Recipes

Roti Nan Cheese Homemade

8:00 PG

Assalamualaikum
Roti Nan Cheese Homemade | Nak uli doh sendiri tak pandai. Setakat buat lempeng tu pandailah kan. Makanya, beli saja roti naan yang sudah siap.


Bahan-bahan:-
Roti naan
Garlic spreas
Keju

1- Roti nan tu saya belah, boleh merekah pula. Kemudian, parutkan keju di tengahnya. Lebih banyak, lebih sedap. Tu intro je. Parut lebih la banyak-banyak.

2- Sapukan garlic spread ke atas roti nan tadi. Bakar.

3- Agak-agak dah garing kulit roti naan tu, dah boleh angkat dah. Keju pun dah cair kan.

4- Potong-potong dan makan.






Recipes

Ayam Bakar Mayonis

8:00 PG

Assalamualaikum

Ayam Bakar Mayonis | Dah lama nak share resepi simple ni. Tapi, asyik la lupa snap gambar. Kebetulan hari tu en.suami ada beli beberapa ketul kepak dan peha, apa lagi. Perap ayam lah kita. Bukan apa, anak-anak memang suka ayam bakar camni.
Ayam Bakar Mayonis

Bahan-bahan :-
Ayam - terpulang nak bahagian apa dan nak potong macamana pun
Bawang putih
Halia
Garam
Sos tiram
Sos blackpepper
Kicap
Mayonis


Cara-cara:-
- Tumbuk bawang putih dan halia. Kemudian, gaulkan ayam bersama garam.
- Masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap, 1 sudu sos blackpepper dan 1 sudu mayonis.
- Perap beberapa jam/ semalam untuk rasa yang lebih sedap.

Dah gaul semua, kita tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller.



Nota Kaki : Hasil selepas bakar tak sempat nak snap, tapi memang sedap tau..cubalah



Makanan

Teh Tarik Kurang Manis Boh

12:00 PTG

Assalamualaikum

Teh Tarik Kurang Manis Boh | Nak share resepi teh tarik kurang manis yang kaww dan sedap pada saya. Tak susah, semudah ABC.

Cuma perlu koyakkan sachet, masukkan dalam mug dan bancuh dengan air panas. Kacau. Tadaa... Ready to drink.

Tersuka pula minum teh tarik 3in 1 ni. Rasa teh dia pekat. Saya beli di pasaraya dengan harga RM14.90/ 12 sachet.

Terkejut pula tengok bil. Ngeh..ngeh.. Main ambil dan bayar je kan. Sebab sebelum ni saya beli dengan harga tak sampai RM13 tak silap. Cubalah kalau nak tau kaww ke tak.




Makan-makan

Rojak Asma

8:00 PG

Assalamualaikum
Rojak Asma | Sesekali pekena rojak asma memang sedap. Ini antara favourite saya juga. Sambil bersantai menonton televisyen, makanan mesti ada.
Ini saya tapau di Tesco Seri Alam je. Balik dari beli barang sikir, tapaulah rojak asma ni. Tak menahan tengok. Hadaplah laki bini sementara anak-anak tidur. Anak-anak biasa suka sosej, fish kek, so asingkan dulu siap-siap.

Rojak Asma

Bahan-bahannya : 

3 keping tahu, digoreng dan dipotong
2 biji timun 
1 biji sengkuang 
3 biji telur rebus, kupas kulit dan digoreng
4 biji kentang rebus
5 biji jemput-jemput tauge dan bawang
2 ekor sotong kembang, masak sambal
2 keping tempe dicelup, tepung dan goreng
2 keping fish cake, digoreng
300 gram paru, direbus empuk, potong nipis dan goreng
Lada hijau

Bahan kuahnya :
600 gram keledek, direbus empuk dan dikisar
50 gram udang kering
50 gram bijan, disangai
300 gram kacang tanah, digoreng dan dikisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering, dikisar halus
Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk emnumis

Cara Membuatnya :
1. Potong bahan rojak dan susun dalam pinggan hidang yang besar.
2. Kisar cili kering bersama udang kering, bawang putih dan bawang merah
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan keledek, kacang tanah, air asam jawa, garam dan gula. Tambah air secukupnya.
4. Rasakan masam, masin dan manis. Tabuarkan bijan , kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan bersama bahan rojak.
Simpan resepi siap-siap untuk rujukan akan datang.

Recipes

Sotong Perap Bakar & Pari Bakar

2:00 PTG

Assalamualaikum


Sotong Perap Bakar & Pari Bakar | Memang dah plan nak bakar ikan pari harini. Mula-mula nak bakar kosong je, cicah dengan sambal kicap. Tapi, tiba-tiba rasa nak masak pari bakar berempah pula.



Ikan Pari Bakar Berempah

Bahan, ikan pari dibersihkan, lada kisar, bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari sikit, sos tiram, rempah tomyam sikit.

Caranya, masakkan sambal berempah dahulu. Sambal dah masak, baru perapkan dengan ikan dan bakar.



Sotong Perap Bakar

Bahan, sotong dipotong, dibersihakan dan ditos. Kemudian perap sotong dengan bawang putih & halia yang ditumbuk. Bubuh sedikit garam, haliam kunyit dan lada kisar. Perapkan sekurang-kurang sejam. Kemudian, bakar je atas kuali. 


Tip bakar sotong : Kuali tidak perlu ditutup, menggunakan api kecil.





Recipes

Lempeng Cicah Sambal Tumis

4:29 PTG

Assalamualaikum

Lempeng Cicah Sambal Tumis | Menu minum petang yang simple. Melempeng lah kita, orang melayu kampung katanya. Sambal tumis sotong lauk tengahari tadi ada lagi. Cicah dengan lempeng, perghhh merecik!!



Mudah sangat buat lempeng ni. 

Hanya perlukan tepung gandum, garam, gula, telur dan air. Kacau sebati, tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat. Kemudian, masak atas kuali non-stick. 

Pekena pula dengan teh tarik. Perghh,,padu uii. Teh tarik 3 in 1 je.



Kuih Tradisional

Tepung Bungkus Sedap

8:00 PG

Assalamualaikum


Tepung Bungkus Sedap | Rasa nak cuba resepi ni bila baca blog Kak Yatie Cahaya Hidupku. Terima kasih Kak Yatie kongsi resepi ni. Saya copy sini untuk rujukan saya..


Resepi Tepung bungkus sedap

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba

Sumber :: Facebook


Aktiviti

Nasi Impit Cara Lama

9:00 PG

Assalamualaikum


Nasi Impit Cara Lama | Pernah tak mak-mak korang buat nasi impit macam ni? Rasanya memang inilah cara lama. Sekarang banyak dah jual ketupat segera, jadi memasak tu lebih mudah. Sekarang ada cara moden untuk menghasilkannya, di mana beras dituang ke dalam bekas plastik yang telak dilubangkan halus. Kemudian, isi beras ke dalam bekas plastik tersebut, dijahit bahagian atas dan msak seperti biasa.

Saya kongsikan penyediaan nasi impit cara lama, di mana nasi yang dimasak lembek di tekan-tekan supaya padat di atas loyang. Terasa seronok dapat lakukannya.


Ini hasilnya, tapi tak berapa cantik. Untuk hasil lebih cantik, boleh dletakkan sedikit minyak masak ketika mampatkan nasi tersebut. Baru cantik! Apabila nak makan, potong nasi impit seakan memotong kuih talam.


Nasi impit dah siap. Sementara tunggu sejuk, kita masak kuah soto. Mudah sahaja.

Resepi di entri saya yang lepas.

Tumis

Masukkan ayam untuk keringkan ayam. Kemudian, tuang air secukupnya.

Reneh sup lama-lama sikit.

Tadaa... jangan lupa letak taugeh, bihun goreng api panas (apa ek namanya), ayam goreng siat-siat dagingnya. Dan paling penting, jangan lupa sambal kicap!

Aummm,,sedap,, makan sampai 3x




Makanan

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral | Lama teringin nak buat. Tapi, tak terbuat-buat. In the end, beli jelah. Sekarang beli makanan secara online je. Korang yang rajin-rajin belaka, ini resepinya. Nak juga up kat blog walaupun dah viral lama.


Kuih Keria Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

By Mawar Wilsa


Bahan:
✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak

✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng




Cara-cara:

- Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil

- Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.

- Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas.
Biarkan sejuk baru letakkan tepung.

- Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana.

- Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan.

- Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka.






Pinjam gambar sekali untuk rujukan



Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar

✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air



- Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair.


- Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat.

- Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk.

- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati


NOTA 

✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.

✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk.
 #mawarwilsa

================================

Buat kita-kita yang malas (akulah), beli je dah siap. RM5/ 13 pcs. 


Sedap uii. Lembut. Berbaloi beli. Ngap-ngap tak sedar habis. Pastu banyak lak tu. Boleh share ramai-ramai.


Berminat nak order?
Terus whataps 011-2169 5619
Kawasan pasir gudang, masai dan seangkatan dengannya sahaja.



Recipes

Steamboat Simple & Sedap

9:00 PG

Assalamualaikum


Steamboat Simple & Sedap | Resepi ni dah lama dalam simpanan tapi tak terbuat-buat. Biasanya kalau rasa nak makan steamboat atau yong tau fu, sanggup redah ke Dataran. Memang meriah situ walaupun harganya agak mencekik.

Oleh kerana hendakkan benda mudah, pilihan saya mestilah yang mudah-mudah. Steamboat Choice keluaran Figo adalah pilihan yang tepat. Serba serbi ada. Pada saya, 1 pek ni sudah memadai buat kami. Sedap pun sedap.


Keluarkan isinya dan basuh terlebih dahulu. Kemudian, toskan.

5 in 1


Penyedian Kuah Steamboat:

Bawang putih diketuk. Cincang pun boleh.

Ambil lemak-lemak atau tulang ayam. Renehkan hingga kuah agak pekat.

Tambahkan kiub ayam / bilis Knorr jika mahu.

Sedikit garam.

Daun ketumbar.



Penyediaan Sos:

Lada kisar, 2 ulas bawang putih, 2 sb minyak bijan, 2 sb sos ikan, 1 sb sos tiram, 1 sb kicap, 1/2 cawan air
Gula, garam secukup rasa. Reneh sampai masak dan pekat sedang-sedang.

*Nak tambah cuka dan sedikit sunkist oren pun boleh untuk raas lebih sedap.

Sangai bijan dan tabur atas sos tadi.



Celur bahan-bahan yang sudah dibasuh tadi. Agak dah masak, angkat. Pastu saya potong-potong untuk lebih mudah di makan.

Nampak macam sikit tapi ni banyak ni.
Aisyah dan Alif suka sangat. Makan bertambah-tambah.
Resepi ini dari kawan saya, Belog Emak-emak



Recipes

Ayam Masak Kicap Sedap

9:00 PG

Assalamualaikum


Bahan :

- Ayam ~ dipotong & dibersihkan
- Bawang merah ~ dikisar
- Bawang putih ~ dikisar.
- Halia ~ diketuk
- Lada kisar
- Bawang holland ~ dihiris nipis

Cara :

- Lumur ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam tidak terlalu garing. Angkat, ketepikan.
- Kurangkan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang yang dihiris, masukkan bahan kisar, halia ketuk dan lada kisar hingga pecah minyak. ~ biasanya letak lada kisar dalam 1 sudu je.
- Boleh juga tumis 3 sekawan untuk rasa & bau lebih sedap & harum.
- Masukkan kicap kipas udang.
- Masukkan 2, 3 sudu sos blackpepper bumi hijau dan renehkan sebentar.
- Jika kuah pekat, boleh masukkan air.
- Masukkan ayam, kecilkan api dan reneh hingga ayam masak dan kuah pekat.


Masakkan mudah yang menjadi kegemaran kami. Anak-anak pun suka sebab tak pedas.



Iftar

Roti Jala

9:00 PG

Assalamualaikum

Seminggu dua ni agak sibuk. Penat mengalahkan orang yang siapkan order biskut raya. Persiapan raya kami, adalah 10% je siap. Kali ni sangat-sangat bersederhana.

Banyak-banyak menu, ini je yang sempat snap. Selalunya, siap masak tak dan dah nak buat apa-apa. Terus stanby nak berbuka. Lagi mau snap gambo? Takde maknanya... Laporr uii..

Roti jala simple ni, sesimple resepinya juga. Alah, mudah bebenor, nak menjala je kadang-kadang malas sikit. Simple tapi sedap, sekali hadap 10 keping masuk mulut.


Roti Jala Simple

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum,
2 sudu besar minyak masak,
1 susu kecil garam,
1 biji telur,
2 cawan air/ santan/ atau susu segar (saya letak 1 cawan susu segar + 1 cawan air),
sedikit pewarna kuning.

Cara-cara:
Blend semua bahan hingga sebati. Tuang dalam mangkuk besar. Godak-godak lagi. Testing, aduan ok ke tak.
Tebar jala atas kuali non-stick, saya sapu minyak sikit dengan daun pandan bagi aroma wangi.


Cicah kari sotong dalam tin. Sebab baru teringat ayam dalam peti ais dah habis.


Kalau kat luar, orang jual singgit 4 keping. RM2.50 adalah 10 keping. Kan? Saya jala kat dapur, 2 cawan tepung dapat 32 keping. Makanlah kami suami isteri dengan penuh nikmat.









Recipes

Pajeri Terung Sedap

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebelum memulakan bicara, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua sahabat. Semoga Ramadhan kali ini mendatangkan sejuta kebahagiaan dan rahmat buat kita.

Dah lama en.suami mengidam lauk ni. Cuma saya tak masak-masak sebab tak tahu nama menu ni. Tempohari, ada pulang ke rumah abahnya, tanyakan sekali cara masak pajeri terung atau terung berempah ni.


Pajeri Terung / Terung Berempah

Bahan-bahan:

Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering.
Rempah kari daging babas dibancuh.
Santan
Kerisik
Terung ikut korang makan banyak mana
Gula
Garam


Cara masak:

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari yang dibancuh. Masukkan santan, kerisik, gula.


Bubuh air

Tadaa...siap untuk disantap


Resepi, sumber di SINI



Nota Hati : Memang sedap!!




Recipes

Karipap Inti Telur

9:00 PG

Assalamualaikum


Sesekali tunjuk rajin. Buat karipap je pun. Kuih simple yang sedap untuk sarapan pagi atau minum petang. Biasa beli singgit 3 biji. 

Dulu, masa kecil, emak rajin buat karipap. Saya suka karipap yang emak buat sebab kulitnya lembik. Tak suka yang rangup, rapuh sebab rasa macam keras je.
Mula-mula sediakan intinya.

Bahan-bahannya, biasa je. Kentang, lobak, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, rempah kari, lada hitam, telur rebus, garam dan gula.
Dah masak inti, boleh sejukkan.

Kemudian, sediakan kulitnya pula. Ala, youtube kan ada. Hihu..

Buat bulat-bulat


Gelek jela dengan apa yang ada. Mengimbau zaman kecil-kecil, kami gelek dengan gelas.


Biasalah pakai cetak tu tak lekat. Kita kelim pakai tangan je lepas tu.


Ni bawa bekal, makan kat office



Suami makan berketul-ketul. Tu tandanya.....karipap ni sedap.






Our Life

Ikan Bakar Mudah & Sedap

9:00 PG


Ikan bakar style saya. 


Bahan-bahan:

A- Bawang merah, bawang putih, lada kering kisar, udang kering ~ kisar

B- Bancuh 1 sudu rempah kari bersama 4 sudu kicap cair, 4 sudu kicap pekat, 2 sudu sos tiram, 3 susu pes tomyam.

Daun kari

Secubit garam.


Cara-cara:

- Tumis daun kari dan bahan A hingga agak garing.

- Masukkan bahan B dan masak hingga betul-betul masak. Masukkan garam. Rasa semua cukup, manis masam masinnya.

- Bila dah agak sejuk, boleh lah lumurkan pada ikan. Perap beberapa jam sebelum dibakar.


Perap sebelum bakar.

- Sebelum dibakar, tuang lebihan kuah tadi ke atas ikan dan bakar hingga masak.






Our Life

Aiskrim Sumi

9:00 PG



Orang lain dah lama dah buat. Semuanya gara-gara resepi viral. Saya je baru terhegeh-hegeh nak buat. Simpan menu kemain lama tapi kalau dah malas, tak boleh nak kata apa.

Cuti umum hari tu merajinkan diri untuk buat aiskrim sumi ni. Sumi tak banyak. Itu pun beli yang sumi dadih. Sedap. Kak Aisyah asyik minta, penyudahnya ini saja yang tinggal.

Tidak mahu kecewa Kak Aisyah, gigihlah saya di dapur membuat pelbagai perisa aiskrim malaysia.


Comel-comel gambar dia kan.


Aiskrim Sumi

Bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air biasa
2 bungkus sumi
Secubit garam

Cara-cara:
Didihkan susu cair, susu pekat bersama air.
Masukkan garam.
Dah mendidih, matikan api.
Tunggu sejuk



Tada!!!!


Suminya tak berapa nampak pula. Tapi, rasa memang sedap.




Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


5 minit kemudian.


Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


5 minit kemudian.


Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


Ibu : Kakak tidur dululah. Nanti kakak bangun, aiskrim dah beku.


Huhuhu..




Recipes

Nasi Lemak Kukus Sambal Tumis Bilis

8:30 PG


Ni semua kisah minggu lalu. Bila teringin je nak makan, terus masuk dapur. Baru belajar masak nasi lemak kukus. Gigih tak gigih mak buyung memasak sebab nak puaskan hati. Tidaklah masa pantang nanti terliur nak masak. Masak tau bukan makan. Akekekekeke..

Bukan mudah memasak Nasi Lemak Kukus rupanya. Leceh. Sebab tu mahal. Tapi berbaloi sebab memang sedap. Eh? Terpuji diri sendiri pula.

Saya belajar melalui blog Azie Kitchen. Ada tunjuk step by step. Saya follow je. Terima kasih kak atas perkongsian tu. Suka sangat bila menjadi.

Lawankan pula dengan sambal tumis bilis. Perghhh...nikmatnya.

Warna tu penting juga..





Our Life

Soto Ayam Untuk Dia

8:30 PG


Tiba-tiba en.suami request Soto untuk makan malam. Baru bercadang nak gantung kuali. Hari itu tempat kerja en.suami ada buat sedikit makan-makan sempena Hari Raya. Nasi impit ada banyak lebih, dan tekaknya pula tiba-tiba teringinkan soto.

Bagi memenuhi keinginannya, saya masak soto special untuk dia. Penuh kasih sayang walaupun simple. Saya pernah kongsikan resepi Soto ini di [SINI].

Kali ini tidak lupa akan buah keras ~ Mabeles..






Iftar

Siakap 3 Rasa Mudah & Udang Goreng Butter

3:00 PTG


Menu ringkas untuk berbuka. Ikan siakap 3 rasa adalah menu pilihan en.suami. Oleh sebab kuah sudah ditaburi timun dan tomato, hanya perlu tambah salad untuk melengkapkan hidangan.




Resepi Udang Goreng Butter <-- Klik sini untuk resepi


Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan Untuk Ikan:
- Seekor ikan siakap - bersihkan dan toskan.
- Tepung jagung (dilumur pada ikan)
- Minyak masak untuk menggoreng.


Bahan-bahan Untuk Kuah:
- 1 biji bawang besar ~ 1/2 dikisar, 1/2 dihiris
- 4 biji bawang merah ~ dikisar
- 3 ulas bawang putih ~ dikisar
- 1 inci halia ~ hiris tipis
- 2 batang serai ~ diketuk
- 1/2 senduk cili kisar ~ bergantung pada kesukaan
- 3 susu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos cili
- 1 biji tomato ~ dipotong dadu
- 1 biji timun ~ dipotong dadu
- Kiub nenas dalam tin berserta jus ~ ikut kesukaan
- Garam
- Gula

Cara- caranya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan.

2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.


3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.


4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan halia, serai dan bahan kisar hingga masak.

5.  Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.

6.  Masukkan bawang besar, tomato dan nenas.

7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam dan gula.

8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.



Iftar

Nasi Goreng Bajet

3:00 PTG


Inspirasi dari pak menteri yang cerdik pandai, maka terhasillah menu simple ini di bulan puasa. Memang niat mahu masak nasi goreng sahaja tapi tak sangka pula sayur dalam peti sejuk sudah tidak ada. Apatah lagi udang atau sotong. 


Tumbukkan cili, bawang merah, ikan bilis dan sedikit garam. 
Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan sedikit garing,
kemudian masukkkan nasi yang telah dihancurkan.
Kacau sebati.
Yummy, terhasillah nasi goreng bajet (kosong) tapi sedap tau.


Dilawankan pula dengan telur dadar curah sedikit sos cili dan ayam goreng berempah. Ayam tu sudah diperap semalaman bersama rempah-rempah biasa yang saya gunakan. Walaupun kelihatan agak hitam, tapi rasanya sedap. Kalau pinggan masing-masing licin tu sedaplah kot.