Makan Gaji

Tak Sabar

11:36 PG

Assalamualaikum

Tak Sabar | Raya puasa hari tu dah dapat rehat sekejap. Lepas naik cuti, kerja memang non-stop. Nak meet date TPI, date delivery, woowww mabuk weh.
 
Siksa rasanya 2 bulan belakang ni. Apa taknya, bila job bertalu-talu macam ni, rasa sekejap je masa berlalu.

Tak sabar nak habiskan bulan ni sebab dapat merasa cuti panjang. Kebetulan kan Hari Kemerdekaan jatuh pada hari Khamis. Kemudian, cuti raya haji pula. Best-best.


Penuh kalender kena conteng.





Info

Cara Pakai Face Mask Yang Betul

12:00 PTG

Assalamualaikum
Cara Pakai Face Mask Yang Betul | Tidak jerebu tidak apa tiba-tiba muncul cerita mengenai face mask atau penutup mulut dan hidung. Berikutan kisah INI, sudah menjadi rutin pula untuk memakai face mask. Meskipun batuk dan selesema sudah kebah, saya terus memakai face mask atas sebab persekitaran pula.


Kalau dilihat, face mask mempunyai dua warna yang berbeza di setiap belahnya. Kan? Di sini saya kongsikan cara pemakaian face mask yang betul. 

Semasa jerebu atau selsema.
- Bahagian berwarna putih patut menghadap muka kita dan bahagian berwarna lain menghadap luar. Ini kerana ian mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain.

- Pegangn face mask dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada di kedudukan selesa.

Jika dalam keadaan sihat.
- Jika anda sihat atau tidak selsema, bahagian putih harus menghadap keluar untuk melindungi kita daripada mikroorganisma daripada tersebar kepada kita.

Selsema dan batuk sudah hilang. Cuma persekitaran agak tidak.bersih.

Sumber: [SINI] dan [SINI]



Makan Gaji

Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira

12:00 PTG

Assalamualaikum

Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira | Saya mengaku sejak beberapa minggu ini saya rasa nak makan je. Dah tak fikir nak kurus, nak control makan. Dan dua kali jugalah saya makan KFC dalam seminggu.

Pada saya KFC boleh buat hati saya gembira, menenangkan dan bahagia. Lagi-lagi bila dapat ratah ayam gorengnya.

Saya beli set jimat box. Sebab nak ratah seketul ayam dan dalam masa yang sama nak ratah yang lain-lain juga. Pastu, air gas tak nak tinggal. Rasa nak minum nak minum. Mungkin kerana minggu lepas jadual terlalu padat. Rasa letih otak, penat dan sedikit stress.

Sampai tahap sakitnya kepala!!! Bukan pening ke apa tapi sebab letih. Ada satu hari saya terpaksa stayback dan turun padang untuk pantau anode sebelum loading. Selalu stayback sebab prepare report je.

Tapi, bila perlu stayback sebab nak pastikan barang keluar tanpa ada masalah, penat pula rasanya. Bukan setakat basah ketiak, rasa ketiak segala hangit. Mau taknya kalau dari selepas asar bawa ke maghrib  jam 7.30pm baru melangkah keluar pejabat.

Ni set jimat box F

Ni pula set jimat box E

Bahagia lain macam tau bila dapat layan KFC. Rasa jiwa kembali tenang dan ada kekuatan untuk terus berkerja. 


Makan Gaji

Bila Dapat MC

2:00 PTG

Assalamualaikum

Bila Dapat MC | Ada kisah disebalik MC ni. Saya batuk masuk 2 minggu. Minggu lepas dah ke klinik panel untuk dapatkan ubat. Oleh kerana, ubat pun dah habis dan batuk tak juga baik, saya ke klinik panel lagi.

Doktor beri antibiotik yang lain, dos lebih kuat dari sebelum ini. Dapat MC pula. Kalau nak tahu, muka ni memang jarang ambil MC.



Tak sangka pula dos kali ini agak berkesan. Hampir dua minggu saya tak dapat tidur lena kerana batuk. Siapa sangka, selepas ambil sebiji antibiotik, saya dapat tidur lena malam tu.




Makan Gaji

Potluck Raya SBN 2017

8:30 PG

Assalamualaikum

Potluck Raya SBN 2017 | Tahun ini terasa sedikit hambar. Entah kenapa top management diam seribu bahasa bila isu sambutan hari raya diutarakan. Setiap tahun mesti ada sambutan hari raya tau.

SBN Open House 2016

Malah tahun lepas seksyen kami sempat berpotluck. Seronok juga sesekali begitu. Tahun 2017, kami geng kutus SBN berpotluck sempena hari raya. Last minute planning, menjadi. Seorang bawa sedikit-sedikit, bila dikumpulkan jadi banyak.


Round pertama makan. Mee goreng, roti jala, kek coklet dan buah tembikai susu.


Second round, third round, tak payah lah snap gambar. Telan je bagi habis.


Welfie!! Ramai lagi staff tak join. Ramai sebenarnya. Ini sebahagian sahaja di SBN No.6. Semoga ukhwah terus terjalin selama bekerja di sini. Terima kasih semua. Love u all..


Makan Gaji

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting

8:00 PG

Assalamualaikum

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting | Hari Jumaat biasanya cari makan yang sedap-sedap sikit. Tapi, tidaklah setiap kali Jumaat. Kali ini kami pekena Nasi Arab. Lokasi di Restoran Nasi Arab Al-Iqram di Taman Rinting. Lokasi pilihan berdasarkan restoran berdekatan dengan masjid.


Menu ada ditulis di whiteboard di pintu masuk. Menu buku pun ada juga. Oleh kerana kami berlima, kami ambil family package. Ada banyak pakej untuk dipilih. Pilihan kami Pakej A berikutan pakej lain ada yang menu belum siap masak.
Bersama adik-adik engineer. Yang lelaki tu paling muda tau, beza 10 tahun dengan saya.


Seperti biasa, air sampai dahulu. Air percuma jika ambil pakej. Ada beberapa pilihan air percuma di sini. Kami pilih limau ais.


Set telah sampai. Nasi Arab di dalam dulang ini dibahagikan kepada 3 warna berbeza. Tak tahulah setiap nasi ni berbeza ke tidak. Kami main makan je.

Pakej A (Untuk 4 - 6 orang)
Nasi Arab + 2 ayam + 2 kambing + acar jelatah + sup + cicah = RM60

Ok, masing-masing update di media sosial masing-masing.

Oleh kerana hidangan disediakan dalam dulang, kami ambil pinggan sendiri dan makan di dalam pinggan. Siapa nak tambah, ceduk sendiri.

3 warna nasi yang berbeza

Habis akhirnya...alhamdulillah.

Mak orang ni lah yang kena habiskan weh sebab rakan lelaki kami tu dah pergi masjid untuk solat Jumaat. Kalau tak, dialah yang habiskan.


Makan kuih raya pula.

Biskut raya yang ada. Lama juga kami hadap.


Lokasi kedai makan di hadapan Mydin Taman Rinting.


Cuti

Cuti Raya Sudah Approved?

4:00 PTG

Assalamualaikum
Cuti Raya Sudah Approved? | Banyak kerja perlu diselesaikan sebelum cuti raya bermula. Saya apply cuti raya bermula 28/6/17 hingga 30/06/17. 3 hari je tapi kalau campur sabtu dan ahad, lamalah.


Tahun ni cuti raya lama sikit sebab mood bekerja seakan pudar. Bonus tahun ni tak masuk-masuk lagi sebab customer tak bayar payment. Dengar-dengar lebih 6J usd.

Cuti pun dah approved! Yippi! Seronok la beraya kali ni. Say goodbye to work. Kalau nak tahu selama 6 tahun saya mendirikan rumah tangga, ini adalah pertama kali saya bercuti raya agak lama.

Sebab?
Sebab pertama, en.suami selalu perlu stanby kerja. Kerja dia memang macam tu. Makanya, tak perlulah saya bercuti raya lama-lama.
Sebab ke-2, Berkira-kira untuk ambil annual leave, yelah mak-mak ni selalu ambil AL sebab anak-anak masih kecil, perlu bawa ke klinik, tak sihat, macam-macam lah. Tak sanggup nak UPL sebab sayang gaji kena potong. Makanya, selagi boleh kerja, kita kerja.

Makanya, tahun ini tiada alasan lagi. Saya memang nak cuti lama sebab kompeni tempat en.suami bekerja shutdown 10 hari! Bila lagi kami nak beraya sakan kan.

29/06/17 tu ada final inspection tau. Krik...krik..



Makan Gaji

Nasi Ayam Goreng Ulu Tiram

8:00 PG

Assalamualaikum

Nasi Ayam Goreng Ulu Tiram | Pertama kali saya makan di sini, di bawa oleh rakan sekerja aka driver pada hari itu. Masuk je Malaysia selepas training, terus cari tempat makan. Masing-masing kelaparan.
Ini dia, gerai nasi ayam Ulu Tiram di RnR Tuas. Keluar dari tol Tuas tu, singgahlah RnR situ. Ramai orang beratur tau. Tapi, jangan risau, servis memang cepat.


Pilihan saya mestilah nasi goreng ayam sambal. Semua telah tersedia tinggal dihidang sahaja mengikut permintaan pelanggan. Nasi sedap. Sup sedap. Ayam sedap. Sambal pun sedap. Memang tip top. Harga pula sangat berpatutan. Hidangan ini hanya RM6.


Oleh kerana sedap, saya makan habislah. Sempat juga hirup kuah sup. Sedap.


Suka tengok dia makan, penuh berselera. Abam sado kita ni ialah CP engineer bahagian production. Lebih muda 10 tahun daru saya. Adik-adik la.. Dia order nasi ayam goreng sambal ayam lebih. Ayam adalah 2 hidangan berharga RM9 sahaja.


Selesai makan, saya lihat pemilik gerai menggantung lagi ayam di rak kaca tersebut. Nampak tak betapa lakunya nasi ayam di sini. Sekejap je ayam habis, kemudian ditopup semula.



Johor

Mudahnya Buat Pasport di UTC Johor Bahru

10:00 PG

Assalamualaikum
Mudahnya Buat Pasport di UTC Johor Bahru | 16.05.17 - Saya dipaksa buat pasport. Umur dah masuk 33 takde pasport lagi. Kesian kan? Ikutkan hati, memang tak nak buat. Lagipun petty cash kompeni tak cukup, perlu dahulukan duit sendiri dan kemudian baru claim.

Tiba-tiba HOD hulur duit, suruh buat juga. Krik..krik... Emm memang kena buat jugalah. Banyak kerja kat pejabat ni. Memang tidur opis je kang.

Proses Buat Pasport di UTC Johor Bahru:-
1- Cari parking.
2 - Naik tingkat atas dan cari bahagian buat pasport.
3- Terus ke kaunter utama dan nyatakan kedatangan ke situ.
4- Staff bertugas akan beri nombor.
5- Segera ke kaunter apabila nombor giliran dipanggil.
6- Pemakaian tudung yang bersesuaian iaitu warna gelap.
7- Staff akan meminta kad pengenalan diri.
8- Cop jari kiri dan kanan.
9- Tinggi akan diukur.
10- Ambil gambar pasport hitam putih di situ.
11- Data diambil.
12- Selesai, staff akan beri resit dan terus ke kaunter pembayaran.
13- Selesai pembayaran sebanyak RM200, tunggu pasport siap.
Ini adalah resit selepas membuat pembayaran. Pasport akan siap dalam masa 1 jam.

Sementara menunggu pasport siap, kita isi perut dahulu. Perut pun dah lapar kan. Bersama peneman saya hari itu. Peneman saya ni masih single available, boleh roger-roger.


Pasport siap, sila jangan kecam. Muka tak redha tu.

Maka dapatlah saya buat pasport secara percuma sebab kompeni yang support. Kenapa saya dipaksa untuk buat pasport? Sebab saya kena paksa juga untuk attend training di Singapura.

Trainer from FMC

18.05.17 - Ke seberang tambak bertiga. Sampai di sana jam 10 pagi dan keluar dalam 12.15 tengahari. Sekejap je pun. Dalam kepala ni tengah duk fikir nak re-schedule kerja-kerja saya yang dah tertangguh.



Nota Hati : Redha jelah kalau dah nama kerja kan..





Makan Gaji

Nota Hati #5 : Berbaik Sangka

12:00 PTG

Assalamualaikum

Berbaik sangka itu lebih baik,
Ikhlaskan hati,
Ceriakan wajah serta tersenyumlah,
Dan lihatlah hasilnya..


Pernah tak korang rasa macam dada ni nak pecah memendam rasa. Allahuakbar,, sabar ajelah. Tentang tempat kerja, tak adil rasanya dengan apa yang aku lalui ni. Nak pecah dada rasa.. Tapi, apakan daya, hanya mampu meluahkan di sini.

Satu hari nanti kita akan dihargai bila kita dah takde.



Makan Gaji

Green Tea Jasmine

8:00 PG

Assalamualaikum
Green Tea Jasmine | Sampai-sampai tempat kerja, rakan sekerja bagi teh ni. Sebenarnya, cerita tentang teh ni agak lama dulu, tak sangka pula dapat rezeki sekotak teh ni dari dia.

Dia cakap, dia suka teh ni. Sedap. Aromanya pun harum. Yang saya pula, tertanya-tanya juga, teh apa yang sering dia perkatakan ni.


Green tea with natural jasmine keluaran Dimah. 1 kotak mengandungi 20 beg teh. Rasanya macam mana? Rasa dia, rasa teh lah. Ada bau wangi-wangi jasmin. Rasa dia ok, sedap. Terima kasih sangt-sangat pada yang memberi.




Makan Gaji

Selesaikan Kerja Sebelum MC

8:00 PG

Assalamualaikum


Selesaikan Kerja Sebelum MC | 17.04.2017 - Malam tu badan memang dah rasa lain macam. Mula dedar. Saya duga, kemungkinan berjangkit dengan Cik Aisyah yang demam on off dari hari khamis.

Kuatkan juga diri bangun di pagi hari. Goreng karipap untuk jualan. Tak best rasa bila tak jual sebab ramai yang bertanya karipap saya tu. Kemudian, masuk bekerja seperti biasa setelah menghantar anak-anak.

Banyak kerja perlu diselesaikan. Pagi-pagi perlu check weight record, pantau progress projek besar. Dibuatnya ada under weight, over weight, contract weight tak achived, matilanak! MDR/MDB (manufacturing data record/book) perlu disiapkan untuk final inspection esok dan tulat (18 & 19.04.17). Ha..emmm.. 

Setelah selesai kerja di pejabat, bergegas ambil surat klinik dari receptionist dan pergilah ke klinik panel.



Saya syak sebab saya terlebih minum air Jus Mangga Pran yang sedap tu. Hahaha... Maka, merasalah MC bulan ni dan dengan rasminya terbanglah elaun kedatangan saya. Huhuhu..




Makan Gaji

Latihan Kebakaran Di Seksyen CP

8:00 PG

Assalamualaikum
22.03.2017 - Tarikh yang dipilih untuk seksyen kami menjalani latihan kebakaran. Ketika ini hampir jam 11 pagi. Panas berdenting uiii.. Latihan diadakan bertujuan untuk memastikan semua pekerja tahu di mana check point harus dituju bila berlaku kebakaran.


Sampai check point mesti beratur mengikut department masing-masing. Kemudian, tunggu nama dipanggil oleh person incharge. Tujuannya, untuk mengenalpasti pekerja yang tiada /  tidak turun ke check point.



Latihan berjalan dengan lancar. LULUS kerana masing-masing sampai ke check point kuranga dari masa kecemasan yang ditetapkan. Tahniah buat kami.


Makan Gaji

Sekilo Setiap Hari

8:00 PG

Assalamualaikum


Sekilo Setiap Hari | Meninjak usia 33 ni, lemak-lemak dah mula tepu. Sudah dah nak susut berat ni. Senang je nak timbang berat badan ni. Naik je penimbang kat production. Accurate because calibrate every year.

 ~ Sebelum ~

~ Selepas ~

Apa yang sebelum dan selepas ye?

?

?

?

?


Ni ha, safety shoes je buat berat,. Hehehe..

Sebelum dan selepas buka safety shoes.



Nota Hati : Nak fit please...



Makan Gaji

Makan 3 Bulan Sekali #2

9:00 PG

Assalamualaikum


Makan 3 Bulan Sekali #2 | Seperti biasa, makan-makan percuma setiap 3 bulan sekali. 1 kepala RM10. Ini pun sudah terlajak bulan. Keterlupaan. Oleh kerana agak lambat untuk dapat cash, kami order je terus dengan kedai makan yang selalu ambil tempahan makanan dengan tempat kerja kami, terus masuk invoice diorang.

Menu simple, Nasi jagung, Ayam masak merah, Acar, Pisang dan air kotak. Semua siap bungkus, malas nak mengemas katakan.. Hehehe..


Menu kedai makan ni sentiasa sedap-sedap, jarang mengecewakan.

Lunch Box Nasi Beriani

Makan 3 Bulan Sekali


Kawan

Luncheon Di Cawan Mas Masai

10:58 PG

Assalamualaikum


Luncheon Di Cawan Mas Masai | Sebut Cawan Mas, rata-rata sudah tahu, cafe kopitiam ini memang sudah lama bertapak.

Saya agak jarang ke tempat macam ni sebenarnya, lebih selesa makan makanan melayu. Almaklum, tekak melayu kan. Tapi, tak salah sesekali tukar selera. Bila pergi ke cafe sebegini, apa yang saya tahu kopi dan roti bakar je. Tu je tekak rasa sedap.

Oleh kerana, waktu makan tengahari, mana kenyang setakat makan roti bakar kan? So, follow jelah kawan order apa yang sedap.

Kredit to Google


Ini adalah menu pilihan kami. Saya mahukan makanan yang ringkas untuk dimakan, tak mahu berkuah kerana khuatir lambat sejuk, sekaligus mengambil masa yang lama untuk makan.



Kalau ditanya, menu apakah ini, jawapan saya, tak ingat. Uhh...tidak membantu langsung kan? Air pilihan dia, air kopi 3C, mana kala saya punya lemon wheat grass yang berwarna hijau tu. Serius sedap! Memang recommend.

Makan apa-apa pun sedap bila orang belanja. Tepek sekeping muka kawan seperjuangan, sama umur, sama masuk kerja tapi lain department.



Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi

Cawan Mas Seri Alam
Lot VII, Today's Market
PTD 111519, Jalan Suria 1,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor

Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam setiap hari





Makan Gaji

Tips Telur Rebus Cantik Mulus

9:00 PG

Assalamualaikum


Kadang kala kita tak perasan akan hal yang kita lakukan meskipun ianya kecil tapi ia boleh buat kita gembira. Macam saya, sangat suka kupas telur rebus. Bukan telur yang orang lain rebus, tapi telur yang saya rebus sendiri.

Tip untuk mendapatkan telur rebus dikupas cantik:

Rebus telur selama 10 minit. Kemudian, terus angkat dari dapur dan buang air panas tersebut. Rendamkan terus dengan air paip. Bilas beberapa kali untuk hilangkan air panas dari telur. Lepas tu.....kopek lah dengan senang hati.


Dengan hanya mengupas telur, aktiviti simple ini boleh buat saya gembira dan bahagia. Bila telur yang dikupas tidak melekat pada isinya, saya berangan dan mengimpikan kulit saya umpama telur yang dikupas. Cantik je,, mulus je telur-telur ni. Geram sangat-sangat. 

Teringin nak dapat kulit gebu cantik mulus bak telur dikupas. Haihhh,,jauhnya berangan. Sedar-sedar tertuang pula air dalam mangkuk santan pekat melekat keluar dari kotak. Haihhhh...dah kenapa tuang air dalam santan pekat tu? Blurr kejap..

Sebenarnya, telur rebus tu untuk nasi lemak saya. Saja masak suka-suka sedekah kat kawan-kawan pada Jumaat lepas, 4 November 2016. Tak banyak pun buat, adalah 12 bungkus. Baki, bekalkan budak-budak dan tinggalkan untuk tuan rumah sikit dalam pengukus. Balik kerja nanti tinggal panaskan pengukus je.

Sebahagian yang belum tutup, baru ingat nak snap gambar..


Harap-harap kenalah dengan tekak diorang. 


Jalan-jalan

Shell Out Sedap dan Murah Hanya di Warong Mak Eton

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebut je shellout pasti terbayang makanan laut yang dimasak sedap. Kemudian, dibentang atas hamparan plastik. Woiittt..meleleh air liur!

Dengan harga makanan laut sekarang yang agak mahal. Silap pilih tempat memang ternganga nak membayornya.

Bila bercerita tentang makanan, rata-rata akan memilih makanan yang sedap dan murah. Jadi peniaga ni memang sakit kepala layan tekak pelanggan yang pelbagai. Ada yang sedap tapi harga cekik darah, ada yang murah sedap tapi nak dapatnya pula agak payah. Tapi, zaman sekarang ni, yang tak sedap tu memang bersepah je jual.

Destinasi Shell Out kali ini hanya di Warong Mak Eton di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Warong ini hanyalah warong kampung tapi sedap hingga menjilat jari!

Untuk santapan bajet tapi berbaloi, hanya RM20 untuk 1 set. 1 set untuk dua orang makan. Memang ternyata jimat di situ. 1 kepala hanya  perlu bayar RM10. Nasi putih dan air adalah PERCUMA.

Untuk tempahan pula, mereka masak berdasarkan menu apa yang kita mahu. Mereka akan terangkan makanan laut apa yang mereka masak untuk 1 set tersebut. Nak lebih sayur boleh, tak nak sayur pun boleh. Kiranya, tempahan berdasarkan pilihan kita juga, bergantung pada harga RM20 tersebut.


Kami tempah dahulu sebelum pergi. Bukan apa, takut lambat masuk kerja semula. Sampai-sampai, meja masih kosong dan kami adalah pelanggan pertama. Oleh kerana kami sudah membuat tempahan, hidangan kami sudah siap dimasak dan tunggu untuk dihidangkan je.

Sedap sangat. Rasa berbaloi makan kat sini. Memang kena dengan tekak saya. Udang masak butter dia pun sedap.

Warong mulai dibanjiri pelanggan.


Ini antara menu-menu di Warong Mak Eton. Bolehlah korang planning nak makan apa nanti.


Menu lain kalau nak order.




In sha Allah akan repeat makan kat sini lagi.

Warong Mak Eton
Alamat : Jalan Tenteram, Kg. Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang.

Untuk tempahan : 017-8412 331 / 017-7020 979