Aisyah Humaira

Alif Dan Kucing

8:00 PG

Assalamualaikum

Alif Dan Kucing | Alif suka haiwan bernama kucing ni. Mungkin sebab ia comel. Kalau nampak kucing, dari jauh dia dah geram. Di kampung, sepupu mereka yang bela kucing ni. Papa dia (adik saya) yang buatkan reban.

Aisyah & Alif melawat kucing.

Sudah puas memanggil kucing dari luar reban, dibuka pula selak reban tersebut. Meluru kucing tu keluar.


Rupa-rupanya kucing-kucing ni kehausan dan kelaparan. Makanan dia dalam bekas dalam reban sudah habis. Tuan dia pula balik kampung sebelah mama dia di Jerantut.


Bukan main suka Alif dapat pegang kucing. Kucing tu dah la berat. Berusaha dia suruh kucing minum.




Kampungku

Kenangan Aidiladha 1438H

8:00 PG

Assalamualaikum

Kenangan Aidiladha 1438H | Kebetulan cuti raya haji tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sehari sebelumnya pula merupakan Hari Kemerdekaan yang ke-60. Sakanlah bercuti raya. 

Ada pula cuti tambahan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia sempena kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA.

Hari Khamis lebih kurang jam 12 tengahari baru gerak balik kampung. Baru lepas tol sudah menempuh jammed amat. Kenderaan bergerak perlahan di highway. Perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam menjadi seganda lagi.

Kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap makan. Maka singgahlah kami di kedai makan tepi jalan lepas lampu trafik simpang ke Paloh. Kebetulan ada kedai makan masih buka.
 Serius sedap masakan yang dimasak di kedai makan ni. Saya order nasi goreng pataya. Memang cukup rasa dan sepinggan habis saya dan Alif makan.
Kami sampai ke kampung halaman saat azan asar berkumandang. Lama sungguh perjalanan. Tersaing pula dengan adik bongsu saya sampai. Dia duduk di JB juga. Pulang menaiki motor untuk elak jammed katanya.
Malam itu saya dan emak menyiapkan juadah raya. Masak rendang, kari ayam hutan dan sediakan bahan untuk kuah kacang dan lodeh.
Jam hampir 3 pagi baru tidur. Ngantuk sungguh. Pagi-pagi perlu bangun untuk masak lodeh dan masukkan santan dalam kari ayam hutan. Dan dalam jam 8 pagi Pak Uda sekeluarga sudah sampai ke rumah kami.
Kelam kabutlah saya dan emak menghidang juadah.



Selepas solat Jumaat, keluarga Pak Uda dan Pak Chik berangkat ke rumah Mak Anjang di Felda Redong. Saya dan emak mengemas rumah dahulu sebab ada juadah yang perlu dibawa ke sana.

Tengoklah tu seketol Alif sedang menikmati air kotak. Kena pujuk, bagi upah dengan air kotak baru dia behave. Kalau tak, dia tak nak masuk rumah Nenek Anjang dia. Siap ajak balik pula tu. Fening..


Sebelah malam, kami solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Usai solat Maghrib, kami membuat bacaan yasin dan tahlil. Saya tidak dapt solat Isyak secara berjemaah sebab Alif buat perangai tiba-tiba.


Selesai solat Isyak, makan pula secara berjemaah. Selesai makan, tolong tuan rumah cuci pinggan dapur dan mengemas sikit-sikit. Dah siap, kita balik lah ke rumah emak.

Kampungku

Kenangan 5 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 5 Syawal 1438H | Panjang betul kisah raya kali ini kan. Dah kata raya sakan kan. Raya ke-5, masih berada di teratak emak abah di kampung.

Kenangan 4 Syawal 1438H

Mengikut perancangan, kami sudah pulang ke JB. Tapi, memandangkan malam itu ada marhaban dan rumah emak adalah rumah pertama, emak minta saya janga balik dahulu.

Tolong emak memasak dan mengemas rumah. Kesian, emak semakin berusia bukan semakin muda. Kami masak bihun tomyam, dadih mangga, air teh panas dan air tembikai.

Ruang hadapan, untuk orang lelaki

Seawal jam 8 malam orang blok dah datang memenuhi rumah emak abah. Haruslah menepati masa, kalau tidak balik lewat nanti.


Ruang tengah untuk orang perempuan.


Selesai marhaban di rumah kami, semua berarak ke rumah sebelah pula. Saya mengemas rumah dahulu sebelum gerak ke rumah seterusnya.


Sakan pula main buaian budak-budak ni di rumah jiran. Marhaban kali ini en.suami dapat turut serta. Merasalah dia suasana marhaban di kampung kami.


Masing-masing bawa anak beraya. Memang meriah sungguh.

Kampungku

Kenangan 4 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 4 Syawal 1438H | Kali ini giliran rumah emak pula diserbu. Semua adik beradik abah datang bertandang kecuali keluarga Mak Andak dan Mak Teh.

Juadah nasi berlauk kami hidangkan memandangkan mereka tiba tengahari. Menu simple nasi putih, ayam goreng, ikan goreng, sayur bendi goreng dan sambal belacan. Ada lauk tambahan bila Mak Lang datang bawa lauk pauk lain. Bertambah la menu. Penuh meja.
Kami hidang makanan di meja luar. Ada yang menjamu selera di luar, ada juga di dalam. Ruang depan biasanya jadi teman kanak-kanak bermain dan tak kurang juga yang mahu beristirehat.


Selepas zohor, kami semua gerak beraya ke Felda Ayer Hitam. 


Pakcik dan makcik semua belum pernah sampai di sini. Maka berbuallah mereka.


Sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan.


Kemudian, singgah pula di Sri Lalang, rumah sepupu sebelah abah. Saya tidak mengenali sangat dan sangat wajar beraya untuk saling mengenali.



Penuh rumah kami serbu. Oleh kerana anak-anak sudah pandai membawa diri, saya ambil kesempatan bergambar.


Bila sudah berkumpul ramai-ramai begini, hidang apa pun habis je. Lagi pula cuaca yang panas, minum air sejuk memang sedap.




Kemudian, kami berpisah di sini. Ada yang singgah Felda Sg Sayong, rumah Mak Lang. Kami sekeluarga pula ke Sri Gading, rumah Pak Chik.

Aiseymen di Sri Gading lupa dah nak bergambar. Kami dihidang rojak buah dan makan malam yang sedap giler, sardin! Anak-anak makan bertambah-tambah. Kuah rojak tu sedap sangat tau.






Kampungku

Kenangan 2 Syawal 1438H

9:37 PG

Assalamualaikum

Kenangan 2 Syawal 1438H | Bangun pagi di raya ke-2 masih di Majidi Baru. Pagi-pagi kemas-kemas di dapur apa yang patut. Kakak ipar sulung ajak buat sukun goreng. Sebiji besar tu dapat sebesen besar, boleh buat kenduri. Tak sempat ambil gambar. Sukun goreng saya laku keras. Kejap je licin.

Usai selesai kerja di dapur, mandi, kemas-kemas, siapkan anak-anak dan kami balik ke rumah sekejap. Punggah barang, lepas zohor gerak ke rumah nenek di Mersing.

Sampai di rumah nenek dalam 4.10 petang. Kenderaan banyak di jalanraya. Masing-masing beraya kan.


Tidak lama kemudian, mak, abah, kak umi dan suaminya serta aidil dan keluarganya sampai. Mereka baru balik beraya di Felda Tenggaroh, rumah makcik kami.

Kak umi beli kek. Hari jadi dia jatuh pada 22 Jun, manakala adik ipar kami, Noni jatuh pada 24 Jun.



Kek tiramisu ada aiskrim. Sedap uiii.. Sekejap je dah licin, tambahan pula hari raya. Tetamu yang datang kira langkah kanan.


Potong kek, bahagi-bahagi agar semua merasa. Budak Alif makan tak ingat orang keliling. Kedekut budak kecik ni. Sambil makan, sambil pegang belon pink.


Dah puas makan kek dan bercomot-comotan, ok parking jap. Rileks katanya. Enjin belum panas nak main dengan sedara mara lain.


Tidak lama kemudian, Pak Cik kami dari Terengganu bertandang. Pak Cu kami belah lemang dan cicah dengan rendang daging Melaka.


Sebelah malam, saja jalan-jalan di tepi pantai. Bergambar di mercu tanda Johor di Mersing.



En.suami ambil kesempatan menunggang kuda. Alif taknak naik pula. Seram kot sebab tinggi.
Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5.
Tapi, Alif tidak dikenakan cas sebab masih kecil. Pemandu bawa 2 round je.


Ini pula kereta kuda berhias. Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Seround je dia bawa. Boleh lah untuk gembirakan anak-anak.


Apa pula cerita keesokannya? Tunggu...



Cuti

Salam Aidilfitri 2017

8:00 PG

Assalamualaikum
Salam Aidilfitri 2017 | Salam Aidilfitri buat semua umat Islam. Mesti raya korang meriah kan. Setelah selama sebulan mengerjakan ibadah puasa dan moga amalan kita diberkati.


Dalam kegembiraan, jangan lupa yang berduka. Moga terus tabah menghadapi ketentuanNya.

Sampul duit raya kosong ni dapat di hari akhir bekerja, hari Jumaat. Ramai yang dah mula bercuti masa tu. So, dapatlah rembat 3 terus. Hikmah bekerja di hari terakhir. Hehehe..


Sampul duit raya ini pula dari blogger papaglamz. Saya merupakan antara blogger bertuah segmen zikir dikir.


Terima kasih papaglamz. Cantik, warna pink purple gitu.


Aktiviti

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu

8:00 PG

Assalamualaikum

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu | Dah sesekali pulang ke kampung, memang macam-macam aktiviti kita nak buat. Meskipun masa amat mencemburui, namun, cuma memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan aktivit pengerat silaturrahim. Air yang dicincangkan tak akan putus, begitu juga dengan pertalian darah, adik beradik.

Malam sebelumnya Sambutan Hari Jadi Cik Aisyah, malam esoknya kita main bakar-bakar pula. Tidak lah banyak mana yang nak dibakar tu tapi cukuplah untuk kami semua.
Bakar ayam dan bakar sotong je. Selebihnya lauk pauk kenduri kahwin siang tadi. Lauk kendui kahwin je dah penuh 1 meja makan. Hadap tu jelah kan. Sayang tau kalau tak dimakan.
 >>> Rempah Ayam Madu <<< Klik untuk order.
Cuba dulu baru tau sedap ke tak sedap. Sedap uiii lagi kalau perap lama & banyak-banyak. Ada skil nak bagi ayam tu merah tau. Sambil bakar sebelah, sebelah lagi kita sapu-sapu lebihan air perapan tadi tu. Balik-balikkan ayam. Ha....merah le dia...


Ayam tak berapa nak merah sebab perap pun beberapa jam je. Tukang bakar takde skill.



Ini pula saya yang bakar. Skill membakar saya turunkan pada adik saya. Bagi ayam tu merah-merah sikit.


Bila sudah siap bakar, kita makanlah! Takde gambar sebab semua tak pakai tudung. Sedap dapat ratah ayam & sotong bakar ni.


Aisyah Humaira

Sambutan Birthday Cik Aisyah

8:00 PG

Assalamualaikum

Sambutan Birthday Cik Aisyah | Hampir setiap tahun kami menyambut hari jadi Aisyah pada 1hb 5 atau lebih awal. Dan 2 tahun kebelakang, sudah 2 kali sambut di kampung.

Memandangkan Aisyah sudah bersekolah tadika, jadi saya sambut di sekolah je.

>>> Ulang Tahun Ke-5 <<<

29.4.017 - Pulang ke kampung halaman. Nenek Aisyah dah tempah kek untuk Aisyah. Malam tu Aisyah potong kek dengan dimulai bacaan doa dari atok.
Kek yang ditempah

Birthday girl tak sabar dah nak potong kek.

Kek ditempah dengan orang kampung. Selain kek, nenek turut menempah cream puff mini.



Maka, makan lah kek coklet malam itu. Terima kasih nenek sebab belikan Aisyah kek.



Kami

Sabtu Yang Indah

2:00 PTG

Assalamualaikum


Sabtu Yang Indah | Alhamdulillah sudah selamat sampai di kampung halaman malam tadi. Sekarang tengah syok kat kampung, bahagia uiii.


Bukan main seronok diorang main di beranda rumah atok. Ibu pun boleh rilek-rilek sikit sambil memerhati diorang main.

3 orang cucu atok & nenek. Belum ada penambahan lagi.


Hari jadi

Hari Ulang Tahun Abah

9:00 PG

Assalamualaikum


Sambut awal sebab masa ni anak-anak ada kat kampung sempana cuti CNY. Pejam celik pejam celik, umur abah dah 63 tahun. Cepatnya masa berlalu. Abah yang dulu garang. Garang untuk mendidik kami. Tapi, tak garang pulak dengan cucu-cucu dia.

Abah yang tiap kali waktu solat mesti dia ke masjid. Jarang abah solat di rumah. Memang macam tu dia dari bujang.

4.2.2017- abah genap berusia 63 tahun. 


Doa kami, semoga abah dipanjangkan umur. Semoga abah terus diberi kesihatan yang baik untuk dia terus beribadah di rumah Allah. Semoga Abah terus diberi ingatan yang baik, agar mengingati kami semua anak-anak dan cucu-cucunya.



Nota Kaki : Aku memang tak pandai nak wish panjang lebar..


Kampungku

Bermain Air di Air Papan Mersing

9:00 PG

Assalamualaikum


Bermain Air di Air Papan Mersing | Minggu lepas, kami ke rumah nenek di Mersing. Emak, abah, Kak Umie dan Aidil sekeluarga turun Mersing juga. Saja melawat nenek di kampung sambil mengurut badan yang lenguh-lenguh ni.

Alang-alang dah ke sana, ambil kesempatan menghirup angin laut di pantai Air Papan. Port kami singgah ni dah ke hujung sedikit, ramai kaki pancing di sini. Kami pun sekadar jalan-jalan, selepas Asar. Masa agak singkat.

Park kereta depan mak mon. Sempatlah snap gambar mak mon bergayut. Budak-budak suka je tengok mak mon.

Cari port dulu, senang nak letak bekal. Berkelah katakan. Adalah bawa keropok lekor goreng, buah-buahan dan sandwich. Pondok wakaf ni bersemut, maka beralihlah kami ke tempat lain.


Port landai atas pasir pantai menjadi pilihan. Setakat nak main air dan pasir tu boleh la di sini.


Abah dan Aidil usha orang mancing kat hujung sana. Tengok orang tangkap ketam sekali. Banyak ooo,, jeles le tu. Muka tak puas hati sebab tak dapat mancing.

Abaikan mak dua anak yang perasan kurus tu.

Aisyah dan Alya teruja sungguh dapat ke pantai. Mula-mula, kononnya main pasir, nak buat istana. Lepas tu mulalah masuk ke gigi air. Cecah air sikit-sikit. Lama-lama, singsing seluar, teruslah main air.

Yang mak pak pula masing-masing jaga anak, nak tak nak terjun juga dalam air. Ombak agak kuat, air mula pasang. Oleh kerana setakat main air, memang seronok lah.

Paling terkejut dengan gelagat Alif. Teruja sungguh dia mahu main air. Dah dukung, minta lepas lagi. Air tak sampai kaki dia, dia kejar ombak pula. Bila ombak datang, dia tepuk tangan. Punyalah suka. Maka, bersilih gantilah kami laki bini menjaga Alif yang tak takut air.


Ombak datang tu Alif,,

Alif nak kejar ombak. Aduhai..taknak saya dukung. Maka, basahlah kami di situ.


En.suami pun sama macam anak-anak dia. Dah lama tak jumpa air, dengan seluar jeans, terjun dalam laut.

Selfie sat. Tunjuk air laut yang makin naik.. Ok, nak maghrib dah. Balik rumah nenek dulu.