Aktiviti

Origami - Seni Melipat Kertas

8:00 PG

Assalamualaikum

Origami - Seni Melipat Kertas | Origami sering dipraktikkan di sekolah tadika. Bersesuaian dengan umur kanak-kanak, aktiviti ini amat menyeronokkan disamping mengembangkan kreativiti mereka.


Origami (折り紙?, Dari ori bermaksud "melipat", dan Kami yang bermaksud "kertas") adalah seni rakyat tradisional Jepun melipat kertas, yang bermula pada abad ke-17 Masihi dan dipopularkan pada pertengahan 1900-an. 

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts’ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular di kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
============
Saya memang gemar dengan aktiviti ini. Pada saya, aktiviti sebegini mampu menajamkan akal, meningkatkan kreativiti dan menambahkan kesabaran anak.

Set origami ini saya beli di Mr.DIY. Set ini mengandungi kertas berbentuk segiempat tempat (agak banyak) yang berwarna dan bercorak berserta buku panduan.


Pelbagai bentuk boleh kita hasilkan dengan melipat kertas.

Antara yang saya suka lipat, ayam. Saya juga gemar melipat burung jenjang.