Aktiviti

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu

8:00 PG

Assalamualaikum

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu | Dah sesekali pulang ke kampung, memang macam-macam aktiviti kita nak buat. Meskipun masa amat mencemburui, namun, cuma memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan aktivit pengerat silaturrahim. Air yang dicincangkan tak akan putus, begitu juga dengan pertalian darah, adik beradik.

Malam sebelumnya Sambutan Hari Jadi Cik Aisyah, malam esoknya kita main bakar-bakar pula. Tidak lah banyak mana yang nak dibakar tu tapi cukuplah untuk kami semua.
Bakar ayam dan bakar sotong je. Selebihnya lauk pauk kenduri kahwin siang tadi. Lauk kendui kahwin je dah penuh 1 meja makan. Hadap tu jelah kan. Sayang tau kalau tak dimakan.
 >>> Rempah Ayam Madu <<< Klik untuk order.
Cuba dulu baru tau sedap ke tak sedap. Sedap uiii lagi kalau perap lama & banyak-banyak. Ada skil nak bagi ayam tu merah tau. Sambil bakar sebelah, sebelah lagi kita sapu-sapu lebihan air perapan tadi tu. Balik-balikkan ayam. Ha....merah le dia...


Ayam tak berapa nak merah sebab perap pun beberapa jam je. Tukang bakar takde skill.



Ini pula saya yang bakar. Skill membakar saya turunkan pada adik saya. Bagi ayam tu merah-merah sikit.


Bila sudah siap bakar, kita makanlah! Takde gambar sebab semua tak pakai tudung. Sedap dapat ratah ayam & sotong bakar ni.


Anak-anak

Jalan-jalan di Giant Plentong

8:00 PG

Assalamualaikum

Jalan-jalan di Giant Plentong | Aktiviti hujung minggu bagi keluarga kecil kami hanyalah berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru. Giant Plentong ni dekat je dengan rumah tapi agak jarang ke sini.


Benda paling Aisyah suka di sini adalah akuarium ikan di tengah pasaraya tersebut. Biasalah budak-budak. Masa giant ni opening selepas renovation, ikan tak berapa banyak tapi sekarang dah banyak dah. Macam-macam kaler. Yang paling jelas, warna kuning.

Budak comel tengah tidur.


Sebenarnya masuk Giant Plentong sebab nak makan memandangkan sudah masuk waktu makan tengahari. Masuklah KFC sebab anak-anak suka. Saya order lunch treat yang aad 3 ketul ayam bersama nasi ayam. Untuk en.suami pula saya orderkan set jimat box, yang ada mushroom soup.


Tak sangka pula Alif boleh kongker nasi ayam tu sorang-sorang. Dia suap je tanpa henti. Belum termasuk menyuap ayam. Laju sungguh budak kecik ni makan ayam. Seketul tu sekejap je licin.

Ada suku lagi nasi dalam bekas di tangan Alif sewaktu gambar ini diambil. Alif masih mahu menyuap meskipun dia sudah kenyang. Sambil menanti Alif makan, kami sempat bergambar.

Ayah dan Aisyah


Lokasi Giant Plentong : SINI


Kami

Sabtu Yang Indah

2:00 PTG

Assalamualaikum


Sabtu Yang Indah | Alhamdulillah sudah selamat sampai di kampung halaman malam tadi. Sekarang tengah syok kat kampung, bahagia uiii.


Bukan main seronok diorang main di beranda rumah atok. Ibu pun boleh rilek-rilek sikit sambil memerhati diorang main.

3 orang cucu atok & nenek. Belum ada penambahan lagi.


Info

Bayar Cukai

9:00 PG

Assalamualaikum


Bayar Cukai | Semua orang tahu kan, Pejabat Pos ni memang pelbagai fungsi. Entah macamana hari tu, en.suami minta saya bayar cukai pintu di pejabat pos, selalu dia bayar sendiri. Tak pasti dia bayar online atau macamana.

Saya turutkan sahaja bayar di pejabat pos. Pejabat pos pun bukan jauh sangat dengan tempat kerja, bersebelahan kedai makan pula tu.

Cukai pintu ni kami bayar 6 bulan sekali. Tak ingat dah ntah berapa kali dah bayar. 
6 bulan sekali, RM96.90.
Kalau dah duduk sejak tahun 2012, kiralah sendiri. 2 tahun progress rumah dulu, 2010-2012, tak perlu bayar. Sejak bayar penuh tahun 2012, kenalah bayar. Sebelum ni kawasan perumahan kami bawah MPJB, tapi sejak tahun lepas sudah bertukar bawah MPPG pula.

Selesai


Ini pula kisah insurans kebakaran rumah. Juga perlu dibayar di awal tahun. Perlu dibayar sebanyak RM126.92 setiap tahun. Yang ni transfer online sama macam bayar loan rumah.

Selesai


Cukai tanah jangan dilupa. Nanti kena penalti. Cukai tanah, tak dapat surat ye. Terus je pergi pejabat tanah dan bayar.

Patutlah awal tahun selalu orang dapat bonus, dapat ringankan sedikit beban. Tapi, kompeni kami ni, kalau tak sampai bulan 3 atau 4, memang tak nampak lah bayang bonus.




Info

Zoo Johor

12:21 PTG

Assalamualaikum


Zoo Johor | Terus terang saya katakan di Johor Bahru ni takde tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau shopping mall tu memang berlambak la. Tapi tak best la window shopping je, kalau dapat shopping tu lain lah cerita.

Sabtu lalu kami ke Zoo Johor untuk kali ke-3. Kali-2 buat Aisyah dan kali pertama buat Alif. Itu pun setelah Aisyah beria-ria mengajak kami. Memandangkan tiada tanda-tanda hari hujan, maka kami segera memenuhi permintaannya. Cuaca panas berdenting!


Yeay sampai zoo! Agak ramai juga. Memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di sini.


"Ibu, saya nak bagi unta makan"

Dengan bayaran RM2, dapatlah sebesen sayuran. Macam kangkung, bayam dan sayur lain saya tak pasti. Kembung perut unta asyik makan je. Saya, spesis penakut nak bagi unta makan. Bila dia nganga mulut, saya dah rasa seram. Hahaha...



2 ekor anak gajah dipertontonkan di sini. Gajah hanya dibawa keluar pada masa tertentu. Waktu tersebut dalam 8.00-10.00 pagi dan petang, 2.30 - 4.00 petang. Kalau tak silap saya. Gajah ni jinak. Kulit dia kasar ek. Ada bulu-bulu.



"Ibu, harimau tu tidur.."

Haiwan kegemaran saya ni. Meskipun ianya comel seperti kucing tapi dia garang! Kalau dapat tunggang memang best.



"Hai pony, rambut awak cantik lah"

Sebenarnya Aisyah nak naik kuda padi ni. Tapi, kuda padi ni sedang berehat, tengah makan. Bayaran sebanyak RM6 dikenakan bagi kanak-kanak yang ingin menunggang. Hanya ada seekor. Oleh kerana lama menunggu, kami beransur dahulu.



"Hai hippo..mandi ke?"

Sudah nama pun badak berendam, berendam sahajalah kerjanya. Oleh kerana dia berendam sahaja, tak nampak lah badannya sepenuhnya.



"Ibu, saya takutlah tengok buaya. Ni patung ke betul-betul?"

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang sudah kekenyangan ibarat patung tidak bernyawa. Tidak bergerak. Ini spesis buaya tembaga. Besar.




"Eh ibu,,,itu ibu dia...itu ayah dia.."

Diberi nama monyet yang kecil. Monyetnya kecil-kecil berwarna hitam. Ada banyak ekor. Tapi, kena perhati betul-betul akan kedudukannya sebab ianya kecil.



 "Besarnya burung. Boleh terbang tak"

Burung unta, berbadan besar tetapi mempunyai otak yang kecil. Ada banyak di sini. Seram sejuk tengok muncung dia, takut kena patut walaupun tak lepas pun muncung tu nak mematuk.


Ada banyak lagi haiwan di sini seperti burung merak, burung kakak tua, burung serindit, burung kenyalang, bangau, rusa, kerbau dan kancil.


Harga tiket,

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1


Masuk-masuk ke dalam zoo, mereka akan ambil gamabr kita dahulu. Balik nanti, boleh la tengok gambar tersebut, sama ada nak beli ke tidak.

Saya belilah, RM30 untuk 2 keping gambar saiz besar. Beli pun sebab ada Alif, boleh lah buat kenang-kenangan.






Alif Ziyad

Alif & Basikal

9:11 PG

Assalamualaikum


Alif baru berusia setahun 3 bulan. Dasar anak jantan, lasak gaya jantanlah! Tak main dah panjat sofa. Kacang sangat.

Sejak pandai bertatih dia meman rajin tolak basikal. Tolak je. Itulah aktiviti harian dia. Seronok sangat bila dapat tolak basikal.

Dapat naik basikal, walaupun kaki belum sampai nak kayuh, dia tetap gigih nak kayuh. Dengan mulut bising bunyi "vrooomm".."vrooomm", menyembur-nyembur air liur.

Minta kakak pegang adik, tapi lain pula yang kakak buat.


Ini welfie bertiga tapi ibu dia menyorok belakang anak-anak. 


Budak-budak mana tahu penat. Ibu dia je penat sebab tu turunkan Alif dari basikal. Tapi, dia mengaruk nak naik lagi. Seronok la tu. Ok, naik lagi kita pusing 3, 4 round dalam rumah.

Ok cukup. Ibu dah penat. Turun dua-dua, kita tengok tv.

Astro seperti biasa, ulangan tayangan. Tukar channel apa pun, semua tidak kena. Akhirnya, tengok rakaman  Maleficent. Seronok melayan Cik Aisyah berbual, tak sedar Alif mula memanjat basikal. Tidak sempat aku melontarkan laungan, dia sudah "gedebuk".


Budak nakal tengah duduk diam meratapi nasib diri.

Kelopak mata bergarit, alhamdulillah tidak kena mata. Dan dahi "bertelur". Dalam saat ini minyak kelapa dara sangat membantu memulih luka. Memang serasi, cepat berkesan. In sha Allah dengan izinNya.






Jalan-jalan

Kluang Rail Coffee & Laman Kreatif 3D

9:00 PG

Assalamualaikum


16 Oktober 2016 - Tertunai hasrat kami menaiki keretapi KTM! Kempas - Kluang. Anak-anak paling teruja sebab memang niat nak bawa mereka naik keretapi. Biar mereka rasa sendiri. Perjalalanan singkat selama 1 jam 30 minit terasa penat dek melayan karenah anak-anak yang tak reti duduk diam.


Satu pengalaman baru juga buat kami. Selama ni naik kereta je kan. Teruja sungguh si Aisyah dan Luthfi bila nampak keretapi depan mata. Kami pergi dengan 2 keluarga dan seorang rakan masih single available.


Pembelian tiket secara online. Print dan tunjuk sahaja.


Bertolak awal pagi, train jam 9.00 pagi. Keretapi pun kosong je. Berbaloi rasanya sebab tak beli tiket untuk Aisyah, bukan reti duduk pun. Dah tu buat macam rumah sendiri pula!


Welpie seketol untuk kenangan. Bersama blogger Pelangi Itu Indah.


Sampai sahaja di stesen Kluang, kami bergegas keluar takut keretapi gerak. Destinasi pertama dan utama mestilah Kluang Rail Coffee. Masa kami sampai, kedai ni memang pack giler, meja penuh, tak termasuk yang menunggu. Kami antara pelanggan yang menunggu. Tapi, tak lama menunggu, 2 meja yang diduduki sekumpulan biker beransur setelah melihat kami yang menunggu dengan kelaparan. Diorang la...aku tak lapo sangat sebab dah breakfast. Akekeke...



Dah dapat seat, apa lagi, orderlah!


Kami order laksa johor, roti bun bakar kaya / butter, telur separuh masak, nasi lemak, bihun soto untuk budak-budak dan yang wajib adalah KOPI!

Saya minum Kopi O panas dan roti bun bakar. Giler sedap kot. High recommended. Nasi lemak 90sen, alahai ciput je. Jamah juga sebab kecik kan saiznya. Tapi, pada saya nasi lemaknya kureng dari pelbagai segi.

Sila jangan tertipu dengna meja yang kosong. Dah habis diorang telan.


Perut dah kenyang, makanan pun dah licin, pelanggan lain pun ada yang dah menanti. Kami segera beransur dan cari tempat lepak.

Kami bernasib baik sebab kakak ipar suami blogger Pelangi Itu Indah ada duduk di Kluang dan meminjamkan kereta wiranya. Sendat tak sendatlah kereta tu, itu belakang cerita.


Takyah cerita panjanglah.. Jom layan gambar kami di laman kreatif 3D


Kebetulan pula ada pelakon tengah shooting. Agak-agak siapa ye?
Achey  dan Sharul Shiro. Tak bergambar sebab perasaan malu yang menebal.









Kami ber8


Laki bini nak berselpie


Sebelum balik, kita minum dulu... Pekena kopi dia yang kaw lagi. Kali ni saya minum Kopi ais. Makoih...pekat melikat. Kaw sungguh..

Kopi O husband punya. Roti bun bakar, saya punya. Sedap betul la..


Sebelum balik, sambil menunggu keretapi sampai, kita bergambar dulu. Kenangan bersama di hadapan Kluang Rail Coffee.




In sha Allah panjang umur, pergi lagi. Padahal selalu je turun Kluang. Gile poyo aku ni.





Anak-anak

Aku Sering Sendiri

9:00 PG

Assalamualaikum


Aku bukan PJJ. Aku sebumbung dengan suamiku. Aku berjumpa suamiku saban hari. Tidur sebantal saban malam. Suamiku ada di rumah bila habis waktu kerja hingga anak-anakku tidak boleh berenggang dengan ayah mereka.

Tapi, kenapa aku sering sendiri?

Sering sendiri ke KK bawa anak check-up.

Suamiku bukan senang nak keluar dari tempat kerja. Kerjanya tidak boleh ditangguh, tak macam aku. Boleh tinggal sekejap, minta kawan cover. Dapat pula kawan yang baik-baik, bos yang baik. Aku nak keluar bila-bila masa pun boleh.

Aku sering sendiri bawa anak check-up.

Bukan kerana aku terlalu kuat. Aku wanita biasa-biasa sahaja. Keluar rumah awal pagi, hantar anak ke rumah pengasuh, kemudian terus menandu ke tempat kerja. Tak tuk tak tuk tekan papan kekunci. Siap, save, print, check, minta bos-bos sign, scan, re-name file, send email, check for delivery, sambung buat report lagi. Kadang kala ada gangguan, minta bawa file ke bilik meeting.

Bila bosan, tengok keliling kosong, sambung semula hadap PC, buka pula blog sekejap, baca entri kawan-kawan, drop komen 3,4 blog. Log out. Sambung siapkan report, check email.

Aku sering disapa ketika di KK, "sorang je?" Aku sekadar mengiakan dengna senyuman. Kadang-kadang si kakak ikut, dengan mulut becoknya, dengan aktifnya. Rasa nak jentik-jentik juga. Si adik pula adakalanya mengaruk. Kepanasan, nak menyusu, nak tidur. Tahu sajalah, menanti giliran bukan seminit dua, cecah berjam-jam lamanya.

Mungkin ada yang pandang sinis pada suamiku.

Tapi, tidak pada aku. Aku tidak pernah terfikir nak merajuk ke apa ke. Tak pernah. Aku biasa je. Tak sempat rasa nak merungut. Ini kan anak-anak aku, nak merungut kenapa. Dia kan suami aku. Cari rezeki buat kami, biarlah dia. Aku masih berdaya. Sedikit pun aku tak terbeban.


Pinjam dari Google