Iftar

Berbuka Dept QAQC CP

9:00 PG

Assalamualaikum


Setiap kali bulan puasa, mesti ada majlis berbuka puasa dalam department kami. Macam biasa, HOD belanja.

Berbuka
Kali ni, berbuka di tempat yang dekat je. Malas nak rushing dengan anak kecil ni. Macam biasa, saya yang handle tapi bab duit, en.bos yang settlekan.

Selpie dulu sementara hidangan dihidangkan


Simple je menu. Siakap 3 rasa tu menu wajib.


Adalah dalam 10-12 orang.


Dah licin

Selpie dengan kakak cantik


Terima kasih banyak-banyak pada en.bos yang sudi belanja kami.



Kami makan di mana?


Makan kat sini jek..
D'Rinting Taman Rinting, Masai




Iftar

Roti Jala

9:00 PG

Assalamualaikum

Seminggu dua ni agak sibuk. Penat mengalahkan orang yang siapkan order biskut raya. Persiapan raya kami, adalah 10% je siap. Kali ni sangat-sangat bersederhana.

Banyak-banyak menu, ini je yang sempat snap. Selalunya, siap masak tak dan dah nak buat apa-apa. Terus stanby nak berbuka. Lagi mau snap gambo? Takde maknanya... Laporr uii..

Roti jala simple ni, sesimple resepinya juga. Alah, mudah bebenor, nak menjala je kadang-kadang malas sikit. Simple tapi sedap, sekali hadap 10 keping masuk mulut.


Roti Jala Simple

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum,
2 sudu besar minyak masak,
1 susu kecil garam,
1 biji telur,
2 cawan air/ santan/ atau susu segar (saya letak 1 cawan susu segar + 1 cawan air),
sedikit pewarna kuning.

Cara-cara:
Blend semua bahan hingga sebati. Tuang dalam mangkuk besar. Godak-godak lagi. Testing, aduan ok ke tak.
Tebar jala atas kuali non-stick, saya sapu minyak sikit dengan daun pandan bagi aroma wangi.


Cicah kari sotong dalam tin. Sebab baru teringat ayam dalam peti ais dah habis.


Kalau kat luar, orang jual singgit 4 keping. RM2.50 adalah 10 keping. Kan? Saya jala kat dapur, 2 cawan tepung dapat 32 keping. Makanlah kami suami isteri dengan penuh nikmat.









Iftar

Siakap 3 Rasa Mudah & Udang Goreng Butter

3:00 PTG


Menu ringkas untuk berbuka. Ikan siakap 3 rasa adalah menu pilihan en.suami. Oleh sebab kuah sudah ditaburi timun dan tomato, hanya perlu tambah salad untuk melengkapkan hidangan.




Resepi Udang Goreng Butter <-- Klik sini untuk resepi


Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan Untuk Ikan:
- Seekor ikan siakap - bersihkan dan toskan.
- Tepung jagung (dilumur pada ikan)
- Minyak masak untuk menggoreng.


Bahan-bahan Untuk Kuah:
- 1 biji bawang besar ~ 1/2 dikisar, 1/2 dihiris
- 4 biji bawang merah ~ dikisar
- 3 ulas bawang putih ~ dikisar
- 1 inci halia ~ hiris tipis
- 2 batang serai ~ diketuk
- 1/2 senduk cili kisar ~ bergantung pada kesukaan
- 3 susu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos cili
- 1 biji tomato ~ dipotong dadu
- 1 biji timun ~ dipotong dadu
- Kiub nenas dalam tin berserta jus ~ ikut kesukaan
- Garam
- Gula

Cara- caranya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan.

2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.


3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.


4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan halia, serai dan bahan kisar hingga masak.

5.  Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.

6.  Masukkan bawang besar, tomato dan nenas.

7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam dan gula.

8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.



Iftar

Nasi Goreng Bajet

3:00 PTG


Inspirasi dari pak menteri yang cerdik pandai, maka terhasillah menu simple ini di bulan puasa. Memang niat mahu masak nasi goreng sahaja tapi tak sangka pula sayur dalam peti sejuk sudah tidak ada. Apatah lagi udang atau sotong. 


Tumbukkan cili, bawang merah, ikan bilis dan sedikit garam. 
Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan sedikit garing,
kemudian masukkkan nasi yang telah dihancurkan.
Kacau sebati.
Yummy, terhasillah nasi goreng bajet (kosong) tapi sedap tau.


Dilawankan pula dengan telur dadar curah sedikit sos cili dan ayam goreng berempah. Ayam tu sudah diperap semalaman bersama rempah-rempah biasa yang saya gunakan. Walaupun kelihatan agak hitam, tapi rasanya sedap. Kalau pinggan masing-masing licin tu sedaplah kot.



Iftar

Berbuka Puasa di CRPS

3:00 PTG


9 Julai 2015 - Dapatlah berbuka puasa sesama rakan sedepartment. Tidaklah mewah mana, bersyukur HOD sudi belanja kami.

Kami berbuka di Restoran Chicken Rice Pit Stop. Nasi beriani kambing golek, air bandung soda berserta kuih muih. Dah orang belanja, sebat jelah. Saya sampai agak lewat, azan sudah berkumandang, barulah sampai. Padahal restoran tu tidaklah jauh mana. Mana tidaknya, terpusing-pusing cari parking.




Ada kenangan tertinggal di situ. Boleh pula HOD kami tu tergolek sewaktu selesai makan. Mujur takde apa-apa. Berderau juga darah, kot la bos kami tu masuk hospital ke kan. Tapi, dia takde apa-apa.




Aisyah Humaira

Persiapan Raya Yang Tertangguh

9:00 PG


Alamak card reader tertinggal kat rumah!!! ~ Situasi sunyi sepi di pejabat seorang diri. Musykil sebentar.

Semalam berbuka di rumah bapa mertua. Dia masak kuew tiaw hongkong. Memang mabeles. Sedap hingga menjilat sudu.. Ibu tanpa segan silu tapau bawak balik. Niat di hati boleh la isi perut sambil menonton perlawanan akhir piala dunia. Niat je tapi dah habis pun bedal depan tibi dengan Aisyah yang tak habis-habis tonton kartun di channel Disney Jr.

Datang bertandang ke rumah mertua tak kan datang berlenggang je pula kan? Masaklah nasi ayam dan ayam panggang bersos black pepper. Laju je tengok diorang meratah ayam yang hanya beberapa ketul. Hihihi..

Usai Isyak, kami bergegas ke The Store pandan meskipun Aisyah seolah-olah tidak mahu pulang dan seronok sakan bermain belon bersama Pak Ngah dan Pak Udanya. Ada orang melayan, memang tak hairan dia dengan ibunya.

Sampai The Store, terus serbu kawasan sales baju bajan. Dapat kemeja dan t-shirt selai dua untuk ayah, ok lah. Tapi, ayah tidak dapat memilih baju dengan tenang kerana dia tidak sampai hati melihat ibu berkejaran dengan Aisyah. Pantang lepa, zussss laju dia lari tawaf kawasan sekitar. Garu kepala yang tak gatal.

Lastly, balik dengan tangan kosong. Malas nak kejar-kejar anak dara hyperaktif sorang ni. Malu. Takpe ayah, esok-esok kita pergi lagi ye. Kita tinggal Aisyah dengan mak dia kejap (pengasuh).

==========================================

sangat berguna di bulan puasa..alhamdulillah..





Nota Kaki : Cam tak best pulak takde gambo...