Event

Flag-Off the Elusive Muscle Car As It Embarks On the Nationwide Carlist.my "Grand Prix Challenge" Roadshow

8:00 PG

Assalamualaikum


.: Nota : Entri kali ini lebih kepada gambar ye.

Flag-Off the Elusive Muscle Car As It Embarks On the Nationwide Carlist.my "Grand Prix Challenge" Roadshow | Seronok rasanya bila dapat berjumpa rakan bloggers lain. Saya, satu kereta dengan #theRealBloggerMak dan Kisah Si Diary


Sementara menanti yang lain tiba, kita berwelfie ye.

Bersama Blogger herneenazir.com & Kisah Si Diary

Bila korum dah cukup, kami ke meja pendaftaran. Dapat la paper beg satu sorang.


Bersama Blogger Kisah Si Diary, Herneenazir.com, saya, #therealbloggermak & Mialiana (ada yang tak kenal ke blogger otai ni).


We are here!



Sebelum launching, ambil gambar dengan kereta Mustang Pink ni puas-puas. Kejap lagi ditutup, tak dapat la nak belek.



Barisan kereta mewah di show room. Berkilat boleh buat cermin, takut je kalau tercalar.


Tak lupa bergambar dengan Bumble Bee, dah aim dari mula melangkah masuk sini.


Bersama Blogger Mama Maszul.


Orang sebelah tu dok ralit mengupdate.


Ford Mustang Merah. Bergambar je mampu, harga RM400-500K uiii..



Hummer limousine, yang super class! Baru tengok luaran, sudah nampak kemantapan dia kan? Dalama? Jangan terkejut tau!


Keadaan dalam limousine Hummer. Gempak giler weh! 

❤❤❤❤❤

Ketibaan para VIP. Kereta ford mustang warna seakan gangsa ini milik pemain bola sepak JDT iaitu Shafiq Rahim.


Kemudian, sidang media berlangsung dengan ucapan dari wakil 23 Motors Sdn Bhd dan Carlist.my


Setelah itu, sesi bergambar para VIP bersama Ford Mustang merah jambu pula. Unik tak unik. Dan maka dengan itu rasmilah!



Bersedia untuk kibaran bendera tanda pelepasan dan bermulanya sesi penjelajahan kereta pink tersebut ke 52 lokasi.


Pin..pin.. lori nak lalu.. beri laluan..beri laluan..


Beberapa buah kereta mewah lain turut mengiringi kereta pink tersebut. Lokasi pertama adalah di Pasar Borong Pandan, JB.


Dah penat berlari sana sini snap gambar. Kita isi perut pula. Kami disaji ala buffet, menu nasi beriyani. Lauk pauk yang lain seperti biasa, ayam masak merah, daging kambing, acar, dalca dan air.

Bismillahirrahmanirrahim, ..doa makan..


Aumm.. auucak.. ngap..


Welfie curi bersama artis rapper terkenal iaitu Caprice. Beliau juga merupakan founder of Jihad in Education/ Mengaji.com/ Classruum.com. Cara cakap dia agak sopan dan lembut je intonasi nya.


Sebahagian geng JDT Blogger yang hadir

Gambar kenangan bersama Caprice

Gambar kenangan bersama John

Gambar bersama pemilik 23 Motors Sdn Bhd

Bersama staff 23 motors sdn bhd

Isi dalam paper beg.




Event

Menangi Rare Muscle Car Bersama Carlist.my Grand Prix Challenge 2017

2:00 PTG

Assalamualaikum


Menangi Rare Muscle Car Bersama Carlist.my Grand Prix Challenge 2017 | 14.04.2017 - Berlangsungnya acara flag off di JB, kerjasama antara Carlist.my dan 23 Motor Sdn Bhd


Ia merupakan langkah permulaan "Grand Prix Challenge" di mana rakyat Malaysia akan melihat 2011 Ford Mustang 4.0 Liter V6 merah jambu memulakan sesi jelajah di seluruh Malaysia. Terdapat 52 lokasi yang akan di tuju.


Acara dimulakan dengan ucapan dari pihak pengurusan. VIP yang hadir di sidang media;
- Dato' Kaathir Mustaffa (Pengarah Urusan 23 Motors Sdn Bhd).
- Ariz Ramli atau dikenali Caprice (Artis Rapper & Founder of Jihad in Education/ Mengaji.com).
- Dato' Nasri Said (Penasihat Eksekutif 23 Motors Sdn Bhd).
- Safir Rahim (Pemain Bola Sepak JDT).
- PC Gan (Pengutus Besar Carlist.my)



Acara diteruskan pula dengan ucapan dan penerangan dari PC Gan (Pengurus Besar Carlist.my) tentang roadshow yang akan berada di 52 lokasi di seluruh Malaysia ini.



Pengguna yang membeli kereta pilihan mereka melalui Carlist.my akan berpeluang untuk memenangi 2011 Ford Mustang 4.0 Liter V6 Convertible!

Pelancaran dan pelepasan Rare Muscle Car berwarna merah jambu.


Selesai penjelajahan di seluruh negara, kereta ini akan berhenti di Setia City Concentre Centre di mana ia akan dipamerkan di Carlist.my MAA Drive Test and Buy Event 2017 pada 13 dan 14 Mei 2017.

Acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan semua, rakan bank mereka iaitu Public Bank akan memberikan kadar faedah yang terbaik hanya pada 13 dan 14 Mei 2017 di pameran tersebut. Selain itu, ada aktiviti untuk seisi keluarga juga!

Berita baik untuk pelanggan Carlist.my di mana berpeluang memenangi barangan Carlist.my dan kad petrol bernilai RM30 dari Caltex. Caltex merupakan rakan rasmi acara ini. Pemenang hadiah utama juga berpeluang memilih 2012 Chevrolet Camaro LT-RS 3.6 atau 2011 Dodge Challenger 3.6 Liberty Walk.


Bagaimana untuk menyertai pertandingan Gran Prix Challenge 2017?

- Setiap pembelian kereta bernilai RM50,000 yang dibeli di Carlist.my berpeluang menyertainya - 3 entries.
- Mana-mana kereta bernilai RM50,000 hingga RM199,999 yang dibeli di 23 Motors Sdn Bhd melalui Carlist.my - 5 entries.
- Mana-mana kereta bernilai RM200,000 yang dibeli di 23 Motors Sdn Bhd melalui Carlist.my - 10 entries.

Penyertaan dibuka sekarang hingga 30 Jun 2017



Matlamat Carlist.my ini adalah untuk membantu pasaran kereta secara online bagi membantu pelanggan membeli kereta dengan cara yang mudah dan sekaligus mendapat tawaran yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, layari Carlist.my

JDT Blogger

Antara Sponsor Program Kasih JDT Blogger

8:00 PG

Assalamualaikum
Antara Sponsor Program Kasih JDT Blogger | Program dah sebulan berlalu tapi masih segar dalam ingatan. Memori yang cukup indah buat saya. Rindu juga dengan anak-anak PKAYIK. Apa khabar lah mereka semua.

>>> Kenangan Program Kasih <<<

Saya sisipkan antara sponsor yang ikhlas menjayakan program tersebut.

Selain banner, blogger Uyul juga menyediakan tentatif program. Tujuan tentatif program supaya kita tahu perjalanan program. Cantik kan?

>>> Sebelum Program <<<

❤❤❤
Handsock best sponsor dari Handsock Besar Malaysia.


❤❤❤
T-shirt dengan printing, boleh DM @wawaashihara. Kain best, sejuk.


❤❤❤
Design badge ini turut di design oleh Blogger Uyul. Kreatif kan dia ni. Berbakat sungguh!

Badge ini sponsored by 



❤❤❤
Roti pizza yang sedap dari Fazz Bakery & Catering. Ada 3 perisa iaitu daging, ayam dan sosej. Sedap, lembut dan gebu.


❤❤❤
Popcorn warna-warni dari The Goodies Popcorn.


❤❤❤

Cream Puff sedap sponsored by

IG : @maizatulakmarzakaria

Bagi area Kluang kalau nak order boleh follow dia ye.



❤❤❤

Paper beg siap printing logo JDT Blogger, sponsored by

IG: @kasihconcept

FB: Kasih Concept

Cantik kan?



❤❤❤
Decoration untuk sambutan harijadi anak-anak PKAYIK. Usaha keras dan sponsored by


❤❤❤

Mini chocolate moist kek diisi ke dalam goodies bag. Sponsored by

@nurulnia_0001

FB : Aimie's Homemade.



Kek ini juga sponsored by @nurulnia_0001. Area JB, boleh DM dia untuk order kek ye.


❤❤❤

Cantik kan, bertemakan JDT, kek sponsored by

IG : @anna_cakehouse

FB : anna


❤❤❤

Kek sempena majlis hari jadi program kasih, sponsored by

FB : Aznanie Azman



❤❤❤
Brownies chewy ni rasa manis-manis coklet. Sponsored by


❤❤❤

Bahulu sedap pelbagai perisa keluaran Bahulu d'Bayu.


❤❤❤
Popcorn Delicious Homemade Bakery. Orang kota tinggi boleh order dengan dia Ida ye.



Donut coklat sangat lembut. Yang berminat untuk merasai donut coklat ni, boleh whataps : 012-798 5159 (Ida).



Nota Hati : Maaf andai ada yang terkurang...