Review

Kedai Emas Terbaik di Kuala Terengganu

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kedai Emas Terbaik di Kuala Terengganu | Hebahan melalui media sosial dan internet merupakan satu cara dan kaedah untuk mengembangkan perniagaan. Lagilah zaman sekarang, kuasa viral sedikit sebanyak membantu dalam mengwar-warkan apa jua yang kita niagakan.
Tidak ketinggalan kedai-kedai emas juga mulai menjalankan perniagaan emas secara online atau dikenali kedai emas lelong maya.

Nak kongsikan ni, satu kedai emas murah di kuala terengganu. Katanya kedai emas murah sebab emas lelong.
Lelong ui lelong! Siapa tak mahu. Kedai emas lelong murah di Kuala Terengganu ni sudah pun menjadi kedai emas viral Facebook. 

Boleh percaya ke beli emas secara online? Eh..eh..dik non. Jangan risau ye semua. Ni nak bagitau berita gembira pada semua. Kedai emas online yang dah viral ni merupakan kedai emas online yang boleh dipercayai. Malahan emas lelong viral di Facebook!

Lihatlah betapa ramai orang yang datang ke kedai emas lelong MAYA ni. Mereka semua teruja untuk memilih barang kemas yang mereka hajati.


Berapa ramai pun pelanggan, in sha Allah staff kedai ini akan layan dengan baik. Viral mengatakan, servis pelanggan kedai ini sangat bagus.



❤❤❤
Emas merupakan logam berwarna kuning berkilauan yang perlu dilombong kerana ia tidak boleh dicipta. Warna emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap.

Tambahan lagi, emas juga merupakan pengalir elektrik yang baik. Sifat ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Emas telah digunakan sejak daripada zaman dahulu, seawal zaman pra-sejarah lagi. Emas juga telah dilaporkan dalam beberapa dokumen-dokumen lama yang menyatakan emas digunakan sebagai barang hiasan.

Selain digunakan sebagai hiasan, emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.
❤❤❤
Saya percaya rata-rata insan bergelar wanita di dunia ini menggemari emas. 

Makcik-makcik, puan, kakak, adik sila rapat-rapat.
Yang suami boleh belikan untuk isteri.
Yang emak boleh belikan untuk anak.
Yang anak boleh belikan untuk emak.
Yang nak kahwin tak lama lagi tu lagilah..tempat yang wajib korang kunjungi,,
Rugi tau tak beli emas murah di Kuala Terengganu ni.
Meh cuci mata dulu. Kita lihat antara koleksi yang ada. Ini antara design yang berjaya menawan hati saya. Banyak sangat design lain sampai tak tahu nak pilih mana.
Harga? In sha Allah, ada pilihan mengikut bajet korang.
Cantik sangat kan bentuk bunga-bungaan ni. Klasik sangat.

Ni kalau dapat pakai masa raya ni..terasa sayalah sorang ada gelang. Heheh..

Simple but sweet. I loike..

Antara pilihan untuk mereka yang sedang mencari cincin tanda.

Macam-macam saiz ada. Pilihan di tangan anda.


Antara design cincin yang saya suka. Bunga.


Bentuk hati.

Staff Kedai Emas Lelong MAYA. In sha Allah mereka akan berikan layanan dan servis yang terbaik dan tip top.


Dekat mana emas murah di Kuala Terengganu?
FB : Kedai Emas Lelong Maya
Alamat kedai emas lelong maya
No.105A, Jalan Hiliran, 
Chabang Tiga - LOKASI BERHADAPAN PEJABAT POS CHABANG TIGA
21000 Kuala Terengganu
Terengganu

Hotline 
012-910 9215

Website 

Waktu operasi kedai: 10pagi -6petang

Kids

Bermain Sambil Belajar Bersama Toysdirect.my

10:00 PG

Assalamualaikum


Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi permainan yang mereka minati. Madah pujangga hikmah ada menyatakan bahawa, zaman kanak-kanak adalah memberi keseronokan. Beberapa orang penyelidik turut memperakui betapa pentingnya bermain.
[1] Menurut Fromberg dan Gullo (1992), bermain boleh meningkatkan perkembangan bahasa, kecekapan bersosial, berkreativiti, berimaginasi, dan kemahiran berfikir.
[2] Frost (1992) menyatakan bahawa bermain adalah pemacu kepada perkembangan imaginasi dan kecerdasan, bahasa, kemahiran bersosial, kemampuan persepsi-motor untuk bayi dan kanak-kanak yang muda
[3]  Menurut Garvey (1997), bermain sesuatu yang biasa berlaku sepanjang  zaman kanak-kanak pada pengetahuan kanak-kanak itu sendiri, kefahaman tentang komunikasi verbal dan non-verbal, dan memahami tentang fizikal dan dunia bersosial.
[4] Fromberg (1992) mendakwa bahawa bermain adalah penyepaduan utama kepada pengalaman manusia. Ini bermakna, apabila kanak-kanak bermain, mereka merumuskan dengan pengalaman yang lepas yang pernah mereka lakukan dan alami untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti permainan atau senario bermain.

Sebagai ibubapa, kuasa kawalan ditangan kita. Alang-alang membeli, biarlah permainan tersebut berbaloi dimiliki. Terdapat banyak permainan berbentuk pembelajaran sekarang dan semestinya permainan ini yang menjadi tumpuan para ibubapa!

Di Toydirect.my terdapat banyak pilihan educational toys. Apa itu toydirect.my? Toydirect.my merupakan kedai online yang telah beroperasi sejak 2014. Fokus utama mereka pada alat permainan berpendidikan, bahan Montessori dan buku. Toysdirect juga merupakan peruncit yang menjual mainan pada harga borong dan sangat berpatutan!

Terdapat banyak pilihan permainan di Toydirect.my. Semuanya dihujung jari. Boleh cuci mata, pilih sebaik mungkin sebelum beli. Lebih mudah membeli secara online sebab banyak masa diperuntukkan untuk memilih. 

Untuk Aisyah, aku memilih Literacy Fun Game. Nampak menarik permainan ni. Lebih-lebih lagi Aisyah akan ke sekolah tahun depan. Permainan ini dapat membantu dia mengenal huruf dan sekaligus mengeja. Ia jua nampak tidak membosankan.



Literacy Fun Game
  • Saiz :  24 x 21.5 x 4.5cm
  • 2 x Setiap huruf, berjumlah 56 keping
  • 60 keping kad perkataan
  • Harga : RM19.00



Untuk Alif pula, aku berkenan Building Block. Sesuai dengan usia Alif yang baru setahun 1 bulan. Dia lebih cenderung pada permainan mengenal bentuk dan menyusun.





  • Saiz pek : 21 x 22.3cm
  • Harga : RM83.00


Terdapat banyak pilihan permainan pembelajaran lagi di sini.


Aisyah Humaira

Jubah Puteri Di Hanni Raniaku

8:30 PG


Ramaaaaaaiii yang berkenan dengan Jubah Princess ni. Saya pun berkenan juga. Mula-mula skodeng page dia dah jatuh cinta dengan jubah princess tu. Comel kalau Aisyah yang pakai. Kebetulan, gambar yang diupload cuma warna pink dan hijau emerald.

Terus whatApps owner tanya harga dan warna. Keciwa sebab warna yang diinginkan takde. Ermmm.. Tapi, beberapa hari lepas tu ada pula open order untuk warna-warna lain. Termasuklah warna yang saya inginkan. Apa lagi, laju-laju tanya.

Sebenarnya, kami telah ke kedai mereka pada hari Ahad tapi stok belum sampai dan untuk mereka yang menempah sahaja. Alamak!! Saya tak tempah pun, cuma bertanyakan stok dan harga sahaja.

Sewaktu kami mengundurkan kereta, owner memanggil kami dan dia akan beritahu kami kalau ada re-stock. Dan sudah tertulis ia rezeki kami, dapat juga. Alhamdulillah...


Ini jubah anak buah suami saya. Saiz 6 tahun. Siap dengan tudung beriben.


Ini pula gaya Puteri Cik Aisyah. Bukan main suka dia dapat pakai jubah ni.
Saiz 4 tahun. Warna, biarlah rahsia.


Mujur kedai mereka tidak jauh dari rumah kami. Dan mujur juga kami ke kedai mereka dan mencuba jubah tersebut. Aisyah yang berumur 3 tahun lebih perlu memakai jubah bersaiz 4 tahun tau. Kalau saya beli online, mungkin saya akan keciwa sekali lagi.

Jenis material memang terbaik. Sebab saya sudah belek sebelum beli kan. Sesuai untuk kanak-kanak. Lembut dan serap peluh. Dek kecantikan dan keselesaan jubah tersebut, saya yakin kebarangkalian untuk berboria di pagi raya amat tinggi. Keh..keh..

Mereka bukan sahaja menjual jubah yang cantik ni, tapi pelbagai baju kanak-kanak lain. Harga pula, pada saya agak murah berbanding tempat lain. Nak tau apa lagi yang mereka jual?? Jom skodeng.



Saya beli di sini!!!



WhatApps : 014-9895 124

Alamat :
No. 53, Jalan Sagu 15,
Taman Daya,
81100 Johor Bahru.







Shop Review

Jom Singgah Zara Outlet di Sierra Perdana

8:54 PG


Zara outlet, baru saja dibuka. Launching hari sabtu lalu. Kedai melayu, menjual barang-barang melayu, kita kasi support.

Banyak produk dijual dalam kedai ni. Ada shawl pelbagai pilihan, jubah, baju, makanan kering, kek, cookies, produk shaklee, bio seleza, tupperware... ermmmm apa lagi ye? Nak sebut satu-satu takut ada yang tertinggal pula.

Apa kata korang terjah sendiri dan lihat sendiri apa yang ada. Kot berkenan boleh beli seketul dua. Berketul-ketul lagi dialu-alukan.


Tuan kedai minta kami bergambar


Selpie sikit


Saya singgah situ, saya beli apa? Ala, saja cuci mata. Kawan saya yang berspek ni ada letak cookies kat situ. Salah satu yang menjadi sebutan adalah congo bar hasil tangannya. Mabeles. Cubalah sendiri, rasa.


Saya beli botol air  tupperware ni, alang-alang depan mata. Saya belilah.
Popia udang kering pun saya beli, satu bekas tu RM12. Rangup. Sedap.



Ini doorgift yang saya dapat. Mwehehe...buat kenangan.



Jom singgah Zara Outlet, boleh gak skodeng-skodeng
Instagram : @zaraoutlet23
Facebook : Azila Aziz
Alamat : No. 143, Jalan Sierra Perdana 4,
Taman Sierra Perdana
Lokasi : Deretan kedai baru sebelah highway.