Makan-makan

Asam Pedas Terbaik di Seri Alam Johor

10:00 PG

Assalamualaikum

Asam Pedas Terbaik di Seri Alam Johor | Johor memang terkenal dengan masakan asam pedas. Kebiasaannya menu asam pedas saya menggunakan ikan sembilang atau ikan mayong. En.suami penggemar asam pedas ikan sembilang.

Kalau ada ke Seri Alam Masai, apa kata korang cuba asam pedas di kedai ini. Kedai makan ini terletak di tengah kawasan bandar Seri Alam (kawasan bank dan deretan kedai). Lokasi kedai ini sebaris dengan Pasaraya Sakan. Korang akan nampak signboard Asam Pedas.

Menu pilihan bos kami adalah set Asam Pedas Ikan Merah. Set ini didatangi dengan nasi putih dan semangkuk asam pedas. Bahagian kepala tu dia punya sorang. Kitorang makan bahagian isi.


Ini bahagian bos kami. Dia bedal 2 pinggan nasi uii.


Inilah geng isnin hingga jumaat saya. Sporting morting. Tempat meluahkan rasa pasal kerja dan sewaktu dengannya.



Makan-makan

Dinner di Mewah Cafe Today's Market

8:00 PG

Assalamualaikum

Dinner di Mewah Cafe Today's Market | Bulan lepas punya cerita ni. Godek-godek galery dalam handphone, terjumpa gambar-gambar ni.

Kisah bulan lepas semasa emak dan abah datang bertandang. Kawasan perumahan saya dengan Seri Alam sebelah-sebelah je. Mula-mula kami ke D'Cabin, tapi memandangkan ramai yang menunggu ditambah pula hujan renyai, kami ke Today's Market ajelah.

Menu pilihan kami untuk tetamu.




Abah kata, takyah order banyak-banyak sangat sebab sudah malam.

Mewah Cafe terletak bersebelahan Today's Market. Makin malam, makin meriah di sini. Mewah Cafe juga dibuka dari tengahari. Pelbagai pilihan makanan ada di sini.


Makan-makan

Jom BBQ & Steamboat Thai Kafe

9:00 PG

Assalamualaikum

Jom BBQ & Steamboat Thai Kafe | Thai Kafe popular dengan BBQ dan steamboat. Untuk sesi BBQ & steamboat bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Thai Kafe dibuka bermula jam 12 tengahari di mana waktu tengahari kafe menyajikan makanan panas.


Saya dan bff makan tengahari berdua di sini. Kami order menu berasingan tetapi makan sama-sama.


Teh O Ais Limau. Cantik pula. Jangan lupa kacau dulu sebelum minum!


Menu pilihan kami. Nasi putih + tomyam dan nasi putih + udang butter.

Restoran ini luas, bersih dan selesa. Meja yang disediakan juga banyak. 


JOM BBQ & Steamboat (Restaurant Halal)

Harga dan masa terkini adalah seperti rujuk di bawah;

Dewasa - RM32
Kanak-kanak - RM16 ( 130cm ke bawah)

Rehat pada Isnin

Selesa - Khamis : 12:00pm-6:00pm (Thai Kafe)
                                        : 6:00pm-11:00pm (BBQ & Steamboat)

Jumaat               : 2:00pm-6:00pm (Thai Kafe)
                                         : 6:00pm-11:00pm (BBQ & Steamboat)

  Sabtu - Ahad    : 12:00pm-5:00pm (Thai Kafe)
                                          : 5:00pm-11:00pm (BBQ & Steamboat)
 
Alamat : 
43-45, Jalan Suria 1/1, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Untuk keterangan lanjut dan promosi terkini, boleh ke FB : jombbqsteamboat


Makan-makan

Lunch di Onion & Garlic Cafe

8:00 PG

Assalamualaikum
Lunch di Onion & Garlic Cafe | Cafe ini terletak di Sierra Perdana. Dari highway memang nampak kedai makan ni. Pertama kali makan di sini waktu tu masih mengandungkan Alif. Ini kali ke-2 makan di sini meskipun hanya belakang rumah.

Jom kita survey menu yang best-best di sini.


Cafe ini agak selesa. Recommended kalau korang nak bawa keluarga makan di sini. 
Ada button for assistance atas setiap meja. Memudahkan pelanggan untuk order dan membayar bil.

Inilah yang kami order. Menu saya dan en.suami sama sebab menu pilihan saya kebetulan takde. Maka, makan je apa yang ada.


Presentation memang thumb up. Dari segi rasa pula, memang sedap dan memuaskan.

FB : Onion & Garlic

Makan-makan

Lunch di Awang Kitchen Seri Alam

8:00 PG

Assalamualaikum

Lunch di Awang Kitchen | Awang Kitchen baru dibuka bermula penghujung September tempohari. Kedai makan ini menyajikan sajian utara. Nama menu pun ada Tok dan Nek.

Saya makan Laksa Utara. Rasanya sama je dengan Laksa Penang.


Ini pula menu pilihan rakan-rakan.

Nasi Ayam

Mi Kari

Cendol Pulut

Kami singgah makan pada 1.10.17 tempohari, baru beberapa hari beroperasi. Suasana kedai agak menenangkan dan selesa.

Dari segi rasa, banyak yang perlu diperbaiki. Awang Kitchen terletak di Seri Alam, kedai-kedai baru berhadapan KFC Seri Alam, Masai.


Makan Gaji

Potluck Raya SBN 2017

8:30 PG

Assalamualaikum

Potluck Raya SBN 2017 | Tahun ini terasa sedikit hambar. Entah kenapa top management diam seribu bahasa bila isu sambutan hari raya diutarakan. Setiap tahun mesti ada sambutan hari raya tau.

SBN Open House 2016

Malah tahun lepas seksyen kami sempat berpotluck. Seronok juga sesekali begitu. Tahun 2017, kami geng kutus SBN berpotluck sempena hari raya. Last minute planning, menjadi. Seorang bawa sedikit-sedikit, bila dikumpulkan jadi banyak.


Round pertama makan. Mee goreng, roti jala, kek coklet dan buah tembikai susu.


Second round, third round, tak payah lah snap gambar. Telan je bagi habis.


Welfie!! Ramai lagi staff tak join. Ramai sebenarnya. Ini sebahagian sahaja di SBN No.6. Semoga ukhwah terus terjalin selama bekerja di sini. Terima kasih semua. Love u all..


Makan Gaji

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting

8:00 PG

Assalamualaikum

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting | Hari Jumaat biasanya cari makan yang sedap-sedap sikit. Tapi, tidaklah setiap kali Jumaat. Kali ini kami pekena Nasi Arab. Lokasi di Restoran Nasi Arab Al-Iqram di Taman Rinting. Lokasi pilihan berdasarkan restoran berdekatan dengan masjid.


Menu ada ditulis di whiteboard di pintu masuk. Menu buku pun ada juga. Oleh kerana kami berlima, kami ambil family package. Ada banyak pakej untuk dipilih. Pilihan kami Pakej A berikutan pakej lain ada yang menu belum siap masak.
Bersama adik-adik engineer. Yang lelaki tu paling muda tau, beza 10 tahun dengan saya.


Seperti biasa, air sampai dahulu. Air percuma jika ambil pakej. Ada beberapa pilihan air percuma di sini. Kami pilih limau ais.


Set telah sampai. Nasi Arab di dalam dulang ini dibahagikan kepada 3 warna berbeza. Tak tahulah setiap nasi ni berbeza ke tidak. Kami main makan je.

Pakej A (Untuk 4 - 6 orang)
Nasi Arab + 2 ayam + 2 kambing + acar jelatah + sup + cicah = RM60

Ok, masing-masing update di media sosial masing-masing.

Oleh kerana hidangan disediakan dalam dulang, kami ambil pinggan sendiri dan makan di dalam pinggan. Siapa nak tambah, ceduk sendiri.

3 warna nasi yang berbeza

Habis akhirnya...alhamdulillah.

Mak orang ni lah yang kena habiskan weh sebab rakan lelaki kami tu dah pergi masjid untuk solat Jumaat. Kalau tak, dialah yang habiskan.


Makan kuih raya pula.

Biskut raya yang ada. Lama juga kami hadap.


Lokasi kedai makan di hadapan Mydin Taman Rinting.


Makan-makan

Kejadian Sebelum Hari Raya

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kejadian Sebelum Hari Raya | Terkubur niat setiap kali nak update blog. Malas yang amat. Penat beraya dan melayan tetamu. Agak sibuk jugalah. Raya kali ni terasa sakan sangat sebab tak pernah beraya lama macam ni. Selalu en.suami naik kerja awal dan saya juga.

Bila Dah Beraya

Sebelum balik rumah pak dan mak mertua, menantu mithali haruslah bawa juadah sikit. Memandangkan berbuka puasa untuk kali terakhir di ramadan kali ini, saya masak rendang ayam sikit. Habiskan stok dalam peti ais. Ayam separuh ekor je.

Di malam hari pula, siap-siap untuk memasak juadah hari raya pula. Pak mertua masak rendang kambing. Kami tolong sediakan bahan je.

En.suami gigih menumbuk jintan manis dengan lesung batu. Orang-orang tua tak kasi pakai blender. Tumbuk ye...


Abang ipar bujang teruna ni, sedang menggaul rendang kambing dalam kuali belakang rumah.


Kisah di pagi raya pula, kami bertungkus lumus pula memasak nasi berserai. Macam biasalah, saya tukang sediakan bahan je. Kakak ipar yang sulung yang memasaknya.


Ketupat dan rendang ayam mak mertua ada dah siap masak dah. Pagi raya tu tinggal panaskan je. Korang pula menu apa di pagi raya?




Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama

8:00 PG

Assalamualaikum
Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama | Masing-masing memberikan komitmen yang terbaik. Dalam kesepakatan, menu-menu adalah pilihan masing-masing dan telah diberitahu awal bagi mengelakkan menu yang sama. Lagipun, untuk suka-suka kan. Seorang satu juadah sudah memadai.

Sementara menanti yang lain hadir, kami berbual-bual sesedap rasa. Agak-agak haus, minumlah air sirap air tangan Kak Eda Kisah Si Diary.


Sambil berbual, sambil tangan berjalan. Ada yang tolong ikat plastik sampah dan ada yang menyusun hidangan. Banyak juga juadah bila disusun macam ni.




Sayur kobis goreng dan ayam goreng disediakan oleh Kak Eda dan Mak Lin. Bahan Lin sediakan, manakala Kak Eda selaku tukang masak.

Nasi putih dan setong air sirap sejuk juga disedikan oleh Kak Eda yang merupakan orang kuat JDT Blogger.


Karipap inti kentang & telur ni semestinya dari saya. Buat tambahan, saya bawa air kotak yeo's perisa anggur dan beberapa botol air mineral. Senang nak teguk kalau botol kecil ni.


Sandwich dua perisa. Satu bekas sandwich telur mayonis. Satu bekas lagi sandwich sardin. Sandwich dua beradik ni air tangan Juju. Saya suka sandwich telur dia. Sedap. Sekali ngap 2 ketol.


Ketam masak sambal air tangan Uyul. Jauh ketam ni berjalan, Batu Pahat mari. Mestilah sedap. Pedas-pedas manis rasa ketam gitu.


Ketam masak lemak pula dari Kak Hernee. Menu yang dinanti ramai. Sedap hirup kuahnya.


Asam Pedas Ikan Mayong yang memang sedap menjilat jari ni mestilah dari Mama. Memang dah lama teringin rasa asam pedas Mama sebab Mama selalu share gambar asam pedas dia. Lagi satu, suka sangat-sangat Mama dan hubby dia bersama-sama sentiasa.

Pavlova mini dari anak Mama. Sedap! Buah pun banyak.


Sambal Tempoyak Ikan Bilis dari Kak Seri. Saya tak dapat rasa sebab dah kelam kabut nak rasa mana satu dengan 2 anak. Hahaha.. Yang merasa, semua cakap sedap. Kena cuba juga ni.


Buah tembikai dan koktel dari Kak Mia. Dah kenyang makan berat, kita hirup koktel pula. Memang sedap minum sejuk-sejuk. Lega je rasa tekak kan..

Buah tembikai merah tu manis tau. Serius sedap. Rajin pula tu Kak Mia potong macam ni, senang nak makan.


Kek buah kukus dari Fai. Fai memang sentiasa ambil order untuk kek buah kukus. Sempena raya yang bakal menjelang, boleh la contact-contact Fai untuk order ye. Saya dah order 2 kali. Sedap. Kek buah Fai ni moist dan penuh buahnya.


Keropok dari Nona. Ini dulu yang kami anak beranak serbu dulu. Tujuan aku, nak mengelakkan budak-budak merengek. Lagipula, anak-anak memang suka makan keropok ikan macam ni. 


Nona Manis yang cantik rupanya dibawa oleh Mak Suzlin. Sedap dan manis sesedap rasa. Memang sedap, tak tipu.


Meriah kan makanan ni semua? Memang juling mata nak makan yang mana sambil melayan anak masing-masing.