya, staff office, sabtu dan ahad memang off. Wah...seronok ko!! Cuti panjang la kita.


Cuti yang saya apply dan dah approved. Kami memang perlu hantar leave form 2 atau 3 minggu awal.


Kita bagi chance orang yang kampung jauh bercuti dulu. Mana taknya, 2 orang balik Terengganu, sorang balik Kelantan. Haruslah cuti lama.

So, saya ambil cuti selepas raya. Nak beraya dan makan kuih raya rumah orang puas-puas.

Sekejap lagi nak balik dah. Tunggu siren bunyi. Alahai, tak sabarnya rasa hati.

Kepada semua sahabat alam maya saya,

Saya tahu ramai yang sudah bercuti dan sudah pulang ke kampung halaman.
Dikesempatan ini, saya doakan agar kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Berhati-hati di jalanrya.
Pandu cermat, jiwa selamat.

Makan kuih raya nanti jangan lupa orang sebelah.
Kawal pemakanan, jangan sampai saya dah tak kenal nanti.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin







Cuti

Selamat Hari Pekerja 2016

9:00 PG

Assalamualaikum



Selamat Hari Pekerja!!


Oleh kerana jatuh pada hari ahad, makanya Isnin cuti!!

Saya suka..saya suka..


Jom sambung cuti..


zzzZZZZ






Cuti

Cuti CNY Balik Kampung

9:00 PG


Public holiday!!! Yeah!! Terlalu lama rasanya menanti cuti panjang. Dapat balik kampung. Kebetulan cuti CNY jatuh pada hari isnin dan selasa. Cuti panjanglah kita. 

Amenda dia tulis tu tak tahulah maksudnya. Harap maksud yang baiklah.


Kepada kawan-kawan yang sedang bercuti, hargailah masa cuti anda. Inilah masa untuk bersama keluarga. Yang jauh mahupun dekat. Mari kita rapat-rapatkan.

Yang memandu, berhati-hati selalu. Malang tidak berbau. Ingatlah orang tersayang.

Mesti ramai yang ambil kesempatan cuti panjang ni untuk bercuti dan berjalan-jalan. Tak kurang juga yang balik kampung, menghadiri majlis perkahwinan dan apa jua majlis jemputan.

8 Februari 2016 - Majlis sambut menantu adik saya dan majlis aqiqah Adik Alif.
In sha Allah akan di update nanti.




Nota Kaki : Selamat bercuti






Celoteh Je

Sabtu dan Public Holiday

8:30 PG


Kalau ikut jadual, minggu ini, minggu Sabtu yang bekerja. Tapi, dah kata public holiday, carry forwardlah. Bila cuti je mesti senyum sampai telinga. Tak perlu berat-berat kaki nak melangkah ke tempat kerja.

Saya suka..saya suka..

Kami, tidaklah ke mana-mana. Ke kampung halaman en.suamilah. 20 minit dah sampai. Kebetulan cuti sekolah kan, anak buah en.suami yang berumur 6 tahun ada di kampung. Bolehlah Cik Aisyah bermain dengannya.

Emak dan abah saya belum pulang dari mengerjakan umrah. Kalau tidak, saya sudah pulang berjumpa dengan mereka. Ohhh...rindu dengan mereka.


Cuti

1 Mei Datang Lagi

8:30 PG


Yeayyy cuti datang lagi. Cuti kali ini buat saya tersenyum lebar sebab dapat cuti panjang juga. Dari jumaat hingga Isnin kan. Kebetulan hari Sabtu turn saya off, memang rasa nak lompat bintang je.

Bila ada cuti lama sikit, apa yang saya fikirkan satu saja. Balik kampung! Masa macam ni lah yang saya sangat nantikan untuk menjenguk mak abah di kampung walaupun mereka kerap bertandang ke rumah kami.

Tapi, mana sama, suasana antara kampung dan bandar. Saya lebih selesa di kampung halaman, udara nyaman, hatta mahu apa-apa, ada di sekeliling rumah. Tinggal petik je.

Saat entri ini dipublish, in sha Allah saya sudah selamat berada di kampung halaman. Paling menyeronokkan saya, ehem-ehem... hari lahir Cik Aisyah la yang jatuh pada keesokkan harinya saja.

Apa yang kami lakukan untuk menyambut hari ulang tahun Cik Aisyah ye? Akan diupdate pelan-pelan. Selamat bercuti juga kepada semua.












Cuti

Nikmat Cuti

8:00 PG



Kali ni cuti lama sempena CNY. Dari hari Rabu hingga Ahad. Syok juga cuti lama ni. Hari-hari kalau hari bekerja pasti kerap menghitung hari. Hari paling bahagia adalah hari Sabtu dan Ahad.

Tapi, cuti kali ni kenikmatan kurang sedikit sebab no advance salary dan bonus. Kalau lah ada, lagi meriah cuti. Menumpang bonus en.suami sajalah. Ada juga rezeki.

Ikutkan hati nak je balik kampung, tapi apakan daya. Maka, bermalamlah kami di Majidi.


Pinjam dari Google






Cuti

Hadiah Awal Tahun 2015

12:00 PTG



Bermula 1 Januari 2015,
RON95 = RM1.93
RON97 = RM2.13
DIESEL = RM1.97

Saat 2014 melabuhkan tirainya, mendapat info dari hot.fm sedikit berita gembira untuk dikongsi bersama. Minyak turunkan harga! Phewwww...sekurang-kurangnya sempat berjimat sebelum menempuh GST bulan April 2015 nanti.


Hari ini, 31 Disember 2014 ~ Hari terakhir di tahun 2015.



Banyak kenangan sepanjang 2014, seakan baru semalam Januari 2014. Haihhh...Tahun hadapan, semakin meningkat usia.

Esok, 1 Januari 2015, kompeni saya cuti, cuti wajib aka cuti paksa. Bukan public holiday yang diambil tetapi cuti suka hati yang diberi dengan menolak cuti tahun kami.Sudahlah sebulan cuti yang saya dapat hanya 1.5 hari, tolak sehari, tinggallah 0.5 hari. Uihhh...redho.. Bertabahlah wahai rakan seperjuangan.



Tahun baru, azam baru, buku baru!!!
Selamat Tahun Baru Semua!!!!
Jumpa lagi tahun depan!!!!!!