Makanan

Kepak Ayam Madu

4:00 PTG

Assalamualaikum
Kepak Ayam Madu | Dek nak suruh budak kecik ni makan,  gara-gara demam tempohari, saya beli kepak ayam madu di simpang jalan.
Mahal juga rupanya kepak ayam madu ni. Saya beli 4 ketol je. Mujur Alif ada selera makan.

Tengoklah betapa berseleranya dia. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia makan, tak menolak kepak ayam madu ni.


Nak perap sendiri? Rempah ayam madu ini sangat membantu. Produk melayu johor yang semestinya sedap.


Johorean Business

Kek Lapis Sarawak As Pilihan Di Hari Raya

8:00 PG

Assalamualaikum

Kek Lapis Sarawak As Pilihan Di Hari Raya | Bila tiba hari raya, pasti anda tercari-cari juadah raya yang sedap dan tahan lama. Selain biskut raya, kek lapis juga menjadi trend terkini sebagai hidangan buat tetamu yang datang bertandang berhari raya.


Mana nak dapat kek lapis yang memamg gerenti sedap dan fresh? Usah gusar. Kek lapis Sarawak As adalah pilihan terbaik anda.

Ada pelbagai pilihan kek lapis mengikut citarasa anda. Semuanya sedap-sedap belaka. Bila masuk mulut tu, ohh rasa heavennya. Dengan rasa manis sesedap rasa, lembut bila digigit dan haruslah moist!
Order je Kek Lapis Sarawak As ni, hanya perlu potong dan hidang.

Warga Johor Bahru, meh nak bagitau ni.

Kek Lapis As ni memang sedap. Serius memang tak cukuplah kalau beli satu je. Paling koman beli 10 terus. Nak raya katanya kan? Yang nak buat open house, digalakkan beli sebab Kek Lapis As ada promosi sempena nak raya ni.

 Antara perisa Kek Lapis As;












Open oder bermula hari ini hingga hampir Hari Raya  nanti๐ŸŽŠ๐ŸŽŠ
Kek Lapis Sarawak As ni 100% pure Anchor butter. Dijamin halal.
Bersaiz 2" x 7"
Harga RM23-RM28

Agent amat dialu-alukan. 
Berita baik buat semua, pembelian 20 biji akan dapat percuma sebiji
Hanya untuk order sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. 
Selagi stok masih ada.

Cepat! Rugi tau kalau lambat-lambat.

Buat masa ni tiada pengeposan keluar kawasan. Hanya sekitar Johor Bahru, boleh self pick-up atau COD.
Berminat?

Whataps - 017- 7383976 (As)

Makanan

Popia Serunding Kudapan Ketika Stress

8:00 PG

Assalamualaikum

Popia Serunding Kudapan Ketika Stress | Mengunyah atau makan adalah satu cara untuk menghilangkan stress. Bagi saya lah. Setengah orang suka makan coklet, tidak pula bagi saya. 


Sedap popia ni, rangup dan rasa fresh. Takde rasa lemau atau bau tengik. Memang sedap kunyah sambil buat kerja.

RM8 / pek bersaiz sedang. Pada saya, harganya murah sikit berbanding yang diisi dalam balang sebab kuantiti lebih kurang je.

Popia serunding udang kering keluaran Bio Usaha ini saya beli di Mydin Taman Rinting. Kedainya terletak di bahagian hadapan. Selain popia serunding, terdapat pelbagai jenis kerepek pilihan ramai.





Produk Bumiputera

Levea Susu Kambing Super Sedap Dan Penuh Berkhasiat

8:00 PG

Assalamualaikum


Levea Susu Kambing Super Sedap Dan Penuh Berkhasiat | Seperti yang telah sedia maklum, susu kambing adalah makanan sunnah. Memang banyak khasiat yang terkandung dalam susu kambing.

  Levea Susu Kambing 
Ianya terhasil untuk menggalakkan lebih ramai lagi penggemar susu kambing. Malah akan menjadikan ianya satu amalan harian. 


Kepakaran kami adalah membantu anda mendapatkan susu yang BERKHASIAT dan TERBAIK untuk diri dan seisi keluarga. Levea Susu Kambing dijamin BERKUALITI TINGGI dan eklusif.

Susu kambing tanpa kolegen yang diperkaya dengan antioksidan dan vitamin & mibneral serta kalsium dan protin yang tinggi. Ia akan membantu anda menyelesaikan rantaian punca masalah anda. Ramai yang telah kembali sihat cergas bersama Levea.



Levea Susu Kambing mengandungi  lebih 11 khasiat semulajadi yang sangat baik dan diperlukan untuk kesihatan;

Kandungan Levea Susu Kambing
- Ginko Biloba
- Almanna Arabic Gum
- Probiotic - Madu
- Kurma
- Kismis
- Grape seed
- Buah Tin
- Pegaga
- Sunflower seed oil
- Vi tamin & Mineral
- Protein & Kalsium

Levea Susu Kambing diformulasikan khusus;
- Untuk anak 2 tahun ke atas
- Untuk pelajar
- Untuk ibu hamil
- Untuk ibu yang menyusukan anak
- Untuk wanita yang merancang hamil
- Untuk Golongan Dewasa lelaki dan wanita
- Untuk golongan Warga Tua
- Untuk Penjagaan Kulit
- Untuk Mengawal berat badan
- Untuk yang Berpuasa

Kesan Awal Penggunaan
Pengambilan Levea Susu Kambing secara konsisten :
- Lebih cergas apabila bangun di awal pagi
- Perut rasa lebih selesa dan lawas
- Rasa lebih bertenaga dan focus semasa belajar
- Daya ingatan menjadi lebih baik
 - Paras gula dalam darah terkawal
- Susu ibu menjadi lebih kekuningan dan banyak
- Anak tidur malam lebih nyenyak
- Batuk berkahak akan hilang dan sembuh dengan lebih cepat
- Lebih sihat dan jarang demam serta selsema
- Cepat sembuh dari demam serta selsema
 - Kulit menjadi lebih cantik dan lembap
- Mengurangkan gejala bayi kuning ( jaundice)
- Membekalkan tenaga yg berpanjangan ketika berpuasa ( tidak lapar)


Cara penggunaan
- Bancuh 2 scoop Levea Susu Kambing bersama air panas atau suam. Kacau sebati dan minum.

  Testimoni 
Antara testimoni pelanggan mereka;

❤❤❤❤❤

 Testimoni saya pula;

Levea Susu Kambing ni sangat sedap! Serius, tak tipu. Rasa dia lemak-lemak berkrim, tak manis, dan takde bau hamis. Rasa vanilla yang sedap. Bila dah minum, tau lah tak cukup secawan punya.

Kali pertama minum, kebetulan mengalami kembung perut di siang hari, tak sangka, lepas minum ayik nak membuang angin je. Tanda dalam badan banyak angin kan. Semoga badan lebih cergas bila angin dalam badan dah terbuang.

Bagaimana nak dapatkan produk ini?
LEVEA RESOURCES (JR0071916-V)
HQ = +60 11 1070 8189 / +60197005786
Email : levea.hq@gmail.com


Johor

Pepes Warisan

8:00 PG

Assalamualaikum


Pepes Warisan | Pepes juga dikenali otak-otak ayam. Bukan otak ayam tau! Isi ayam yang dikisar bersama bahan-bahannya, dengan rasa pedas-pedas, dibakar dan kemudian dikunyah dengna penuh mikmat.

Woooiiitt, sedap tau!

Pepes adalah kegemaran en.suami. Biasa dia beli sendiri di kempas. Tempat yang glamer tu. Tapi, kali ni dia tempah dengan jiran depan rumah. Terkejut juga bila jiran tiba-tiba datang hantar pepes.

Sekotak ada 50 pcs. Sedap sangat sampai tahap bakar-bakar je habis. Bakar je habis. Baru makan berdua tu.


Bakar dengan pemanggang ajaib je. Ajaib sangat sebab buka je pemanggang, keluar pepes ayam dah masak. Ko hado?

Pepes warisan ni terletak di Kempas, Johor. Boleh juga bukak fb pepes warisan untuk maklumat lanjut dan produk-produk lain.


Produk Frozen

Re-stock Karipap

2:00 PTG

Assalamualaikum


Re-stock Karipap | Sambil layan Maharajalawak Mega 2017, kita re-stock karipap frozen. Kalau tak, stok tak cukup untuk jualan minggu depan.

Hampir setahun saya usahakan karipap inti kentang + telur saya ni. Alhamdulillah, karipap saya mula diterima ramai. Banyak kisah selama hampir setahun ni. Bukan mudah untuk menepati citarasa semua pelanggan. Apa pun, saya cuba perbaiki dan tidak putus asa.





Makanan

Rempah Ayam Madu Ammar Global

9:00 PG

Assalamualaikum


Rempah Ayam Madu Ammar Global | Tak susah dah nak cari ayam madu ke kepak madu dah zaman sekarang ni. Lagi kalau yang tengah mengidam. Tak perlu risau sampai penat fikir mana nak cari ayam madu yang sedap. Boleh buat sendiri dah. Hanya perlu perap dan bakar. Dah masak, boleh terus ngap!


Rempah ayam madu keluaran Ammar Global Food Industries ni dijamin sedap, bermutu tinggi dan yang pasti halal.

Di sini saya kongsikan tips untuk memasak ayam atau daging yang telah diperap.


Paling sedap
DI BAKAR

- Sediakn bara api untuk membakar. Pastikan bara dah cukup panas.
- Letakkn ayam atau daging yang telah siap diperap di atas bara api.
- Apabila ayam atau daging nampak agak kering, terbalikkannya.
- Ambil semula air perapan lebihan dalam bekas perapan tadi ( tidak perlu tambah air lagi), sapukan air perap tadi pada ayam atau daging yang telah dibakar tadi.
- Ulang langkah 3,4 dan 5 untuk bahagian sebelah lagi ayam atau daging tersebut.
- Pastikn ayam atau daging nampak berkilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali sehingga ayam atau daging masak.


-DI GRILL
(MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB)

- Panaskn pemanggang ajaib. Pastikan sudah cukup panas
- Susun ayam atau daging yang telah diperap tadi di dalam pemanggang ajaib..
- Biarkan di dalam pemanggang ajaib selama 5-10 minit. (Bergantung pada ketebalan ayam atau daging).
- Terbalikkan ayam atau daging di dalam pmanggang ajaib untuk memasak bahagian sebelahnya. Pastikan ayam atau daging sudah agak kering sebelum menukar posisinya.
- Ambil air perapan ayam atau daging tersebut dan sapukan pada bahagian yang telah dimasak tadi.
- Ulang langkah 5 untuk bahagian sebelahnya.
- Pastikn ayam atau daging nampak kilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali, sehingga masak.


-DI GORENG

- Sediakan kuali dan minyak.
- Panaskan minyak yang sudah ada dalam kuali.
- Pastikan api masak kecil sahaja.
- Hanya menggunakan minyak yang sedikit.
- Masukkn ayam atau daging yang telah diperap ke dalam kuali.
- Sentiasa memerhati ayam atau daging yang digoreng supaya tidak hangus atau hitam.

========================


Oleh kerana stok ayam dah habis, saya bakar ikan jelah. Ikan bawal emas ni nak masak sweet sour pun bahan tak cukup, makanya, kita bakar jelah dengan rempah sedap ni. Rugi tak cuba.


1- Curah 3 sudu rempah dan terus ratakan pada ikan. Termasuk dalam-dalamnya. Mula-mula pakai sudu, kemudian terasa nak pakai tangan pula. Eh..eh.. Kemudian, tutup dan simpan dalam chiller barang sejam dua. Saya perap sejam je sebab perut pun dah kebulur.



2- Bahana menggunakan tangan. Macam pakai inai dah warna merahnya. Tapi jangan risau, ia tak melekat di tangan seperti kunyit. Bila basuh, warna merah hilang.



3- Yang best, ada ziplock. Memudahkan penyimpanan.


200gram ni boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak. Saya curah 3 sudu je untuk ikan tersebut. Ada banyak lagi stok rempah ayam madu ni.
Kerana excited, saya beli ayam pula. Untuk merasai kesedapan sebenar ayam madu ni.
1- Bersihkan ayam, cuci dan tos. Kemudian saya kelar-kelar sikit. Yang saya kelar tu versi over.


2- Terus curah rempah kering tadi dan gaulkan hingga nampak berkilat. Kemudian, tutup dan simpan di bahagian chiller.


Ini pula daging ayam bahagian dada. Pendek kata yang bahagian daging lah.


1- Potong daging ayam agak nipis sedikit. Ikut citarasa masing-masing. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian, curahkan rempah kering tadi dan gaul.


2- Ratakan rempah tadi hingga nampak berkilat. Rempah ini tidak perlu ditambah air. Tutup dan simpan di bahagian chiller.


3- Ini saya bakar di pagi hari.

Saya bakar sikit je. Licin Aisyah dan Alif makan. Alif suka betul. Habis seketul, minta lagi sampai kenyang.
Bagi yang berminat nak rasa, boleh whataps
Wan - 017-653 6532 (Johor area)



Frozen Food

Si Gebu Roti Mantou

9:00 PG

Assalamualaikum


Cuba tengok ni. Gebu tau! Lembut pula tu. Memang sedap bila digoreng. Garing diluar dan lembut didalam. Sangat sedap dicicah dengan sambal tumis atau kari. Ikutlah kesukaan masing-masing.

Pertama kali saya makan. Rupa iras-iras beger malaysia. Bentuk dan saiz pun lebih kurang beger malaysia. Adik beradik la kot. Cuma yang ni lebih gebu, lebih lembut. Aummm..


Roti Mantou | Mantou disebut dalam bahasa cina yang bermaksud dikukus. Maknanya roti mantou adalah roti kukus. Betul kan? Makanan ini berasal dari cina. Kalau tengok bahan-bahannya lebih kurang pau la kot. 

"Mantou lebih manis, terksturnya lembut, dan bagiannya dalamnya empuk.
Kebanyakan orang memakan roti mantou tanpa isi, bahkan tradisi china orang memakan mantou sebagai pengganti nasi."



Ini dia roti mantou yang saya beli. RM6/20 pcs. Berbaloi-baloi. Jika disimpan ditempat sejuk beku boleh bertahan selama sebulan.


Ini pula gara-gara kerajinan di pagi hari. Goreng 8 ketul, untuk sarapan kami anak beranak. Baki yang belum digoreng, simpan dulu dalam peti ais. Sedap. Garing diluar dan lembut di dalam. Rasanya kalau makan kosong pon dah sedap sebab tak tawar sangat. Macam kita makan roti kosong tu, ada rasa lemak-lemak manis kan.


Ini pula gatal letak isi tuna pedas. Kalau dah tekak melayu kan, mesti nak ada pedas-pedas sikit. Nak buat sambal tumis, tak sempat pula.

OK dah habis 2 ketol kena ngap.


Berminat dengan Roti Mantou?
Untuk tempahan boleh whataps/ pm
FB : RizkyBakery House
Whatsap : 018-399 9867

Sekitar Johor ye..luar johor tu tak tahu lerrrr..

Makan-makan

Bersantai di The Moons Gallery Bukit Dahlia

8:30 PG


Sesekali mahukan suasana santai sambil menikmati hidangan tengahari ala-ala western. Sudahlah santai, mata pula tidak jemu di saji dengan blouse, jubah, tudung, shawl dan banyak lagi produk bumiputera di sini.

The Moons Gallery merupakan pilihan tepat untuk bersantai sambil bershopping.

Saya ke sini sekadar suka-suka. Meninjau kedai di mana salah seorang kawan saya adalah vendor di situ.



Kawan saya +Norhaen Sulaiman ada letak congo bar dan brownies hasil air tangannya di sini.

Kawan-kawan yang berada di pasir gudang dan sekitarnya bolehlah terjah ke +TheMoonsGallery.






Produk Bumiputera

Mi Siput Sedap Dari Muar

8:00 PG



Weeeewwwww...mi siput! Memang sedap! Zaman sekolah dulu suka beli. Masa tu baru 20 sen. Tahun bersilih ganti hinggalah saya besar dan sudah bekerja, macam susah pula nak dapat yang rangup dan lembut. Pernah makan ketika bertandang ke rumah abang sepupu di BBU, mak oih sedapnya. Dia kirim dengan rakannya yang pulang ke kampung di Muar.

2 minggu lepas ada dapat 2 keping yang sudah bergoreng dari seorang rakan. Kakaknya bawa dari Muar. Krak kruk krak kruk....licin.

Oleh kerana kakaknya duduk di Muar, haruslah dia tahu keluaran apa yang sedap, murah dan berbaloi beli. Cuti CNY tempohari, saya kirim yang kering 2 bungkus. Sebungkus ada 20 keping.

Inilah dia. Ada 20 keping.



Saya goreng 10 keping je. Rangup. Tak keras.



Inilah keluaran yang kakak rakan saya belikan.




Food Review

Pau Roslan Pilihan Ramai

8:00 PG


Pau memang sedap, lebih lagi yang gebu gebas. Zaman kecik-kecik dulu, mak memang rajin buat pau inti kelapa dan kacang. Tapi, saya suka inti kacang, adik beradik lain pun sama. Masa ni tahunya dua jenis inti ini sahaja.

Sekarang, di mana-mana ada jual pau. Besar-besar pula tu. Inti pelbagai. Kari daging, ayam, perasa sate, rendang. Perghhh memang sedap. Tapi seketul tu harga boleh tahan, murah lagi nasi lemak sebungkus, RM1.50. Saya pernah bedal sampai 2 ketul saiz besar di RnR, pau inti rendang. Entah lah tiba-tiba rasa sedap sungguh.

Nak lagi mudah dan menjimatkan, stanby di rumah stok pau frozen. Kukus selama 10 minit. Kemudian, sudah boleh ngap, masuk mulut. Boleh gunakan microwave tapi untuk lebih sedap, kukus lebih baik.


Ini saiz mini, sekali kukus 8 ketul ~ En.suami ngap je dah 5 ketul.


Pastikan produk melayu ye. Pau Roslan, memang tidak asing lagi. Terjamin kebersihannya dan halal. Ada pilihan saiz. Harga, memang berpatutan.

Saiz biasa 6 ketul sepeket. Manakala saiz mini, 20 ketul sepeket.


Pilihan saya, inti sate. Sedap!!!


Pau Roslan
Alamat : 43, Jalan Kenangan, Kampung Malayu Majidee, Johor Bahru
Map: http://goo.gl/maps/IJ69G
GPS: 1.504288,103.750231
Waktu Operasi : 8:00am to 5:00pm