Drama

Drama : Ku Kirim Cinta

8:00 PG

Assalamualaikum

Drama : Ku Kirim Cinta | Terjatuh cinta pula dengan drama ni. Minat dengan Redza Rosli ni. Lakonan dia bersahaja dan cool.


Sinopsis Drama Ku Kirim Cinta ( Akasia TV3)

Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau.

Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp.

Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa.

Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Cuma tak berapa suka dengan watak Nisha lakonan Ayda Jebat yang agak garang kalau bercakap. Kalau marah pun, tak perlu tunjuk sangat kemarahannya dengan semua orang.
==============

Watak Nisha dalam drama ni pada saya agak garang. Tak berapa suka bila dia marah-marah Liyana hanya kerana ada perasaan tak puas hati dengan Farhan.

Terlepas nak tengok drama ni? Jangan risau, jom kita marathon tonton di SINI.



Drama

Penangan Legend of the Blue Sea

8:00 PG

Assalamualaikum

Penangan Legend of the Blue Sea | Orang lain dah lama habis. Aku baru layan dalam 2 minggu lepas. Sanggup bersengkang mata kat rumah layan kat you tube. Ah lantak la kalau data habis. Yang penting kepuasan nak tonton. 


Ini pula kisah minggu lalu. Bekal beli jam 10 pagi dengan wak van biru. Waktu rehat, sanggup makan depan PC sebab nak habiskan drama ni. Ni dah last episod. Excited nak tahu apa penyudah cerita.


Kesian dengan si duyung hari-hari menangis agaknya merindui si cinta hati. Confirm banyak gile mutiara kat dasar laut ni. Bayangkan kalau hari-hari duyung ni nangis selama 3 tahun. Bayangkan!

Macam duyung betul kan? Teruja juga melihatnya. Tu terus print screen simpan dalam blog buat kenangan. 

Untuk sinopsis, boleh klik SINI


Macam biasa, kisah adaptasi dongeng kanak-kanak ni berakhir dengan kisah yang gembira. Happy ending katanya. Memang pun.



Nota Hati : Hati saya tetap suka Scarlet Heart..



Drama

Drama | Cinta Roller Coaster

9:00 PG

Assalamualaikum



SINOPSIS CINTA ROLLER COASTER

Mengisahkan Syakir dan Ziany yang berkahwin pada usia muda. Mereka melalui pelbagai suka duka hidup berumah tangga selepas berkahwin sejurus tamatnya SPM. Pelbagai masalah dan isu timbul sehingga mereka menyambung pengajian ke universiri. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat, Muzammil, Athirah, dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Tajuk : Cinta Roller Coaster
Mula Tayangan : September 2016
Masa : Setiap JUmaat-Ahad, 7.00 Malam
Siaran : TV3
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Arissa Afrina, Nadzmi Adhwa, Nas-T, Natasha Elyzza, Eyra Hazali, Syafiq M. Nazri


Pada mulanya, aku layan drama ni sebab bosan. First impression aku, aku berbisik dalam hati, "apalah cerita sekarang ni, Kahwin Muda lah, Cinta Roller Coaster lah. Budak-budak lagi, baru habis sekolah, belum kerja dah sibuk nak kahwin".

Tapi, drama ni berjaya mencuit hati aku. Kelakar! Paling aku suka watak si Muzammil, si rambut kembang. Aduii..lawak mamat ni.

Memang cerita ni mengisahkan pasangan muda yang berkahwin. Mereka berkahwin pun sebab nak selamatkan Ziany yang sebatang kara selepas nenek Ziany meninggal dunia. Ziany takde tempat berteduh.

Dari selepas SPM, kemudian berkahwin tiba-tiba tanpa rasa cinta, kemudian masuk universiti dan mula menerbitkan rasa cinta dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel.

Cuma di sini, pasangan ini kira bertuah sebab bapa Syakir kira berkemampuan. Menyewakan sebuah rumah teres buat mereka dan Syakir pula diberi sebuah kereta bagi memudahkan pergerakan mereka.

Banyak pengajaran yang boleh dikongsikan di sini. Salah satunya ketidakmatangan pasangan ini dalam mempertimbangkan masalah mereka. Keegoan keduanya dan kerana wujudnya orang ke-3.

Paling aku suka, bab persahabatan mereka yang kuat. Saling bantu membantu dan menyokong.





Drama

Cantiknya Pekerti Seorang Isteri

8:30 PG


Kadang kala drama yang dipaparkan membawa impak pada diri kita secara tidak sengaja. Terus terang saya katakan saya tidak berpeluang menonton drama kegemaran saya di rumah. Faham-fahamlah kalau ada anak ni kan.

Justeru itu saya mencari alternatif lain. Selain merakam melalui PVR Astro, saya ambil kesempatan juga menonton drama-drama melayu di myflm4u.pw

Sekurang-kurangnya saya tidak terus kebosanan. Inilah perempuan, yang diciptakan cukup unik. Ketagih rasanya bila menonton drama bersiri yang kena dengan jiwa.

Tidak semua drama saya layan. Saya lebih suka menonton drama yang jalan ceritanya tidak hambar, tidak kebudak-budakkan walaupun pelakonnya glamor kebabom. Yang penting jalan cerita menarik dan matang.

Salah satu drama yang memberi kesan positif pada diri saya adalah drama AlifImani. Allahurabbi, andai saya sebaik Imani. Seorang isteri, anak dan adik yang penyabar. Sanggup memutuskan tali persahabatan demi suami yang dikasihi.

Tutur katanya lembut. Berusaha dan bijak mengambil hati suami. Sentiasa menjaga aib suami. Memendam rasa dan hanya meluahkan segala kesedihan dan kewalangan hati kepada Sang Pencipta.

Saya ingin menjadi seperti dia.

Alif Imani yang ditayangkan di TV9





Drama

Kisah Cinta Mereka

8:00 PG


Lambakan slot drama adaptasi dari novel semakin menjadi-jadi. Dulu, zaman remaja, muda belia memang giler baca novel. Bila sudah jadi mak orang ni, jarang sekali dapat layan novel, apatah lagi menonton drama.

Penyudahnya, drama apa yang tengah hot, saya tidak tahu. Bila ramai yang bercerita tentang sesuatu drama, baru saya cuba ambil tahu dan tonton kembali secara online.

Suamiku Jiran Sebelah, Asam Pedas Untuk Dia, antara drama yang saya sedang running. Bila tonton drama, melihat perangai setiap watak yang ditonjolkan, adakalanya saya terfikir,


"ada eh orang giler macam ni??"






Drama

Zahira ~ Jom Tonton

4:00 PTG


Arghhhhh!!! I'm falling in love.. Terjatuh cinta lagi! Jatuh cinta dengan drama bersiri Zahira je bukan dengan pelakonnya. Watak-watak yang dilakonkan memang menjadi dan jalan cerita yang saya kira agak menarik. Kalau tak menarik, saya tak tonton.

Sudah lama tak tercatuk depan televisyen menonton drama bersiri. Selepas drama bersiri Jauh Dari Cinta dan Kusinero Cinta tamat. Dua drama bersiri itu saya rakam dan  saya tonton ketika waktu santai. Astro PVR katakan. Akekeke.. Bila waktu santai saya? Selepas subuh atau lewat malam, bila mata tak reti nak pejam. Tak pun hari jumaat, rehat selama 1 jam setengah. Balik rumah lah kejap, sambil makan makanan yang diperhangatkan.


Pinjam dari Google


Sebenarnya, saya agak lewat sedikit mengikuti drama bersiri ni. Secara tidak sengaja, ada singgah blog Nakhoda Nurani dan berkesempatan menonton Zahira Episod 1. Eh..macam best je drama ni. Ketika bercuti tempoh hari, malam-malam saya layan drama ni sampai kuota habis. Dangggg..

Saya agak janggal menonton drama begini bersama en.suami sebab dia suka perli saya yang kerap tersengih-sengih bila menonton drama-drama begini. Suami saya memang tak romantik. Sila abaikan beliau. Sebab tu saya rakam dan tonton sorang-sorang. Tambah pula, ada anak, menonton televisyen bukan lagi satu aktiviti yang menyeronokkan. Disney Jr memanjang, apa citak??


"...sekarang ni saya nak tanya En. Iqbal ni suka ke atau jatuh cinta?.."


Wewwwww...pengsan jap. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kalaulah en.suami tahu saya layan drama ni mesti dia perli-perli..

"suka le tuww"...

"sengih-sengih..buatkan abang air.."~saja potong stim.




Nota Kaki : Lagu OST drama ni, "mewangi" nyanyian Akim & The Magistrate  tu terus terngiang-ngiang..