Jalan-jalan

Ambil Angin di Puteri Harbour

8:00 PG

Assalamualaikum

Ambil Angin di Puteri Harbour | Bila tak tahu nak ke mana, maka kami ke Puteri Harbour ambil angin petang. Kali terakhir ke sini ketika Cik Aisyah berusia 3 tahun rasanya. 

Jalan-jalan Ke Puteri Harbour

Cik Aisyah baru je ke sini beberapa minggu lalu, mengikuti rombongan tabika.

Lawatan Ke Thomas Town

Kali ini ke Puteri Harbour bawa Alif sekali. Alif belum pernah sampai sini lagi. Teruja betul dia melihat deretan bot di situ. Berulang kali dia berpatah balik le tepi tembok sebab nak tengok bot. Dah nama anak jantan kan, lasak kemain.


Bergambar seketol dua buat kenangan ye.


Singgah di Toy r Us, konon cari Charlie si keretapi dalam kartun Thomas & Friends. Dia kenal Charlie pun sebab dia belek buku yang kakak dia dapat tempohari. Dalam banyak-banyak jenis keretapi, Charlie itulah yang ditunjuknya setiap hari. Puaslah mencari, takde. 

Inilah Charlie, keretapi berwarna ungu.

Tunjuk keretapi yang lain memang dia taknak. Langsung geleng kepala. Penyudahnya, ayah bagi hadiah senapang. Siap ada bunyi dan berlampu terang.


Lagak si hero dengan senapangnya. Benda baru, gitulah kan. Tidur pun bawa sekali.



Anak-anak

Jalan-jalan di Giant Plentong

8:00 PG

Assalamualaikum

Jalan-jalan di Giant Plentong | Aktiviti hujung minggu bagi keluarga kecil kami hanyalah berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru. Giant Plentong ni dekat je dengan rumah tapi agak jarang ke sini.


Benda paling Aisyah suka di sini adalah akuarium ikan di tengah pasaraya tersebut. Biasalah budak-budak. Masa giant ni opening selepas renovation, ikan tak berapa banyak tapi sekarang dah banyak dah. Macam-macam kaler. Yang paling jelas, warna kuning.

Budak comel tengah tidur.


Sebenarnya masuk Giant Plentong sebab nak makan memandangkan sudah masuk waktu makan tengahari. Masuklah KFC sebab anak-anak suka. Saya order lunch treat yang aad 3 ketul ayam bersama nasi ayam. Untuk en.suami pula saya orderkan set jimat box, yang ada mushroom soup.


Tak sangka pula Alif boleh kongker nasi ayam tu sorang-sorang. Dia suap je tanpa henti. Belum termasuk menyuap ayam. Laju sungguh budak kecik ni makan ayam. Seketul tu sekejap je licin.

Ada suku lagi nasi dalam bekas di tangan Alif sewaktu gambar ini diambil. Alif masih mahu menyuap meskipun dia sudah kenyang. Sambil menanti Alif makan, kami sempat bergambar.

Ayah dan Aisyah


Lokasi Giant Plentong : SINI


Info

Zoo Johor

12:21 PTG

Assalamualaikum


Zoo Johor | Terus terang saya katakan di Johor Bahru ni takde tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau shopping mall tu memang berlambak la. Tapi tak best la window shopping je, kalau dapat shopping tu lain lah cerita.

Sabtu lalu kami ke Zoo Johor untuk kali ke-3. Kali-2 buat Aisyah dan kali pertama buat Alif. Itu pun setelah Aisyah beria-ria mengajak kami. Memandangkan tiada tanda-tanda hari hujan, maka kami segera memenuhi permintaannya. Cuaca panas berdenting!


Yeay sampai zoo! Agak ramai juga. Memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di sini.


"Ibu, saya nak bagi unta makan"

Dengan bayaran RM2, dapatlah sebesen sayuran. Macam kangkung, bayam dan sayur lain saya tak pasti. Kembung perut unta asyik makan je. Saya, spesis penakut nak bagi unta makan. Bila dia nganga mulut, saya dah rasa seram. Hahaha...



2 ekor anak gajah dipertontonkan di sini. Gajah hanya dibawa keluar pada masa tertentu. Waktu tersebut dalam 8.00-10.00 pagi dan petang, 2.30 - 4.00 petang. Kalau tak silap saya. Gajah ni jinak. Kulit dia kasar ek. Ada bulu-bulu.



"Ibu, harimau tu tidur.."

Haiwan kegemaran saya ni. Meskipun ianya comel seperti kucing tapi dia garang! Kalau dapat tunggang memang best.



"Hai pony, rambut awak cantik lah"

Sebenarnya Aisyah nak naik kuda padi ni. Tapi, kuda padi ni sedang berehat, tengah makan. Bayaran sebanyak RM6 dikenakan bagi kanak-kanak yang ingin menunggang. Hanya ada seekor. Oleh kerana lama menunggu, kami beransur dahulu.



"Hai hippo..mandi ke?"

Sudah nama pun badak berendam, berendam sahajalah kerjanya. Oleh kerana dia berendam sahaja, tak nampak lah badannya sepenuhnya.



"Ibu, saya takutlah tengok buaya. Ni patung ke betul-betul?"

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang sudah kekenyangan ibarat patung tidak bernyawa. Tidak bergerak. Ini spesis buaya tembaga. Besar.




"Eh ibu,,,itu ibu dia...itu ayah dia.."

Diberi nama monyet yang kecil. Monyetnya kecil-kecil berwarna hitam. Ada banyak ekor. Tapi, kena perhati betul-betul akan kedudukannya sebab ianya kecil.



 "Besarnya burung. Boleh terbang tak"

Burung unta, berbadan besar tetapi mempunyai otak yang kecil. Ada banyak di sini. Seram sejuk tengok muncung dia, takut kena patut walaupun tak lepas pun muncung tu nak mematuk.


Ada banyak lagi haiwan di sini seperti burung merak, burung kakak tua, burung serindit, burung kenyalang, bangau, rusa, kerbau dan kancil.


Harga tiket,

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1


Masuk-masuk ke dalam zoo, mereka akan ambil gamabr kita dahulu. Balik nanti, boleh la tengok gambar tersebut, sama ada nak beli ke tidak.

Saya belilah, RM30 untuk 2 keping gambar saiz besar. Beli pun sebab ada Alif, boleh lah buat kenang-kenangan.






Jalan-jalan

Shell Out Sedap dan Murah Hanya di Warong Mak Eton

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebut je shellout pasti terbayang makanan laut yang dimasak sedap. Kemudian, dibentang atas hamparan plastik. Woiittt..meleleh air liur!

Dengan harga makanan laut sekarang yang agak mahal. Silap pilih tempat memang ternganga nak membayornya.

Bila bercerita tentang makanan, rata-rata akan memilih makanan yang sedap dan murah. Jadi peniaga ni memang sakit kepala layan tekak pelanggan yang pelbagai. Ada yang sedap tapi harga cekik darah, ada yang murah sedap tapi nak dapatnya pula agak payah. Tapi, zaman sekarang ni, yang tak sedap tu memang bersepah je jual.

Destinasi Shell Out kali ini hanya di Warong Mak Eton di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Warong ini hanyalah warong kampung tapi sedap hingga menjilat jari!

Untuk santapan bajet tapi berbaloi, hanya RM20 untuk 1 set. 1 set untuk dua orang makan. Memang ternyata jimat di situ. 1 kepala hanya  perlu bayar RM10. Nasi putih dan air adalah PERCUMA.

Untuk tempahan pula, mereka masak berdasarkan menu apa yang kita mahu. Mereka akan terangkan makanan laut apa yang mereka masak untuk 1 set tersebut. Nak lebih sayur boleh, tak nak sayur pun boleh. Kiranya, tempahan berdasarkan pilihan kita juga, bergantung pada harga RM20 tersebut.


Kami tempah dahulu sebelum pergi. Bukan apa, takut lambat masuk kerja semula. Sampai-sampai, meja masih kosong dan kami adalah pelanggan pertama. Oleh kerana kami sudah membuat tempahan, hidangan kami sudah siap dimasak dan tunggu untuk dihidangkan je.

Sedap sangat. Rasa berbaloi makan kat sini. Memang kena dengan tekak saya. Udang masak butter dia pun sedap.

Warong mulai dibanjiri pelanggan.


Ini antara menu-menu di Warong Mak Eton. Bolehlah korang planning nak makan apa nanti.


Menu lain kalau nak order.




In sha Allah akan repeat makan kat sini lagi.

Warong Mak Eton
Alamat : Jalan Tenteram, Kg. Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang.

Untuk tempahan : 017-8412 331 / 017-7020 979

Jalan-jalan

Kluang Railway Coffee Station & Laman Kreatif 3D

9:00 PG

Assalamualaikum

16 Oktober 2016 - Tertunai hasrat kami menaiki keretapi KTM! Kempas - Kluang. Anak-anak paling teruja sebab memang niat nak bawa mereka naik keretapi. Biar mereka rasa sendiri.

 Perjalalanan singkat selama 1 jam 30 minit terasa penat dek melayan karenah anak-anak yang tak reti duduk diam.


Satu pengalaman baru juga buat kami. Selama ni naik kereta je kan. Teruja sungguh si Aisyah dan Luthfi bila nampak keretapi depan mata. Kami pergi dengan 2 keluarga dan seorang rakan masih single available.


Pembelian tiket secara online. Print dan tunjuk sahaja.


Bertolak awal pagi, train jam 9.00 pagi. Keretapi pun kosong je. Berbaloi rasanya sebab tak beli tiket untuk Aisyah, bukan reti duduk pun. Dah tu buat macam rumah sendiri pula!


Welpie seketol untuk kenangan. Bersama blogger Pelangi Itu Indah.


Sampai sahaja di stesen Kluang, kami bergegas keluar takut keretapi gerak. Destinasi pertama dan utama mestilah Kluang Rail Coffee. Masa kami sampai, kedai ni memang pack giler, meja penuh, tak termasuk yang menunggu. Kami antara pelanggan yang menunggu. Tapi, tak lama menunggu, 2 meja yang diduduki sekumpulan biker beransur setelah melihat kami yang menunggu dengan kelaparan. Diorang la...aku tak lapo sangat sebab dah breakfast. Akekeke...



Dah dapat seat, apa lagi, orderlah!


Kami order laksa johor, roti bun bakar kaya / butter, telur separuh masak, nasi lemak, bihun soto untuk budak-budak dan yang wajib adalah KOPI!

Saya minum Kopi O panas dan roti bun bakar. Giler sedap kot. High recommended. Nasi lemak 90sen, alahai ciput je. Jamah juga sebab kecik kan saiznya. Tapi, pada saya nasi lemaknya kureng dari pelbagai segi.

Sila jangan tertipu dengna meja yang kosong. Dah habis diorang telan.


Perut dah kenyang, makanan pun dah licin, pelanggan lain pun ada yang dah menanti. Kami segera beransur dan cari tempat lepak.

Kami bernasib baik sebab kakak ipar suami blogger Pelangi Itu Indah ada duduk di Kluang dan meminjamkan kereta wiranya. Sendat tak sendatlah kereta tu, itu belakang cerita.


Takyah cerita panjanglah.. Jom layan gambar kami di laman kreatif 3D


Kebetulan pula ada pelakon tengah shooting. Agak-agak siapa ye?
Achey  dan Sharul Shiro. Tak bergambar sebab perasaan malu yang menebal.









Kami ber8


Laki bini nak berselpie


Sebelum balik, kita minum dulu... Pekena kopi dia yang kaw lagi. Kali ni saya minum Kopi ais. Makoih...pekat melikat. Kaw sungguh..

Kopi O husband punya. Roti bun bakar, saya punya. Sedap betul la..


Sebelum balik, sambil menunggu keretapi sampai, kita bergambar dulu. Kenangan bersama di hadapan Kluang Rail Coffee.




In sha Allah panjang umur, pergi lagi. Padahal selalu je turun Kluang. Gile poyo aku ni.





Barang Bayi

Sejauh Mana Pentingnya Kad Mata Ganjaran

2:02 PTG


Purse saya penuh dengan macam-macam kad. Biasanya kad yang keahliannya seumur hidup. Kad yang perlu renew setiap tahun, jarang ada.


Apa yang penting sangat kad mengumpul mata ganjaran ni?

Bagi saya, saya gemar mengumpul mata ganjaran tu dengan syarat saya kerap membeli di situ dan keahlian seumur hidup.
Contoh kad yang sangat aktif diswap adalah Kad Smiles Petron, Kad mata ganjaran Tesco, Kad Watson.

Ada baiknya mengumpul mata ganjaran ni. Mata terkumpul dapat tebus macam-macam. Yang paling aktif kad smiles petron. Kerap isi minyak kereta kan.

Yang lain, sekadar memenuhkan purse je kot.

Berbicara tentang kad mata ganjaran, saya tahu ramai yang memiliki kad Aeon Jusco kan? Saya? Dah expired 2 tahun lepas dan tidak pernah renew lagi.

Kenapa saya tak renew? Sebab saya hanya shopping di Aeon jusco setahun sekali. Atau dapat voucher percuma.

Pelik sangat ke takde kad aeon tu? Ntah la. Sebab setiap kali saya shopping di situ, mesti cashier tanya ada kad jusco? Bila saya jawab takde, dia macam pelik pula. Eh takde?

Biasa pinjam kad kawan-kawan je. Diorang dapat point. Saya pula tidak perlu keluar duit untuk renew setiap tahun.


Ahad lalu ke Jusco Tebrau beli sedikit baju anak-anak. Voucher 200 yang suami dapat dari kompeni dia belum guna lagi. Syok kan shopping free. Tapi, buat pengetahuan semua, saya bukan suka sangat shopping. Rajin shopping online sikitlah. Itu pun ikut keperluan.



Oleh kerana sedar diri, tidaklah saya pernah meletakkan  shopping sebagai satu terapi buat saya.
















Aisyah Humaira

Singgah Rumah Atok Di Majidi

8:00 PG


Pulang dari jalan-jalan di Puteri Harbour, kami terus ke Kg. Melayu Majidi, nak pekena ABC yang terkenal tu. Lokasi sekarang mereka berniaga adalah di hadapan masjid. Kerja membaikpulih dan menaiktaraf kedai makan mereka masih lagi dijalankan (lokasi berhadapan Pejabat Pos).

Hasrat terbantut bila melihat puluhan orang hingga nampak tempat makan itu sesak dan padat malah masih ada yang menanti meja kosong. Ditambah pula tiba-tiba hujan turun. Cancel ABC. Kami terus ke rumah atok Cik Aisyah (abah en.suami). Perkampungan melayu di tengah bandar, moga ia kekal di situ. Jika tanah melayu turut disesah, merempatlah melayu di bumi sendiri.

Kusyuk menconteng

Dari muka pintu rumah FIL, pembangunan pesat jelas kelihatan. Bangunan tinggi mencakar langit megah berdiri di sana sini. Tidak hairan jika tanah melayu di situ menjadi rebutan. Alasan mereka tanah itu hak kerajaan dan telah terokai. Tiada tempat yang tidak diterokai sebelum menjadi satu perkampungan. Betul tak? Andai tahu sejarah, betapa puluhan tahun lalu, tanah itu umpama tiada apa. Tanah mendap, di tengah hutan, ditambak dan dibangunkan menjadi perkampungan.

Pembangunan yang menghakis kawasan perkampungan itu kian merebak tanpa rasa silu. Tanpa rasa bersalah memamah kawasan yang telah dibangunkan penduduk kampung hingga menjadi perkampungan yang pelbagai nama. Kampung Hajah Asmah, Kampung Dato' Sulaiman Menteri yang memang terpampang signboard di tepi jalan. Menjadi laluan utama 'jiran sebelah' yang tidak habis-habis mengontangkan segala isi di bumi bertuah ini.

Makan malam, kami dijamu nasi putih kukus, sayur campur dan asam pedas ikan pari. Air tangan FIL. Memang meletop, terangkat! Air tangan dia memang sedap walaupun simple. Asam pedas ikan pari dia perghhh...suami saya memang suka (bukan dia tak suka makan ikan pari ke? kompius kejap). Tapi pada saya agak pedas jadi saya tidak makan berulang kali.

Cik Aisyah memang tak pandai diam selagi tak tutup mata. Berlari sana sini ditambah mulut becoknya. Asyik membontot atoknya minta perhatian. Begitulah budak-budak kan. Dek kepenatan, Cik Aisyah tidur dari jam 8.30pm (dalam kereta) hingga keesokan paginya! Itu pun dia masih tidur sewaktu saya hantar ke rumah pengasuh.








Jalan-jalan

Jalan-Jalan Ke Puteri Harbour

12:00 PTG


Aktiviti yang tidak mengeluarkan perbelanjaan banyak pastinya sekadar jalan-jalan. Hanya keluar duit minyak kereta sahaja. Ambil gambar bersama-sama sambil menikmati pemandangan yang indah. Rugi tidak hayati keindahan alam yang sememangnya percuma untuk ditatapi.


Ahad lalu, kami sekadar pusing-pusing melihat destinasi menarik. Maka ke Puteri Harbourlah kami. Tidak lah masuk ke dalam Hello Kitty Town dan Big Club tu. Sekadar bergambar di luar. Bila lapar, makan bekal yang saya bawa bersama. Mihun goreng baki sarapan dan nugget. Sejak membesar ni, Aisyah boleh habiskan 3 ketul nugget sekali hadap. Air tin beli je kat kedai. Ada juga air kedondong asam boi saya bancuh siap-siap. Bakul susu Cik Aisyah memang tidak boleh tinggal. Bila lapar, semuanya habis licin.


 Klik sini untuk baca pengalaman kami ~ hello-kitty-town-2nd-anniversary


Cik Aisyah yang ketakutan dengan patung-patung besar. Menjeling-jeling..


Parking sekitar situ memang penuh. Almaklum hari ahad, tambah pula cuti sekolah. Masing-masing bawa anak berjalan-jalan ke situ. Banyak lagi pembangunan yang masih dalam pembinaan di sekitarnya. Setiap tahun pasti akan ada saja perubahan.

Yang belum ke Hello Kitty Town dan Big Club, silalah pergi bawa anak-anak. Tapi, sesuai untuk kanak-kanak yang besar, setakat umur bawah 3 tahun tak best kot bawa sebab kanak-kanak seusia itu belum pandai melakukan aktiviti yang diadakan (kredit to blog sinuha) dan di big club pula permainan agak mencabar juga.