Makanan

Kopi Bubuk Kapal Tanker

8:00 PG

Assalamualaikum

Kopi Bubuk Kapal Tanker | Kalau di Malaysia terkenal dengan Kopi Kapal Api, di negara jiran pula terkenal dengan Kopi Kapal Tanker.

Kopi ini pemberian Pak Rudi, Production Manager CP yang datang dari Batam untuk support production di sini.

Banyak perubahan yang dia lakukan di sini. Tak sangka pula dapat sepeket kopi kaw ni.


Kopi kampung yang pekat. Serius sedap minum kopi O panas di petang hari.


Saya buat sejug kecil dan minum berdua laki bini. 



Makanan

Mamee Monster Biskidz Kudapan Berlemak Manis

8:25 PG

Assalamualaikum

Monster Biskidz Kudapan Berlemak Manis | Sedap juga rasa biskut ni. Rasanya lemak manis berkrim. Seolah rasa susu.


Ada 8 keping biskut di dalam 1 pek. Kepingannya agak nipis dan mudah rapuh. Dapat dek budak-budak memang punah direnyuknya.

Pek mini ini memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Buat bekalan untuk alas perut.

Makanan

Etsumell Susu Kambing Coklat + Oat

8:00 PG

Assalamualaikum

Etsumell Susu Kambing Coklat + Oat | Etsumell merupakan rumusan khas berasaskan susu kambing sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi campuran unik lengkap dan seimbang membekalkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh bagi kesejahteraan dan gaya hidup aktif.


Susu kambing Etsumell sesuai untuk kanak-kanak, wanita hamil/berpantang, wanita menyusu, remaja dan dewasa/warga emas.

Khasiat Semulajadi Etsumell

Isi kandungan
Susu kambing, DHA, Oat, krimer tanpa tenusu, serbuk koko, delima, madu, kurma, gam arab, habatus sauda, kismis, ekstrak biji aprikot dan gula perang.

❤Susu Kambing❤
Tahukan anda, susu kambing merupakan ;
- Susu yang paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila).
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

❤Habbatussauda ❤
Diketahui bahawa habbatussauda memiliki manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh, diantaranya:
- Dapat mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis.
- Dapat membantu dalam menstabilkan kadar gula darah di dalam badan.
- Dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Dapat mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser di dalam badan kerana di dalam habbatussauda terdapat kandungan thymoquinone dan juga thymohydroquinone yang merupakan salah satu kandungan senyawa antikanser.
- Dapat membantu melancarkan buang angin, kerana kandungan senyawa di dalam habbatussauda dapat bersifat karminatif.
- Dapat mengatasi sakit perut
- Dapat menghangatkan badan, sehingga dapat mencegah masuk angin.
- Mengatasi masalah pencernaan.

❤Oat❤
Salah satu bahan istimewa yang terkandung di dalam nya adalah oat. Susu kambing sendiri mudah dihadam, bertambah pulak khasiat fiber dari oat, in sha Allah membantu mengatasi masalah sembelit dan juga memberi kesan rasa kenyang serta tenaga yang lebih lama.

❤DHA❤
Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
- Meningkatkan daya fokus.
- Perkembangan otak yang baik.
- Menajamkan penglihatan.
- Meningkatkan sistem imun
- Mencegah ekzema
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.
Selain itu, pengambilan Etsumell dengan tambahan OAT yang ternyata mengandungi serat/fiber yang tinggi membantu korang untuk rasa kenyang lebih lama tapi tetap bertenaga sepanjang hari.

Bukan untuk kesihatan sahaja tapi rasanya sedap dan 100% organik tanpa pewarna,perasa atau bahan tiruan diyakini selamat.


Arahan Penggunaan Etsumell
Campurkan 3 sudu susu dengan 120ml air suam. (Pencedok disedikan di dalam kotak).

Arahan Penyimpanan Etsumell
- Sila simpan pek di tempat yang kering sebelum dan selepas dibuka.
- Lipat dan klipkan bahagian yang telah dibuka.
- Simpan di dalam tin atau bekas kedap udara. Pastikan bekas ditutup rapi.
- Jangan bekukan serbuk susu dan elakkan haba yang berlebihan.
- Untuk memastikan kesegaran, gunakan kandungan dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka.

Testimoni Etsumell





Saya dah cuba susu kambing Etsumell ni. Rasa coklat yang sedap tanpa bau hamis. Anak-anak pun sukakan rasanya. Memang sedap.


Bahagian atas kotak ada kupon untuk dikumpul. So, sebelum kotak dibuang, pastikan korang dah simpan kupon ni. Rugilah kalau tak kumpul sebab korang boleh tebus kupon tersebut dengan susu Etsumell ni.


Untuk keterangan lanjut, boleh ke


Johor

Putu Bambu Juriah Ayer Hitam

8:00 PG

Assalamualaikum

Putu Bambu Juriah Ayer Hitam | Kesedapan putu bambu di sini telah lama diperkatakan ramai. Sejak dari zaman sebelum wujudnya VIRAL. Dulu, dia cuma berniaga di tepi jalan. Di tepi jalan di lokasi yang sama. Zaman saya belum ada kereta 8 tahun lalu pun ia sudah ada sebab lokasinya berdekatan dengan stesen bas.

Otw pulang ke JB dari kampung halaman, kami singgah la sekejap untuk merasai sendiri putu bambu ni. Masa parking, tidak berapa ramai meskipun perlu beratur. Tidak lama kemudian, panjang giler orang beratur di belakang kami. Cuaca panas melenting pun tidak mematahkan semangat mereka untuk beratur tau.

Kenangan Aidiladha 1438H


Untuk membeli putu bambu ini, perlu beratur di kaunter. 1 set ada 6 pcs berharga RM3. Tak silap sayalah (terlupa pula).


Inillah dia Putu Bambu Juriah yang fofuler tu. Kami beli 2 set. Panas-panas lagi ni. Sempat juga masuk mulut seketol. Sedap. Kelapa dia melimpah ruah, tak kedekut.


Lokasinya di lampu trafik simpang 4 menghala ke Kluang. Memang nampaklah kedai ni dari jauh.


Makanan

ABC Tembikai Viral di Sierra Perdana

10:41 PG

Assalamualaikum

ABC Tembikai Viral di Sierra Perdana | Terkejut juga bila ada makanan viral di tempat sendiri dan sendiri tak tahu akan kewujudannya. Patutlah nampak banyak je kereta berhenti di tepi jalan, orang beratur menunggu giliran, rupanya ada ABC Tembikai Viral.

Apa tidaknya sudah viral di FB Persatuan Muafakat Johor lagi. ICE MELON UNCLE.

Seperti biasa, kami ni kalau benda viral-viral memang tunggu reda dahulu. Minggu lepas, singgah lah tapau ABC Tembikai ni memandangkan rumah kami pun dekat sahaja dari lokasi gerai.


Berita gembira buat warga Masai & sekitarnya. Kini anda boleh nikmati ABC Tembikai di Tempat anda. Harga murah jer!! Satu set tembikai saiz S pun boleh makan sampai 3 orang.

Harga mengikut saiz (S/M/L) berikut :
✔️ Tembikai Merah saiz S : RM7.00
✔️ Tembikai Susu saiz S : RM5.00
✔️ Tembikai Kuning saiz S : RM8.00

Untuk saiz M : RM14
Untuk saiz L : RM22
Lokasi :
Alamat lebih tepat;
❤ Jalan Sierra Perdana 1/4, Taman Sierra Perdana, Johor.
Waktu Operasi :
 12.00 tgh hingga 7.00 malam
 Buka Hari-hari 


Pada saya, rasa dia biasa sangat cuma ada tembikai kan, sedap makan tembikai je kot. Ais parut dia cepat cair sebab rumah kami yang sekangkang kera tu pun, sampai rumah dah cair.

Bahan-bahan lain, ok cuma bahan-bahan seperti sirap, susu dan coklet agak cair. Bila makan, rasa tawar lah dah benda cair.

Bandingkan dengan harga, perlu diperbaiki dari segi rasa dan tahap kecairan ais parut tu.

Makan Gaji

Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira

12:00 PTG

Assalamualaikum

Makanan Yang Boleh Buat Rasa Gembira | Saya mengaku sejak beberapa minggu ini saya rasa nak makan je. Dah tak fikir nak kurus, nak control makan. Dan dua kali jugalah saya makan KFC dalam seminggu.

Pada saya KFC boleh buat hati saya gembira, menenangkan dan bahagia. Lagi-lagi bila dapat ratah ayam gorengnya.

Saya beli set jimat box. Sebab nak ratah seketul ayam dan dalam masa yang sama nak ratah yang lain-lain juga. Pastu, air gas tak nak tinggal. Rasa nak minum nak minum. Mungkin kerana minggu lepas jadual terlalu padat. Rasa letih otak, penat dan sedikit stress.

Sampai tahap sakitnya kepala!!! Bukan pening ke apa tapi sebab letih. Ada satu hari saya terpaksa stayback dan turun padang untuk pantau anode sebelum loading. Selalu stayback sebab prepare report je.

Tapi, bila perlu stayback sebab nak pastikan barang keluar tanpa ada masalah, penat pula rasanya. Bukan setakat basah ketiak, rasa ketiak segala hangit. Mau taknya kalau dari selepas asar bawa ke maghrib  jam 7.30pm baru melangkah keluar pejabat.

Ni set jimat box F

Ni pula set jimat box E

Bahagia lain macam tau bila dapat layan KFC. Rasa jiwa kembali tenang dan ada kekuatan untuk terus berkerja. 


Makanan

Daging Rendang Liat

2:00 PTG

Assalamualaikum

Daging Rendang Liat | Memang niat nak masak rendang dari sebelum habis bulan Syawal tapi kesibukan membataskan segalanya. Chewahh...

Tempohari minta En.suami beli daging sekilo. Gian nak masak rendang tapi sampai ke sudah daging terus membeku. Huhu..

Semalam, gigih juga memotong, membersihkan serta memasak rendang. Tapi, En.suami beli daging bahagian apa ntah, banyak sangat urat dan lemaknya.

Saja berkongsi gi group FB MAHN yang super duper glamer tu. Pagi ni dah dapat 694 likes! Nanti saya akan kongsikan tip melembutkan daging yang liat dari facebooker yang sudi drop komen di post saya tu. Kena baca dan senaraikan semua tip ni.


Inilah bekalan yang saya bawa ke tempat kerja hari ini. Nasi jagung, ayam masak merah dan rendang daging liat.





Makanan

K Pop Kimbap

8:33 PG

Assalamualaikum

K Pop Kimbap | Minggu lepas ada rakan sekerja ajak order kimbap. Apa lgi, order jugalah. Sebab belum pernah rasa lagi. Apa itu kimbap? Kimbap merupakan makanan Korea. Seakan sushi yang berasal dari Jepun. Cuma pencicahnya yang agak beza sedikit. Peminat kimbap mesti lebih tau.

Peminat kimbap sekitar Pasir Gudang, Masai dan Johor Bahru boleh cuma K Pop Kimbap ni. Ada pelbagai set bagi memudahkan penghantaran.



Apa yang saya order?
Saya order cheezy kimbap mix saiz kecil. Cheezy set, Set C (berkembar) berharga RM8.50.



Pertama kali saya makan kimbap. Pada saya lebih kurang makan sushi cuma mungkin isinya yang berbeza. Pencicah yang disediakan sekali seakan sambal kicap (pek berwarna hitam) dan cheese (pek berwarna kuning) seakan cheezy di kepci.

Order di mana?



Makanan

Lemang Periuk Kera

8:00 PG

Assalamualaikum

Lemang Periuk Kera | Pertama kali saya makan. Itu pun sebab saya ikut Marhaban di kampung tempohari. Sebelum ni hanya nampak di Fb sahaja.

Pertama kali menjamahnya, wahhhhh sedap sungguh. Cara makannya, kupas kulit periuk kera tu dan makan isinya bersama rendang.

Habis seketul saya makan. Lainlah rasa dengan lemang biasa dalam buluh tu. Lemang periuk kera lebih sedap pada saya. Rasa dia lemak-lemak manis. Tambah pula cicah dengan rendang daging yang sedap. Kalau bukan marhaban, nak je tambah lagi.


Makanan

Kepak Ayam Madu

4:00 PTG

Assalamualaikum
Kepak Ayam Madu | Dek nak suruh budak kecik ni makan,  gara-gara demam tempohari, saya beli kepak ayam madu di simpang jalan.
Mahal juga rupanya kepak ayam madu ni. Saya beli 4 ketol je. Mujur Alif ada selera makan.

Tengoklah betapa berseleranya dia. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia makan, tak menolak kepak ayam madu ni.


Nak perap sendiri? Rempah ayam madu ini sangat membantu. Produk melayu johor yang semestinya sedap.


Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama

8:00 PG

Assalamualaikum
Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama | Masing-masing memberikan komitmen yang terbaik. Dalam kesepakatan, menu-menu adalah pilihan masing-masing dan telah diberitahu awal bagi mengelakkan menu yang sama. Lagipun, untuk suka-suka kan. Seorang satu juadah sudah memadai.

Sementara menanti yang lain hadir, kami berbual-bual sesedap rasa. Agak-agak haus, minumlah air sirap air tangan Kak Eda Kisah Si Diary.


Sambil berbual, sambil tangan berjalan. Ada yang tolong ikat plastik sampah dan ada yang menyusun hidangan. Banyak juga juadah bila disusun macam ni.




Sayur kobis goreng dan ayam goreng disediakan oleh Kak Eda dan Mak Lin. Bahan Lin sediakan, manakala Kak Eda selaku tukang masak.

Nasi putih dan setong air sirap sejuk juga disedikan oleh Kak Eda yang merupakan orang kuat JDT Blogger.


Karipap inti kentang & telur ni semestinya dari saya. Buat tambahan, saya bawa air kotak yeo's perisa anggur dan beberapa botol air mineral. Senang nak teguk kalau botol kecil ni.


Sandwich dua perisa. Satu bekas sandwich telur mayonis. Satu bekas lagi sandwich sardin. Sandwich dua beradik ni air tangan Juju. Saya suka sandwich telur dia. Sedap. Sekali ngap 2 ketol.


Ketam masak sambal air tangan Uyul. Jauh ketam ni berjalan, Batu Pahat mari. Mestilah sedap. Pedas-pedas manis rasa ketam gitu.


Ketam masak lemak pula dari Kak Hernee. Menu yang dinanti ramai. Sedap hirup kuahnya.


Asam Pedas Ikan Mayong yang memang sedap menjilat jari ni mestilah dari Mama. Memang dah lama teringin rasa asam pedas Mama sebab Mama selalu share gambar asam pedas dia. Lagi satu, suka sangat-sangat Mama dan hubby dia bersama-sama sentiasa.

Pavlova mini dari anak Mama. Sedap! Buah pun banyak.


Sambal Tempoyak Ikan Bilis dari Kak Seri. Saya tak dapat rasa sebab dah kelam kabut nak rasa mana satu dengan 2 anak. Hahaha.. Yang merasa, semua cakap sedap. Kena cuba juga ni.


Buah tembikai dan koktel dari Kak Mia. Dah kenyang makan berat, kita hirup koktel pula. Memang sedap minum sejuk-sejuk. Lega je rasa tekak kan..

Buah tembikai merah tu manis tau. Serius sedap. Rajin pula tu Kak Mia potong macam ni, senang nak makan.


Kek buah kukus dari Fai. Fai memang sentiasa ambil order untuk kek buah kukus. Sempena raya yang bakal menjelang, boleh la contact-contact Fai untuk order ye. Saya dah order 2 kali. Sedap. Kek buah Fai ni moist dan penuh buahnya.


Keropok dari Nona. Ini dulu yang kami anak beranak serbu dulu. Tujuan aku, nak mengelakkan budak-budak merengek. Lagipula, anak-anak memang suka makan keropok ikan macam ni. 


Nona Manis yang cantik rupanya dibawa oleh Mak Suzlin. Sedap dan manis sesedap rasa. Memang sedap, tak tipu.


Meriah kan makanan ni semua? Memang juling mata nak makan yang mana sambil melayan anak masing-masing.




Makanan

Nutri Bar with Sunflower Seeds

8:00 PG

Assalamualaikum
Nutri Bar with Sunflower Seeds | Terbeli juga akhirnya bila hari-hari terpandang beg berisi pek nuti bar ini di surau. Strategi berniaga kan. Letak je dulu, beli tak beli belakang cerita. Sebelum ni saya pernah makan yang jenis sangai, tak bentuk bar lah senang cakap.

Tak kira pula ada berapa pek kecik dalam 1 pek besar ni. Yang pasti sedap. Sesuai jadi bahan kudapan ketika di hadapan PC mahupun menonton televisyen.

Biji bunga matahari (kuaci) merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.


Alahai kecilnya lahai dalam 1 pek ni. 2, 3 gigit dah habis. Tapi memang sedap untuk kunyah-kunyah.




Anak-anak

Klon Kinder Joy Elak Poket Rabak

8:00 PG

Assalamualaikum

Klon Kinder Joy Elak Poket Rabak | Kalau korang ada anak kecil, mesti koranga akan mnegalami keseraman bila anak korang tunjuk nak kinder joy. Harga seketol menda alah tu RM5 tau, RM5! Tambah duit sikit, dapat beli nasi ayam.

Tapi, apakan daya. Budak-budak bukan tahu erti jimat cermat. Yang dia tahu, dia nak,,nak,,nak. Bila tak dapat, akan merajuk. Selagi tak dapat apa yang dia nak, berdiri tegak lah dia seperti tiang bendera.

Hari tu ternampak jajan ni. Bentuk ala-ala kinder joy. Beli 2, untuk si kakak dan si adik. RM2.50 seketol. Jimatlah kan.


Rupa dah cantik dah tu. Coklet dalamnya macam ni. Takdelah coklet 2 ketol macam kinder joy tu.


Tapi, Cik Aisyah mahukan coklet kinder joy 2 ketol tu bukan nak coklet ni. Maka berhuhu lah ibu dia makan bebola biskut bersama coklet ini.


Nota Hati : Coklet kinder bueno memang sedap.



Makanan

Popia Serunding Kudapan Ketika Stress

8:00 PG

Assalamualaikum

Popia Serunding Kudapan Ketika Stress | Mengunyah atau makan adalah satu cara untuk menghilangkan stress. Bagi saya lah. Setengah orang suka makan coklet, tidak pula bagi saya. 


Sedap popia ni, rangup dan rasa fresh. Takde rasa lemau atau bau tengik. Memang sedap kunyah sambil buat kerja.

RM8 / pek bersaiz sedang. Pada saya, harganya murah sikit berbanding yang diisi dalam balang sebab kuantiti lebih kurang je.

Popia serunding udang kering keluaran Bio Usaha ini saya beli di Mydin Taman Rinting. Kedainya terletak di bahagian hadapan. Selain popia serunding, terdapat pelbagai jenis kerepek pilihan ramai.





Makan Gaji

Green Tea Jasmine

8:00 PG

Assalamualaikum
Green Tea Jasmine | Sampai-sampai tempat kerja, rakan sekerja bagi teh ni. Sebenarnya, cerita tentang teh ni agak lama dulu, tak sangka pula dapat rezeki sekotak teh ni dari dia.

Dia cakap, dia suka teh ni. Sedap. Aromanya pun harum. Yang saya pula, tertanya-tanya juga, teh apa yang sering dia perkatakan ni.


Green tea with natural jasmine keluaran Dimah. 1 kotak mengandungi 20 beg teh. Rasanya macam mana? Rasa dia, rasa teh lah. Ada bau wangi-wangi jasmin. Rasa dia ok, sedap. Terima kasih sangt-sangat pada yang memberi.




Makanan

Teh Tarik Kurang Manis Boh

12:00 PTG

Assalamualaikum

Teh Tarik Kurang Manis Boh | Nak share resepi teh tarik kurang manis yang kaww dan sedap pada saya. Tak susah, semudah ABC.

Cuma perlu koyakkan sachet, masukkan dalam mug dan bancuh dengan air panas. Kacau. Tadaa... Ready to drink.

Tersuka pula minum teh tarik 3in 1 ni. Rasa teh dia pekat. Saya beli di pasaraya dengan harga RM14.90/ 12 sachet.

Terkejut pula tengok bil. Ngeh..ngeh.. Main ambil dan bayar je kan. Sebab sebelum ni saya beli dengan harga tak sampai RM13 tak silap. Cubalah kalau nak tau kaww ke tak.




Makanan

Magnum Red Velvet

2:00 PTG

Assalamualaikum


Magnum Red Velvet | Bila terlihat rakan blogger upload gambar di facebook masing-masing akan pelbagai perisa aiskrim magnum, mulalah tekak ni nak mencuba juga. Sebelum ni pernah makan coklet espresso. Tak boleh masuk, pahit! Sememangnya saya bukan hantu coklet. En.suami yang tolong habiskan. Dia ok je.

Kemudian, saya beli pula Magnum red velvet. Warna putih suci diluar adalah coklet putih manakala bahgian dalam berwarna merah jambu lembut itu adalah aiskrimnya.

Makan sorak-sorok di dapur, takut anak-anak datang mengendeng. Hahaha.. kedekut mak ko ni. Anak-anak memang saya dah belikan aiskrim lain. Kalau diorang ni bagi 10 batang pun tak cukup. Huhu..


Gigitan pertama, makoihh nikmatnya... Sedap!!! Gigitan kedua, ketiga sudah mula rasa manis amat. Uit..nak habiskan sebatang ni pun rasanya manis tahap potong kaki ni. Sudah nama aiskrim kan. Tapi pada saya, saya suka rasanya cuma manis sikit la.


Red Velvet
Inspired by red velvet cake
#neverstopplaying