Susu

Buat Anak Yang Minum Pediasure

2:06 PTG

Assalamualaikum

Ada ke anak korang yang minum susu Pediasure? Saya nak bagi je voucher ni. Tapi, hanya untuk 400gm sahajalah.


Dapat diskaun RM10, ok apa. Sah di pasaraya Tesco, Giant dan senarai kedai terpilih seperti yang tertera di belakang voucher.

Kalau nak, email saya di mar84nadzri83@gmail.com






Aisyah Humaira

Dutch Lady Bakal Melancarkan Produk Baru

8:00 PG


Biasanya kami tunggu offer di Mydin, borong 4 pek sekali. Harga dapat RM27.90 satu pek. Entah macamana hari tu, rezeki kami tak dapat nak borong sebab takde stok. Hold dulu lah. Nak beli di sensei, kedai dah tutup.

Esoknya, ke kedai sensei, mula-mula survey harga je kononnya. Sebab biasanya susu pililhan Aisyah di sini mahal sedikit dari Mydin. Tapi, kali ni memang betul-betul terkejut, RM23.90!! Dapat ambil dua pek je dulu sebab kedai sensei tu tutup awal juga, kalau ke bank cucuk duit dahulu, tak sempat nak beli. Susu di rumah pengasuh dah nak habis. Grab 2 pek, esok lusa beli lagi. Kedai sensei ni pun dekat je dengan rumah.

Sebelum ni memang kami beli susu di sini. Mamil Learning. Tapi sejak Aisyah bertukar kepada Dutch Lady 123, kami bandingkan harga di Mydin lebih murah. Sejak itu, terus saja borong susu di Mydin. Tak sangka, kali ini kami ke sensei semula sebab lagi murah! Tarikh luput pun lama lagi.


Ke sebab akan dilancarkan produk baru sebab tu pek lama murah.
Pek baru ni 900gm sahaja dan tak pasti ada kenaikan harga atau tidak.
Biasanya kalau produk susu ni ada pembaharuan, harga naik sikit.






Aisyah Humaira

Cubaan Pertama Meal Shakes Shaklee

2:00 PTG



Sudah lama mahu mencuba produk ni tetapi sering tangguhkan kerana Aisyah minum susu yang agak mahal sebelum ini. Keserasian dia bersama Mamil menyebabkan kami tidak berani untuk menukar ke jenama lain. 

Setelah 2 tahun, Aisyah mula mengalami sembelit dan ibu tukar susunya kepada Dugro. Botol pertama, OK. Botol ke 2 dan seterusnya dia muntah selepas beberapa minit sebotol susu tersebut dihabiskan. Muntah-muntah hingga dia demam. 

Penyudahnya, ibu menjadi pembeli tegar Pediasure Complete. 2 bulan Aisyah minum susu pediasure tetapi selera makannya tetap tidak ada meskipun sebelum ini ibu ada juga beri susu pediasure ini untuk menambahkan selera makannya dan berhasil. 2 bulan ini langsung tidak berhasil. Bab makan sangat memilih. Kejap mahu nasi, kejap mahu mi, kejap mahu bubur. Lastly, nak mi maggie!! Tapi perencah tetap ibu masak lain dan letak sedikit perencah mi maggie buat rasa-rasa.

Sabtu lepas, tekad whatAp Fai Cerita Cinta dan petang itu juga Meal Shake sampai di pintu pagar kerana rumah Fai dekat je dengan rumah ibu. Dapat pula harga ahli, RM91. Sayang Fai ketat-ketat. Raya nanti jemput datang rumah ye.

Aisyah yang baru berusia 2 tahun 2 bulan, hanya perlu mencampurkan satu sudu teh sehari ke dalam bancuhan susunya atau jus buah atau ke dalam makanan. Sebekas Meal Shakes itu mampu bertahan selama 3 atau 4 bulan. Menjimatkan. Buat masa ini, nampak yang dia mula tertarik dengan makanan meskipun belum lagi makan dengan kuantiti yang banyak.

Oleh kerana Meal Shake sudah diberikan kepada Aisyah, tidak perlu minum Pediasure lagi. Lagi pula Aisyah sudah besar. Beberapa hari ini, kuat betul Aisyah minum susu tersebut. Berselera sungguh. Ibu hanya beli pek kecil untuk percubaan = 350gm. Hari ni kenalah beli susu tu lagi, beli pek yang 650gm pula. Kita tengok jauh mana perginya. Ahaksss..


Susu baru Aisyah adalah.....








 jeng






jeng







jeng










Nota Kaki : Gendang gendut tali kecapi, Gendang perut senang hati..

*opss salah :  Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut senang hati..wakakaka






Susu

wW #22 : Dumex Mamil Learning

9:00 PG


Orang kedai ubat cina baik hati bagi ibu hadiah. Orang bagi, ibu terima jelah.



Comel je bekas ni..


Bekas cawan tu jadi permainan Aisyah..suka betul mungkin sebab warna warni.

============================





Nota Kaki : Dah lama nak cite tapi asyik keterlupaan..



Info

Bertindak Mengikut Arahan

9:00 PG


Tidak semua pek susu mempunyai arahan sebegini kan? Tetapi pek susu Mamil keluaran Dumex ada tertera arahan penyimpanan susu.


Sekadar berkongsi. Ibu memang ada cita-cita mahu menukar susu formula yang lebih ekonomi. Lagipun Aisyah sudah besar. Tetapi masih samar-samar dan kasihan pada anak. Emmm..



Arahan penyimpanan susu yang tertera di pek




Lawa kot tupperware ni, tu yang berkenan


Aisyah masih kuat menyusu meskipun usianya sudah 2 tahun. Sedap kot minum susu ni. Minum susu memang bagus tetapi Aisyah ni di dalam kategori kurus kerana selera makannya tumpul hampir 2 minggu. Setelah ibu beri susu formula pediasure semula, seleranya semakin baik beberapa hari ini.

Adakah selera makannya hadir bergantung kepada susu pediasure? Ni yang tak best nih..





Nota Kaki : Nak cuba mealshake shaklee lah..

Aisyah Humaira

Mamil to Dugro

5:08 PTG


Aisyah kian membesar. Dalam tempoh kurang 2 bulan, dia akan genap 2 tahun. Syukur Ya Allah atas kurnia Mu. Perancangan awal, cuba memberikan Aisyah susu Dumex Dugro. Sebelum ini dia minum Dumex Mamil. Kalau dilihat dari packaging, Mamil kemas berplastik aluminium di dalam kotak, Dugro hanya menggunakan plastik yang bercetak gambar. Dari segi khasiat yang tertera di packagingnya, sama sahaja. Tiada beza.


Pertama kali memberikan Aisyah susu Dugro, dia minum seperti biasa. Penjagaan susu tersebut haruslah diutamakan, seperti yang tertera di pack.


Jangan tuang susu ke dalam bekas.


Bau susu Dugro agak kurang menyenangkan dari Mamil. Mamil tiada bau sangat rasanya. Tapi, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keserasian perut anak.

Selang 5 minit selepas minum susu Dugro, Aisyah membuang air besar dan agak cirit walaupun sekali sahaja. Selepas itu, ibu berikan pula susu Mamil dan Aisyah tidak pula membuang. Kali ke-2 beri Aisyah susu Dugro dan situasi sama seperti kali pertama dia minum. Ibu sudah berpendapat, mungkin susu ini tidak sesuai untuk Aisyah.

Cuba wassup rakan-rakan yang mungkin anak mereka minum susu Dugro dan berhasrat untuk sedekahkan sahaja susu Dugro tu. Sayang kan susu. Kebetulan, jiran ibu berkongsi pendapat. Anak dia juga minum susu Dugro. Sebelum 2 tahun, minum susu Anmum.

Jiran memberikan tips untuk menukar susu anak.

Campurkan susu lama dan susu baru dalam skala 3:1. Contohnya, 3=skop susu baru, 1=skop susu lama. Jika anak tetap membuang dalam masa 4 atau 5 jam, bermakna susu tersebut tidak sesuai.


Keesokan harinya, ibu cuba mempraktikkan tips jiran dan Aisyah tidak pula membuang selepas minum susu tersebut. Andai tiada apa, bolehlah teruskan sahaja dengan susu Dumex Dugro. Jimat belanja, separuh harga dari harga Mamil. Takpe, Aisyah pun dah besar.



Dumex Mamil Learning

(klik untuk tumbesaran)



tukar kepada




Dumex Dugro Asli

(klik untuk tumbesaran)




Nota Kaki : Susu ibu adalah susu yang terbaik. Selepas 2 tahun, susu untuk anak juga perlu dititikberatkan.

Nuffnang

Keywords #3 : Susu Novalac

6:01 PTG



Banyak keyword mencari info tentang susu novalac. Terdapat banyak jenis susu keluaran Novalac ini. Susu formula yang pernah Aisyah minum hanyalah Susu Formula Novalac IT, khas untuk bayi yang sembelit. Tetapi, terang dan nyata, susu itu ditulis sebagai "Rumusan Susu Formula". 


Sila layari laman web www.novalac.com untuk maklumat lanjut.

Bila ibu masuk laman web ini, ibu terpinga-pinga sebentar. Mungkin kerana packaging yang sudah  berubah. Aisyah minum susu formula ini ketika masih dalam tempoh berpantang kerana sembelit dan susu ini sangat berkesan. 



Kredit to Google - Contoh gambar packaging semasa Aisyah minum dulu.


Nota Kaki : sila taip "susu formula novalac it"

Pengalamanku

Pediasure ~ Untuk si kecil yang tak nak makan

9:04 PG



Kredit En. Google



Susu Pediasure Complete ini ibu bagi Aisyah bermula dari beberapa bulan yang lalu kerana dia tak nak makan sangat. Puas masak macam-macam, dengan harapan dia akan pilih salah satu menu. Tapi, hampa.

Pediasure complete sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun. Sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut, penyediaan susu Aisyah hanyalah dengan mencampurkan 1/2 scoop pediasure ke dalam bancuhan susunya. Itu pun hanya beberapa kali sehari.

Sepanjang pengambilan susu ini, kadang kala selera makannya berbangkit. Tapi kadang kala tidak juga. Pengasuh Aisyah juga pernah memuji 'kebagusan' susu ini.

Apa yang ibu perasan, dalam tempoh masa Aisyah tidak ada selera makan kerana gigi mahu tumbuh. Serba serbi tidak kena malah sering mengadu "akit..".


*     *     *     *     *     *


Semalam petang, selepas menjemput Aisyah, ibu terus ke kedai ubat cina di taman rinting untuk membeli susu tersebut. Ambil tin kecil seperti biasa, periksa tarikh luput, periksa keadaan tin yang molek, tiada kemik dan terus ke kaunter pembayaran dan bayar.

RM38 untuk 1 tin kecil 400gm. 1 tin hanya untuk 3 minggu kerana susu formula apabila sudah dibuka, harus digunakan dalam tempoh 3 minggu sahaja. Jika tidak, buang untuk mengelakkan pencemaran.

Dalam fikiran, bila Aisyah mahu minum susu nanti akan dicampurkan sedikit susu pediasure ini kerana selera anak dara ini agak kurang sekarang. Mungkin kerana gigi gerahamnya yang mahu tumbuh. Ibu nampak minggu lepas, tunggul-tunggul gigi yang mahu keluar, kiri kanan, atas bawah.

Siapa sangka, ketika membuka penutup tin (aluminium tu)..oppsss..blur kejap.


'Eh, nape kaler lain?'


Hahaha...barulah teringat yang susu ni ada dua perisa, COKLAT dan VANILA. Allahuakbar, sudah salah beli pula. Terbeli perisa coklat dan ibu tidak gemar kanak-kanak sekecil Aisyah diberi minuman berperisa coklat. Tawakal sahaja lah. Bagi Cik Aisyah minum sikit-sikit.

Cik Aisyah menolak susu tersebut.."ukan...."

Ibu acah, konon-konon ibu minum dan mengatakan sedap. Cik Aisyah cuba juga minum dan habis lah dia minum 5oz bancuhan susu tersebut (Mamil learning + pediasure complete).


Peringatan kepada ibu bapa di luar sana, sila baca dan belek tin susu betul-betul, jangan jadi seperti ibu. Kan dah rugi. Mungkin juga faktor 'pelupa' yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Nape ekkk?? Allahuakbar..minta sihat-sihat sahaja.



Untuk maklumat lanjut mengenai Pediasure Complete, boleh layari lama web pediasure.com.my.



Nota Kaki : Penyakit pelupa kadang kala mengendalakan segala rencana..

Aisyah Humaira

Kisah Cirit Birit dan Susu

10:48 PG

Cik Aisyah diserang cirit birit setelah kebah demam. Persamaan dengan ayah. Baik demam, cirit-birit pula. Ibu, terpaksa menjaga 2 orang bayi tiba-tiba. Seorang mahu susu, seorang yang dah berstatus ayah pula datang mengada-ngadanya, mahukan itu ini juga.

Sebelum Aisyah dibawa ke klinik, ibu sudah bersiap sedia membeli setin kecil susu formula tanpa laktosa. Puas juga membelek satu-satu tin susu formula di kedai sensei tersebut. Akhirnya, jumpa susu formula Isomil tanpa laktosa dan berasaskan soya sememangnya untuk bayi yang mengalami cirit-birit. Opss..tengok harga, RM34.++. Eh, baru perasan susu naik harga. Belek tin kecil Similac, juga begitu. Rasanya semasa Aisyah cirit-birit dulu [Klik sini untuk membaca], harganya RM24.++. Susu dumex mamex ada juga, pun berasaskan soya.

Pulang ke rumah, hanya sempat membancuh sebotol susu tersebut dan Aisyah hanya minum suku. Itu pun sebab dia tidak perasan barangkali kelainan rasa susunya. Gelagatnya agak mencuit hati. Minum susu seperti biasa kemudian berhenti seketika. Siap tengok botol susu sendiri, kemudian minum lagi dan akhirnya dicampak botol susu ke bawah, Huh...dia menjerit..nanak!! Ibu ambil botol susu yang dibuang, merasa sedikit. Huhuhu...yekkkk...patut dia tak mahu. Melayang 34 hengget ibu...T___T


Inilah susunya

Terpaksa juga bawa Aisyah ke klinik. Bergegas malam itu ke klinik dan giliran Aisyah dipanggil, hampir jam 10 malam. Dengan gelagat Aisyah yang tidak betah duduk diam di klinik. Mahu main jongkang jongker, naik gelongsor, menjelajah ke sana sini, pantang nampak bilik yang terbuka dan pastinya bilik air juga!

Nampak pula peti ais yang penuh dengan air kotak.

"Ma..ma..nak..nak.." sambil jari kecilnya menunjuk ke arah air kotak.


Sesi bersama Puan Doktor, seperti yang ibu jangkakan, doktor menesyorkan susu Isomil tersebut. Pantas ibu menceritakan perihal Aisyah yang tidak lalu dengan susu berasaskan soya. Doktor termenung seketika, dan dia pencadangkan susu formula Pediasure. Tin berwarna ungu.

"Susu ini bagus untuk bayi, kana-kanak yang baru lepas baik sakit, demam. Tapi, biasanya lepas dia dah minum susu ni, dia tak nak susu lain dah sebab susu ni nutrition complete. Lagi dia tak nak makan lepas ni"

Punca utama cirit-birit ialah terdapanya virus bergelar rotavirus yang menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terud tanpa menyerap sebarang nutrien. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pasa suatu masa sebelum usia lima tahun. 
Cirit-birit dikalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi atau yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cuci tangan selama 15 saat dengan sabun anti bakteria. Susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.


Esoknya, menunggu kedai sensei buka, sempat memasak untuk tengahri serta bermacam-macam menu untuk Aisyah. Susu formula pediasure berwarna ungu, setin kecil, 400gm, RM38. Harapan menggunung dan doa setinggi langit ibu panjatkan agar Aisyah minum susu tersebut. Alhamdulillah, Aisyah minum. Dan dia sudah tidak cirit-birit lagi. Malah ibu gembira kerana selera makannya semakin berganda-ganda.





Nota Kaki : Tiada ibu yang tidak mahu yang terbaik untuk anaknya..

Luahan Hati

4 Senarai Susu Dumex Tercemar? ~ Alamak!!

9:13 PG


Pagi ini ibu dikejutkan dengan berita mengenai susu formula yang tercemar. Susu keluaran Dumex pula tu. Masya-Allah..

Kerisauan melanda tiba-tiba kerana Aisyah minum susu formula dari keluaran syarikat gah itu. DUMEX. Dan sampai sahaja ke tempat kerja, setelah komputer jenama Dell ini on, terus bergegas mencari info. Ada sedikit info dari blog yang ibu BW.




Dumex Dupro Step 2 with batch numbers
04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 and 05233B1;




Dumex Mamex Cherish Step 1 with batch numbers
06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 and 06213B1;



Dumex Mamex Explore Step 2 with batch numbers
06093T1, 06123R1, 06213B1 and 06213B2;




Bebelac Step 2 with batch numbers
05023R1 and 05033R1

Sumber ~ Blog *Urban Mommy*


Selepas membaca info ini, ibu terus menelefon careline dumex di 1 800 38 1038 ( Monday to Friday, 8.30am - 7pm) tetapi tiada siap menjawab panggilan ibu. Terus berdering dan akhirnya deringan tamat begitu sahaja..



Susu yang Aisyah minum sekarang


Kepada para ibu yang memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, harap agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak elok kepada para ibu seperti kami.




Nota Kaki : Dilanda kerisauan...T____T

Aisyah Humaira

Alahai Susu.....

2:26 PTG

Semalam petang sewaktu menjemput Aisyah pulang dari rumah pengasuh, seperti biasa pelbagai cerita tentang Aisyah akan diceritakan oleh pengasuh. Best kan dengar....

Agak sadis bila mendengar bab Aisyah menghemburkan susunya. Waaaaaaaa..

Aisyah memang sudah pandai membuka tutup bekas makanan. Pernah juga aku terfikir Aisyah akan membuka tutup bekas susunya. Sehinggalah semalam, apabila mendengar cerita pengasuh, ibu terfikir untuk beli bekas susu yang lain. Hmmmm...

Sedih juga apabila susu membazir macam tu saja. Haih... Cik Aisyah....



Nota Kaki : Sabar ajelah...

Our Life

Sembelit Cik Aisyah Kembali Gara-gara???

1:01 PTG


Cerita yang berlalu hampir seminggu..

Memang salah ibu... Maafkan ibu Aisyah..Ohhhhh..(emo pulak).


Berikutan cerita yang ibu selitkan dalam entry INI, ibu tekad menukar susu formula Aisyah. Lama juga memikirkan susu formula jenama apa pula kali ini berikutan Aisyah dah banyak kali tukar susu formula sebelum stick dengan Mamex Gold (nama baru Mamex Cherish). Baca entry INI pula sebab nak cerita teralu panjang. Ceh..


Ibu memilih susu formula Snow. Harga sederhana. Untuk setin kecil 400gm berharga RM25.50. Memang ok sangat. Dalam hati, ibu tawakal semoga Aisyah serasi. 




Ibu pilih susu formula untuk bayi berusia 6 bulan ke atas berikutan Aisyah menghampiri usia 10 bukan tika itu.


Seperti biasa bancuhan susu ibu kurangkan kuantiti susunya. Yelah, untuk mengelakkan sembelit. Hingga lah hari ke-3 penggunaan, Aisyah menangis-nangis mahu buang air besar. Tangisan memang cukup memilukan hati. 


Hari itu hari rabu. Pengasuh menelefon ibu sebelum sempat ibu solat Maghrib. Kedengaran suara pengasuh yang agak cemas. Aisyah menangis teruk keran sembelit. Tahik tidak mahu keluar. Usai solat, ibu dan ayah bergegas ke rumah pengasuh. Dari jauh kami sudah nampak  Aisyah yang didukung oleh pengasuh di beranda rumah.


"Bawak gi klinik la terus ni. Dia berak 2 ketul tadi. Berdarah. Menangis-nangis. Kesian dia. Saya pun menangis sama. Ni anak-anak saya pun menangis sekali"


Cuba korang semua bayangkan.. Arghhhh..ibu pilu. Tidak tahu betapa sakitnya Aisyah. Menitik jua setitis dua airmata ini.


Bergegas mengambil buku laporan kesihatan Aisyah di rumah, laju saja memandu ke Klinik Ibu & Anak di taman rinting (swasta). Syukur, tidak ramai orang.


Tidak menunggu lama sebelum nama Aisyah dipanggil.


Doktor minta Aisyah dibaringkan dan membuka lampin pakai buangnya. Lubang bon Aisyah doktor periksa. Tidak ada tanda-tanda kegusaran dan doktor akan beri ubat untuk mengelakkan sembelit.



Doktor bagi 3 peket. Sepeket ibu dah buang sebab dah bukak, guna cuma 1 susu kecil jek..


Selesai di klinik, kami segera membeli susu Mamex Cherish semula. 




Nota Kaki : Tobat nak tukar susu formula lagi..


Our Life

Hati Meruntun Melihat Bidadari Kecilku Menangis

2:45 PTG


5 Februari 2013 - Badan Aisyah panas. Cepat-cepat ibu tampal 'kool fever' di dahinya. Dengan selamba pula, Aisyah menarik pelekat sejuk itu dengan wajah agak tidak puas hati. Ibu segera mencapai pelekat sejuk itu dan menampal pula di belakang badan Aisyah. Senyap dan Aisyah leka bermain. Gerak- geri dan tingkah nya seakan tidak demam. Ligat bergerak ke sana dan ke mari dengan walker orennya. Sesekali terdengar mulut comelnya mengomel sendirian.


"Pa..pa..pa..pa.."

"Babaiiii..."

Merdu sungguh kedengaran omelan si Aisyah.

Ibu buru-buru memakai tudung. Usai memakai tudung, buru-buru pula memasukkan barang Aisyah ke dalam kereta. Meletakkan Aisyah ke kerusinya. Masih kedengaran suara kecil itu mengomel.

"pa pa pa..babaiii.."

Meninggalkan Aisyah dengan pengasuhnya. Meskipun tidak sihat, Aisyah kelihatan ceria. Jam 6 petang bergegas pulang. Suhu badan Aisyah tetap panas. Selepas maghrib bersiap-siap pula untuk ke klinik. Aisyah perlu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan 9 bulan.

Doktor memeriksa suhu badan Aisyah. Ternyata panas kerana suhu yang tercatat pada termometer adalah 38.6!

Berat : 7kg.
Tinggi : 71cm.
BMI. 13.5.

Memang keputusan yang tidak cantik. Berat Aisyah kalau diikut pada graf adalah tidak ada masalah. Cuma ketinggian agak meningkat.

Malam itu, ibu tidak dapat tidur nyenyak, hanya tidur-tidur ayam. Risau sekiranya suhu badan Aisyah meningkat secara tiba-tiba. Aisyah tidur lena meskipun kadang kala terdengar dia berbunyi seakan tidak selesa. Ibu sapu air asam jawa ke kepala Aisyah dah badannya. Tiap kali terdengar suara Aisyah, ibu bangun. Risau..ye memang ibu risau.


6 Februari 2013 - Ibu bekerja seperti biasa. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum kilang shutdown sempena raya cina. Malah terpaksa bekerja lebih masa demi tugas (aiceh..).

Pengasuh tidak menelefon ibu, bermakna Aisyah tidak ada masalah.

Jam 7 malam, ibu keluar dari kilang dan bergegas pulang ke rumah. Hujan lebat ibu redah. Demi anak ibu, kekuatan badan ibu seakan menakjubkan. Ibu sentiasa berdoa agar ibu sihat untuk menjaga orang-orang yang ibu sayang. Ibu belum jatuh sakit selepas Aisyah dilahirkan. Alhamdulillah.

Sampai sahaja di rumah, ibu meluru ke dapur untuk menanak nasi dan membongkar lauk yang boleh dimasak di dalam peti ais. Memasak lauk makan malam ala kadar, segera ke bilik mandi untuk membersihkan badan. Mandi laju-laju mengejar waktu maghrib yang semakin singkat. Usai solat maghrib, segera menyarung tudung. Capai dompet, kunci rumah, telefon bimbit dan kunci kereta.

Memandu ke kedai sensei untuk membeli susu formula Aisyah.

Susu formula Dumex Mamex Gold berwajah baru dan bernama baru. Mamex Cherish. Harga baru!!! Dari RM119 kepada RM128.80. Wahhh...mahal sungguh!



Beli juga walhal terasa kemahalannya. Segera pula ke rumah pengasuh. Sampai-sampai, telingaku disumbat pula dengan cerita-cerita Aisyah. Hari ini, Aisyah meragam. Merengek. Makan kurang, minum susu pun kurang. Susu yang kukira sepatutnya sudah habis masih berbaki lagi.

Pulang ke rumah, Aisyah bermain seperti biasa sehinggalah....

Aisyah meraung tiba-tiba. Ibu pujuk. Jalan di segenap pelusuk rumah. Menangis juga. Ke dapur, mengetuk segala cawan, pinggan di rak. Senyap sekejap. Menangis lagi. Ibu sumbat susu. Tidak mahu. Sumbat puting. Diluahnya bersama jejehan air liur. Menangis dan terus menangis. Menguap pula. Sambung lagi menangis. Kemudian, muntah susu. Menangis lagi. Ibu pegang kepala Aisyah. Tidak panas. Aisyah muntah lagi. Kahak pula. Menangis dan menangis lagi. Ibu buntu.

Dukungan berpindah ke ayah pula. Tetap menangis. Puas ibu memujuk. Menepuk tangan. Menyanyi, berselawat. Tidak juga diam.

Ibu mahu menangis sama.

Cuba mencari alternatif lain. Buka lampin pakai buang. Tidak berak. Tukar lampin, sapu minyak yu yi. Tidak diam juga. Aisyah menguap lagi. Ibu dodoi hingga Aisyah terlelap. Lelap seketika cuma. Celik mata, menangis sekuat hati lagi. Arghh..ibu buntu!

Penyudahnya, ayah menghidupkan enjin kereta. Ibu dukung Aisyah masuk ke dalam perut kereta. Tetap menangis dengan hiba. Ayah bawa kereta pusing-pusing hingga Aisyah terlelap.

Malam itu ibu tidak tidur lena lagi. Hanya tidur-tidur ayam. Sesekali Aisyah merengek. Ibu tepuk punggung Aisyah. Aisyah tidur. Sesekali Aisyah menangis lagi. Ibu peluk, ibu dodoi pula hingga Aisyah tidur. Begitulah sepanjang malam. Aisyah tidak mahu minum susu. Aisyah kerap menangis sambil mulut kecil itu ternganga-nganga. Ibu peluk dan peluk. Ibu dodoi dan dodoi hingga Aisyah tidur semula. Mata ibu memang rabak. Tidak mengapa..

Sedar-sedar sahaja, hari sudah pagi. Jam 6 pagi. Aisyah tiba-tiba menangis lagi. Ibu tepuk punggung Aisyah. Dia tenang. Diam. Ibu tinggal untuk ke bilik mandi. Keluar dari bilik mandi, Ibu lihat Aisyah bermain sendiri. Ibu biarkan dan segera mengerjakan solat Subuh. Ayah pula bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Jam 6.30 pagi, setelah ditinggalkan Ayah, Aisyah menangis lagi. Meraung sekuat hati lagi. Ibu panik. Alamak!!!

Bermacam-macam ibu buat untuk memujuk Aisyah. keluar dari bilik, bawa ke ruang tamu. Buka tv. Nangis juga. Masuk bilik tengah..alahai tidak menjadi. Ke dapur pula mengetuk-ngetuk cawan. Diam sekejap. Ibu buat susu pula. Aisyah tidak mahu minum walhal dia hanya minum tidak sampai 4auns malam tadi. Setelah sesi memujuk dan mendodoi selama setengah jam, ibu baringkan Aisyah ke tilam dan menukar lampin pakai buang dan menyapu minyak yu yi lagi. Mulut Aisyah ibu sumbat puting. Lama kelamaan, Aisyah senyap dan tertidur. Sesekali Aisyah merengek dan tangan kecil itu menarik-narik baju ibu seakan tidak mahu ditinggalkan.

Hari ini ibu terpaksa mengambil cuti!

Jam 8.15 pagi, pengasuh menelefon Ibu kerana Aisyah tidak dihantar hari ini. Pengasuh memujuk ibu supaya jangan susah hati. Perkara biasa pada bayi yang mahu tumbuh gigi. Alahai..patut lah Aisyah menangis sambil membuka mulut. Kesiannya...

Jam 9 pagi, pengasuh telefon lagi. Menyuruh ibu membeli gripe water. Kemudian, hantar Aisyah ke rumahnya untuk diurut sedikit. Ibu iyekan. Ketika itu Aisyah sudah bangun dan kelihatan ceria. Bermain seperti biasa. Malah sudah bersarapan pagi. Alhamdulillah.

Jam 11 pagi, Aisyah menguap. Mengantuk. Ibu pun. Sama-sama tertidur di ruang tengah. Terjaga dari tidur apabila bunyi bising dari rumah sebelah (ubah suai rumah). Aisyah menangis kerana tidurnya tergannggu. Jam sudah 12.15 tengahari. Ibu cuci muka, gosok gigi. Bersiap ala kadar. Ke kedai sensei untuk membeli gripe water. Kemudian terus menghantar Aisyah ke rumah pengasuh.

Pengasuh pula berpesan. Jangan risau pasal Aisyah. Pergi sahaja kerja. Dia boleh jaga. Ibu keberatan tetapi mengenangkan diri yang agak lesu dan kepenatan, ibu tinggalkan Aisyah untuk sementara. Ibu pulang ke rumah. Tidur. Untuk mengembalikan tenaga.


Berjaya duduk dengan stabil ketika 8 bulan + 3 minggu (lambat sikit almaklum keluar awal..)


Memang anak ayah..



Nota Kaki : Semuanya selamat. Hari ini Aisyah kelihatan agak ceria..

Aisyah Humaira

Cirit Birit di Kalangan Bayi

4:46 PTG

Potttt..

Wah bom dari Aisyah sudah berbunyi seawal pagi. Selamba pula wajahnya seakan tiada apa yang berlaku. Khayal bermain dengan bantal peluk ada gambar minnie mouse. Tiba-tiba Aisyah diam. Ibu yang sedang galak memakai tudung bawal berfesyen ala-ala Najwa Latif menoleh ke arah Aisyah.

Crettt....crettt..

Aisyah berak lagi!! Dua kali dalam tempoh 1 jam. Baru tadi ibu membersihkan Aisyah. Aisyah tersengih-sengih dan bermain semula.

Selesai memakai tudung, ibu segera mendapatkan Aisyah untuk dibersihkan. Aisyah semakin riang. Tersengih-sengih kemudian tergelak besar. Gembira sungguh apabila ibu mengangkatnya ke bilik mandi. Nak main air le tuewww..

Ibu nekad membawa Aisyah ke klinik hari ini. Pesakit yang menunggu tidak ramai. Syukur alhamdulillah.

Tiba giliran Aisyah, Puan Doktor memberi salam. Ibu jawab salam tersebut. Ibu menceritakan permasalahan yang Aisyah hadapi. Aisyah ligat bermain, apatah lagi terlihat permainan yang sengaja Puan Doktor letakkan di atas mejanya. Tidak duduk diam tangannya mahu mencapai permainan itu.

Aisyah mula berak-berak pada hari jumaat (9.11.2012). Aisyah membuang setiap kali selepas minum susu. Ibu risau berat badan Aisyah akan turun.

13.11.2012 (Cuti Umum), Aisyah tidak mahu menjamah langsung bubur yang ibu masak. Hanya mahu minum susu. Tiada pilihan lain selain susu formula yang ada (Dumex Mamex Gold).


Puan Doktor : Baby minum susu apa ye?

     Ibu : Mamex Gold.

     Puan Doktor : Wah..susu mahal tu. Cucu saya pun minum susu tu. Susu badan takde?

     Ibu : Sejak 4 bulan dah takde langsung.

    Puan Doktor : Dah lama baby minum susu ni?

    Ibu : Dari dia 2 bulan lebih. Sebelum ni baby sembelit, bila minum susu ni ok. Terus jela minum susu ni. Sampai la sekarang ni tiba-tiba cirit-birit pula.


Sambil memicit lembut perut Aisyah, Puan Doktor bertanya serba sedikit tentang Aisyah.


Puan Doktor : Macam ni lah. Adik stop susu yang sekarang ni. Adik kena bagi baby susu yang tanpa laktosa.

Ibu : Susu tanpa laktosa tu..contohnya susu apa?

Puan Doktor : Ok. Saya akan bagi sample susu tanpa laktosa. Susu Similac LF.



Ibu : Semalam kan cuti. Satu hari baby taknak makan bubur yang saya masak. Kenapa ye?

Puan Doktor : Sebab perut dia tak sedap, tu yang dia tak nak makan. Selera kurang. Baby nangis? Bontot dia merah?

Ibu : Dia tak nangis. Tapi bila lambat bersihkan, dia nangis. Bontot dia merah.

Puan Doktor : Saya akan bagi sample susu Similac. Saya akan keluarkan surat sekali untuk adik. Kalau baby minum susu tu keadaan dia makin teruk dari sekarang, adik stop minum susu tu terus. Terus bawak gi hospital.

Ibu mengangguk lemah. Kerisauan mula bersarang. Hati pula tidak putus-putus memanjatkan doa agar puteri ibu tidak apa-apa.


Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.

Jika bayi kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi akan sembuh dalam sedikit masa.





Nota kaki : Semoga Aisyah cepat sembut sayang..















Aisyah Humaira

Not Yet - Step 2

3:32 PTG

Tergesa-gesa meninggalkan meja kerja setelah mendapat panggilan dari pengasuh Aisyah. Aisyah berak-berak!

Apa pula kali ni anakkku?

Pagi tadi sebelum menghantar Aisyah ke rumah pengasuh, Aisyah sudah 2 kali membuang. Bermakna, jumlah pembuangan Aisyah baru setengah hari sudah 5 kali. Arghh..tidak boleh jadi, harus ke klinik.

Salah ibu kerana menukar susu Aisyah dari step 1 ke step 2 berikutan Aisyah sudah pun 6 bulan. Tetapi, belum tiba masanya lagi rupanya.

Terpaksalah ibu mendengar bebelan ayah.


Step 2 untuk 6 - 24 bulan



Demi kesejahteraan puteri tersayang, ibu membeli susu Mamex Gold Step 1. Menukar semula susu formula step 1 kerana tidak mahu anak ibu cirit-birit lagi.

Aisyah Humaira

Tak Sedap Ke Wahai Cik Aisyah Humaira?

1:54 PTG


03.10.2012 - Sesi pemeriksaan perkembangan bayi untuk 5 bulan. Wah..anak ibu semakin besar.

Sesi soal jawab kali ini agak menggusarkan ibu. Dakwat berwarna merah sudah mulai mewarnai buku laporan Aisyah. Kenapa ya?


Bulan lepas (4 bulan) berat Aisyah mencecah 5.3kg. Sudah cukup buat hati ibu bahagia. Siapa tidak suka andai bayinya punya berat badan yang bagus. Naik 700gm dari bulan sebelumnya (3 bulan).


Tapi, bila Aisyah mencecah 5 bulan, berat badan Aisyah cuma naik 150gm, membuatkan hati ibu gundah gulana. Jururawat pula mula bertanyakan macam-macam.



Jururawat : Mak nya kecik je...suami puan kecik ke besar?

Ibu : Kecik..

Jururawat : Owhh..baby minum berapa banyak?

Ibu : Dia cuma minum 3 auns setengah je. 2 jam sekali dia mintak.

Jururawat : 3 auns je? Sikit tu. Bagi 4 auns tak boleh?

Ibu : Dah cuba dah. Tak habis pun minum.

Aisyah seorang bayi yang bijak. Andai kata dia sudah kenyang atau tidak mahu minum susu lagi, mulutnya ditutup rapat. Kepala pula tertoleh kanan atau kiri. Sumbat bagaimana pun, dia tetap tak mahu andai dia tidak mahu.


Pernah sekali, ibu menyua botol susu ke mulut Aisyah walhal sudah beberapa kali Aisyah menolak. Bibir pula kejap ditutup rapat. Barangkali sudah geram dengan ibu yang tidak mengerti, Aisyah menolak botol susu dengan tangannya hingga botol susu terpelanting ke kaki ibu. Barulah ibu mengerti.



Jururawat : Sepatutnya baby dah 6 kg sekarang ni. 5.45kg ni kecik..

Ibu : Hmm.. (lidah kelu tidak mampu berkata-kata)




Hobi Aisyah

Pemeriksaan kali ini lebih pantas dari pemeriksaan sesi lepas (4 bulan). Aisyah disuntik lagi. Macam biasa la, raungan memohon simpati selepas di cucuk jelas kedengaran hingga segenap pelusuk klinik itu. Alahai.. demi kesihatan mu Aisyah. Tangisannya sebentar cuma. Setelah didukung, Aisyah tidak meraung lagi ,malah menyonyot jari jemarinya yang comel.




Siyes bangat muka tuh..(macam gambar passport lak..kuikui..)


Malam tadi, ibu berfikir sendiri. Mengapa Aisyah sering minum susu dengan kuantiti sedikit sekarang?

Adakah susu itu tidak sedap padanya?

Adakah Aisyah mahu susu lain?

Susu apa pula kali ini?

Ibu suka Aisyah minum susu sekarang ni sebab susu Dumex Mamex Gold ada pengimun, daya tahan melawan penyakit.


Meniarap tatkala usia 4 bulan 3 minggu


Meniarap kejap je..tak sampai 5 minit..dah baring semula sambil nyonyot jari


Main jari, nyonyot jari sambil mulut membebel-bebel

Hari itu juga ibu diminta untuk menimbang berat badan dan mengukur tinggi.

Berat : 45kg
Tinggi : 152cm


Nota kaki : Minumlah susu banyak-banyak wahai Aisyah ku sayang..

Pengalamanku

Susu Untuk Tulang

2:39 PTG


Cukup sekadar baca entry, confirm masing-masing akan terbayang susu Anlene kan? Susu yang bagus untuk tulang. Susu itu lah yang aku minum 2 kali setiap hari. Pagi dan malam. Aku harus menitik beratkan tentang kesihatan diri memandangkan aku punya anak kecil. Aku harus sentiasa sihat untuk menjaga dia.


Pengalamanku

Susu Formula Murah @ Mahal? - I don't Mind

4:43 PTG

Si comel yang sembelit semestinya amat-amat dititikberatkan. Sahabat handai, keluarga, malah saudara mara bertanya akan kesihatan si comel. Terima kasih kerana sudi bertanya. Harapku si comel akan serasi dengan susu formula sekarang ni. Amin..

Tika ini, aku teringat perbualan dengan seorang wanita berpangkat kakak. Intipati perbualan sudah pasti berkisar susu formula si comel. Bukan mudah untuk kita mengetahui keserasian susu formula bagi seorang bayi. Bak kata seorang sahabat, rumah umpama muzium susu.

      Dia : Baby sembelit lagi tak? Dah ok?

      Aku : Alhamdulillah. Nampak dah OK sekarang ni.

      Dia : Minum susu apa sekarang?

      Aku : Mamex gold.

      Dia : Oooo..anak akak pun minum susu tu dulu. Sebab sembelit gak memula. Tapi lepas tu tukar
               minum lactogen pulak sebab sama je kan susu mamex dengan lactogen..

      Aku : yeke sama kak? tapi nape harga tak sama? Mamex lagi mahal. 400gm tu RM40 tapi beli
               kat kedai sensei dapat la Rm37.(aku sedikit bingung).

      Dia : eh ye? Ala susu murah ke mahal ke sama je sebab susu murah pun ada DHA, SA, AA..

Apa la motif dia ni. Masalah aku sekarang ni, mencari keserasian susu formula untuk si comel. Mamex gold ternyata serasi dengan si comel, of course la aku memilihnya. Tak berani nak tukar yang lain dah. Ikut kemampuan masing-masing. Aku tidak mengeluh untuk memperuntukkan susu formula terbaik untuk si comelku. Sampai 6 bulan la sebelum si comel pandai menelan makanan.

vs
Nota kaki : pilihan di tangan masing-masing.

Our Life

Anak Ibu Sembelit!!!

1:43 PTG


Melihat wajah si comel menahan sakit ketika meneran sudah sukup membuat airmata ibu menitik. Ibu tidak sanggup melihat si comel ibu menangis. Menangis kerana menahan diri dari membuang air besar! Mungkin kerana terasa sakit ketika membuang, si comel ibu menahan diri untuk meneran. Apakah punca anak ibu sembelit? Salah susu formula kah? Itulah yang doktor cakap.

Mula-mula bayi tak berak mungkin untuk mencari keserasian susu formula tu. Tapi kalau dah 2 @ 3 minggu bayi masih berak sembelit, kurangkan kuantiti susu formula. Bancuh cair-cair. Tapi kalau dah cair pun masih sembelit, tukar lah susu.

Ibu akui bukan mudah untuk mengetahui susu formula tersebut serasi dengan si comel atau tidak. Setelah membuat sedikit kajian dan pengalaman ibu-ibu di forum, barulah ibu berani mencari susu formula baru. Inilah susu-susu formula yang pernah anak ibu minum.



S26 – Dari ibu keluar wad, susu inilah yang diminum oleh si comel gara-gara susu badanku yang hanya sedikit. Belum urut lagi. Si comel minum dengan selera sekali.(memang si comel ni bagi apa-apa pun selera saja termasuklah air masak). Ketika usia si comel 6 hari, jururawat masyarakat datang melawat buat kali pertama di rumah. Hari itu hari isnin. Saat lampin pakai buangnya di buka, terdapat 3 ketul tahiknya, bulat-bulat. Jururawat menasihatkan agar aku kurangkan kuantiti susu formula. Bancuh cair sahaja. Ibu mengikut nasihatnya. Tetapi si comel tetap tidak membuang hari-hari.


S26 Gold – Punca sebenar menggunakan susu formula ini adalah kerana tersalah beli. Ibu dan ayah tidak berapa ingat pek S26. Kebetulan di pasaraya tersebut hanya ada S26 Gold. Ibu membuat kesimpulan bahawa susu itu adalah susu yang sama, walhal terdapat susu yang berbeza-beza meskipun namanya sama. Sungguh ibu akui ibu cetek ilmu mengenai susu formula. Harga juga berbeza dengan sebelum ini. Lebih mahal. Si comel minum seperti biasa tetapi tetap tidak membuang hari-hari. Kadang kala sampai 3 hari. Dan si comel meneran tiap kali membuang hingga merah-merah muka. Pastinya dia menangis sekali. Dan ibu turut menangis di dalam hati. Susu badan ibu tetap sedikit walaupun sudah diurut dan makan pelbagai makanan yang boleh menambah susu badan.(sedih woo). Walhal, susu yang dibancuh sudah dikurangkan kuantiti scoopnya.


Novalac IT – Susu ini menjadi pilihan apabila disyorkan oleh pekerja di sebuah farmasi. Rumusan khas untuk bayi yang sembelit. Si comel membuang hari-hari tetapi kuantiti pembuangannya amat-amat lah banyak sehingga ibu tertanya-tanya adakah badan si comel menyerap khasiat yang terkandung dalam susu tersebut. Si comel minum susu ini selama sebulan lebih. Oleh kerana susu ini adalah rumusan khas dan tiada DHA,AA dan apa ntah lagi, ibu menukar susu lain atas cadangan pekerja farmasi itu juga.


Anmum Infacare – Disarankan oleh seorang pekerja di sebuah farmasi. Katanya susu formula ini menyerupai susu ibu. Kebanyakan rakan-rakan ibu juga menyarankan susu ini. Harga pun mampu milik. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Tiga hari sebelum ibu bekerja semula, ibu mencuba susu ini untuk melihat perkembangan dan perubahan si comel. Hasilnya si comel tidak membuang hari-hari. Dua hari sekali baru dia membuang. Itu tidak mengapa tetapi yang merungsingkan hati, dia seolah meneran dengan kesakitan apabila membuang. Kerana tiap kali dia membuang, dia akan menangis. Walaupun sudah dicairkan dan diberi air masak, dia masih kesakitan apabila meneran. Malah, si comel sekan tidak mahu minum susu ini kerana air susu ini meleleh keluar dari mulutnya, hingga basah-basah baju. Tak sedap kot. Ibu harus menukar susu lagi!



Mamex Gold – Hasil pembacaan di forum, ibu mengambil langkah untuk memberi si comel susu ini. Harga boleh tahan. Masuk hari ini baru 4 hari si comel minum susu ini. Kali pertama minum, malam tu si comel membuang sisa toksiknya. Alhamdulillah. Itu pun langkah berjaga-jaga harus diambil iaitu sekali minum ibu buat ikut arahan yang diberi pada tin susu. Kali ke-2 dia menyusu, ibu kurangkan sedikit kuantiti susu formula untuk mengelakkan dia sembelit. Alhamdulillah, dalam masa 4 hari ini si comel tidak meneran. Ibu berdoa agar dia serasi dengan susu formula ini. (Nak tau info pasal susu ni, sila buat research sendiri. Hehehe..)