Kereta

Sarung Seat Baru Untuk Cik Viva

8:00 PG

Assalamualaikum

Sarung Seat Baru Untuk Cik Viva | Sebelum-sebelum ni tak terfikir nak pakaikan sarung seat kereta ni. Bila dah hampir 8 tahun usianya baru nak pakaikan sarung seat lain. Itu pun bila tengok seat kereta tu dah macam belacan.
Alif jenis yang suka makan dan campak makanan bila tak suka atau dah tak nak makan. Kadang-kadang tu dia suka teraburkan makanan. Haihh la anak. Sudah ditegah, diajar, mengamuk pula.
Maka, belilah sarung seat untuk cik viva kesayangan saya ni. En.suami beli online di FB. Barang dan shipment terus dari China. Dalam 2 minggu dah sampai. Berhuhulah kami laki bini memasang sarung baru ni.

Tiada arahan pemasangan. Belek-belek dan sarung ajelah!




Bukan senang nak pasang ui. Berpeluh juga. Makan masa hampir 3 jam untuk siapkan semua. Tarik tali getah di hujung setiap sarung tegang-tegang, barulah seat akan kelihatan tegang dan kemas. Saya dah macam mekanik kereta, tertonggeng sana sini, mujur lah badan saya ni kecil, senang nak cilok dalam kereta comel saya ni.




Tips

Tip Elak Pening Selepas Makan Durian

8:00 PG

  Tip Elak Pening Selepas Makan Durian  Durian ni panas. Lepas makan durian memang badan berpeluh sebab panas. Dek kerana panas mungkin kita akan rasa pening.

Saya percaya semua orang dah tau tip ni. Saja nak kongsikan tip ni di sini.


Selepas makan durian, tuang air ke dalam pangsa durian tersebut dan minum terus dari pangsa.

In sha Allah takkan rasa pening. Cubalah ye. Moga ia membantu.







Blog Janji Kita

Cara Mudah Follow Saya

2:00 PTG

Assalamualaikum


Cara Mudah Follow Saya | Follow blog tidaklah susah mana. Sejak kebelakangan ni, follower susah betul nak naik. Dalam sebulan nak tambah seorang follower pun cam tenat nak dapat.

Follower blog ni mahal. Sangat mahal untuk dapatkannya. Sebab follower berhak nak follow blog yang mereka mahu. Follower blog, tak mudah untuk dibeli. Tak macam fb dan ig. Sebab tu saya katakan follower blog ni mahal!

Rajinkan diri join Giveaway rakan blogger lain. Sesambil tu, tak salah ambil masa sedikit untuk blogwalking blog rakan blogger lain yang join giveaway yang sama. Beramah mesra sikit. Budi bahasa, budaya kita. Kan??

Bila terjah blog rakan yang join giveaway ni, baru kita perasan yang kita belum follow blog dia lagi. Nak follow, senang je. Tu ha, tekan saja button Follow.


Eh? Jadi macam ni? Jangan risau..



Tekanlah button follow tu 3, 4 kali. Jangan cepat putus asa. Senang je. Tak susah pun. Bila berjaya, paparan akan seperti ini. Cepat-cepat tekan button follow merah tu.



Ok, saya dah berjaya follow pun. Tak susah kan?


Demo dibuat melalui blog http://shafyqahazahar.blogspot.my/. Jom follow. Tahniah kerana blog anda telah terpilih secara tak sengaja. Anggap je rezeki. Hehehe..

Oleh kerana ianya tak susah mana pun. Jemput ye follow blog saya!
Atau boleh guna tips ini,

http://jnjikita.blogspot.my/2016/08/berjaya-follow.html


Pengalamanku

Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut

10:43 PG

Assalamualaikum


Perkara Yang Perlu Anda Kenalpasti Apabila Memandu Kereta Lain Secara Mengejut | Saya tahu kebanyakan kita memandu sendiri ke tempat kerja. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Sebab tu tak hairan jika jalan jammed sana sini. Dan sudah pasti pack hour adalah awal pagi sebelum semua orang masuk kerja dan lewat petang ketika orang balik kerja. Memang stress.

Jika memandu kereta sendiri, kita sudah lali, dah tahu selok belok kereta sendiri. Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu korang kenalpasti sebelum memandu kereta orang lain. 



Maksud lebih tepat, kereta yang korang jarang pandu tapi tiba-tiba korang terpaksa pandu atas sebab musabah tertentu. Kononnya kereta yang korang pandu hari-hari breakdown, so korang terpaksa pinjam kereta kakak korang ke abang korang ke. Atau terpaksa menyewa kereta. Atau atas sebab kecemasan. Siapa tahu.


1. Ketahui tahap pemanduan korang. Korang pandai memandu manual atau automatik.
- Ini sangat penting sebab tak semua orang pandai memandu kereta manual. Atau lebih tepat, tengok la lesen memandu korang tu, zaman sekarang ni kan dah ada perbezaan lesen automatik atau manual.

2. Jenis kereta tersebut.
- Takde niat merendahkan kereta apa pun. Cuma nasihat saya, kalau korang dah biasa pandu kereta besar, sila sedar diri jika korang ditakdirkan memandu kereta kecil pula. Sebab, pickup kereta ni berbeza. Jangan pula korang pandu kereta kecil macam korang pandu kereta besar, power enjin turbo korang tu.

Ketidakbiasaan biasa berlaku kepada pemandu yang memandu kereta kecil, tetapi terpaksa memandu kereta besar. (Sayalah tu). Kenal pasti tahap lebar kereta tersebut. Bahagian hadapan, muncung lebih ke. Bonet belakang terlebih besar ke. Semua itu mempengaruhi pemanduan kita, lebih-lebih lagi bila berhenti di trafik light atau parking. Kadang-kadang lupa kan, selalu pandu kereta kecil, senang cilok, senang parking


 Khas untuk pemanduan kereta manual. Memandu kereta manual, banyak perkara perlu dikenalpasti.
3. Clutch
- Ada yang suka clutch lembut, ada suka yang keras (yang ni tak tau la apa motif suka clutch keras). Maka, sebelum memandu ke jalan besar, seeloknya, uji tahap pemanduan kereta kita dahulu. Biasanya 5 minit dah mahir. Bukan apa, kalau terlupa tentang clutch yang berbeza dengan clutch kereta kita, confirm kereta akan kerap mati sebab terlepas clutch.

4. Brek.
Ini pun satu juga. Ada kereta yang brek sikit dah cengkam. Ada pula kereta yang brek kena tekan lebih sikit baru dia cengkam, dan kalau tak tekan habis, confirm berdentum.

5. Lampu Signal & Wiper
Yang ni sering terjadi, nak bagi signal tapi wiper yang bergerak. Ini pun sering terjadi pada saya sebab saya hari-hari memandu Perodua. Bila memandu Proton, ha,,gelabah,,,sebab confident bagi signal tapi wiper pula yang bergerak.

Tip di atas adalah berdasar pengalaman saya.
Gambar sekadar hiasan



Beauty

Tip Memakai Masker

9:00 PG

Assalamualaikum


Tip Memakai Masker | Ini bukan entri review product. Sebenarnya lama dah tak pakai masker. Last pakai masa mengandungkan Alif dulu rasanya. Guna jenis sapu, ada gambar telur. Dapat free

Yang ini pun dapat free. Kawan baik saya yang bagi. Orang bagi, kita terima je. Dan bila berkesempatan, zapp terus pakai.



.: Cara memakai masker yang betul :.

1 - Cuci muka dahulu bersih-bersih.

2- Biarkan kulit muka kering atau lap dengan tuala bersih.

3- Tampal lah masker yang ada dengan tangan dan ratakan ke seluruh muka.

Tadaaa...



4- Ikutlah arahan pemakaian yang tertera di pek. Macam ni 15 - 20 minit.

5- Cukup masa, saya cabut dan zzzzZZZZ



Makan Gaji

Tips Telur Rebus Cantik Mulus

9:00 PG

Assalamualaikum


Kadang kala kita tak perasan akan hal yang kita lakukan meskipun ianya kecil tapi ia boleh buat kita gembira. Macam saya, sangat suka kupas telur rebus. Bukan telur yang orang lain rebus, tapi telur yang saya rebus sendiri.

Tip untuk mendapatkan telur rebus dikupas cantik:

Rebus telur selama 10 minit. Kemudian, terus angkat dari dapur dan buang air panas tersebut. Rendamkan terus dengan air paip. Bilas beberapa kali untuk hilangkan air panas dari telur. Lepas tu.....kopek lah dengan senang hati.


Dengan hanya mengupas telur, aktiviti simple ini boleh buat saya gembira dan bahagia. Bila telur yang dikupas tidak melekat pada isinya, saya berangan dan mengimpikan kulit saya umpama telur yang dikupas. Cantik je,, mulus je telur-telur ni. Geram sangat-sangat. 

Teringin nak dapat kulit gebu cantik mulus bak telur dikupas. Haihhh,,jauhnya berangan. Sedar-sedar tertuang pula air dalam mangkuk santan pekat melekat keluar dari kotak. Haihhhh...dah kenapa tuang air dalam santan pekat tu? Blurr kejap..

Sebenarnya, telur rebus tu untuk nasi lemak saya. Saja masak suka-suka sedekah kat kawan-kawan pada Jumaat lepas, 4 November 2016. Tak banyak pun buat, adalah 12 bungkus. Baki, bekalkan budak-budak dan tinggalkan untuk tuan rumah sikit dalam pengukus. Balik kerja nanti tinggal panaskan pengukus je.

Sebahagian yang belum tutup, baru ingat nak snap gambar..


Harap-harap kenalah dengan tekak diorang. 


Keibubapaan

Simpul Biawak Semasa Hamil

8:30 PG


Simpul biawak atau kejang kaki atau cramp kerap terjadi kepada ibu hamil. Saya amat berjaga-jaga untuk mengelakkan terkenanya simpul biawak. Sakit woooo... Rasa sakit sampai boleh menangis.

Pagi kelmarin terkena simpul biawak di pagi hari setelah sekian lama tidak mengalaminya. Rasa nak meraung tapi boleh tahan lagi. Sakitnya, masya Allah. Mahu berjalan pun susah.


Salah satu punca kekejangan kaki atau cramp ini adalah akibat kekurangan pengambilan kalsium dalam diet harian.

Harus diingat ibu hamil memerlukan 1200-1500 mg kalsium setiap hari. Anak di dalam kandungan menyerap kalsium dari ibu. Maka, jika ibu kurang kalsium dalam badan boleh menyebabkan kekejangan kaki, gigi berdarah dan sakit pada pinggul atau tulang belakang.

Kalsium yang mencukupi juga membantu mengelakkan risiko lahir bayi pra-matang dan bayi tidak cukup berat.

Pinjam dari Google


==============================================

Kalau anak pertama dulu, pagi segelas, malam segelas. Kadang-kadang tu siap standby susu kotak DHL di tempat kerja. Kali ke-2 agak kurang pengambilan susu. Minum sebelum tidur malam sahaja. 

Mungkin perlu tingkatkan pengambilan susu untuk harian. Sebelum mengandung hari-hari minum susu. Rasa susu jauh lebih sedap dari minuman berkoko. Ke faktor kemalasan membuatkan saya agak culas.



Bagaimana cara untuk mengurangkan terkena simpul biawak?
Boleh kita ikut tips di mommiesjourney.blogspot.com







Keibubapaan

Cara Cerai Lampin Anak Ketika Tidur

8:30 PG



Proses penceraian lampin Aisyah belum tamat. Meskipun dia sudah pandai cakap "nak kencing" waktu usianya 2 tahun 10 bulan dan tidak perlu berdiaper di siang hari. Tapi itu saat matanya terbuka luas. Bila tidur? Masih perlu dipakaikan diaper. Hingga kini, waktu tidurnya 'ditemani' diaper.

Mulalah saya mendapatkan tip-tip dan pengalaman orang yang lebih berpengalaman. Kakak sepupu saya ada memberikan tips.


  • Sebelum tidur, perlu buang air kecil dahulu.Alas tempat tidur dengan plastik.
  • Bila anak 'terbuang', dia akan bangun sebab tak selesa. Basah. Angkat terus ke bilik air dan mandikan sebab sudah berlumuran air kencing.
  • Bila sudah terkena sekali, dia akan takut dan akan bangun setiap kali 'terbuang' dan mahu kencing.

Pinjam dari Google ~ Amboi baby ni menonggeng



Ibu bapa pula harus kuat dari segi mental dan fizikal. Mana tidaknya, harus bangun malam untuk memandikan anak yang sudah basah kuyup.

Cara ini kelihatan kejam tapi inilah yang kakak sepupu saya lakukan terhadapa ketiga-tiga orang anaknya. Saya belum praktikkan lagi. Sedang mencari kekuatan untuk mempraktikkannya.






Blog Janji Kita

Cara Meninggalkan Komen Bila Akaun Gagal Login

8:00 PG


Sejak kompeni menggunakan Hangout sebagai medium pengantaraan sesama staff, saya tidak boleh log-in ke akaun peribadi saya.

Buka akaun blog memang tak boleh la. Nak online melalui tab terlalu kerap nanti kuota cepat larap. Sekadar mengarang entri, jenguk kejap-kejap, boleh la. Wifi U-Mobile di rumah tidak banyak membantu. Kalau tidak, rajin juga saya menaip.

Sudah beberapa minggu hanya mampu membaca entri kawan-kawan dan klik iklan tanpa meninggalkan kata. Entah macamana godek-godek, dapat juga saya meninggalkan komen bila blogwalking. Bila dapat drop komen, semangat untuk blogwalking tu wujud kembali. Yelah, kawan-kawan alam maya yang sering kita bertegur sapa kan. Bila tidak dapat tegur, rasa sesuatu kekurangan.


Saya hanya mampu drop komen di blog lawan-kawan kalau ada camni.


Agak leceh sikii, tapi kena rajin juga.


Kalau macam ni pun, boleh drop komen.


TAPI..


Kalau takde Name/Url, saya gagal meninggalkan komen. Sob..sob...








Tips

Mengatasi Telinga Gatal

1:00 PTG


Mengalami telinga gatal sememangnya mencetuskan rasa tidak selesa. Sedang kusyuk menonton televisyen, tiba-tiba telinga terasa gatal. Penyudahnya, ambil cotton-bud dan korek telinga secara perlahan.


Pinjam dari Google


Ini adalah situasi yang sering saya alami. Sering gatal-gatal telinga. Mungkin alahan kepada air dan habuk persekitaran.


Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mengatasi telinga gatal :

 Campurkan minyak zaitun bersama beberapa ulas bawang putih yang telah dihancurkan. Panaskan campuran tersebut. Setelah sejuk, boleh lah dititiskan ke dalam telinga menggunakan penitis.
 Keringkan telinga selepas mandi.
 Gunakan bantal pemanas di telinga untuk menghindari infeksi.
 Jika kegatalan disebabkan alergi, rujuk kepada doktor.

Dua minggu lepas, suami saya ada membuat pemeriksaan percuma di satu pusat rawatan resdung. Saya berminat untuk membeli ubat telinga berbentuk cecair. Di mana ia berfungsi untuk membersihkan kotoran dalam telinga yang mungkin penyebab kegatalan telinga.

Saya akan share jika sudah guna ubat tersebut.



Islam Agamaku

Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup

8:00 PG


Petikan dari Prof Dr. Muhaya

Satu emosi yang tidak boleh ada,
 Marah.
 Menyalahkan orang.
 Dendam.
 Sakit hati.
 Fikir negatif, rasa negatif, tindakan negatif, hasil negatif.

Nasihat saya,
 Bersyukur.
 Kasih sayang.
 Murah hati.
 Tolong orang.
 Betulkan diri sebelum betulkan orang.

Sebab orang yang berjaya membuat pilihan, orang tidak berjaya mencari alasan. Katakan selamat tinggal kepada alasan, in sha Allah semua akan tenang.


Hilangkan marah, betulkan diri dan orang yang kita rasa buat silap kita doakan, jangan kutuk mereka dan saya nak beritahu betul-betul, jangan ada sedikit pun dalam hati kita benci pada orang, tak suka pada orang sebab tidak sempurna iman seseorang kalau tidak memgasihi saudara-saudaranya.






Aisyah Humaira

Tips Cerai Lampin

8:00 PG


Saya pernah bercerita mengenai bercerai lampin dahulu. Perbetulkan niat agar Aisyah tidak bergantung kepada diaper lagi. Umur Aisyah sudah masuk 2 tahun 6 bulan, amat sesuai untuk mengajar dan melatihnya. Namun begitu, bukan mudah. Perlu punya kesabaran tinggi dan rajin.

Waktu yang sesuai untuk melatih si kecil tidak memakai lampin ialah ketika si kecil anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah payah untuk melatih si kecil pergi ke tandas. Si kecil perlukan persediaan untuk melalui fasa ini.

Sabtu dan ahad adalah hari yang mencabar buat saya. Dengan sibuk menjadi 'surirumah', membasuh, memasak, segalalah, perlu juga melatih Aisyah. Kerana dia amanah buat kami. Moga dipermudahkan sesi melatih. Ada beberapa cara yang saya lakukan mengikut pengalaman saya sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Aisyah belum bercerai lampin sepenuhnya. Tetapi, beberapa percubaan yang telah saya jalankan dan akhirnya saya mampu tersenyum lega. Sekurang-kurangnya saya mencuba.


Cara 1 :
Situasi :
Saya memesan kepada Aisyah agar segera memberitahu saya jika mahu ke tandas. Pesan setiap masa. Aisyah sudah tahu diapernya sudah penuh dan tahu tidak selesa bila muatan sudah melebihi had tetapi dia masih belum pandai ke tandas.

Gagal :
Meskipun dia faham akan apa yang saya pesan tapi dia sudah terbiasa membuang air kecil di diaper.



Cara 2 :
Situasi :
Membawa Aisyah ke bilik air setiap setengah jam. Dia tahu dia mahu buang air kecil, tetapi kerap kali khayal menonton kartun atau bermain.

Gagal :
Sebab setiap kali saya menyuruhnya ke bilik air, dia tidak mahu. Alasannya, "tidak ibu" (pandai bercakap kan!) sambil berlari dan menjauhi saya. Macamlah ajak buang air kecil ni teruk sangat. Huh!



Cara 3 :
Situasi :
Saya mengajak Aisyah ke bilik air bersama saya dengan memperbetulkan ayat saya,

Saya : Ibu nak ken****, jom Aisyah.
Aisyah : Ibu pun nak ken**** jugak?

Sedang khayal bermain atau menonton kartun, bila diransang begitu, dia kan ikut.

Berhasil :
Cara ke-3 ini berhasil. Cuma saya harus memantau setiap kelakuannya, contoh kalau dia banyak minum air, dia akan kerap membuang air kecil. Maka saya harus kerap mengajaknya bersama. Saya mengambil pendekatan 1 jam sekali mengajaknya ke bilik air bukan meminta atau menyuruh.


Wajah suci Cik Aisyah di pagi hari. Pagi-pagi, tidur saje..


Jangan lupa kuatkan mental dan fizikal selama melatih anak bercerai lampin kerana kudrat yang banyak diperlukan untuk mop lantai. Bukan sekali dua, mungkin berkali-kali.

Untuk menambah pengetahuan, boleh ke pautan ini, melatih anak ke tandas. Banyak tips yang dikongsikan.

Moga pengalaman saya ini membantu ibu bapa di luar sana. Usah terlalu mencipta alasan, sibuk, tidak ada masa, tidak ada orang mahu tengokkan. Pelbagaikan cara kita dalam mendidik dan melatih. Setiap anak dilahirkan unik dan berbeza. Amanah ini tidak semua orang kecapi, bersyukurlah dengan anugerah ini.



Nota Kaki : Doakan saya terus rajin..amin..