Islam Itu Indah

Niat Berpuasa Sebulan

8:00 PG

Assalamualaikum

Niat Berpuasa Sebulan | Islam itu mudah. Bila tiba bulan puasa, kita boleh niatkan berpuasa harian atau sebulan terus. Mana-mana yang mudah bagi kita semua.


Hari pertama bersahur dan berpuasa. Moga amalan pada ramdan ini lebih baik dari yang lepas.

Ilmu

Tuntutan Nafkah Suami

8:00 PG

Assalamualaikum

TURUTAN NAFKAH SUAMI |

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.



Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan


 

Islam Itu Indah

Definisi Kebahagiaan Setiap Kita

8:00 PG

Assalamualaikum
Definisi Kebahagiaan Setiap Kita | Setiap kita mengimpikan kebahagiaan. Kebahagiaan itu pula terlalu meluas definisinya. Perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata kita semua. Satu perkongsian yang menarik untuk kita renungkan.
❤❤❤❤❤
Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya kepada KERETA API...
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan minum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan minum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...
Jika KESIHATAN boleh membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISYEN..
Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA ialahlah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dalam segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang-orang kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DIBORONG oleh merekα."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan ke sana berkumpul di mana KEBAHAGIAAN itu berada ."
Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan ialah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila-bila, di mana-mana dan dalam apa-apa jua keadaan pun."
KEBAHAGIAAN itu hanya dengan zikrullah (mengingati)Allah:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. {13:28}
"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA-APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAILAH APA-APA YANG KAMU MILIKI SAAT INI"
❤❤❤❤❤
Islam itu indah. Dalam islam, rukun iman ke 6, beriman kepada qada' dan qadar. Justeru itu, umat islam perlu yakin dan redha dengan setiap ketentuan dari Illahi. Percaya, yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahya. Sentiasa bermuhasabah, berdoa dan bertawakal. Ingatlah, setiap masalah pasti ada jalan pennyelesaiannya.

Islam Itu Indah

Kita Tak Nampak?

8:00 PG

Assalamualaikum


Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله

Bila الله berjayakan kita dlm akademik melalui bijaknya kita dlm pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله

Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله

Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله

Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله

Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله

Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله

Bila الله bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله 

Sungguh, pandangan.  mata dusta. Pandangan hati hakiki..

Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله dlm setiap langkah kita

 Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dr الله hidup utk الله `dan kembali kpd Allah..
 
Pesan Pada Hati❤



Islam Itu Indah

Jika subuhnya

8:00 PG

Assalamualaikum

:Pinjam dari Google


Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya
Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa
Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat

Jika subuh tiada dipeduli 
Tanda iman menghampiri mati 
Jika subuhnya tiada berjama’ah
Tanda hidupnya akan hilang barakah
Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit
Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat
Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu
Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang
Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur 

Wallahuaklam..

Islam Agamaku

Istighfar

8:00 PG

Assalamualaikum
Istighfar | Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali. Dimasa akhir hidupnya beliau bercerita,

Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tau kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji sama orang dan tidak ada keperluan.

Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita,
Begitu tiba disana waktu Isyak,saya ikut shalat berjamaah isyak di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat.

Begitu selesai solat dan jamaah pulang,imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui imam Ahmad sambil bertanya

"kenapa Kamu disini, syaikh?"

Penjelasan- 

Kata "syaikh" boleh digunakn untuk 3 panggilan:
1-untuk orang tua, 
2-orang kaya ataupun 
3-orang yg berilmu. 

Panggilan Syaikh dikisah ini adalah panggilan sebagai orang tua, karena penjaga tu mmanggil hanya sebagai orang tua.

Penjaga masjid itu tidak tau yang lelaki itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya. 

Di Iraq, semua orang kenal siapa imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadits, sejuta hadits dihafalnya, sangat shalih & zuhud. Zaman itu tidak ada kamera/gambar sehingga orang tidak tau wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.

Imam Ahmad menjawab,  "Saya ingin istirahat, saya musafir."

Kata penjaga tu, "Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid."

Imam Ahmad bercerita,
"Saya diusir oleh orang itu disuruh keluar dari masjid, Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di kaki masjid."

Ketika sudah berbaring di kaki masjid, penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. 
"Kamu nak apa lagi syaikh?" Kata penjaga itu. 

"Saya nak tidur, saya musafir" kata imam Ahmad.

Lalu penjaga masjid itu berkata,
"Di dalam masjid tidak boleh, di kaki masjid juga tidak boleh." Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita, _"saya diusir sampai jalanan."

Disamping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat & menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi. 

Ketika imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh; "Mari syaikh, anda boleh menginap di tempat saya, saya punya tempat, meskipun kecil."

Kata imam Ahmad, "Baik". Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk dibelakang penjual roti yg sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir).

Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakn tetamu. Kalau imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil beristighfar.
Astaghfirullah..
Saat meletakkan garam, astaghfirullah. memecah telur astaghfirullah..
mencampur gandum astaghfirullah.Dia senantiasa mengucapkan istighfar. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatikannya .

Lalu Imam Ahmad bertanya, "sudah berapa lama kamu lakukan ini?"

Orang itu menjawab; 
"Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan."
 
Imam Ahmad bertanya;
"Apa hasil dari perbuatanmu ini?"

Orang itu menjawab;
"(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat atau keinginan yg saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. semua yg saya minta ya Allah...., pasti saya akan dapat"

Rasulullah
 صلى الله عليه وسلم 
pernah bersabda;
"Siapa yg menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rizki dari jalan yg tidak disangka-sangkanya."

Lalu orang itu melanjutkan, "Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu hajat yg belum Allah makbul" katanya.

Imam Ahmad ingin tahu lantas bertanya;
"Apa itu?"

Kata orang itu;
"Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad."

Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, "Allahu Akbar"...

Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan bahkan sampai diusir oleh penjaga masjid.

Sampai ke jalanan ternyata kerana ISTIGHFARMU.
Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yang didepannya adalah Imam Ahmad.
Ia pun langsung memeluk & mencium tangan Imam Ahmad.

(SUMBER: Kitab Manakib Imam Ahmad)

Wallahu a'lam

Saudaraku & Sahabatku tercinta..... Mulai detik ini marilah senantiasa kita hiasi lisan kita dengan ISTIGHFAR - bilamana dan di manapun kita berada.

Nota Kaki : Perkongsian

Islam Agamaku

Indahnya Bulan Rejab

8:16 PTG

Assalamualaikum


Assalamualaikum semua saudara2 Muslimku.

Saudara2ku.....
sekadar memberitahu bahawa pada *Rabu*, *29 Mac 2017 bertepatan 1 Rejab 1438H* ➡

''Bagi yg mengerjakan puasa 2 hari di awal Rejab seakan beribadah selama 2 tahun (Rabu Khamis).
Bagi yang mengerjakan puasa dari Rabu, Kamis & Jumaat ini berturut2 di bulan Rejab maka pahala ibadahnya 700 tahun.

Bagi yg memberitahu dan mengingatkn org lain tentang ini seakan ibadahnya 80 tahun.

MasyaAllah.
Subhanallah.

Begitu mulia dan indahnya bulan Rejab, saudaraku..... jangan sia-siakan bulan yang mulia ini.

Mulai Rabu malam 28 Mac 2017 (Ba'da Maghrib sudah masuk 1 Rejab.)

Rasullullah Bersabda "Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Rejab Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya".

Dan berdzikirlah mengingat اَللّهُ ... 
*" لااله الاالله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شيءقدير- سبحان الله والحمدلله ولااله الاالله والله اكبر- ولاحول ولاقوة الاب الله العلي العظيم"*

*"Sebarkan!"*
Anda  akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT  آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ


Wallahuaklam



Islam Agamaku

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

2:00 PTG

Assalamualaikum

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mendamaikan Perselisihan Lebih Utama

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ

Dari Abu Darda ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian suatu yang lebih utama dari darajat puasa, solat dan sedekah?" para sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan orang yang sedang berselisih. Dan rusaknya orang yang berselisih adalah pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)." (HR Abu Daud No: 4273)  Status Hadis: Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.

2.  Mendamaikan dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang bergaduh adalah lebih utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah

3.  Perselisihan atau pergaduhan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu lagi

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), karena hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud No:4257)

4. Tidak berguna amal soleh seperti  puasa, solat dan sedekah jika ada  hasad  dan dengki kerana ia menjadi penghapus pahala amal soleh.




Islam Agamaku

Kematian Itu Pasti

8:00 PG

Assalamualaikum
Kematian Itu Pasti Lubang ini tidak mengira pangkat atau darjat..kita semua pasti akan kesini satu hari nanti..semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.. InsyAllah..

وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". ( Al Baqarah ayat 132 )


~Perkongsian rakan sekerja



Islam Agamaku

Makna Taqwa

9:00 PG

Assalamualaikum


Allah swt  berfirman ;
  1. وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (QS. Al Mujaadilah: 9).
Allah juga berfirman,
  1. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
 Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Hasyr: 18).



MAKNA  TAQWA

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan . Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). 
- Kedua, bermakna taat. 
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa. 

Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". 

Definisi taqwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap azab Allah”. (Siyar A’lamin Nubala, 8/175)

 
Wallahu a'lam.


Islam Itu Indah

Ada Waktu Kita Bersedih

8:48 PG

Assalamualaikum


Ada Waktu Kita Bersedih | Otak agak celaru beberapa hari ni sebab ada beberapa perkara tak dijangka berlaku. Dengan masalah rumah kedua kami, dengan masalah ptptn. Haihhh..sabar ajelah.


Kebetulan pula ada yang share email tentang ada waktu kita bersedih. Kebetulan sangat.


=============

Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin Anda pernah membaca ayat ini: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.†(At-Taubah:40)

Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih?

Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah

Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis.

Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka.

Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.

Bersedih Itu Adat Manusia

Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih.

Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan.

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan. Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.

Bersedih Tidak Diajarkan

Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

  1. Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.†(QS.At-Taubah:40)
  2. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.†(QS.Ali ‘Imran:139)
Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.†(HR. Abu Dawud)

Bagaimana supaya kita tidak bersedih?

Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.
Pertama:
Dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita.
Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan?
Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.†(QS Ar Ra’d:28)
Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.
Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.
  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
Kedua:
Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.
  1. Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang (Hadith riwayat Abu Daud)
Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.

Kesedihan adalah keperluan. Tetapi tidak boleh berlebihan

Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.
Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.
Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?
Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.
Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.
  1. Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.
  2. Kerana dia ada Allah di sisinya.
  3. Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya