Throwback

Meja Piknik

9:00 PG

Assalamualaikum


Meja ni aku dah perasan sejak tahun lepas ke 2 tahun lepas ke. Banyak seller jual kat facebook, instagram.


Pinjam dari Google



First impression aku, terkejut beruk!!!!

Kenapa?

Sebab...

Ini design aku masa aku form 3. Masa tu tahun 1999!! 

Kalau korang ingat, kita ada kelas kemahiran hidup. ERT. Ekonomi Rumah Tangga. Tapi, tetap perlu buat kerja bertukang, bercucuk tanam.
Bukan setakat memasak dan menjahit sarung kotak muzik besar gedabak yang diperbuat dari kayu.
Aku ingat lagi, aku dan partner decide nak buat simple-simple je. Kawan-kawan lain pun kebanyakkannya ikut idea orang-orang lama.
Pada aku, emm...tak best tiru idea lama. Macam takde idea lain je, tak berkembang. Ciss. Tapi, oleh sebab aku ni kategori kreatif (suatu masa dahulu), ada je idea yang orang tak terfikir yang aku buat. Tapi, mujur masa tu cuma nak siapkan folio je. So, aku cuma design dalam folio tu.

Bercerita mengenai kreatif, aku tak nafikan aku agak kreatif hingga apa design pun yang aku buat, ramai kawan aku ikut. Kalau melukis tu, aku buat cincai tapi hasilnya wow!! Macam aku pun tak expect jadi macam tu. Dan setiap bulan, hasil aku mesti dipamerkan dalam bilik seni.

Tapi, itu dulu. Sekarang, otak dah beku. Jari jemari pun dah kematu dek hari-hari menekan papan kekunci.

Berbalik ke folio Kemahiran Hidup Tingkatan 3 Tahun 1999 tu. Dalam folio tu, aku design menggunakan kayu dan play wood. Penyambungan lain, hanyalah menggunakan engsel dan skru (macam engsel tingkap kayu tu). Selebihnya paku.
Pinjam dari Google ~ Ini engsel tingkap.
Yang aku imagine jadi penyambung setiap bahagian yang berlipat. Siap curik engsel abah aku konon nak menjayakan misi "Meja Briefcase" aku tu.


Dan kejadian selepas dilipat adalah sama juga. Dalam briefcase!! Tapi, design aku tu totally dengan kayu lah.

Dalam hati aku, takkan lah idea boleh 100% sama. Bila aku tengok produk tu memang terjual dengan meluas, aku terfikir, masa tahun 1999 tu cuma ada televisyen. Itu pun jarang dapat tengok sebab kawalan maksimum dari abah, tak boleh mengadap tv je.

Kalau komputer tu, tak silap aku, aku form 5 baru kat sekolah ada komputer. Itu pun adalah 5 buah, tanpa internet. Almaklumlah, sekolah kampung.
Dalam hati, kalaulah aku dapat buktikan yang wujudnya folio 'khazanah' aku tu. Emmm,...yelah folio tu mestilah hantar kepada cikgu Kemahiran Hidup (ert) dulu. Mesti generasi kemudian, ada tengok folio aku tu, macam aku juga la kan ada tengok folio zaman kakak aku yang beza 4 tahun dengan aku. Mungkin,,,mungkin,,



Nota Hati : Yakin ciptaan sendiri kan,,,







Aisyah Humaira

Throwback #4 : Aisyah Humaira Turn to 3

10:21 PG


Sudah lama kami merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk Aisyah. Tidaklah besar-besaran, cukup sekadarnya sebab Aisyah sudah pandai meminta kek harijadi dan belon.

Ulang tahun kelahiran Aisyah jatuh pada 2 Mei setiap tahun dan tidak pernah kami sambut pada 2 Mei. Kami akan sambut awal sehari iaitu pada 1 Mei sebab masa tu cuti!

1 Mei 2015 - Seawal 7 pagi kami sudah gerak pulang ke kampung. Kek sudah kami tempah di Dessert Queen awal-awal lagi dan menjadi rahsia buat Aisyah.

Sesi meniup belon dan menggunting huruf kami lakukan tanpa perancangan khas. Janji ada belon bagi memeriahkan suasana. Sekurang-kurangnya saya telah berjaya merealisasikan impian dan angan-angan Aisyah.


Sambutan kecil-kecilan di rumah atok dan nenek.


Kek mini chocolate indulgence bertemakan frozen
~ No. 3 tu saya ubah suai sebab saya tersebut 2 ketika menempah.


Sebuah basikal dari atok untuk Aisyah. Terima kasih atok!


Cik Umie menghadiahkan sehelai gaun yang cantik. Ibu dan ayah? Hahaha..tak sempat cari hadiah untuk Aisyah lagi. Mana tidaknya. Selepas kejadian yang menggembirakan ini, Aisyah demam dan diikuti pula saya.




Nota Kaki : Aisyah sudah sihat setelah 6 hari tidak sihat..alhamdulillah..



Suka Suki

Throwback #3 : Jadilah Diri Sendiri

11:00 PG


Setiap manusia diciptakan berbeza-beza. Cantik, tampan, kaya, cerdik, itu semua kelebihan. Saya akui, pernah merasa sangat rendah diri suatu masa dahulu. Berbadan kecil, seolah budak sekolah rendah, meskipun sudah berusia 20 tahun.

Lama-kelamaan perasaan itu hilang. Hilang bersama arus kedewasaan dan kematangan usia. Dalam tempoh waktu bekerja, saya tidak pernah memikirkan tentang masa hadapan sangat kecuali kerja, kerja, kerja dan hidup saya sendiri. Perkahwinan? Jauh sekali bila hati hancur berkecai, berderai bak kaca yang dihempas ke lantai.


Pinjam dari Google


Saat ini, saya terfikir dan mengelamun sejenak. Mengimbau kenangan zaman sekolah dan zaman uni di mana saya masih muda belia. Zaman itu, saya tidak ada teman lelaki! Dan hari ini, saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya. Perjalanan saya, pilihan saya.



Nota Kaki : Apa point entri ini? Ntah..blurrr..


Throwback

Throwback #2 : Telefon Bimbit

12:00 PTG


Peredaran zaman terlalu pantas ibu rasakan hingga sedar-sedar teknologi di sekeliling kita semakin canggih. Hatta, telefon bimbit juga sudah menjadi 'pintar'. Telefon pintar, jenis touch-touch, tidak ada lagi punat ditekan. Hingga, kanak-kanak lebih arif menggunakannya berbanding ibu bapa mereka sendiri.


Mengimbau kenangan lama, telefon bimbit pertama yang ibu miliki adalah Nokia 3310. Paling glamer dan canggih masa zaman tu. Masa ni, ibu baru dapat panggilan masuk ke UiTM Shah Alam. Emak pula memberi keizinan untuk memiliknya. Boleh dikatakan hampir semua rakan ibu memiliki telefon bimbit jenis tersebut. Harga ketika itu, RM3++. Kalau mahu cerita mengenai prepaid, huh paling murah hanya ada RM50. 1 SMS dikira mahal. Apatah lagi, menelefon ke rangkaian lain. Dari pengguna Celcom, ibu bertukar kepada Maxis kerana ramai rakan sekuliah menggunakan rangkaian itu.



Masuk tahun ke-2, telefon bimbit ini pula jadi pilihan sebab lebih kecil dan sesuai untuk gadis comel seperti ibu. Siap beli casing warna pink dan ada juntai-juntai bling-bling tu. Tolak Nokia 3310, tambah duit sikit untuk dapatkan 'butterfly'.



Masuk tahun ke-3, 'butterfly' buat perangai. Terpaksa beli telefon bimbit lain. Motorola apa ntah. Masa ni dah ada skrin kaler, ringtone pun dah bunyi macam radio. Bunyi macam telefon mahal. Masa ni tidak sedar, sudah salah gunakan duit PTPTN. Adik-adik, sila jangan tiru cara akak ni. Tapi, ibu tetap bayar pinjaman PTPTN sampai sekarang.

Bila sudah kerja, motorola tu lama-lama rosak. Rosak sebab pernah jatuh lubang jamban. Kejadian yang biasa berlaku kan? Mujur jamban rumah, boleh seluk. Kalau jamban lain, ntah sudah sampai ke tangki kumbahan mana ntah.



Nokia ni, beli secondhand je. Kerja pun, gaji cukup-cukup makan. Duduk jauh dengan keluarga, beginilah segalanya perlu dicatu. Ini sajalah yang mampu. Berskrin kaler, tapi tetap tak cukup canggih macam orang lain. Tapi, masa ni ibu dah tak kisah pasal telefon bimbit. Asalkan boleh SMS dan telefon pun sudah cukup. Menjadi pengguna celcom kembali. Top-up pun sebulan RM30 tidak pernah habis. Paling lama ibu guna.




Sambung Corby ni asalnya milik ayah. Ibu gatal nak pakai sebab nampak macam bergaya. Lagipun boleh access wifi. Gedik, buat muka comel, ayah pun bagi guna, tukar dengan Nokia. Si Nokia itu pula telah terendam dalam air sewaktu ayah melakukan kerja sebagai maintenance yang berhemah. Sedar-sedar, oh telefon basah! Tidak dapat diselamatkan lagi. Lagipun sudah uzur, tak dapek nak menolong. Maka, Samsung Corby menjadi hak milik kekal ibu.



Terasa mahu lompat bintang bila Cik Umie memberikan Samsung Ace miliknya. Kebetulan, Cik Umie membeli telefon pintar baru, Iphone5, dapatlah ibu memakai Samsung Ace ni. Lama juga ia berjasa. Sebelum ini, dialah yang ibu guna untuk balas whatAp hingga hang. Bateri pula memang cepat flat. Setakat nak online facebook tu tak payah lah. Bateri terus habis.


Akhirnya, dapat juga idaman hati. Ini sahaja yang termampu. Kisah yang pernah ibu ceritakan di SINI. Inilah yang ibu gunakan hingga kini. Apa dia? Hikhik..tau mau tunjuk pun.

^___^'







Throwback

Throwback #1 : Ujian Memandu

2:00 PTG


Gara-gara baca entri cikviva mengenai ujian KPP dan baca juga komen rakan-rakan lain mengenainya. Oh..baru ibu tahu ujian KPP semakin susah. Eh? Tak sama macam dulu-dulu eh?

Nak tahu apa itu ujian KPP? Korang klik je perkataan cikviva di atas tu.



==============================================

Teringat kisah silam sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah memandu, niat hanya untuk mengambil lesen B2. Ada siapa tidak tahu apa itu B2? *lempang kang*

Ujian KPP memang lulus dengan jayanya tetapi kantoi bab ujian menunggang motorsikal. Awal-awal lagi dah gagal sebab part meniti atas papan dah kantoi.

Bila dah gagal, diam dulu lah. Malas nak ambil lagi. Hinggalah, emak sponsor sedikit wang untuk mengambil lesen D. Terus terang ibu katakan, sewaktu ibu mengambil lesen D, ibu dikelilingi dengan adik-adik yang baru tamat zaman persekolahan. Rata-rata berumur 17-18 tahun. Ibu? Sudah berusia 23 tahun. Waktu tu baru sahaja berhenti kerja.

Cikgu yang mengajar sangat baik, mungkin sebab ibu panggil dia "sis" berbanding adik-adik yang memanggilnya "auntie". Dia berbangsa cina. Tidaklah tua sangat hingga mahu dipanggil auntie. Sangat pelik bila "adik-adik" bercerita dengan ibu, yang cikgu tu garang.

Tidak ada banyak pengalaman sepanjang belajar memandu hinggalah menjalani ujian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tipulah jika tidak ada rasa gementar langsung. Tetapi, segalanya dipermudahkan dan berbangga juga setelah berjaya memperolehi lesen P sebab dah boleh drive kereta abah. Hehehe..


Dan dan tu cari lesen P dalam purse. Terasa diri ini comel..^__^


Pinjam dari Google ~ Kereta pertama yang ibu drive. Eh yeke?
Pinjam dari Google ~ Ke ini kereta pertama yang ibu drive.. Lupa..



Nota Kaki : Ada yang nak share pengalaman korang tak?