Kuih Tradisional

Karipap Kentang + Telur

12:00 PTG

Assalamualaikum

Karipap Kentang + Telur | Dari buat sekadar suka-suka, siapa sangka ianya menjadi pendapatan sampingan saya. Karipap comel saya ni saiz agak comel tapi inti padat, tak rugi beli.

Pagi-pagi goreng karipap untuk jualan di tempat kerja.




Harga

Penggelek Doh

8:00 PG

Assalamualaikum


Penggelek Doh |  Satu lagi gadget yang sangat membantu untuk menghasilkan karipap yang sedap. Faktor doh juga sangat penting ye untuk menghasilkan kulit karipap yang sedap dan rangup.

Nak gelek dengan penggelek kayu memang penat. Dengan adanya penggelek ni, kurang sikit penat, malah boleh buat karipap laju-laju.

Penggelek ini ada banyak acunya. Untuk buat mi kuning dan mi halus pun ada, tapi saya belum pernah cuba. Penggelak ini jenis manual. Yang bulat tu boleh adjust (pusing) sampai nombor 6. Itu untuk tahap kenipisan gelekan doh.


Penggelek jenama Pastabike ini saya beli di Tahasan dengan harga lingkungan RM60. Harga di kotak boleh dikurangkan.