Johor

Mudahnya Buat Pasport di UTC Johor Bahru

10:00 PG

Assalamualaikum
Mudahnya Buat Pasport di UTC Johor Bahru | 16.05.17 - Saya dipaksa buat pasport. Umur dah masuk 33 takde pasport lagi. Kesian kan? Ikutkan hati, memang tak nak buat. Lagipun petty cash kompeni tak cukup, perlu dahulukan duit sendiri dan kemudian baru claim.

Tiba-tiba HOD hulur duit, suruh buat juga. Krik..krik... Emm memang kena buat jugalah. Banyak kerja kat pejabat ni. Memang tidur opis je kang.

Proses Buat Pasport di UTC Johor Bahru:-
1- Cari parking.
2 - Naik tingkat atas dan cari bahagian buat pasport.
3- Terus ke kaunter utama dan nyatakan kedatangan ke situ.
4- Staff bertugas akan beri nombor.
5- Segera ke kaunter apabila nombor giliran dipanggil.
6- Pemakaian tudung yang bersesuaian iaitu warna gelap.
7- Staff akan meminta kad pengenalan diri.
8- Cop jari kiri dan kanan.
9- Tinggi akan diukur.
10- Ambil gambar pasport hitam putih di situ.
11- Data diambil.
12- Selesai, staff akan beri resit dan terus ke kaunter pembayaran.
13- Selesai pembayaran sebanyak RM200, tunggu pasport siap.
Ini adalah resit selepas membuat pembayaran. Pasport akan siap dalam masa 1 jam.

Sementara menunggu pasport siap, kita isi perut dahulu. Perut pun dah lapar kan. Bersama peneman saya hari itu. Peneman saya ni masih single available, boleh roger-roger.


Pasport siap, sila jangan kecam. Muka tak redha tu.

Maka dapatlah saya buat pasport secara percuma sebab kompeni yang support. Kenapa saya dipaksa untuk buat pasport? Sebab saya kena paksa juga untuk attend training di Singapura.

Trainer from FMC

18.05.17 - Ke seberang tambak bertiga. Sampai di sana jam 10 pagi dan keluar dalam 12.15 tengahari. Sekejap je pun. Dalam kepala ni tengah duk fikir nak re-schedule kerja-kerja saya yang dah tertangguh.



Nota Hati : Redha jelah kalau dah nama kerja kan..





Food Review

SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET Di SWISS-IN JOHOR BAHRU

12:00 PTG

Assalamualaikum

Media Invitation - AN EXCLUSIVE PREVIEW FOR SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET DINNER AT SWISS-INN JOHOR BAHRU | Bulan puasa bakal tiba beberapa hari je lagi, saya percaya ramai tercari-cari buffet ramadhan yang sedap dan harga yang seerhana.

Bulan puasa teringin makan ala-ala kampung? Jangan risau, selera kampung kini bukan sekadar mampu dinikmati di kampung. 

Rilek the Cafe di Swiss Inn Hotel menawarkan Selera Kampung Buffet Ramadan.

Arah ke Rilek the Cafe

Naik tangga, akan nampak signature. Tertera di situ antara pilihan makanan yang ada. Sempena Buffet Ramadan, Rilek the Cafe menyediakan 100 menu yang berbeza, dari lauk pauk hingga ke pencuci mulut.

Selera kampung buffet ramadan ini akan berjalan dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017 di mana sepanjang bulan ramadan. 


Memakan kurma di awal berbuka adalah sunat. Kalau perasan, kurma di sediakan di awal pintu masuk. Dihidangkan dalam kereta sorong comel bersama signature.

Perkara utama yang dicari bila puasa mestilah air. Di Rilek the Cafe menyediakan pelbagai jenis minuman. Yang pasti minum sekali pasti nak lagi.

Aneka minuman yang disediakan.

Sebelum makan berat, makan buah dulu untuk memudahkan proses penghadaman perut.

Buah-buahan. Sebelum makan berat, kita makan buah dahulu ye.


Selaras dengan trademark Selera Kampung, menu utama di sini adalah  Asam Pedas Ikan Tenggiri, Daging Masak Lemak Cili Padi, Kupang Goreng Berlado, Kari Ikan Bawal, Ayam Masak Kari Hijau dan banyak lagi menu lain yang sangat menyelerakan.


Lauk pauk selera kampung yang sedap-sedap belaka. Pilih lah menu mana pun, semuanya sedap.


Gulai kawah jangan dilupa.


Apa yang uniknya di sini, lauk pauk semua dihidangkan dalam kuali. Fresh from kitchen gitu.

Tidak sempurna selera kampung tanpa ulam-ulaman. Ada ikan kering juga. Ikan kering ni memang pembuka selera, makan dengan nasi putih panas-panas. Sedap giler kot!


Ada ulam, maka harus ada sambal buat colek. Antara sambal yang dihidangkan di dalam lesung batu. The real sambal in the house only at Rilek the Cafe. Wallahh..


Menu lain yang harus ada sepanjang bukan ramadan. Masih lagi selera kampung. Kata orang, menu wajib.

Murtabak dan Roti John

Sate Ayam

Rojak mamak

Close up Rojak Mamak

Char kuey teow

Aneka ikan bakar bersama cicahnya. Sedap sangat!

Bihun sup daging

Apa yang menarik, setiap menu ditempatkan di stall masing-masing dan ada chef ditempatkan di setiap stall. Memang panas-panas semua makanan.

Asam pedas maharani

Laksa Johor

Close up Laksa Johor

Nasi beriyani dan kambing bakar antara menu kegemaran ramai. Tidak sah rasanya tanpa kambing bakar. Lihat, kambing yang telah digolek, di potong dan bakar dahulu sebelum pelanggan menikmati hidangan mereka.
Nasi beriyani dan kambing bakar

Close up - Daging kambing dipotong dan dibakar.


Setelah kenyang dengan menu berat, sambil rehat-rehatkan perut dan berbual santai, kita pekena pula bubur sebagai pencuci mulut.

Aneka bubur

Aneka dessert

Tidak ketinggalan cendol, air batu campur dan aiskrim. Boleh ambil dan tabur topping mengikut citarasa di bahagian ini.



Ingin menikmati minuman panas? Usah gusar. Di sini terdapat mesin membuat air kopi. Air panas juga turut disedikan di sini. Mahu manis lebih atau kurangkan manis, semua terpulang pada anda sendiri.



Sekitar dining

❤❤❤❤❤

Antara santapan saya;

Murtabak, roti john, sate, nasi impit dan air masak.

Nasi beriyani, kambing bakar dan air jagung.

Laksa Johor

Asam pedas maharani - Dipanaskan dalam claypot.

Bubur

Dessert

ABC


Bersama PR yang suka tersenyum.


Cepat-cepat buat reservation untuk bulan ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Rilek the Cafe

Early Bird Promotion
RM68 nett* - For Adult
RM34 nett* - For Child (5 - 12 years)
Voucher purchase from : 1st April - 26th May 2017
Special Deal - Buy 5 Adult Vouchers Free 1 Voucher

RM88 nett* - For Adult
RM40 nett* - For Child

Sales and Marketing Team at 07-218 333 ext 3330/3331
or Rilek The Cafe at 07-218 3351


Swiss-Inn Johor Bahru
An International HIP HOTEL

Lot 512, Jalan Syed Mohamed Mufti,
80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia




Gift

Potluck JDT Blogger - Sesi Tukar Hadiah

8:00 PG

Assalamualaikum

Potluck JDT Blogger - Sesi Tukar Hadiah | 20.05.17 - Acara yang dinanti-nanti setelah dirancang sekian lama. Pertemuan sekali lagi ahli komuniti JDT Blogger. Meskipun ramai tak dapat hadir, majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah.

❤❤❤
Tarikh : 20.05.2017
Tempat : Tasik Bukit Layang-layang, Pasir Gudang
Waktu : 11.00 pagi
❤❤❤

Blogger yang terlibat;
Kak Mia - Mialiana
Kak Eda - Kisah Si Diary
Kak Hernee - Hernee Nazir
Mama Maszull - Cerita Dari Hati Mama
Saya - Janji Kita
Uyul - Uyul Rosli
Juju - Kasih Juju
Nona Sani - Life With Love
Suzlin - The Real Blogger Mak

Meh le skodeng blog mereka.

Di sinilah lokasi kami berkumpul

Belon dari Nona

Acara dimulakan dengan sesi tukar-tukar hadiah. Seorang ahli bawa 1 hadiah dalam lingkungan RM30.

Hadiah yang dibawa.


Nona bertindak sebagai pengacara majlis pada hari itu. Bidan terjun. Janji majlis berjalan dan kegembiraan sesama kita lebih penting.

Cara cabutan hadiah mudah sahaja. Kak Hernee tulis nama blogger yang hadir. Kemudian, kertas digulung dan diletakkan ke dalam mangkuk. Kemudian, cabutlah undi. Nama yang dicabut akan menerima hadiah dari pencabut undi. Simple je kan.

Kak Mia dapat hadiah dari Nona

Kak Hernee dapat hadiah dari Kak Mia

Juju dapat hadiah dari Kak Hernee.

Mama dapat hadiah dari Juju.

Saya dapat hadiah dari Mama

Uyul dapat hadiah dari saya.

Suzlin dapat hadiah dari Uyul.

Part terakhir, Kak Eda dapat hadiah dari Suzlin manakala Nona dapat hadiah dari Kak Eda.

Maka, selesailah sesi tukar-tukar hadiah.