Kawan

Kisah Viral Ini Sahabat Lama Saya

2:00 PTG

Assalamualaikum


Kisah Viral Ini Sahabat Lama Saya | Sampai saat ini saya masih terkesima, seolah sukar untuk percaya. Sahabat lama kami, zaman universiti, satu course, satu kelas di UiTM Shah Alam satu ketika dulu telah pergi meninggalkan kami.

Semalam petang, saya baru tahu perkhabaran yang dia telah pergi mengadap Illahi. Baru balik kerja, duduk-duduk dengan anak-anak depan televisyen, tergerak hati nak buka FB. Terkejut dengan ucapan takziah para sahabat. Laju saya ke page personal dia.

Allahuakbar. Innalillah..

Bagaimana perkhabaran berita gembira setelah dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kemudian, disusuli berita gempar yang dia mengalami pendarahan. Malah, saya sempat baca status seorang sahabatnya di mana dia sempat berwhataps ketika di ICU, mengatakan yang rahim dia sakit sangat-sangat.

>>> Baca Sini <<<


Sesungguhnya dia tergolong dalam golongan orang yang mati syahid. Dalam kehibaan, ada kegembiraan di sebelah sana. 


Album lama zaman uni dulu banyak di kampung. Memang banyak gambar bersama dia. Meskipun kami tidak lah serapat mana, tapi kami satu course, pernah susah senang bersama-sama.

Tiba-tiba teingat zaman uni dulu, teringat dia dengan skuternya. Teringat zaman kami pernah bekerja kilang dahulu semasa cuti semester. Ya Allah, tiba-tiba kenangan lama menerpa.

Betapa sesunggunya ajal itu tidak lambat walau sesaat.


Damailah kau di sana..



Kawan

Luncheon Di Cawan Mas Masai

10:58 PG

Assalamualaikum


Luncheon Di Cawan Mas Masai | Sebut Cawan Mas, rata-rata sudah tahu, cafe kopitiam ini memang sudah lama bertapak.

Saya agak jarang ke tempat macam ni sebenarnya, lebih selesa makan makanan melayu. Almaklum, tekak melayu kan. Tapi, tak salah sesekali tukar selera. Bila pergi ke cafe sebegini, apa yang saya tahu kopi dan roti bakar je. Tu je tekak rasa sedap.

Oleh kerana, waktu makan tengahari, mana kenyang setakat makan roti bakar kan? So, follow jelah kawan order apa yang sedap.

Kredit to Google


Ini adalah menu pilihan kami. Saya mahukan makanan yang ringkas untuk dimakan, tak mahu berkuah kerana khuatir lambat sejuk, sekaligus mengambil masa yang lama untuk makan.



Kalau ditanya, menu apakah ini, jawapan saya, tak ingat. Uhh...tidak membantu langsung kan? Air pilihan dia, air kopi 3C, mana kala saya punya lemon wheat grass yang berwarna hijau tu. Serius sedap! Memang recommend.

Makan apa-apa pun sedap bila orang belanja. Tepek sekeping muka kawan seperjuangan, sama umur, sama masuk kerja tapi lain department.



Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi

Cawan Mas Seri Alam
Lot VII, Today's Market
PTD 111519, Jalan Suria 1,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor

Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam setiap hari





Blogger

Beauty Care Massanger

9:00 PG

Assalamualaikum


Beauty Care Massanger | Barang ini merupakan hadiah dari seorang rakan blogger sempena hari jadi saya tahun lepas. Konon nak try, review sekali barang ni, tapi tak berkesempatan nak guna. Jangan kata nak guna benda ni, tepek masker pun dah kena hadap sesi soal jawab. Aduii




Rugi rasanya belum cuba walau sekali. Alat ini hanya menggunakan bateri AA dua biji untuk berfungsi. Pemegang juga mudah dipegang dan ringan.

Terima kasih banyak-banyak Mek sebab sudi berikan saya hadiah. Jom kita lawat blog Mek di http://ajussix.blogspot.my/







Kawan

Kuatkan Dia

10:48 PG

Assalamualaikum


Sampai hari ini aku seolah-olah bermimpi. Mimpi dengan khabar berita seorang rakan. Tiba-tiba terasa seolah satu kehilangan. Selalu ada je dia dalam whataps group kami. Bila dia senyap, terasa 'hilang' seorang rakan tempat bergurau senda, mengadu domba.

Bila mendapat berita buruk, ucapkan...

Hari ini, hari ke-3 aku mengetahui berita itu. Sedangkan dia sudah lama lena di situ. Kandungan gula dalam badannya terlalu tinggi, menyebabkan dia sesak nafas dan dia ditahan wad.

Dia ditidurkan pada tanggal 19/11/2016. Sewaktu aku melawatnya, dia sudah 3 hari ditidurkan.

Lidah ku kelu. Aku terkedu. Melihat dia terbaring di situ. Dengan pelbagai mesin di sisi. Wayar berselirat sana sini, hinggakan mata ini tidak tahu wayar yang ini ke mana, yang ini pula ke mana.

Hati ini sayu. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Dalam masa yang sama, aku mensyukuri nikmat kesihatan yang aku kecapi. Allahuakbar..

Aku diam, tapi sambil tu ada juga bercakap dengan kawan seorang lagi. Wad ICU, hanya dibenarkan 2 orang pelawat untuk satu masa. Aku tidak menyapa dia sebab aku tahu, aku akan menangis.

Bayi dalam kandungannya, alhamdulillah sihat. Bayi belum cukup matang lagi, baru 31 minggu. Dalam keadaan tidur, sesekali tangan dan kakinya bergerak. Lebih menghibakan, melihat airmatanya mengalir. Aku terdiam. Melihat dia tidak lama, sebab mungkin ada orang lain yang menanti diluar untuk melawanya.

"Aku balik dulu, ina. Assalamualaikum.."

Suara aku bergetar. Aku tahu, andai aku berbicara lagi, airmataku akan tumpah. Aku hanya terus doakan dia dalam hati.

In sha Allah, kau kuat. In sha Allah kau akan sedar nanti. In sha Allah bayi kau akan selamat. Aku doakan kau cepat sedar, keadaan kau stabil dan kau menjalani kehidupan seperti biasa.






Kawan

Potluck Raya Seksyen CP

9:00 PG

Assalamualaikum


20 Syawal 1437H - Bersamaan 25 Julai 2016, pertama kali kami adakan jamuan raya di Seksyen kami. Seksyen kami ni tak besar mana jadi kami memang rapat. Melayu pun berapa orang je, selebihnya pekerja asing.

Bila bersepakat, apa yang kita lakukan pasti ada keberkatan. Seronok dapat makan beramai-ramai.


Menu pilihan saya, rendang daging. Pastu, terrrajin pula masak Nasi Beringin. Tapi, tak berapa kick la sebab last minute main campak-campak.

Rendang daging yang diorang kata sedap. Kih..kih..


Kalau sorang satu dah bawa, memang banyak lah menu. Macam-macam ada.

Rendang daging bersama nasi beringin,
Lemang tak dilupa,
Nasi jagung lawankan ayam masak merah dan acar timun,
Bubur kacang makan dengan roti putih,
Mihun goreng bersama ayam goreng pedas, 
Roti jala berinti kentang, 
Spaghetti bolognese satu-satunya makanan western,
Bahulu kuih tradisi,
Kuih raya warna-warni di dalam bekas,
Pisang sebagai pencuci mulut,
Dan air minuman jangan dilupa.



Nasi jagung dan ayam masak merah kawan saya ni memang sedap. Kalau takde menu lain memang repeat banyak kali.


Inilah office kecil kami yang memuatkan 7 buah meja. Sepakat kami QAQC & production tau. Hehe..



7 tahun lepas, ada dua orang je perempuan. Masa terus berlalu, sekarang dah ada 4 orang dah bunga di sini. Ada geng dah. Baru best kerja.


Maka, dari waktu rehat, 12.00 tengahari, bawa ke petang, makanan sentiasa terhidang hingga habis. Siapa-siapa nak makan, dipersilakan. Alhamdulillah, makanan habis. Lauk habis dulu dari nasi. Apa cite? Heh..

In sha Allah, andai umur panjang, tahun depan kita buat lagi.




Iftar

Berbuka Dept QAQC CP

9:00 PG

Assalamualaikum


Setiap kali bulan puasa, mesti ada majlis berbuka puasa dalam department kami. Macam biasa, HOD belanja.

Berbuka
Kali ni, berbuka di tempat yang dekat je. Malas nak rushing dengan anak kecil ni. Macam biasa, saya yang handle tapi bab duit, en.bos yang settlekan.

Selpie dulu sementara hidangan dihidangkan


Simple je menu. Siakap 3 rasa tu menu wajib.


Adalah dalam 10-12 orang.


Dah licin

Selpie dengan kakak cantik


Terima kasih banyak-banyak pada en.bos yang sudi belanja kami.



Kami makan di mana?


Makan kat sini jek..
D'Rinting Taman Rinting, Masai




Kawan

Majlis Di Simpang Renggam

9:00 PG

Assalamualaikum


1 Mei 2016 - Sempat singgah majlis perkahwinan kawan baik saya di simpang renggam. Alhamdulillah, tahniah buat dia.
Kami sampai agak awal sebab mahu pulang ke kampung dengan kadar segera. Dia sedang bersolek sewaktu kami sampai menjengahnya. 
Dua beradik baring di atas karpet lembut. Best sangatlah tu.


Duduk sekejap di ruang tamu, kemudian menjamu selera terlebih dahulu. Pengantin tengah sakan bersolek kan..

Hidangan di majlis pengantin, biasalah Nasi minyak, ayam masak merah dan banyak lauk pauk lain. Saya memang suka datang majlis awal sebab makanan masih fresh.

En.suami memilih untuk makan mi rebus sahaja. Yang paling best, ada cendol. Memang best kot minum cendol di kala terik mentari tengahari. Tau sajalah, cuaca panas sekarang ni.



Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan pelamin pun jadilah..


Semoga dia bersama pasangan berbahagia hingga ke Jannah..
Amin..



Kawan

Makan 3 Bulan Sekali

9:00 PG

Assalamualaikum
Kisah minggu lepas.

Bila terpaksa dipecahkan, duit yang ada tidaklah banyak mana. Tapi, masih lagi 1 kepala RM10. Jimat duit makan untuk satu hari.

HOD minta saya beli Pizza Hut atau KFC, makan di lab sahaja selepas inspection hari tu. Lebih, dia top-up. Ok, set.

Gunakan perkhidmatan delivery sebaiknya.


Kenyang juga sampai malam setengah menelan 3 keping pizza, 2 ketul drummet, roti dan semangkuk sup cendawan.





Kawan

White Curry White Coffee

8:00 PG



Sedap sangat ke Mi Kari ni? Selalu tengok iklan menari-nari kat blog korang je. Nampak sedap. Nampak best. Kecur air liur.



Gigihlah ajak kawan lunch di sini. Masa kami sampai tidak lah ramai pelanggan. Macam biasalah tempat macam ni rasa-rasanya service out even customer berapa ketul je. Kadang-kadang tu malas nak pergi tempat macam ni sebab service dia kot. Dah tulis kod, lepas tu datang semula tanya. Emm..


Old Town di Tesco Seri Alam


Paling dekat dengan tempat kerja di Tesco Seri Alam je. Malas ke tempat yang jauh-jauh, lunch time hari jumaat satu jam setengah je. 


Selpie sebelum makanan sampai


Tengok gayanya, staff kurang berpengalaman. Angkat makanan kami  pun sampai tertumpah-tumpah. Semangkuk mi kari di tangan kiri tertumpah ke atas meja. Staff itu agak gugup mungkin, minta maaf dan lap meja.

Saya tidaklah berkira sangat hal sebegini. Biasalah, tapi, kami bayar service charge kot. Tempat macam ni kan ada government tax. Gugup entah kenapa. Saya ni comel sangat kot. ^___^


Inilah menu pilihan hati - White curry and white coffee


Apa ye rasanya? Ok la. So-so. Tapi, ok je pada tekak saya. Mi nya rasa fresh, jenis tidak mudah kembang. Sebab tu tak muak bila makan. Habis semangkuk besar saya makan. Isi dalam cuma ada sayur kacang panjang, taugeh, tauhu separuh dan fish ball. Kuah agak cair.

Bagi saya, saya lebih suka mi kari asli. Tekak melayu kan. Tapi tulah bila dah makan ni takde lah terasa nak makan lagi. Takde dah tergoda kalau tengok iklan di blog-blog korang.

White coffee macam biasalah. Ok je pada tekak saya. Pekat tapi buat saya sakit perut.













Aisyah Humaira

Sesekali Jadi Babysitter

8:00 PG


Tak sangka diberi peluang menjaga seorang bayi lelaki berusia 5 bulan pada cuti 1 Januari lalu. Teruja! Memanglah seronok jaga bayi sebesar ini. Tidak pandai meminta bukan-bukan. Tidak buat kerja bukan-bukan. Tidak pandai ke sana ke sini dengan laju. Cuma merengek bila tidak dilayan, rasa haus nak susu dan ek-ek.


Aisyah : Adik..adik.. Ibu, dia tak cakap pon..


Gelak sendiri mendengar pertuturan Aisyah. Mungkin kelihatan bayi ini besar tapi dia baru 5 bulan. Jangankan cakap, meniarap pun belum pandai. Menggeletek je atas tilam.


Budak tembam ni suka genggam tangan orang. Kuat genggamannya.


Saya agah, tersengih-sengih kesukaan.


Seorang kawan yang berkerja di sektor kerajaan menghadiri meeting sekejap saja di bandar. 1 Januari kan kilang saya cuti. Orang kerajaan kan kerja. Saya pinjam anaknya dari jam 11 pagi hinga jam 2 petang. Sekejap je. Sempatlah baby Adrian tidur setengah jam dan ek-ek.


Aksi Aisyah memberikan adik Adrian susu dengan pengawasan saya.


Ada banyak aksi Aisyah yang mencuit hati saya. Saya minta Aisyah bentangkan tilam, dan pantas dia lakukan walaupun tidak berapa betul. Saya minta Aisyah letakkan bantal, dia letak sambil bertanya kepada saya, sini ibu, sini? Iye..sayang.

Aisyah : Adik, angan angis..syyhh..syhhh.. ~ sambil mengusap lembut rambut baby Adrian.


Konon-konon ajak adik main tapi adik tak pandai main lagi.


Saya rindu saat-saat Aisyah masih kecil macam baby Adrian. Saya gemar menatap kembali gambar-gambar Aisyah dalam PC, saat dia masih berbaring, meniarap, merangkak dan bertatih. Waktu itu, kenakalannya masih dapat dikawal. Semakin anak itu besar, semakin tebal kesabaran yang perlu saya pupuk. Apa tidaknya, Aisyah sudah pandai membentak-bentak dan dia saja yang menang.



Nota Kaki : Bukan mudah menjaga anak kan..







Cuti

Hadiah Awal Tahun 2015

12:00 PTG



Bermula 1 Januari 2015,
RON95 = RM1.93
RON97 = RM2.13
DIESEL = RM1.97

Saat 2014 melabuhkan tirainya, mendapat info dari hot.fm sedikit berita gembira untuk dikongsi bersama. Minyak turunkan harga! Phewwww...sekurang-kurangnya sempat berjimat sebelum menempuh GST bulan April 2015 nanti.


Hari ini, 31 Disember 2014 ~ Hari terakhir di tahun 2015.



Banyak kenangan sepanjang 2014, seakan baru semalam Januari 2014. Haihhh...Tahun hadapan, semakin meningkat usia.

Esok, 1 Januari 2015, kompeni saya cuti, cuti wajib aka cuti paksa. Bukan public holiday yang diambil tetapi cuti suka hati yang diberi dengan menolak cuti tahun kami.Sudahlah sebulan cuti yang saya dapat hanya 1.5 hari, tolak sehari, tinggallah 0.5 hari. Uihhh...redho.. Bertabahlah wahai rakan seperjuangan.



Tahun baru, azam baru, buku baru!!!
Selamat Tahun Baru Semua!!!!
Jumpa lagi tahun depan!!!!!!









Birthday

Selamat Hari Lahir, Kawan

8:00 PG


Hari ini, 16 Disember 2014, merupakan hari lahir kawan baik saya yang ke 31. Dia dekat je dengan saya walaupun tidak bekerja di bawah satu kilang. Dekat-dekat pun tetap tidak selalu berjumpa. Selalu chatting jelah.




Dia tidak mempunyai blog mahu pun facebook tapi saya tahu dia merupakan silent reader blog saya. Hehehe.. Atas sebab itu, saya coretkan sebaris dua ayat untuk dia.

Saya mendoakan agar dia cepat-cepat menimang cahaya mata, bahagia bersama suami tercinta hingga akhirnya, menjadi muslimah solehah dan terus kuat menerima apa jua rintangan mendatang.

Pendek sangat ucapan tu ekk.. Takpelah yang penting ikhlas menuturkannya. Ayat-ayat ucapan lain tak terfikir pula saat jari ini menaip.




Nota Kaki : Malas sampai nak taip entry pun malas..