Kawan

Kisah Viral Ini Sahabat Lama Saya

2:00 PTG

Assalamualaikum


Kisah Viral Ini Sahabat Lama Saya | Sampai saat ini saya masih terkesima, seolah sukar untuk percaya. Sahabat lama kami, zaman universiti, satu course, satu kelas di UiTM Shah Alam satu ketika dulu telah pergi meninggalkan kami.

Semalam petang, saya baru tahu perkhabaran yang dia telah pergi mengadap Illahi. Baru balik kerja, duduk-duduk dengan anak-anak depan televisyen, tergerak hati nak buka FB. Terkejut dengan ucapan takziah para sahabat. Laju saya ke page personal dia.

Allahuakbar. Innalillah..

Bagaimana perkhabaran berita gembira setelah dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kemudian, disusuli berita gempar yang dia mengalami pendarahan. Malah, saya sempat baca status seorang sahabatnya di mana dia sempat berwhataps ketika di ICU, mengatakan yang rahim dia sakit sangat-sangat.

>>> Baca Sini <<<


Sesungguhnya dia tergolong dalam golongan orang yang mati syahid. Dalam kehibaan, ada kegembiraan di sebelah sana. 


Album lama zaman uni dulu banyak di kampung. Memang banyak gambar bersama dia. Meskipun kami tidak lah serapat mana, tapi kami satu course, pernah susah senang bersama-sama.

Tiba-tiba teingat zaman uni dulu, teringat dia dengan skuternya. Teringat zaman kami pernah bekerja kilang dahulu semasa cuti semester. Ya Allah, tiba-tiba kenangan lama menerpa.

Betapa sesunggunya ajal itu tidak lambat walau sesaat.


Damailah kau di sana..



Makanan

Ayam Goreng McD

8:00 PG

Assalamualaikum


Ayam Goreng McD | Viral koooooooooo. Korang dah makan belum ayam goreng ni? Last saya makan, dalam 3 bulan lepas kot. Setelah diviralkan, beratur panjanglah kat kaunter mcD semata-mata nak beli ayam goreng ni.

Sebelum ni, selalu je set ayam goreng mcD by drive thru'. Tapi, bila dah ada anak ni, kurang sikit beli sebab anak-anak kecil mana boleh makan pedas sangat. Ayam goreng mcD ni boleh tahan tahap kepedasannya. Tu yang biasa beli KFC je untuk anak-anak.

Oleh kerana ntah berapa juta kali tengok iklan Abam Bocey & the gang ratah ayam goreng mcD, luntur jugalah iman saya. Nak ayam goreng.. Nak ayam goreng..

Maka, berdrive thru lah kami ke mekdi terdekat. Keciwa sebab ayam goreng habis. Ok, takpe. Penangan viral kan. Benda dah berkurun pun jadi fofuler sekelip mata.

Padahal, menu ni kegemaran kami masa zaman bercinta 6 tahun lepas. Zaman bercinta makan kat mekdi Pandan, sebelah Smart, dekat dengan carrefour (dulu carrefour, sekarang Aeon Big).

Hari ahad lepas, en.suami beria singgah mcD. Dapatlah kami ayam goreng mcD sebanyak 5 ketul. En.suami 2 ketul, saya 3 ketul. Eh??



Makanan

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral

8:00 PG

Assalamualaikum

Resepi : Kuih Keria Gula Merah Viral | Lama teringin nak buat. Tapi, tak terbuat-buat. In the end, beli jelah. Sekarang beli makanan secara online je. Korang yang rajin-rajin belaka, ini resepinya. Nak juga up kat blog walaupun dah viral lama.


Kuih Keria Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

By Mawar Wilsa


Bahan:
✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak

✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng




Cara-cara:

- Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil

- Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk.

- Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas.
Biarkan sejuk baru letakkan tepung.

- Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana.

- Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan.

- Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka.






Pinjam gambar sekali untuk rujukan



Sira Gula Melaka
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar

✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air



- Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair.


- Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat.

- Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk.

- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati


NOTA 

✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.

✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk.
 #mawarwilsa

================================

Buat kita-kita yang malas (akulah), beli je dah siap. RM5/ 13 pcs. 


Sedap uii. Lembut. Berbaloi beli. Ngap-ngap tak sedar habis. Pastu banyak lak tu. Boleh share ramai-ramai.


Berminat nak order?
Terus whataps 011-2169 5619
Kawasan pasir gudang, masai dan seangkatan dengannya sahaja.



Info

Tukar Kad Bank Sebelum 2017

9:00 PG

Assalamualaikum
Hari tu ada dapat mesej di whataps group. Saya percaya ramai yang share maklumat palsu tersebut. Mesej yang mengatakan kad bank perlu di tukar sebelum tarikh sekian-sekian.

Kemudian, ada pula viral yang mengatakan penukaran kad bank ini HANYA untuk mereka yang menggunakan kad untuk urusan debit sahaja. Kalau setakat cucuk duit, kad lama masih  boleh digunakan lagi.

Macam-macamlah!


Saya tukar bulan lepas. Hari sabtu lagi. CIMB tukar di bank Jalan Serampang, ke Plaza Pelangi. Maybank pula buat di Sentosa. Serius, masa saya buat tak ramai orang. Di CIMB tu, tak perlu susah-susah ambil nombor, beratur bagai sampai luar bank. Saya, orang ke-4 beratur. Urusan pula hanya 5 minit. Sekejap je. Cuma urusan di Maybank agak lama, 15-20 minit untuk seorang.

So, kat sini cuma nak bagi tau, kad saya dah tukar. Dah seluk dah purse 10 kali, ada dua kad bank je. So, tak perlulah ke bank-bank lain. Hihuuu...



Puisi

Puisi Dr Maza

10:00 PG

Assalamualaikum
Mari kita sama2 baca apa mufti Perlis tulis.
SEDIH RASA BACA PUISI NI....

(Puisi Dr Maza)

kalian rampas subsidi kami, 
entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, 

wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, 

semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, 

cuma subsidi turun sahaja...
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...

tapi dapatkah kami dibohongi,tentang suapan saban hari?
apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? 
wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, 

hari ini cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?

maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh

kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari

kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...
dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut...
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja
pernahkah kau merasa?

rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri... tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini.. tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...

kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah

kalian hilangkan wang, 
poket kami yang terbang...

kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, 
kami dijadikan abdi...
lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci, 
wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...

konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini... 
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Dr MAZA

Johorean Business

Pau Cendawan Viral

12:06 PTG

Assalamualaikum


Pau ni viral sejak bulan puasa tempohari. Yang memula kecoh pasal kewujudannya di bazar Putrajaya hingga ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkannya. Uit..jam 3 petang dah beratur..huhuhu..dasyat penangan pau cendawan ni kan.

Benda sedap memang akan ada yang korek resepi dan olah sendiri. Viral pula tentang resepi pau cendawan tersebut. Dan di Johor tk ketinggalan untuk viral pau cendawan ni.


Pau ni kitorang order masa tengah 'hot'. Kena tempah dulu, baru dapat. Dalam bulan Syawal lagi masa kitorang beli ni. Lama dah cerita ni.

Tengoklah, pau tu kitorang makan panas-panas, baru keluar pengukus. Nak belah pun menggelupur jari sebab panas lagi. Cuba tengok cheese dia.. Hhuhu... panjang oii bila tarik.

Dari segi rasa,,,macam carbonara. Ada ayam, cendawan, sos carbonara dan ada tambahan cheese yang wallah!!!! Makan panas-panas memang sedap la kan.

Kitorang beli kat mana? Mana lagi kalau tak kat dengan Kak Norm pemilik Dessert Queen. Sekarang dah pindah kat Bukit Dahlia, sebelah Restoran Sasa.

1 set (3pcs) = RM10

Gambar sekadar hiasan ~ Kredit FB Kak Norm








Barang Bayi

Kerana Jenama Atau Kualiti?

9:00 PG

Assalamualaikum


Memang ramaaaiiii pengguna diapers D tu. Saya tau. Siap bangga giler kalau guna diapers tu. Ntah, suka hati korang la duit korang.
Baru-baru ni kan diapers jenama D tu kena kutuk kaw-kaw kat page FB kan. Siap viral mana yang tak puas hati dengan kualiti diapers D tu.
Katanya, dah semakin nipis dan tak berkualiti. Rata-rasa rasa tertipu. Ada juga yang komplen, kulit anak timbul ruam-ruam, ada yang melecet lepas pakai diapers D tu.

Komplen yang jadi viral kaw-kaw.


Ini pula jawapan pihat Drypers

Kenapa Pilih Tesco Love Baby <--Baca sini

Masa beli diapers tu, saya perasan orang memerhati dengan ekor-ekor mata bila saya ambil 2 pek diapers jenama Tesco pek hijau ni.

 Pandangan yang dalam hati saya tahu diorang akan cakap "kesian, anak bagi pampers Tesco je"(dahla suka sangat guna istilah pampers hakikatnya ko tak tau ke pampers tu lagi mahal?)

Kemudian, rata-rata yang memerhati grab jenama D. Saya, tak kisah pun dengan jelingan mata korang tu.

SEBAB!!

Saya lebih tahu apa yang saya pilih. Saya tahu akan kualiti mana yang sesuai dengan anak saya, malah menjimatkan duit poket saya.

Kenapa perlu mengikut orang lain? Jadilah diri sendiri. Malah, saya rasa berbaloi sangat dengan apa yang saya pilih.

Sekarang, setelah 8 bulan saya menggunakan diapers Tesco Love Baby tu, ramai yang memperakui akan kualitinya. Bermakna, saya tak salah pilih!

Cuma, pada saya, kalau anak korang tak serasi tu, tak boleh nak buat apa. Ada setengah bayi ni memang kulit sensitif, hatta pakaikan Mommy Poko pon ada yang tak ok.

=============

Nasihat saya,

Pandangan mata boleh menipu,
Jelingan mata boleh memperlihatkan isi hati,
Keegoan hati boleh membuat anda rasa terbeban,

Maka,

Jadilah diri sendiri,
Tepuk dada, tanya diri,
Selok poket, tengok wallet,,
Kih2..



Kampungku

Canai Atas Dulang

9:00 PG

Assalamualaikum


Kalau korang ingat, viral di laman sosial tempoh hari mengenai seorang ibu yang menebar roti canai atas dulang. Tidak lah menebar tapi tepung yang telah diuli tersebut ditarik perlahan-lahan di atas dulang yang diterbalikkan. Bontot dulang lah..

Viral tersebut mengimbau kenangan kami adik beradik, emak selalu buat roti canai dengan kaedah tersebut. Rindu dengan momen itu.

Cuti umum tempohari, adik beradik semua pulang ke kampung halaman. Saya pun, tidak mensia-siakan peluang tersebut.



Roti Canai Belakang Dulang


Telah diuli dan direhatkan semalaman.


Sebelum 'ditebar', leper-leperkan dahulu.


Tarik perlahan-lahan hingga ke hujung. Perlahan-lahan untuk mengelakkan tepung koyak.


Hasil selepas ditarik


Pelbagaikan cara lipatan. Nak petak ke, bulat ke. Biasa emak buat petak, lipat-lipat hingga kami panggil "roti lipat-lipat"


Setelah dibakar atas kuali leper. Jom makan bersama kari ayam




Kehidupan

Kenapa Isteri Dituduh Queen Control?

8:30 PG


Saya pasti ramai yang melalui situasi macam ni. Dan saya tahu juga, tidak ramai wanita yang mempunyai suami sebegini. 

Klik untuk lebih jelas ~ Printscreen dari FB


Bila si suami dengan rendah diri, ringan tulang melaksanakan segala keperluan anak dengan memandikan, memakaikan baju, memberi susu dan makan, mulalah ada suara-suara sumbang yang berkata-kata. Isterinya seorang QC! (Queen Control).

Saya tidak mendambakan suami sempurna, tapi saya sudah cukup bersyukur. Anak saya agak rapat dengan saya sebab dari kecil dia lebih banyak masa bersama saya. Suami pula, kerja lebih masa hampir saban hari di atas faktor tanggungjawab dan tugas.

Bila suami sudah berpindah ke tempat kerja lain, masa ada bersama anak tidak disia-siakan. Dia akan turut membantu saya bilamana dia melihat saya sedang mengerjakan solat atau sedang sibuk di dapur. Tapi, saya lebih rela memikul tanggungjawab menjaga anak sebab pada saya, bila lagi? Sanggupkah saya tidak melayan anak sendiri yang semakin hari kian membesar?

Sepanjang 3 tahun anak saya membesar, saya belum mengalami situasi dicap QC lagi walaupun saya bekerja dalam department QAQC. Akekeke..