Kampungku

Kenangan Aidiladha 1438H

8:00 PG

Assalamualaikum

Kenangan Aidiladha 1438H | Kebetulan cuti raya haji tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sehari sebelumnya pula merupakan Hari Kemerdekaan yang ke-60. Sakanlah bercuti raya. 

Ada pula cuti tambahan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia sempena kemenangan Malaysia dalam Sukan SEA.

Hari Khamis lebih kurang jam 12 tengahari baru gerak balik kampung. Baru lepas tol sudah menempuh jammed amat. Kenderaan bergerak perlahan di highway. Perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam menjadi seganda lagi.

Kami mengambil keputusan untuk singgah sekejap makan. Maka singgahlah kami di kedai makan tepi jalan lepas lampu trafik simpang ke Paloh. Kebetulan ada kedai makan masih buka.
 Serius sedap masakan yang dimasak di kedai makan ni. Saya order nasi goreng pataya. Memang cukup rasa dan sepinggan habis saya dan Alif makan.
Kami sampai ke kampung halaman saat azan asar berkumandang. Lama sungguh perjalanan. Tersaing pula dengan adik bongsu saya sampai. Dia duduk di JB juga. Pulang menaiki motor untuk elak jammed katanya.
Malam itu saya dan emak menyiapkan juadah raya. Masak rendang, kari ayam hutan dan sediakan bahan untuk kuah kacang dan lodeh.
Jam hampir 3 pagi baru tidur. Ngantuk sungguh. Pagi-pagi perlu bangun untuk masak lodeh dan masukkan santan dalam kari ayam hutan. Dan dalam jam 8 pagi Pak Uda sekeluarga sudah sampai ke rumah kami.
Kelam kabutlah saya dan emak menghidang juadah.



Selepas solat Jumaat, keluarga Pak Uda dan Pak Chik berangkat ke rumah Mak Anjang di Felda Redong. Saya dan emak mengemas rumah dahulu sebab ada juadah yang perlu dibawa ke sana.

Tengoklah tu seketol Alif sedang menikmati air kotak. Kena pujuk, bagi upah dengan air kotak baru dia behave. Kalau tak, dia tak nak masuk rumah Nenek Anjang dia. Siap ajak balik pula tu. Fening..


Sebelah malam, kami solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Usai solat Maghrib, kami membuat bacaan yasin dan tahlil. Saya tidak dapt solat Isyak secara berjemaah sebab Alif buat perangai tiba-tiba.


Selesai solat Isyak, makan pula secara berjemaah. Selesai makan, tolong tuan rumah cuci pinggan dapur dan mengemas sikit-sikit. Dah siap, kita balik lah ke rumah emak.

Makan Gaji

Potluck Raya SBN 2017

8:30 PG

Assalamualaikum

Potluck Raya SBN 2017 | Tahun ini terasa sedikit hambar. Entah kenapa top management diam seribu bahasa bila isu sambutan hari raya diutarakan. Setiap tahun mesti ada sambutan hari raya tau.

SBN Open House 2016

Malah tahun lepas seksyen kami sempat berpotluck. Seronok juga sesekali begitu. Tahun 2017, kami geng kutus SBN berpotluck sempena hari raya. Last minute planning, menjadi. Seorang bawa sedikit-sedikit, bila dikumpulkan jadi banyak.


Round pertama makan. Mee goreng, roti jala, kek coklet dan buah tembikai susu.


Second round, third round, tak payah lah snap gambar. Telan je bagi habis.


Welfie!! Ramai lagi staff tak join. Ramai sebenarnya. Ini sebahagian sahaja di SBN No.6. Semoga ukhwah terus terjalin selama bekerja di sini. Terima kasih semua. Love u all..


Raya

Kenangan 7 Syawal 1438H

8:00 PG

Assalamualaikum
Kenangan 7 Syawal 1438H | Pulang ke JB barulah terhegeh-hegeh nak mengemas rumah. Mau taknya, dekat seminggu ditinggalkan. Bab mendobi jangan ceritalah, dari pagi bawa ke tengahari bari selesai.

Kenangan 6 Syawal 1438H

Malam itu, kami dikejutkan dengan kehadiran keluarga mertua kakak saya. Bayangkanlah dia dan suami telah beraya di Johor, kemudian pulang ke Subang. Kemudian, hari sabtu, 7 Syawal tu boleh pula mereka turun Johor semula untuk beraya ke rumah saudara mara mereka.

Ramai saudara mereka di Johor ni. Dari Muar - Kluang - JB, kemudian singgah bertandang ke rumah kami pada malam itu.

Abaikan rumah kami yang ringkas ni. 

Terima kasih pada mereka yang sudi hadir beraya.

Raya

Kenangan 6 Syawal 1438H

9:00 PG

Assalamualaikum

Kenangan 6 Syawal 1438H | Perancangan awal mahu gerak dari rumah emak abah seawal 10 pagi. Dek kerana masing-masing keletihan mengikuti marhaban malam tadi, tertangguhlah keberangkatan kami. Tambahan pula hari Jumaat, lepaskan en.suami bersolat Jumaat dahulu sebelum gerak ke Kluang, rumah adik ipar saya.
Gambar sebelum gerak dari rumah emak abah


Berkemas segala, selepas en.suami pulang solat Jumaat, kami gerak. Macam biasa babak Cik Aisyah tak mahu balik tu terpaksa kami layani.

Kami tiba di Kluang lebih pukul 4 petang. Kenderaan masih banyak di jalan raya. Perjalanan agak perlahan. Ditambah pula jalan dari Ayer Hitam ke Kluang terpaksa mengharungi banyak trafik light.

Sembang-sembang, makan kuih raya. Selepas menumpang solat Asar, kami gerak pulang ke JB.



Kampungku

Kenangan 5 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 5 Syawal 1438H | Panjang betul kisah raya kali ini kan. Dah kata raya sakan kan. Raya ke-5, masih berada di teratak emak abah di kampung.

Kenangan 4 Syawal 1438H

Mengikut perancangan, kami sudah pulang ke JB. Tapi, memandangkan malam itu ada marhaban dan rumah emak adalah rumah pertama, emak minta saya janga balik dahulu.

Tolong emak memasak dan mengemas rumah. Kesian, emak semakin berusia bukan semakin muda. Kami masak bihun tomyam, dadih mangga, air teh panas dan air tembikai.

Ruang hadapan, untuk orang lelaki

Seawal jam 8 malam orang blok dah datang memenuhi rumah emak abah. Haruslah menepati masa, kalau tidak balik lewat nanti.


Ruang tengah untuk orang perempuan.


Selesai marhaban di rumah kami, semua berarak ke rumah sebelah pula. Saya mengemas rumah dahulu sebelum gerak ke rumah seterusnya.


Sakan pula main buaian budak-budak ni di rumah jiran. Marhaban kali ini en.suami dapat turut serta. Merasalah dia suasana marhaban di kampung kami.


Masing-masing bawa anak beraya. Memang meriah sungguh.

Kampungku

Kenangan 4 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 4 Syawal 1438H | Kali ini giliran rumah emak pula diserbu. Semua adik beradik abah datang bertandang kecuali keluarga Mak Andak dan Mak Teh.

Juadah nasi berlauk kami hidangkan memandangkan mereka tiba tengahari. Menu simple nasi putih, ayam goreng, ikan goreng, sayur bendi goreng dan sambal belacan. Ada lauk tambahan bila Mak Lang datang bawa lauk pauk lain. Bertambah la menu. Penuh meja.
Kami hidang makanan di meja luar. Ada yang menjamu selera di luar, ada juga di dalam. Ruang depan biasanya jadi teman kanak-kanak bermain dan tak kurang juga yang mahu beristirehat.


Selepas zohor, kami semua gerak beraya ke Felda Ayer Hitam. 


Pakcik dan makcik semua belum pernah sampai di sini. Maka berbuallah mereka.


Sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan.


Kemudian, singgah pula di Sri Lalang, rumah sepupu sebelah abah. Saya tidak mengenali sangat dan sangat wajar beraya untuk saling mengenali.



Penuh rumah kami serbu. Oleh kerana anak-anak sudah pandai membawa diri, saya ambil kesempatan bergambar.


Bila sudah berkumpul ramai-ramai begini, hidang apa pun habis je. Lagi pula cuaca yang panas, minum air sejuk memang sedap.




Kemudian, kami berpisah di sini. Ada yang singgah Felda Sg Sayong, rumah Mak Lang. Kami sekeluarga pula ke Sri Gading, rumah Pak Chik.

Aiseymen di Sri Gading lupa dah nak bergambar. Kami dihidang rojak buah dan makan malam yang sedap giler, sardin! Anak-anak makan bertambah-tambah. Kuah rojak tu sedap sangat tau.






Raya

Kenangan 3 Syawal 1438H

10:28 PG

Assalamualaikum

Kenangan 3 Syawal 1438H | Celik mata pagi itu, menghirup udara segar di bumi Mersing. Sejuk betul suasana rumah nenek. Anak-anak bukan main liat nak bangun. Seawal pagi kami dihidangkan cerita yang kurang enak, tapi abaikan sahaja.

Kenangan 2 Syawal 1438H

Jam 10 pagi kami gerak pulang ke Maokil. Jalan raya sudah mula banyak kenderaan. Pula dari Mersing ke Maokil, melalui jalan ke Kluang dan Ayer Hitam. Emm...melalui jalan ular dipalu. Aduhai...


Merentasi Kluang. Kemudian terus ke Ayer Hitam. Kami ke rumah nenek sedara di Felda Ayer Hitam. Melawat nenek sedara, nenek Kamariah yang jarang dilawati. Syukur raya kali ini cuti lama, dapat mengingat kembali saudara mara yang jauh di mata.


Cantik kan rumah hijau ni. Terpegun saya. Tapi, itu bukan rumah nenek sedara saya. 

Welfie..

Kami tidak lama di rumah nenek Kamariah. Kami berpisah dengan kakak sulung kami. Dia pulang ke Subang, rumah mertuanya pula.

Kisah seterusnya...tunggu...



Kampungku

Kenangan 2 Syawal 1438H

9:37 PG

Assalamualaikum

Kenangan 2 Syawal 1438H | Bangun pagi di raya ke-2 masih di Majidi Baru. Pagi-pagi kemas-kemas di dapur apa yang patut. Kakak ipar sulung ajak buat sukun goreng. Sebiji besar tu dapat sebesen besar, boleh buat kenduri. Tak sempat ambil gambar. Sukun goreng saya laku keras. Kejap je licin.

Usai selesai kerja di dapur, mandi, kemas-kemas, siapkan anak-anak dan kami balik ke rumah sekejap. Punggah barang, lepas zohor gerak ke rumah nenek di Mersing.

Sampai di rumah nenek dalam 4.10 petang. Kenderaan banyak di jalanraya. Masing-masing beraya kan.


Tidak lama kemudian, mak, abah, kak umi dan suaminya serta aidil dan keluarganya sampai. Mereka baru balik beraya di Felda Tenggaroh, rumah makcik kami.

Kak umi beli kek. Hari jadi dia jatuh pada 22 Jun, manakala adik ipar kami, Noni jatuh pada 24 Jun.



Kek tiramisu ada aiskrim. Sedap uiii.. Sekejap je dah licin, tambahan pula hari raya. Tetamu yang datang kira langkah kanan.


Potong kek, bahagi-bahagi agar semua merasa. Budak Alif makan tak ingat orang keliling. Kedekut budak kecik ni. Sambil makan, sambil pegang belon pink.


Dah puas makan kek dan bercomot-comotan, ok parking jap. Rileks katanya. Enjin belum panas nak main dengan sedara mara lain.


Tidak lama kemudian, Pak Cik kami dari Terengganu bertandang. Pak Cu kami belah lemang dan cicah dengan rendang daging Melaka.


Sebelah malam, saja jalan-jalan di tepi pantai. Bergambar di mercu tanda Johor di Mersing.



En.suami ambil kesempatan menunggang kuda. Alif taknak naik pula. Seram kot sebab tinggi.
Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5.
Tapi, Alif tidak dikenakan cas sebab masih kecil. Pemandu bawa 2 round je.


Ini pula kereta kuda berhias. Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Seround je dia bawa. Boleh lah untuk gembirakan anak-anak.


Apa pula cerita keesokannya? Tunggu...



Raya

Kenangan 1 Syawal 1438H

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kenangan 1 Syawal 1438H | Aidilfitri kali ini giliran en.suami. Maka berayalah kami di Kg Melayu Majidi, Johor Bahru. 20 minit je perjalanan dari rumah kami. Masih ada kampung di bandar Johor Bahru. Sudah lama bertapak. Pelbagai kelengkapan dan fasiliti ada. Sekolah rendah, agama, menengah, klinik. Tapi sayang, akan hilang satu hari nanti.

Sebelum Hari Raya

Di pagi raya yang mulia ini, saling bermaafan lah kita. Selesai memasak di pagi raya, kemas-kemas segala, mandi dan berpakaian cantiklah kami.

Baju raya disponsor oleh kakak saya. Tak keluar modal baju raya tahun ni. Rezeki dia telah naik gred. Cuma en.suami pakai baju melayu recycle sebab kakak saya sponsor kurta. Dia nak pakai baju melayu. Tak kisah lah. Baju lama masih cantik.
1 Syawal 1438H - Kenangan berempat

Selfie selpot sambil makan juadah raya dan kuih raya.

Gambar kenangan bersama keluarga sebelah en.suami. Tak semua ada, ini hanya sebahagian.

Kemudian, gerak ke rumah Pak Ngah en.suami. Rumahnya dekat sahaja.


Dalam sejam beraya di rumah Pak Ngah, kami gerak ke Pasak pula. Rumah atok sedara en.suami.

On the way ke Pasak.

Bila raya ni, biasalah juadah hidangan raya semestinya ketupat, rendang, lodeh dan kuah kacang. Rasa tak puas makan ketupat dan rendang lagi tahun ni sebab sendiri tak masak rendang daging.

Bersama adik-adik ipar.

Welfie suka-suka

Cik Aisyah bersama sepupu-sepupu sebelah ayahnya.

Mak-mak orang bergambar



Nota Kaki : Selamat Hari Raya buat rakan semua. Dikesempatan ini saya memohon maaf andai ada terluka, terguris hati korang secara tak sengaja. Kadang kala cara penulisan yang kita sampaikan tersalah erti oleh sesetengah orang.
maaf sebab tak sempat blogwalking blog korang lagi. Nanti saya singgah ye. In sha Allah.
Jangan marah, jangan kecil hati.
Sayang korang semua.




Makan-makan

Kejadian Sebelum Hari Raya

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kejadian Sebelum Hari Raya | Terkubur niat setiap kali nak update blog. Malas yang amat. Penat beraya dan melayan tetamu. Agak sibuk jugalah. Raya kali ni terasa sakan sangat sebab tak pernah beraya lama macam ni. Selalu en.suami naik kerja awal dan saya juga.

Bila Dah Beraya

Sebelum balik rumah pak dan mak mertua, menantu mithali haruslah bawa juadah sikit. Memandangkan berbuka puasa untuk kali terakhir di ramadan kali ini, saya masak rendang ayam sikit. Habiskan stok dalam peti ais. Ayam separuh ekor je.

Di malam hari pula, siap-siap untuk memasak juadah hari raya pula. Pak mertua masak rendang kambing. Kami tolong sediakan bahan je.

En.suami gigih menumbuk jintan manis dengan lesung batu. Orang-orang tua tak kasi pakai blender. Tumbuk ye...


Abang ipar bujang teruna ni, sedang menggaul rendang kambing dalam kuali belakang rumah.


Kisah di pagi raya pula, kami bertungkus lumus pula memasak nasi berserai. Macam biasalah, saya tukang sediakan bahan je. Kakak ipar yang sulung yang memasaknya.


Ketupat dan rendang ayam mak mertua ada dah siap masak dah. Pagi raya tu tinggal panaskan je. Korang pula menu apa di pagi raya?