Produk Bumiputera

Miracle Spray Si Pembunuh Serangga

8:00 PG

Assalamualaikum


Miracle Spray Si Pembunuh Serangga | Siapa yang dah pernah guna mesti tahu akan tahap keberkesananya. Mak dan kakak saya dah lama gunakan produk ni sebab diorang ni rajin bercucuk tanam. Kakak saya memang suka menanam. Depan rumah dia dah macam taman bunga. Isi masa lapang katanya. Pagi mengajar di sekolah, petang-petang kalau takde aktiviti sekolah, dia belek la tanaman dia tu.

 Cuba korang search FB Group : Keindahan & Kehijauan Laman Bandar Bukit Beruntung, join group ni ye.


Miracle Spray ni sangat berkesan untuk membunuh serangga. Spray ini kiriman emak di kampung. Memang dah lama nak beli spray ni cuma tak tahu nak beli di mana. Baru-baru ni ada rakan menjual online, memang terdetik nak beli online, tup-tup rezeki sampai, dapat dari emak.

Bahan-bahannya tidak merbahaya. Dengan penggunaan cuka dan bahan lain, terhasil spray pembunuh serangga yang berkesan, tanpa bau dan tidak memudaratkan.

Saya sudah gunakan hampir 2 minggu dan kesannya sangat memuaskan hati. Berbaloi-baloi tau. Pernah satu hari tu saya terkejut bila beberapa ekor lalat mati terdampar di ruang tamu. Kalau semut jangan cakaplah, memang mati sampai berjatuh-jatuhan.

Harga sebotol miracle spray adalah RM15. Goncang dahulu sebelum digunakan. Cubalah. Korang pasti tersenyum puas hati.



Produk Bumiputera

Alif Jenama Minyak Masak Diyakini

8:00 PG

Assalamualaikum


Alif Jenama Minyak Masak Diyakini | Dah macam panggil nama anak sendiri. Hehe.. Minyak masak jenama Alif adalah keluaran Sime Darby, dijamin halal dan diyakini.


Minyak masak ni lah yang saya guna untuk memasak hari-hari dan membuat doh karipap. 

Minyak peket pula saya beli untuk menggoreng karipap. Jenama Layang Mas, juga halal dan diyakini.

Sejak harga minyak masak naik mendadak, harga makanan agak mahal sekarang ni. Harap lepas ni kurangkan makanan berminyak bagi mengawal kolestrol dalam badan.



Produk Bumiputera

Levea Susu Kambing Super Sedap Dan Penuh Berkhasiat

8:00 PG

Assalamualaikum


Levea Susu Kambing Super Sedap Dan Penuh Berkhasiat | Seperti yang telah sedia maklum, susu kambing adalah makanan sunnah. Memang banyak khasiat yang terkandung dalam susu kambing.

  Levea Susu Kambing 
Ianya terhasil untuk menggalakkan lebih ramai lagi penggemar susu kambing. Malah akan menjadikan ianya satu amalan harian. 


Kepakaran kami adalah membantu anda mendapatkan susu yang BERKHASIAT dan TERBAIK untuk diri dan seisi keluarga. Levea Susu Kambing dijamin BERKUALITI TINGGI dan eklusif.

Susu kambing tanpa kolegen yang diperkaya dengan antioksidan dan vitamin & mibneral serta kalsium dan protin yang tinggi. Ia akan membantu anda menyelesaikan rantaian punca masalah anda. Ramai yang telah kembali sihat cergas bersama Levea.



Levea Susu Kambing mengandungi  lebih 11 khasiat semulajadi yang sangat baik dan diperlukan untuk kesihatan;

Kandungan Levea Susu Kambing
- Ginko Biloba
- Almanna Arabic Gum
- Probiotic - Madu
- Kurma
- Kismis
- Grape seed
- Buah Tin
- Pegaga
- Sunflower seed oil
- Vi tamin & Mineral
- Protein & Kalsium

Levea Susu Kambing diformulasikan khusus;
- Untuk anak 2 tahun ke atas
- Untuk pelajar
- Untuk ibu hamil
- Untuk ibu yang menyusukan anak
- Untuk wanita yang merancang hamil
- Untuk Golongan Dewasa lelaki dan wanita
- Untuk golongan Warga Tua
- Untuk Penjagaan Kulit
- Untuk Mengawal berat badan
- Untuk yang Berpuasa

Kesan Awal Penggunaan
Pengambilan Levea Susu Kambing secara konsisten :
- Lebih cergas apabila bangun di awal pagi
- Perut rasa lebih selesa dan lawas
- Rasa lebih bertenaga dan focus semasa belajar
- Daya ingatan menjadi lebih baik
 - Paras gula dalam darah terkawal
- Susu ibu menjadi lebih kekuningan dan banyak
- Anak tidur malam lebih nyenyak
- Batuk berkahak akan hilang dan sembuh dengan lebih cepat
- Lebih sihat dan jarang demam serta selsema
- Cepat sembuh dari demam serta selsema
 - Kulit menjadi lebih cantik dan lembap
- Mengurangkan gejala bayi kuning ( jaundice)
- Membekalkan tenaga yg berpanjangan ketika berpuasa ( tidak lapar)


Cara penggunaan
- Bancuh 2 scoop Levea Susu Kambing bersama air panas atau suam. Kacau sebati dan minum.

  Testimoni 
Antara testimoni pelanggan mereka;

❤❤❤❤❤

 Testimoni saya pula;

Levea Susu Kambing ni sangat sedap! Serius, tak tipu. Rasa dia lemak-lemak berkrim, tak manis, dan takde bau hamis. Rasa vanilla yang sedap. Bila dah minum, tau lah tak cukup secawan punya.

Kali pertama minum, kebetulan mengalami kembung perut di siang hari, tak sangka, lepas minum ayik nak membuang angin je. Tanda dalam badan banyak angin kan. Semoga badan lebih cergas bila angin dalam badan dah terbuang.

Bagaimana nak dapatkan produk ini?
LEVEA RESOURCES (JR0071916-V)
HQ = +60 11 1070 8189 / +60197005786
Email : levea.hq@gmail.com


Makan-makan

Kambing Perap Kitagi

2:00 PTG

Assalamualaikum
Kambing Perap Kitagi | Minggu lalu, ada open order kat tempat kerja. Mestilah nak, giler ko tak nak? Febret kot. 


Balik kerja terus masuk dapur. Masak nasi dan bakar kambing perap atas pemanggang ajaib. Bau semerbak satu rumah dah rasa tak sabar nak makan. Mengancam sungguh aromanya.


Hirisan daging kambing perap ini seberat 500gm sebekas. Berserta sos lada hitam dan lada kicap. Pada saya, memang sedap. Perapannya memang terasa. Banyak pula tu. Takde bau hanyir.


Saya bakar sebekas dan dapat 1 pinggan penuh. Makan berdua dengan en.suami. Sama-sama suka makan kambing bakar. Makan je dulu, bab lemak fikir kemudian.



Johor

Pepes Warisan

8:00 PG

Assalamualaikum


Pepes Warisan | Pepes juga dikenali otak-otak ayam. Bukan otak ayam tau! Isi ayam yang dikisar bersama bahan-bahannya, dengan rasa pedas-pedas, dibakar dan kemudian dikunyah dengna penuh mikmat.

Woooiiitt, sedap tau!

Pepes adalah kegemaran en.suami. Biasa dia beli sendiri di kempas. Tempat yang glamer tu. Tapi, kali ni dia tempah dengan jiran depan rumah. Terkejut juga bila jiran tiba-tiba datang hantar pepes.

Sekotak ada 50 pcs. Sedap sangat sampai tahap bakar-bakar je habis. Bakar je habis. Baru makan berdua tu.


Bakar dengan pemanggang ajaib je. Ajaib sangat sebab buka je pemanggang, keluar pepes ayam dah masak. Ko hado?

Pepes warisan ni terletak di Kempas, Johor. Boleh juga bukak fb pepes warisan untuk maklumat lanjut dan produk-produk lain.


Produk Bumiputera

Review:Seqy Beauty Skincare

9:00 PG

Assalamualaikum


Review:Seqy Beauty Skincare | Dalam meniti usia 3 series, kulit kelihatan semakin kusam. Biasalah perempuan kan... keinginan untuk cantik tu sentiasa ada. Kulit muka saya jenis berminyak, pori-pori terbuka Dua ini menyebabkan muka mudah berjerawat. Cuma masih bersyukur hanya jerawat kecil-kecil.

Penyebab ini saya mula berkira-kira untuk menukar skincare yang selama ini saya pakai.Bukan mudah untuk buat keputusan sebab khuatir kulit muka tak serasi. Setelah beberapa lama mengkaji, tekad jugalah nak cuba skincare yang diperkatakan ramai ini.

Skincare sebelum ni bukan tak bagus. Bagus cuma bab kulit beminyak tak kurang juga. (Dengan publish nya artikel ini, saya akan revert artikel skincare tersebut ke dalam draft). Merajuk.

Bermulalah perjalanan bersama SeQy Beauty Skincare.


Cute kan packaging dia. Design pun cantik. Terus snap. Trial pek berharga RM130 termasuk postage. Kalau tengah ada promosi, harga murah sikit, boleh grab cepat-cepat.



Fungsi dan kelebihan SeQy Beauty Skincare:

Cleanser
- Sebagai pelembab wajah (Vit E)
- Membaik pulih sel kulit (Vit C)
- Membuang kotoran pada wajah
- Anti-oxidant
- Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajadi)
- Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
- Penyejukkan wajah (cooling agent, sumber dari timun)
- Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
- Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
- Anti-microbial

Toner
- Membantu menstabilkan pH kulit
- Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepuk toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
- Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air di saat anda membersihkan wajah
- Bertindak sebagai humeknan, mengunci kelembapan sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari
- Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut
- Mengawal sebum (kelenjar minyak)
- Mengurangkan radang (kemerahan)

Serum
- Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal
- Melembapkan kulit wajah yang kering akibar jerawat
- Mengurangkan kedutan pada wajah (anti penuaan)
- Menghalus serta mencerahka kulit
- Menutrisikan kulit
- Mencegah kegatan (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat
- Menghilangkan flek pada wajah
- Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat
- Mengawal sebum

Day & Night Krim
- Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat
- Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
- Mengecilkan pori-pori
- Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah
- Menghilangkan parut di wajah
- Menyegarkan kulit wajah
- Mengawal minyak
- Mengurankan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
- Melicinkan struktur kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV


========================

Saya mendapat kesan positif selepas seminggu penggunaan dan terus sabar menggunakannya. Selepas 3 minggu penggunaan baru saya review produk ini.


Apa yang best mengenai produk ini, kulit wajah kurang berminyak dan terasa lembap. Ini yang paling penting. Jerawat halus di ubun-ubun masih ada sedikit.

Yang paling best, krim siang & malamnya. Sedap pakai. Menyerap ke kulit tanpa berminyak. Bila bangun pagi, kulit terasa moist.


Moga terus memberi kesan positif pada saya dan yang pengguna lain.



Nota Kaki : Terima kasih kepada kawan yang memperkenalkan produk ini..Best!






Makanan

Rempah Ayam Madu Ammar Global

9:00 PG

Assalamualaikum


Rempah Ayam Madu Ammar Global | Tak susah dah nak cari ayam madu ke kepak madu dah zaman sekarang ni. Lagi kalau yang tengah mengidam. Tak perlu risau sampai penat fikir mana nak cari ayam madu yang sedap. Boleh buat sendiri dah. Hanya perlu perap dan bakar. Dah masak, boleh terus ngap!


Rempah ayam madu keluaran Ammar Global Food Industries ni dijamin sedap, bermutu tinggi dan yang pasti halal.

Di sini saya kongsikan tips untuk memasak ayam atau daging yang telah diperap.


Paling sedap
DI BAKAR

- Sediakn bara api untuk membakar. Pastikan bara dah cukup panas.
- Letakkn ayam atau daging yang telah siap diperap di atas bara api.
- Apabila ayam atau daging nampak agak kering, terbalikkannya.
- Ambil semula air perapan lebihan dalam bekas perapan tadi ( tidak perlu tambah air lagi), sapukan air perap tadi pada ayam atau daging yang telah dibakar tadi.
- Ulang langkah 3,4 dan 5 untuk bahagian sebelah lagi ayam atau daging tersebut.
- Pastikn ayam atau daging nampak berkilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali sehingga ayam atau daging masak.


-DI GRILL
(MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB)

- Panaskn pemanggang ajaib. Pastikan sudah cukup panas
- Susun ayam atau daging yang telah diperap tadi di dalam pemanggang ajaib..
- Biarkan di dalam pemanggang ajaib selama 5-10 minit. (Bergantung pada ketebalan ayam atau daging).
- Terbalikkan ayam atau daging di dalam pmanggang ajaib untuk memasak bahagian sebelahnya. Pastikan ayam atau daging sudah agak kering sebelum menukar posisinya.
- Ambil air perapan ayam atau daging tersebut dan sapukan pada bahagian yang telah dimasak tadi.
- Ulang langkah 5 untuk bahagian sebelahnya.
- Pastikn ayam atau daging nampak kilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali, sehingga masak.


-DI GORENG

- Sediakan kuali dan minyak.
- Panaskan minyak yang sudah ada dalam kuali.
- Pastikan api masak kecil sahaja.
- Hanya menggunakan minyak yang sedikit.
- Masukkn ayam atau daging yang telah diperap ke dalam kuali.
- Sentiasa memerhati ayam atau daging yang digoreng supaya tidak hangus atau hitam.

========================


Oleh kerana stok ayam dah habis, saya bakar ikan jelah. Ikan bawal emas ni nak masak sweet sour pun bahan tak cukup, makanya, kita bakar jelah dengan rempah sedap ni. Rugi tak cuba.


1- Curah 3 sudu rempah dan terus ratakan pada ikan. Termasuk dalam-dalamnya. Mula-mula pakai sudu, kemudian terasa nak pakai tangan pula. Eh..eh.. Kemudian, tutup dan simpan dalam chiller barang sejam dua. Saya perap sejam je sebab perut pun dah kebulur.



2- Bahana menggunakan tangan. Macam pakai inai dah warna merahnya. Tapi jangan risau, ia tak melekat di tangan seperti kunyit. Bila basuh, warna merah hilang.



3- Yang best, ada ziplock. Memudahkan penyimpanan.


200gram ni boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak. Saya curah 3 sudu je untuk ikan tersebut. Ada banyak lagi stok rempah ayam madu ni.
Kerana excited, saya beli ayam pula. Untuk merasai kesedapan sebenar ayam madu ni.
1- Bersihkan ayam, cuci dan tos. Kemudian saya kelar-kelar sikit. Yang saya kelar tu versi over.


2- Terus curah rempah kering tadi dan gaulkan hingga nampak berkilat. Kemudian, tutup dan simpan di bahagian chiller.


Ini pula daging ayam bahagian dada. Pendek kata yang bahagian daging lah.


1- Potong daging ayam agak nipis sedikit. Ikut citarasa masing-masing. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian, curahkan rempah kering tadi dan gaul.


2- Ratakan rempah tadi hingga nampak berkilat. Rempah ini tidak perlu ditambah air. Tutup dan simpan di bahagian chiller.


3- Ini saya bakar di pagi hari.

Saya bakar sikit je. Licin Aisyah dan Alif makan. Alif suka betul. Habis seketul, minta lagi sampai kenyang.
Bagi yang berminat nak rasa, boleh whataps
Wan - 017-653 6532 (Johor area)



Frozen Food

Si Gebu Roti Mantou

9:00 PG

Assalamualaikum


Cuba tengok ni. Gebu tau! Lembut pula tu. Memang sedap bila digoreng. Garing diluar dan lembut didalam. Sangat sedap dicicah dengan sambal tumis atau kari. Ikutlah kesukaan masing-masing.

Pertama kali saya makan. Rupa iras-iras beger malaysia. Bentuk dan saiz pun lebih kurang beger malaysia. Adik beradik la kot. Cuma yang ni lebih gebu, lebih lembut. Aummm..


Roti Mantou | Mantou disebut dalam bahasa cina yang bermaksud dikukus. Maknanya roti mantou adalah roti kukus. Betul kan? Makanan ini berasal dari cina. Kalau tengok bahan-bahannya lebih kurang pau la kot. 

"Mantou lebih manis, terksturnya lembut, dan bagiannya dalamnya empuk.
Kebanyakan orang memakan roti mantou tanpa isi, bahkan tradisi china orang memakan mantou sebagai pengganti nasi."



Ini dia roti mantou yang saya beli. RM6/20 pcs. Berbaloi-baloi. Jika disimpan ditempat sejuk beku boleh bertahan selama sebulan.


Ini pula gara-gara kerajinan di pagi hari. Goreng 8 ketul, untuk sarapan kami anak beranak. Baki yang belum digoreng, simpan dulu dalam peti ais. Sedap. Garing diluar dan lembut di dalam. Rasanya kalau makan kosong pon dah sedap sebab tak tawar sangat. Macam kita makan roti kosong tu, ada rasa lemak-lemak manis kan.


Ini pula gatal letak isi tuna pedas. Kalau dah tekak melayu kan, mesti nak ada pedas-pedas sikit. Nak buat sambal tumis, tak sempat pula.

OK dah habis 2 ketol kena ngap.


Berminat dengan Roti Mantou?
Untuk tempahan boleh whataps/ pm
FB : RizkyBakery House
Whatsap : 018-399 9867

Sekitar Johor ye..luar johor tu tak tahu lerrrr..

Frozen Food

Pau D'Sanjung Gebu

10:07 PG

Assalamualaikum


Teknologi makanan sekarang semakin canggih. Makanan frozen pun ada je jual di mana-mana cuma perlu pandai memilih. Bab makanan, haruslah cari yang halal, berkualiti dan sedap.

Dek en.suami teringin makan pau, teringat pula ada seorang kenalan menjual pau frozen jenama D'Sanjung. Dekat je dengan rumah kami.

Pau D'Sanjung terdapat pelbagai inti. 
Ayam, daging, sambal bilis - RM10/6pcs
Kacang, kaya, kelapa, coklat - RM8/6pcs

Pilihan saya mestilah pau daging. Kalau ada perisa sate, dah ambik tau.


Hanya perlu dinyahbeku sekejap. Kemudian kukus selama 10minit. Siap untuk dihidang.
4 biji ni muat-muat je pengukus saya untuk 1 layer.



Wallah...isi dia banyak juga. Ada rasa dagingnya. Berpadananlah dengan harganya, iye dak?

Bagi mereka yang duduk sekitar Pasir Gudang, yang teringin nak makan Pau D'Sanjung, 
boleh dapatkan pau gebu ni dari Ct Nakia, whataps 0177626808





Johorean Business

Lukchup | Manisan Thai

9:00 PG

Assalamualaikum


Luk Chup merupakan manisan yang terkenal di Thailand. Ada yang panggil agar-agar Luk Chup. Ada pula yang panggil candy Luk Chup

Ia terhasil dari kacang hijau/ kacang dhal yang dikisar bersama santan dan gula. Kemudian, dimasak sehingga pekat dan tidak melekat pada periuk. Kemudian disejukkan. Setelah sejuk, barulah dibentuk-bentukkan seperti buah-buahan. Setelah dibentukkan, diwarnakan pula. Setelah itu dicelup pula dengan agar-agar dan disejukkan.



Serius, saya terpegun melihat manisan ini. Dari segi bentuk yang pelbagai dan warnaan yang sangat kemas. Kagum saya melihat kegigihan si pembuat.



Saya pun gigih membelek satu persatu manisan tersebut. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan ianya sangat comel. Saiznya kecil sahaja. Agak-agak sebesar setengah ibu jari. Tapi, montel-montel lah sebab bentuk buah-buahan.


Dalam kekaguman, saya tetap teruja nak rasa. Apakah rasa sebenar kuih comel ini? Emm...rasanya rasa kacang hijau, manis-manis. Luarnya jeli (agar-agar). Pada saya, ia tidak sesuai dimakan dengan banyak sebab rasa manis.

Bersesuaian dengan harganya, kecomelannya, proses pembikinan kuih ini sangat-sangat renyah.


Saya tempah untuk hantaran bertunang adik bongsu saya. Oleh kerana ianya sangat comel dan cantik, memang sesuai untuk dijadikan hantaran dan cenderahati.



Untuk tempahan, boleh ke

Facebook : Mimi Lukchub
Whataps : 017-766 8697




Produk Bumiputera

Tempah Sticker Murah Di Stickiz

1:22 PTG

Assalamualaikum


Melekatkan sticker di produk merupakan salah satu cara untuk melariskan jualan. Pelanggan mudah tertarik dengan design sticker yang nampak menarik.

Apa yang penting, dalam pemilihan sticker, design mesti nampak menarik, mudah difahami, sekali pandang dah tahu produk apa yang dijual.

Penggunaan font juga penting. Font yang dipilih haruslah mudah dibaca pelbagai golongan bukan sekadar cantik tetapi nak baca sampai terpusing-pusing, tergeliat lidah.

Selain itu, saiz sticker juga perlu bersesuaian dengan sesuatu produk tersebut. Dan yang paling penting, ianya murah!

Ini adalah sticker yang saya tempah.



Saya setuju dengan design ini sebab ianya simple, pemilihan font yang mudah dibaca dan jelas. Penggunaan warna juga bersesuaian dengan produk jualan.


Apa yang saya suka, mereka buat kerja memang cepat! Dan barang saya terima dengan selamat.


Berminat untuk tempah sticker, boleh hubungi mereka




8AM-5PM Only (Ahad TUTUP)
.
Whatsapp 1 - 019-275 0165 (Fifah)
Whatsapp 2 - 019-235 4631 (Wawa)
.
Datang Walk In?
C-5-G alam avenue 1, Jln Serai Wangi H16/H,
Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Waze : Kiz Wedding



Frozen Food

Minta LIKE Ye

5:00 PTG

Assalamualaikum


.: Stciky Post :.
Scroll untuk entri baru


Minta jasa baik kawan-kawan like page kami. 
Jom like page kami!!

>>>> Mar&Nadz Frozen <<<<

Buat masa ni, kami menumpukan pada 2 jenis produk sahaja.


Karipap Special
RM4.50 / 10pcs



Popia Satar
RM10 / 30pcs



Minta like dulu ye...