Nota Hati

Nota Hati : Yang

2:00 PTG

Assalamualaikum

Yang singkat itu WAKTU
Yang menipu itu DUNIA
Yang dekat itu KEMATIAN
Yang besar itu AMANAH
Yang sulit itu IKHLAS
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang susah itu SABAR
Yang sering lupa itu BERSYUKUR
Yang membakar amal itu MENGUMPAT
Yang mendorong ke neraka itu LIDAH
Yang berharga itu IMAN
Yang menenteramkan hati itu BERDZIKIR
Yang ditunggu Allah itu TAUBAT

- Imam al-Ghazali -


Nota Hati

Nota Hati #9 : Janji Allah

4:40 PTG

Assalamualaikum


4 janji Allah dalam Al-Quran

1. "Jika kalian bersyukur, niscaya Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian" (Qs. Ibrahim 7)

2. "Ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepada kalian" (Qs. Al Baqarah 152)

3. "Berdoalah kepadaKy, niscaya Aku kabulkan untuk kalian" (Qs. Ghafir 60)

4. "Tidaklah Allah menghukum mereka, selama mereka memohon ampun kepada Allah" (Qs. Al Anfal 33)


Nota Hati

Nota Hati #8 : Jika

8:00 PG

Assalamualaikum


Jika jatuh, berdirilah lagi
Jika kalah, mencuba lagi
Jika gagal, bangunlah lagi

Sehingga sampai waktu Allah panggil kembali


Nota Hati

Nota Hati #7 : Mengkritik

8:00 PG

Assalamualaikum

Setiap kali kita mengkritik orang lain kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif dan menggunakan tenaga ke arah tujuan hidup mereka.

Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab darn banyak berdoa. Hati manusia hanya genggaman Allah.
Siapa yang Allah sayang manusia akan sayang.
Kalau isteri atau suami tak sayang bererti kemungkinan Allah tak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita.
Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tidak suka diganggu.

Nota Hati

Nota Hati #6 : Aku Belajar

8:00 PG

Assalamualaikum
Aku Belajar | Saban hari kita belajar. Belajar bukan sekadar atas kertas. Ini belajar tentang kehidupan. Kehidupan yang tiada tepinya.
Pernah tak satu saat, kita tidak tahu nak meluahkan pada sesiapa pun sebab sekeliling kita manusia. Manusia akan berubah. Mungkin satu hari dia akan bosan dengan luahan kita. Tapi, percayalah, Allah sentiasa bersama kita.

Aku belajar KASIH dari orang yang membenciku
Aku belajar TULUS dari orang yang memperalatku
Aku belajar SETIA dari orang yang mengkhianatiku
Aku belajar BERTAHAN dari orang yang memberiku ketidakpastian


Makan Gaji

Nota Hati #5 : Berbaik Sangka

12:00 PTG

Assalamualaikum

Berbaik sangka itu lebih baik,
Ikhlaskan hati,
Ceriakan wajah serta tersenyumlah,
Dan lihatlah hasilnya..


Pernah tak korang rasa macam dada ni nak pecah memendam rasa. Allahuakbar,, sabar ajelah. Tentang tempat kerja, tak adil rasanya dengan apa yang aku lalui ni. Nak pecah dada rasa.. Tapi, apakan daya, hanya mampu meluahkan di sini.

Satu hari nanti kita akan dihargai bila kita dah takde.



Nota Hati

Nota Hati #4 : Sekeping Hati

2:00 PTG

Assalamualaikum


Ya Allah, berikan kami sekeping hati yang selalu mendoakan kebahagian orang lain,
Berikan juga kami sekeping hati yang selalu rendah hati,
Terhindar dari sikap mementingkan diri sendiri

❤❤❤

Adakalanya bila kita melihat akan kebahagian orang lain, akan terdetik perasaan cemburu. Itulah lumrah manusia, diciptakan dengan pelbagai perasaan. Suka, duka, cemburu, iri hati. Semua itu lurah kehidupan. Cuma bagaimana kita mengatasinya, tepuk dada, tanya iman.




Nota Hati

Nota Hati #1

8:00 PTG

Assalamualaikum


Saya bukan yang terbaik.
Namun, saya belajar menjadi yang terbaik.

Ingatlah, hidup ini singkat. Gunakan masa sebaik-baiknya. Entah esok, lusa. atau sesaat lepas ini, nyawa kita tercerai dari badan. Tiada manusia yang baik. Hanya Rasulullah SAW yang maksum.

Sebagai manusia, sentiasa berusaha untuk perbaiki diri.