Info

Tebus Milo Dengan Mata Ganjaran Petron

1:16 PTG

Assalamualaikum

Tebus Milo Dengan Mata Ganjaran Petron | Agak-agaknya korang dah tahu belum? Mata ganjaran smiles petron boleh ditebus dengan bermacam produk yang pasti korang suka.

>> Cara Dapatkan <<
 petron

Apa yang saya target adalah air kotak milo. Tebus dengan 800 mata.


Point terkumpul sebelum penebusan. Boleh la. Setiap minggu isi petrol kot. Memang wajib lah kumpul mata. Dah tau kan anak-anak mesti suka air kotak milo sebab tu tebus.


Eh? Macam sedap je air kotak ni ibu.
Apa ek dia tulis ni?
Ni, macam dah ringan je ni, Alif nak lagi!



Sedaplah Mak Ngah air kotak ni. Aliya nak sekotak lagi!


Korang yang nak tebus mata ganjaran, cepat-cepat ke stesen minyak petron berdekatan. Penebusan berlangsung sehingga 19/2/2017. Selagi stok masih ada.

Cepat sebelum habis!

>>> Cara Tebus <<






Info

Jom Berbelanja Di Petron

4:00 PTG

Assalamualaikum


Siapa yang tak tahu produk Faiza? Semua orang tahu kan? Produk bumiputera tempatan. Kalau bab produk Faiza ni, yang menjadi pilihan utama kami adalah beras. Tak kiralah beras biasa atau yang palingggg mesti ada kat rumah..beras moghul basmathi.

Fuhh,,,memang jenama ni jela beli kalau nak masak nasi beriani ke nasi jagung ke nasi mentega ke. Pendek kata segala macam jenis nasi yang sedap-sedaplah!

Ngancam tak nasi jagung ni?


Tempohari saya "berbelanja" beras di Petron! Berbaloi-baloi. Terkejut ke berbelanja di Petron? Kenapa tak belanja di Pasaraya je? Kerana nasi jagung ngancam nilah saya berbelanja di Petron tau.




Bukan selalu dapat berbelanja kat Petron ni. Oleh kerana boleh swap point dengan beras-beras pilihan hati, gigih la berbelanja di situ. Dengan hanya 850 mata ganjaran, saya dapat swap 1 pek beras moghul basmathi keluaran faiza! Ikutkan hati nak swap lebih, tapi tinggal 1 pek je lagi. Tu yang swap beras faiza emas.



Bagi yang belum swap dan mata ganjaran pula banyak melimpah ruah, jom kita swap. Selain beras, terdapat juga produk keluaran faiza yang lain seperti tepung gandung dan bihun.

Ada juga barangan lain yang boleh kita swap seperti air berkarbonat dan macam-macam lagi. Ala...korang pergi la sendiri tengok.

Cepat! Sementara stok masih ada. Last 14 Ogos 2016 tau. Jangan menyesal!

Jom baca

Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Petron

Cara Tebus Mata Ganjaran Petron


Nota Hati : Dah macam duta Petron.. Nak minyak free selama setahun please...


Info

Cara Tebus Mata Ganjaran Kad Petron

8:00 PG


Bulan lepas tebus mata ganjaran Smiles dengan minyak ron95 sebanyak 3000 mata = RM45. Biasalah bertahan untuk seminggu.

Mudah sahaja proses penebusan ini. Staff Petron akan meleretkan kad Smiles untuk tujuan penebusan apa yang kita kehendaki. Tetapi, ada masanya sistem breakdown, tak boleh nak tebus.

Mata terkumpul ketika mahu menebus ~ 4635 mata.


Mata terkumpul setakat semalam ~ Harga minyak dah turun, macam tak percaya tangki hampir penuh.



Bagaimana cara untuk dapatkan Kad Smiles Petron? Boleh baca di sini.







Info

Kumpul dan Tebus Mata Ganjaran Dengan Kad Smiles Petron

9:00 PG

Assalamualaikum

Kumpul dan Tebus Mata Ganjaran Dengan Kad Smiles Petron | Kelebihan mengisi minyak di Petron adalah dapat mengumpul mata ganjaran. Dan mata ganjaran itu juga boleh ditebus sama ada tebus untuk mengisi minyak atau barang-barang di kedainya.


Kad lama dah tak pakai


Kad baru


Mudah sahaja untuk mendapatkan kad smiles ini. Hanya perlu ke mana-mana stesen minyak petron di dalam Malaysia dan minta borang untuk membuat kad mata ganjaran tersebut. Isikan butiran lengkap seperti yang diminta dan borang yang sudah lengkap boleh dikembalikan semula ke kaunter bayaran.

Kad smile akan terus dapat serta merta dan mata ganjaran juga boleh dileretkan terus. Cuma butiran peribadi belum diupdate di HQ mereka. Jika mahu cepat, boleh juga fax kan borang tersebut terus ke nombor fax yang tertera di bahagian atas borang.

Bagi yang mahu menukar kad smiles dari lama ke baru pula, caranya juga sama. Kad baru boleh terus dapat di kaunter pembayaran. Penukaran kad lama ke baru dan sekaligus untuk memindahkan mata ganjaran dari kad lama ke baru, hanya perlu mengisi borang yang sama cuma perlu 'tick' bahagian yang berkenaan dan memasukkan nombor kad smile tersebut.

Borang boleh dihantar kembali ke kaunter atau terus fax ke nombor fax mereka (bahagian atas borang). Saya faxkan sahaja, lebih cepat. Dalam tempoh seminggu, mata ganjaran telah berjaya dipindahkan.

Mata ganjaran yang telah terkumpul boleh ditebus samada mahu menebus minyak atau barangan lain di kedai mereka. Setiap barang berlainan mata ganjaran yang diminta. RM1 mewakili 1 mata ganjaran.

Setakat ini

Selama 4 tahun menjadi pengguna tegar petron tolak tempoh masa beberapa bulan kerana kad hilang dan mata ganjaran tidak dapat dileretkan (rugi). 3000 mata ganjaran dapat menebus minyak sebanyak RM45. Boleh digunakan masa kecemasan, siapa tahu.





Info

Kad Smiles

9:30 PG


Kehilangan kad Smiles sudah lama disedari ibu, sejak beberapa bulan yang lalu. Punca kehilangan ketika ibu sibuk masukkan barang-barang Aisyah dari kereta ke dalam rumah, manakala Aisyah leka bermain di seat pemandu. Dalam tempoh kurang dari 3 minit ditinggalkan dalam kereta yang masih hidup enjinya dan berhawa dingin, Aisyah sempat memunggah kad-kad ibu yang berada di laci (eh ntah apa ntah nama tempat tu - bawah radio). Kad mesra Petronas (dah tak guna lama), Kad Smiles Esso, Kad Touch N Go dan Kad pekerja ibu.

Dahulu dikenali sebagai Esso, tetapi sudah berukar kepada Petron. Ibu masih meleretkan kad yang sama sewaktu penjenamaan bertukar sebab tetap sama, Kad Smiles.




Ntah macamana ketika Aisyah ralit bermain kad, salah satu kad yang dipegang jatuh dan dia sengaja menjatuhkan kad-kad yang lain. Ibu raba kad yang jatuh dan meletakkan kembali ke tempat asal lantas mengendong Aisyah masuk ke perut rumah. Nak masak nak oi. Tika itu, ibu tidak perasan kad Smiles tidak diletakkan kembali.

Dasar pemalas, akibat malas mencari kad yang jatuh ntah di mana, namun tetap yakin masih di dalam perut kereta, ibu biarkan sahaja. Bila isi minyak di Petron, ah biarlah sesekali tak leret. Hinggalah di satu hari (2 bulan lepas kot) baru terhegeh-hegeh mencari di serata kereta. Namun, tidak jumpa. Arghhhhh...tak sukanya.

Point yang sudah terkumpul sudah melebihi 3000 dan boleh benar menebus minyak di kala terdesak. 3000 point dapat ditebus untuk mengisi minyak dengan harga RM45.

Takde rezeki...huhu..


Kredit to Google


Pernah satu hari, ketika membayar wang dikaunter Petron, juruwang menegur ibu.

Juruwang Petron : Akak selalu isi minyak kenapa akak tak buat kad?

Ibu : Dah buat tapi kad tu hilang tak dapat dikesan. Macamana nak buat baru ye?

Juruwang Petron : Hilang? Sayangnya. Tapi kalau akak memang regular customer Petron, kad yang baru akan dipos ke rumah yang beralamat ketika akak mendaftar dulu.

Ibu : Oh..yeke? Terima kasih lah.


Perbualan di stesen minyak Petron itu ibu ceritakan kembali kepada ayah. Ayah pula ingat-ingat lupa mengenai kad Smiles tersebut. Nama dia ke nama ibu? (Rasa nak tampar..)

========================================


Hari ini, bersamaan 22 Feb 2014, ibu menelefon hotline Smiles dan berjaya membuat laporan kehilangan dan mengesahkan siapakah pemegang kad Smiles tersebut. Ternyata, atas nama ayah dan mereka meminta agar ayah sendiri yang menghubungi mereka untuk permindahan mata ganjaran. Yesssss..sangat suka.


Hotline : 1 300 880 323





Nota Kaki : Jadilah seorang yang rajin, janga jadi orang yang malas - nasihat untuk diri sendiri
T___T