Blog personal :Kisah seorang isteri dan ibu yang berkerjaya berkaitan keluarga juga kehidupan.


Baju Muslimah Kanak-kanak
 photo BANNER_zpswdsz5amr.jpg

Isnin, 20 Mac 2017

Alif & Basikal Baru

Penulis : Mar Mansor Masa : 8:00 PG Ulasan : 9 Tag :
Assalamualaikum


Alif & Basikal Baru | Minat benar Alif dengan benda roda dua ni. Kalau dia dah nampak, memang tak sah kalau dia tak dapat capai. Sebolehnya, dia akan tolak sepenuh tenaga. Tak dapat naik tak mengapa, asalkan dapat tolak.

Jika di rumah, saban hari berebut dengan kakaknya. Dek kerana kesian, saya belikan sebuah basikal untuk dia. Biar dia tunggang sepuasnya.

Mula-mula survey dahulu, kedai basikal yang ada. Mana yang murah, mana yang kondisi bagus, mana yang sesuai dengan si bujang. Kali pertama ke kedai basikal di Masai, biarkan dia naik, dia ok je. Ayahnya dukung dia masuk kereta, pun dia ok je.

Kemudian ke Today Mart pula, survey basikal RM79.90. Basikalnya murah tapi ada kekurangan sedikit. Pilihan pun tak banyak. Maka, kami berpatah balik ke kedai basikal mula-mula pergi tadi. Kali ni, Alif tak mahu turun dah. Melekat.

Memang bercadang beli di sini. RM90. Alhamdulillah, rezeki Alif. Duit hasil berblog. Tengoklah dalam kereta pun nak tunggang juga. Punyalah excited.


Seorang satu sudah memiliki basikal. Tak mahu gaduh-gaduh lagi ye. Main sama-sama, kayuh sama-sama, bertembung sama-sama.


Spiderman comel melekat di basikal barunya. Tak boleh sentuh basikal tu tau. Dia usaha sendiri naik. Dia usaha sendiri nak kayuh. Basikal tak gerak, nangis. Huhu..


>>> Alif & Basikal <<<

Excited dapat naik basikal baru








Ahad, 19 Mac 2017

Sekilo Setiap Hari

Penulis : Mar Mansor Masa : 8:00 PG Ulasan : 9 Tag :
Assalamualaikum


Sekilo Setiap Hari | Meninjak usia 33 ni, lemak-lemak dah mula tepu. Sudah dah nak susut berat ni. Senang je nak timbang berat badan ni. Naik je penimbang kat production. Accurate because calibrate every year.

 ~ Sebelum ~

~ Selepas ~

Apa yang sebelum dan selepas ye?

?

?

?

?


Ni ha, safety shoes je buat berat,. Hehehe..

Sebelum dan selepas buka safety shoes.



Nota Hati : Nak fit please...