Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Hadiah Dari Mama

8:00 PG

Assalamualaikum

Potluck JDT Blogger - Hadiah Dari Mama | Rentetan dari entri lalu, Sesi Tukar Hadiah, saya dapat hadiah dari Mama Maszull. Mama menghadiahkan lunch box.

Mama pesan, siapa yang dapat hadiah dia kena bawa bekal ke tempat kerja. Huhu.. Rajinlah sangat anak angkat mama ni. Eh..tiba-tiba mengaku anak angkat pulak..


Lunch box ni ada 3 layer. Turut didatangi dengan 3 warna pilihan. Ada hijau, merah jambu dan biru.


Mama telah memilih warna merah jambu! Wah..suka betul saya dapat hadiah Mama ni.


Oleh kerana sudah masuk bulan puasa, maka selamatlah saya dari membawa bekal. Lepas raya eh mama eh.. Akekek..




Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Sesi Bergambar & Makan

8:00 PG

Assalamualaikum

Potluck JDT Blogger - Sesi Bergambar & Makan | Belum tamat lagi ye entri ini. Meskipun perjumpaan kami sekejap je, tapi banyak sesi untuk dikongsikan. Padat gitu.


Bila makanan sudah teratur, maka berebut-rebutlah kami ambil gambar. Dah macam buat job review. Hanya blogger-blogger yang faham kan?


Pantang ada kesempatan, mesti berwelfie. Layan lah sedikit welfie dari kami.



Sambil acara Sesi Tukar Hadiah berlangsung, sempatlah berwelfie bagai. Handphone canggih lah jadi mangsa untuk ambil gambar. Terima kasih pada mereka yang share gambar di whatsap group JDT Blogger.





Ini sesi makan. Masing-masing sibuk melayan anak masing-masing. Perut pun wajib dilayan. Pelbagai Juadah Bersama terhidang. Sedap-sedap belaka.




Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama

8:00 PG

Assalamualaikum
Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama | Masing-masing memberikan komitmen yang terbaik. Dalam kesepakatan, menu-menu adalah pilihan masing-masing dan telah diberitahu awal bagi mengelakkan menu yang sama. Lagipun, untuk suka-suka kan. Seorang satu juadah sudah memadai.

Sementara menanti yang lain hadir, kami berbual-bual sesedap rasa. Agak-agak haus, minumlah air sirap air tangan Kak Eda Kisah Si Diary.


Sambil berbual, sambil tangan berjalan. Ada yang tolong ikat plastik sampah dan ada yang menyusun hidangan. Banyak juga juadah bila disusun macam ni.




Sayur kobis goreng dan ayam goreng disediakan oleh Kak Eda dan Mak Lin. Bahan Lin sediakan, manakala Kak Eda selaku tukang masak.

Nasi putih dan setong air sirap sejuk juga disedikan oleh Kak Eda yang merupakan orang kuat JDT Blogger.


Karipap inti kentang & telur ni semestinya dari saya. Buat tambahan, saya bawa air kotak yeo's perisa anggur dan beberapa botol air mineral. Senang nak teguk kalau botol kecil ni.


Sandwich dua perisa. Satu bekas sandwich telur mayonis. Satu bekas lagi sandwich sardin. Sandwich dua beradik ni air tangan Juju. Saya suka sandwich telur dia. Sedap. Sekali ngap 2 ketol.


Ketam masak sambal air tangan Uyul. Jauh ketam ni berjalan, Batu Pahat mari. Mestilah sedap. Pedas-pedas manis rasa ketam gitu.


Ketam masak lemak pula dari Kak Hernee. Menu yang dinanti ramai. Sedap hirup kuahnya.


Asam Pedas Ikan Mayong yang memang sedap menjilat jari ni mestilah dari Mama. Memang dah lama teringin rasa asam pedas Mama sebab Mama selalu share gambar asam pedas dia. Lagi satu, suka sangat-sangat Mama dan hubby dia bersama-sama sentiasa.

Pavlova mini dari anak Mama. Sedap! Buah pun banyak.


Sambal Tempoyak Ikan Bilis dari Kak Seri. Saya tak dapat rasa sebab dah kelam kabut nak rasa mana satu dengan 2 anak. Hahaha.. Yang merasa, semua cakap sedap. Kena cuba juga ni.


Buah tembikai dan koktel dari Kak Mia. Dah kenyang makan berat, kita hirup koktel pula. Memang sedap minum sejuk-sejuk. Lega je rasa tekak kan..

Buah tembikai merah tu manis tau. Serius sedap. Rajin pula tu Kak Mia potong macam ni, senang nak makan.


Kek buah kukus dari Fai. Fai memang sentiasa ambil order untuk kek buah kukus. Sempena raya yang bakal menjelang, boleh la contact-contact Fai untuk order ye. Saya dah order 2 kali. Sedap. Kek buah Fai ni moist dan penuh buahnya.


Keropok dari Nona. Ini dulu yang kami anak beranak serbu dulu. Tujuan aku, nak mengelakkan budak-budak merengek. Lagipula, anak-anak memang suka makan keropok ikan macam ni. 


Nona Manis yang cantik rupanya dibawa oleh Mak Suzlin. Sedap dan manis sesedap rasa. Memang sedap, tak tipu.


Meriah kan makanan ni semua? Memang juling mata nak makan yang mana sambil melayan anak masing-masing.




JDT Blogger

Bersama JDT Blogger di Swiss Inn Hotel

8:00 PG

Assalamualaikum

Bersama JDT Blogger di Swiss Inn Hotel | Bukan selalu dapat bertentang mata meskipun hari-hari berbual di group whataps.

Sejak wujudnya Komuniti JDT Blogger, terasa keseronokannya dan semangat berblog berganda-ganda sebab kami berkongsi minat yang sama.

Jemputan pun semakin kelihatan buat blogger di Johor. Bila diberi kesempatan untuk join event, memang sebolehnya taknak lepaskan peluang. Sebolehnya cuba hadirkan diri sebab rasa rugi kalau tak join.

Saja saya kongsikan gambar sekitar food review minggu lalu. Entri di SINI. Ini sesi mak jemah bergambar, jemput ke blog mereka ye. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Makanya, berkenal-kenalan lah kita!

Ini hanya beberapa blogger dari komuniti JDT Blogger. Moga ramai lagi blogger Johor akan turut serta komuniti kami.
Blogger Hernee Nazir

Blogger Mak Suzlin

Blogger Mama Maszull


Blogger Mialiana

Masing-masing ralit dengan handphone kan.

Kenangan bersama

Goodies bag dari Swiss Inn Hotel


Gift

Potluck JDT Blogger - Sesi Tukar Hadiah

8:00 PG

Assalamualaikum

Potluck JDT Blogger - Sesi Tukar Hadiah | 20.05.17 - Acara yang dinanti-nanti setelah dirancang sekian lama. Pertemuan sekali lagi ahli komuniti JDT Blogger. Meskipun ramai tak dapat hadir, majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah.

❤❤❤
Tarikh : 20.05.2017
Tempat : Tasik Bukit Layang-layang, Pasir Gudang
Waktu : 11.00 pagi
❤❤❤

Blogger yang terlibat;
Kak Mia - Mialiana
Kak Eda - Kisah Si Diary
Kak Hernee - Hernee Nazir
Mama Maszull - Cerita Dari Hati Mama
Saya - Janji Kita
Uyul - Uyul Rosli
Juju - Kasih Juju
Nona Sani - Life With Love
Suzlin - The Real Blogger Mak

Meh le skodeng blog mereka.

Di sinilah lokasi kami berkumpul

Belon dari Nona

Acara dimulakan dengan sesi tukar-tukar hadiah. Seorang ahli bawa 1 hadiah dalam lingkungan RM30.

Hadiah yang dibawa.


Nona bertindak sebagai pengacara majlis pada hari itu. Bidan terjun. Janji majlis berjalan dan kegembiraan sesama kita lebih penting.

Cara cabutan hadiah mudah sahaja. Kak Hernee tulis nama blogger yang hadir. Kemudian, kertas digulung dan diletakkan ke dalam mangkuk. Kemudian, cabutlah undi. Nama yang dicabut akan menerima hadiah dari pencabut undi. Simple je kan.

Kak Mia dapat hadiah dari Nona

Kak Hernee dapat hadiah dari Kak Mia

Juju dapat hadiah dari Kak Hernee.

Mama dapat hadiah dari Juju.

Saya dapat hadiah dari Mama

Uyul dapat hadiah dari saya.

Suzlin dapat hadiah dari Uyul.

Part terakhir, Kak Eda dapat hadiah dari Suzlin manakala Nona dapat hadiah dari Kak Eda.

Maka, selesailah sesi tukar-tukar hadiah.




JDT Blogger

L.O.V.E Tanda Penghargaan

8:00 PG

Assalamualaikum

L.O.V.E Tanda Penghargaan | Tidak menyangka langsung akan dapat surprise gift ni. Hadiah ni sempena top komentator di blog kak Hernee Nazir. Ni lagi lah tak kusangka.


Kak Hernee merupakan seorang part-time blogger yang sangat aktif menulis blog. Idea dia sentiasa mencurah-curah. Rajin juga join event di Johor. Beliau adalah salah seorang komuniti JDT Blogger.

Beliau merupakan ibu kepada 3 anak. Banyak betul info tempat makan dalam blog dia. Selain tu, tentang breastfeeding. 

Terima kasih banyak-banyak Kak Hernee atas kiriman hadiah ni.

Nak kenal lebih rapat dengan beliau?  Meh singgah blog Hernee Nazir .



Event

Flag-Off the Elusive Muscle Car As It Embarks On the Nationwide Carlist.my "Grand Prix Challenge" Roadshow

8:00 PG

Assalamualaikum


.: Nota : Entri kali ini lebih kepada gambar ye.

Flag-Off the Elusive Muscle Car As It Embarks On the Nationwide Carlist.my "Grand Prix Challenge" Roadshow | Seronok rasanya bila dapat berjumpa rakan bloggers lain. Saya, satu kereta dengan #theRealBloggerMak dan Kisah Si Diary


Sementara menanti yang lain tiba, kita berwelfie ye.

Bersama Blogger herneenazir.com & Kisah Si Diary

Bila korum dah cukup, kami ke meja pendaftaran. Dapat la paper beg satu sorang.


Bersama Blogger Kisah Si Diary, Herneenazir.com, saya, #therealbloggermak & Mialiana (ada yang tak kenal ke blogger otai ni).


We are here!



Sebelum launching, ambil gambar dengan kereta Mustang Pink ni puas-puas. Kejap lagi ditutup, tak dapat la nak belek.



Barisan kereta mewah di show room. Berkilat boleh buat cermin, takut je kalau tercalar.


Tak lupa bergambar dengan Bumble Bee, dah aim dari mula melangkah masuk sini.


Bersama Blogger Mama Maszul.


Orang sebelah tu dok ralit mengupdate.


Ford Mustang Merah. Bergambar je mampu, harga RM400-500K uiii..



Hummer limousine, yang super class! Baru tengok luaran, sudah nampak kemantapan dia kan? Dalama? Jangan terkejut tau!


Keadaan dalam limousine Hummer. Gempak giler weh! 

❤❤❤❤❤

Ketibaan para VIP. Kereta ford mustang warna seakan gangsa ini milik pemain bola sepak JDT iaitu Shafiq Rahim.


Kemudian, sidang media berlangsung dengan ucapan dari wakil 23 Motors Sdn Bhd dan Carlist.my


Setelah itu, sesi bergambar para VIP bersama Ford Mustang merah jambu pula. Unik tak unik. Dan maka dengan itu rasmilah!



Bersedia untuk kibaran bendera tanda pelepasan dan bermulanya sesi penjelajahan kereta pink tersebut ke 52 lokasi.


Pin..pin.. lori nak lalu.. beri laluan..beri laluan..


Beberapa buah kereta mewah lain turut mengiringi kereta pink tersebut. Lokasi pertama adalah di Pasar Borong Pandan, JB.


Dah penat berlari sana sini snap gambar. Kita isi perut pula. Kami disaji ala buffet, menu nasi beriyani. Lauk pauk yang lain seperti biasa, ayam masak merah, daging kambing, acar, dalca dan air.

Bismillahirrahmanirrahim, ..doa makan..


Aumm.. auucak.. ngap..


Welfie curi bersama artis rapper terkenal iaitu Caprice. Beliau juga merupakan founder of Jihad in Education/ Mengaji.com/ Classruum.com. Cara cakap dia agak sopan dan lembut je intonasi nya.


Sebahagian geng JDT Blogger yang hadir

Gambar kenangan bersama Caprice

Gambar kenangan bersama John

Gambar bersama pemilik 23 Motors Sdn Bhd

Bersama staff 23 motors sdn bhd

Isi dalam paper beg.