Review Product

Minyak Yu Yee Cap Limau Kepercayaan Turun Temurun

8:00 PG

Assalamualaikum

Minyak Yu Yee Cap Limau Kepercayaan Turun Temurun | Bila sebut je minyak yu yee, terbayang terus bayi. Ini kerana minyak yu yee dan bayi agak sinonim. Minyak yu yee telah wujud sejak zaman berzaman. Ianya yelah wukud sejak 1860!


Sejak anak pertama lagi, minyak yu yee lah yang saya gunakan untuk mengelakkan kembung perut bayi. Minyak Yu yee disapu selepas bayi mandi. Titiskan minyak yu yee di telapak tangan kita, gosok-gosok sebelum disapu pada perut, dada, belakang badan, betis dan tapak kaki bayi.


Minyak yu yee didatangkan dalam botol yang comel dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia mudah dibuka dan mudah disimpan tanpa tertumpah. Maka tidak hairanlah jika minyak yu yee menjadi pilihan ramai ibu bapa.

Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi :  

 peppermint oil..................36.0 % w/v
 Clove Oil............................2.6 % w/v
 Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v

Light Liquid Paraffin..........q.s 100%
Selain kegunaan bayi, ia juga mujarab untuk rawatan bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anak saya sakit perut, memang minyak yu yee lah yang saya sapu. Bau limaunya cukup menyenangkan. Cepat melegakan sakit perut. Hatta, bagi saya juga ianya berkesan. 
Jangan risau, minyak yu yee cap limau ini telah disahkan HALAL dan sudah mendapat kelulusan KKM. Lagipula, minyak ini mudah didapati di farmasi.

Indikasi: 
Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom2-simptom kembung perut juga selesema.

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan.

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhiper sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

Cara Penyimpanan:
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.

Minyak Yu Yee Cap Limau yang dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. ini biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dan juga selesema. Sila dapatkan di kedai runcit, pasaraya atau farmasi yang berdekatan anda dengan harga serendah RM9 sahaja. 

https://m.facebook.com/Minyak-Yu-Yee-Cap-Limau-1611335482473951/

Nota Hati

Nota Hati 11 : Petua Senang Hati

8:00 PG

Assalamualaikum


1- Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah.
2- Latih hati sentiasa ingat, Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.
3- Latih hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharap manusia.
4- Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Allah.
5- Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari Allah.