Santai Ahad

Me Time

9:00 PG

Assalamualaikum

Me Time | Bila sudah berkahwin, ada anak dua, me time tu seolah tak wujud dah. Nak buat apa yang kita suka tu memang payah.

Tapi tiba-tiba setelah berbulan tak sentuh game, saya boleh layan game-game ni sepuas hati. Sambil memerhati anak-anak main dan mereka tidak ambil peduli pula handphone yang berada di tangan saya.




Game-game santai yang saya install di handphone saya. Saya memang gemar game macam mudah macam ni. Mungkin sebulan selepas ini baru main lagi.





Santai Ahad

Santai Ahad #6 - Restock

8:00 PG

Assalamualaikum
Re-stock | Malam ahad biasanya aktiviti re-stock karipap frozen saya. Buat frozen sebab kadang-kadang ada pelanggan beli frozen. Kadang tu diorang beli dengan kuantiti yang banyak.
Jualan setiap hari sentiasa ada. Tu yang tak dapat nak re-stock banyak- banyak. Alhamdulillah, rezeki karipap sentiasa ada. Moga rezeki berpanjangan.



Celoteh Je

Santai Ahad #5 ~ Suka Layan

8:06 PG


Dalam tempoh berpantang ni, rajinlah mengscroll fb bila bosan. Tau jelah, dalam tempoh berpantang, tak dapat tidur. Biasalah tu.

Seronok sangat bila terjumpa page ni. Page Masak Apa Hari Ini. Suka tau tengok ahli yang share resepi dan upload hasil mereka.

Mulalah tangan saya gatal, tak sabar nak cuba resepi-resepi yang ada.


Jom join jadi member. Syok layan.




Celoteh Je

Sedikit Persiapan

8:30 PG


Ramadhan lagi 2 minggu, tapi baju raya sudah pun beli. Persiapan awal katanya. Pilihan saya mestilah dress yang boleh disarung tanpa sangkut di perut.

In sha Allah, 1 Syawal nanti kandungan saya sudah 32 minggu. Tak boleh pakai baju biasa. Perut dah sendat. Heh..

 Biarlah rahsia..


Lepas ni cari baju raya untuk Cik Aisyah pula. Baju anak dara belum beli lagi, tapi sudah ada yang berkenan di hati. Harapnya adalah stok.

Teringat kata-kata Cik Aisyah ketika saya cuba menyarungkan dress ini.


Aisyah : Dah..dah..tak payah pakai. Panjang sangat.

Ibu : *Krik..krik..*


Balik kampung nanti minta emak alterkan. Saya ni, setakat potong bawah dan jahit lurus tu bolehlah. Tapi, macam nak alter bahagian lain.









Makanan

Pepes Ayam Kempas

8:30 PG


En.suami tiba-tiba teringin nak makan pepes ayam. Layankan saja. Usai pelbagai urusan, kami singgah di kilang otak-otak kempas. Niat di hati mahu beli otak-otak sekali. Tapi, bila difikirkan semula, beli pepes ayam sahaja dahulu, takut tidak habis pula.

Simpan dalam peti ais lama-lama pun nanti rasa sudah tidak mengancam. Harga pepes ayam lebih kurang RM21.60/ 50 keping. Berbaloi beli. Makan sepuas hati.

Walaupun 50 keping, tapi jenuh juga nak habiskan. Pepes ayam ni walaupun kecil tapi isinya padat. Lebih cepat mengenyangkan berbanding otak-otak. Saya makan 5 keping pun sudah kenyang.


Kali ke-3 bakar ~ habiskan stok.



Aisyah Humaira

Ragam Cik Aisyah

10:09 PG


Aisyah : Ibu, Aisyah ada beg kecik. Nak pakai. Ibu Amik 'abar'..

Ibu : Ok, cepat. Sedia.



Inilah hasilnya bila dia bergambar.

Santai Ahad

Singgah Menyinggah

11:48 PG



Bermacam hal yang berlaku dalam dunia alam maya ni rupanya. Bagi yang berminat untuk menulis, teruskan menulis. Ramai yang menyokong.

Biasalah blog ni walaupun ibarat 'rumah', tapi blog takde pintu pagar, takde pintu, takde mangga yang berkunci, klik je dah boleh terjah dan baca segala isinya.

Mengapa saya suka menulis? Sebab saya suka. Dah kata blog personal, blog syok sendiri lah. Akekeke..

Dan saya juga pembaca kan, jadi saya ada minat tersendiri juga.

Bila ada masa free nanti saya terjah nlog kawan-kawan. Nak say hi hi..


Nota Kaki : Servis kete..servis kete..


Layan Lagu

Sakit Di Sini

8:00 PG




Sebenarnya nak bagitau yang saya tengah syok dengar lagu ni ulang-ulang. Lagu dangdut kot. Ahaksss...

Lagu ni sedih tapi versi rancak. Video klip pon menarik. View more than 2M. Ko hado..huhu..


===================================


Tergerak hati nak cari lagu ni dia youtube sebab selalu dengar Cik Aisyah nnyanyi sorang-sorang..

"Sakit di sini..sakit di sini.."

Rupa-rupanya inilah lagu yang Cik Aisyah sering nyanyikan. Sakitnya tuh di sini. Tak pasal-pasal saya pun terjebak nak berdangdut. Tapi, cuma suka-suka ye sebab pada saya iramanya unik.







Santai Ahad

Santai Ahad #4 ~ Mood

8:00 PG


Adakalanya mood hilang. Ada singgah blog kawan-kawan, baca, jadi stalker tapi tak tinggal jejak. Jejak as nuffnanger mungkin ada.

Beberapa hari ni, nak drop komen macam malas sikit.

Hari ahad, mood draft entri berderet-deret.






Nota Kaki : Mohon maaf dipinta andai....



Aisyah Humaira

Santai Ahad #3

8:00 PG


Saya selalu mengimpikan yang saya akan selalu berada di samping bidadari kecil ni. Nak jadi full housewife le teww. 

Bila dia tiada di sisi saya, saya rindu sangat. Tapi, bila dia ada di sisi saya, saya sering marah-marah.

Marah sebab dia tengah melasak.
Marah sebab dia nakal.
Marah sebab dia tak dengar cakap.
Marah sebab dia selalu buat 'kerja' diam-diam.

Marah-marah sayang. Tidaklah marah betul-betul. Bidadari dari syurga ni. 


Bidadari kecil yang saya rindui selalu


Dua hari je dapat berkasih sayang sepenuhnya dengan dia.

Main sama-sama.
Makan sama-sama.
Main masak sama-sama.
Main kemas rumah sama-sama.


Isnin sudah bekerja semula. Mengharungi monday blues.

Safety boot baru, semangat baru di tahun baru.





Santai Ahad

Santai Ahad ~ Roti Kok & Teh O

8:00 PG


Kalau singgah kedai, ada je yang nak dibeli. Yelah, setakat nak beli 2, 3 barang tak kuasa saya nak ke Mydin. Singgah saja kedai depan rumah. Dari 2, 3 barang jadi 4, 5 barang. Boleh dikawal lagi.

Kalau bawa Cik Aisyah, ada saja yang diminta. Gula-gula atau aiskrim. Cik Aisyah kalau tak dapat tidak lah sampai berguling-guling, tapi raut wajahnya membuatkan saya tidak sampai hati. Dan dia akan menyebut apa yang dia inginkan berulang-ulang kali hingga saya rasa bersalah.

Inilah, hati seorang ibu. Hati tisu. Kalau anak dah bertambah, mungkin hati dah keras sikit nak melayan kot. Eh..yeke?

Saya suka makan roti kok cicah teh O panas. Perghh..nikmat sungguh. Mahal juga ye harganya sekarang. Masa kami masih kecil, emak selalu beli yang jenis timbang seplastik besar dan simpan dalam bekas kedap udara. Rasanya tidaklah mahal seperti sekarang. Sekarang ni susah nak cari yang ditimbang.


Roti Kok ~ RM2.80 sepekat, saiz pun comel-comel.



Aisyah Humaira

Menyorok Bila Takut

8:00 PG


Semakin membesar, semakin banyak juga kaletahnya. Sudah pandai ketawa besar sambil pegang perut bila dirasakan kelakar. Merenung serious tidak berkedip mata bila memahami satu adagen. Dan sudah tahu erti takut bila ada muncul makhluk-makhluk pelik.




Tiba-tiba lari di balik langsir. Bila ditanya, dia jawab, "takut, ibu". Saya biarkan saja dengan imaginasinya. Kartun je pun. 


Ini memang betul-betul takut. Langsung sembunyi di balik langsir. Cerita kartun sofia, ala ada makhkuk pelik je. Tidak ada perkara menakutkan pun.

Tapi, bila saya cakap, "kalau takut, ibu tutup tv". Laju pula menjawab, "jangan, ibu" dan remote astro diambil dan disorok pula belakang badan comelnya.